Blog Sabree Hussin

Ingin buat sendiri Artikel Advertorial anda? Ini beberapa tips untuk anda

Saya rasa kalau setakat tulis artikel, semua tu saya boleh buat sendiri. Apa yang istimewa sangat dengan servis pengiklanan di blog ini?”

 

Memang tak dinafikan, apa yang saya tawarkan dalam pakej pengiklanan dalam blog ini, kebanyakkannya anda boleh buat sendiri. In fact, dari masa ke masa, saya juga ada memberikan beberapa tips yang anda boleh ikuti.

 

Sesiapa sahaja boleh menggunakan teknik pengiklanan advertorial ini. Ini adalah salah satu daripada cabang pemasaran yang turut dikenali sebagai content marketing.

 

Jika anda berhasrat untuk buat sendiri kempen pemasaran anda specifically menggunakan teknik advertorial dan menggunakan platform blog, beberapa tips berikut mungkin berguna untuk anda.

 

(1) Dapatkan nama domain dan hosting

Setiap syarikat hosting ada kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Jangan hanya melihat pada faktor harga sebelum membeli mana-mana pakej hosting. Kelak anda akan menyesal.

 

Dari banyak-banyak syarikat hosting yang pernah saya gunakan, saya lebih yakin untuk mencadangkan anda guna perkhidmatan dari NetKL.

Selepas dah dapat nama domain dan hosting, pasangkan dengan sistem wordpress. Gunakan sistem wordpress untuk blog anda, kerana banyak kelebihan yang bakal anda perolehi dan salah satunya ialah anda boleh pasang macam-macam plugin untuk meningkatkan keupayaan blog anda.

 

Sesetengah orang, dia akan beli nama domain sahaja kemudian gunakan hosting dari blogger.com. Cara ini memang jimat sebab hanya perlu bayar untuk hosting, namun platform blogger tidak mempunyai plugin seperti wordpress.

 

(2) Sistem wordpress

Bila dah dapat nama domain dan hosting, langkah seterusnya ialah install wordpress. Anda boleh gunakan perisian softaculous yang disediakan di control panel. Kalau anda perlu panduan, boleh rujuk tutorial yang pernah saya sediakan sebelum ini.

Klik untuk baca: Panduan Pemasangan Blog WordPress Self Hosted 

 

Tahniah. Saya andaikan anda dah ada blog wordpress anda. Sebelum nak mula menulis, saya syorkan anda install dulu semua plugin yang berkaitan dan buat beberapa perubahan pada setting wordpress anda. Ada beberapa setting yang perlu ditukar supaya ia lebih mesra enjin carian.

 

(3) Struktur artikel

Sekarang masa untuk mula menulis.

 

Sebenarnya nak menulis di laman web bukannya susah sangat. Kita bukannya perlu ikut sangat peraturan tatabahasa macam yang kita pernah belajar kat sekolah dulu. Kalau kita terlalu skema pun tak boleh jugak. Risikonya ialah pembaca akan rasa boring nak habiskan bacaan. Jadi menulislah seperti anda sedang bersembang dengan kawan-kawan anda.

 

Walaupun demikian, anda masih lagi perlu jaga struktur artikel yang bakal dihasilkan. Apa yang penting, setiap artikel kenalah ada

1. Headline

2. Subheadline

3. Body Content

4. Call to Action

 

Empat perkara diatas ini adalah perkara wajib ada dalam sesuatu artikel. Bagi menjadikan artikel anda tu nanti kelihatan lebih menarik, cubalah masukkan unsur-unsur cerita, sejarah, agama, atau apa-apa sahaja yang dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan.

(4) Teknik penulisan mesra enjin carian

Atau biasanya saya panggil sebagai Teknik Penulisan Mesra SEO.

 

Sebelum tekan publish, kena pastikan artikel kita ni mestilah mesra enjin carian. Tulis artikel panjang-panjang tapi sebenarnya kita nak cerita pasal apa? Artikel tersebut sebaik-baiknya ditulis berdasarkan kata kunci tertentu yang kita tahu, ia adalah kata kunci yang lazimnya digunakan oleh prospek atau pengguna internet bagi mendapatkan informasi tertentu.

 

(5) Masukkan kesan visual bagi menarik minat pembacaan

Kesan visual ni seperti gambar, video atau kedua-duanya sekali. Kalau pandai, boleh juga kalau nak masukkan game flash dalam artikel, tapi itu leceh sikit. Kalau pandai bab-bab coding boleh teruskan.

 

(6) Review artikel dan tekan publish

Pastikan artikel yang dihasilkan itu nanti mudah difahami. Tiada kesalahan ejaan. Semua elemen SEO telah diterapkan. Bila dah betul-betul puas hati, barulah tekan publish.

 

(7) Promosikan artikel yang telah siap dihasilkan

Anda masih lagi perlu promosikan artikel tersebut. Jangan terlalu berharap yang artikel tersebut akan terus dijumpai oleh prospek anda tanpa anda mempromosikannya.

 

Basically, inilah dia tujuh perkara atau tips yang anda boleh lakukan jika anda ingin buat sendiri kempen advertorial anda. Saya tak kata ianya susah, cuma ianya memakan masa. Sebab itu untuk sesetengah usahawan, mereka lebih suka outsource sahaja semua ini daripada buat sendiri.

 

Saya ada satu benda nak tanya kepada anda. Adakah anda berminat nak tau, bagaimana cara nak menghasilkan artikel advertorial yang boleh convert kepada sales? Setiap penulis pasti ada formula yang tersendiri dalam menghasilkan artikel yang mampu untuk menghasilkan jualan. Ini adalah formula yang saya sendiri gunakan.

Klik untuk baca: Bagaimana cara hasilkan artikel Advertorial yang convert kepada sales?

 

Walaupun proses untuk menghasilkan artikel advertorial ni sebenarnya mudah sahaja, namun realitinya masih ramai usahawan yang tidak menggunakan teknik pemasaran ini. Ada pelbagai sebab dan alasan, dan antaranya yang saya dapat fikirkan ialah

 

(1) Tak ada masa

Saya percaya, sebagai usahawan, anda ada banyak lagi benda penting yang anda perlu lakukan dan selesaikan. Tahukah anda, sesetengah artikel agak sukar untuk disiapkan dan adakalanya ia boleh mengambil masa sehingga 3 – 4 jam untuk disiapkan!

 

Cuba anda bayangkan, dalam 3 – 4 jam tu, berapa banyak benda lain yang anda boleh buat. Bukankah lebih baik anda outsoure sahaja kerja-kerja penulisan ini kepada penulis sebenar daripada anda bazirkan masa anda.

 

(2) Tak ada idea

Ini sebab paling common. Tak ada idea nak tulis pasal apa, tak ada idea nak mulakan perenggan pertama, tak ada idea nak cerita tentang apa. Kesudahannya, anda hanya merenung sahaja skrin dihadapan anda tanpa anda menaip sebarang perkataan pun.

Sebenarnya ada trik dan tips bagaimana nak dapatkan idea penulisan tanpa had ini. Mungkin saya akan kongsikan di lain masa.

 

(3) Tak tau nak mula dari mana

Susah jugak ni kalau tak tau nak mula dari mana. Saranan saya, cuba buat lakaran atas kertas dulu sebelum tergesa-gesa nak bawa perniagaan anda ke alam maya. Sebab tu pentingnya ada business plan. Bila kita buntu, dan kita rasa seolah-olah tak tau nak buat apa, kita boleh terus rujuk kepada business plan kita tu.

 

(4) Tak pandai atau tak ada ilmu yang sepatutnya

Tak pandai tak apa. Semua ni boleh belajar. Cuma adakah anda ada masa dan ada kesabaran untuk belajar semua ini? Eh bukan ke anda ni sentiasa sibuk urus bisnes?!

 

(5) Blog tak ada trafik dan penulisan tiada sambutan

Jika anda baru bermula, dan baru sahaja menghasilkan blog anda, anda mungkin akan dapati trafik yang masuk ke laman blog anda sangatlah sedikit. Kalau anda tak buat kerja-kerja promosi, maka tak ada trafik. Saya juga pernah melalui fasa seperti ini.

 

Biasalah… blog baru memang macam tu. Justeru saya syorkan anda buat banyak-banyak artikel kalau nak dapatkan trafik secara organik atau autopilot.

 

(6) Artikel tak berjaya masuk ke page pertama google

Ini satu lagi perkara yang akan buatkan kesabaran kita tercabar. Walau macam mana kita cuba, artikel kita tetap tak berjaya masuk ke page pertama google. Selalunya benda ni terjadi disebabkan ada masalah pada kita punya focus keyword dan kurangnya backlink pada artikel tersebut.

 

Usaha lagi. Maksudnya, banyak lagi kerja yang perlu dilakukan ya.

 

(7) Terlalu mengharapkan sesuatu yang sempurna

Ini adalah suatu mind set yang cukup berbahaya sebenarnya. Memang amat jarang untuk kita dapat sesuatu yang sempurna pada percubaan kali yang pertama. Semuanya perlukan masa.

 

Sebagai usahawan, sudah tentu kita mahukan segala-galanya berjalan dengan sempurna. Kena ada sistem yang terbaik. Kena ada design blog yang paling menarik. Logo yang paling cantik. Artikel yang paling berkualiti dan berkredibiliti dan sebagainya. Semua itu perlu masa dan ia tak akan datang dengan segera.

 

Tetapi kalau terlalu mengharapkan kesempurnaan, bimbang nanti kekecewaan yang akan datang.

 

Alright, jika anda ingin buat sendiri kempen advertorial anda, selamat berjaya saya ucapkan. Saya harap beberapa perkongsian dan tips yang saya dah kongsikan dalam blog ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda.

 

Jika anda ingin dapatkan perkhidmatan iklan dari saya, bolehlah hubungi saya.

 

 

Exit mobile version