Blog Sabree Hussin

Fokus atau Pelbagaikan Kaedah Pemasaran?

Dalam konsep pelaburan, kita juga didedahkan dengan istilah seperti

Don’t put all your eggs in one basket

Maksudnya, jangan letakkan semua sumber yang berharga yang ada pada anda hanya pada satu tempat sahaja. Jangan bergantung hanya pada satu sumber sahaja.

Sebabnya, kalau jadi apa-apa yang tak baik pada sumber tersebut, anda juga yang akan ditimpa masalah yang besar.

Maka dari situ wujud pula konsep diversify, lawan bagi focus. Diversify membawa maksud pelbagaikan.

Begitu juga halnya dengan konsep pemasaran dan perniagaan online. Kita tak digalakkan untuk bergantung hanya semata-mata pada satu sistem sahaja.

Contohnya, kalau sebelum ni anda dah biasa guna FB, anda hanya guna FB sampai bila-bila.

Ataupun, kalau anda biasa guna kaedah pemasaran menerusi medium blogging, anda hanya fokus pada blogging sahaja.

… dan jika sebelum ini anda hanya guna email marketing, anda hanya fokus pada kaedah pemasaran itu semata-mata.

Saya tidak bermaksud untuk mengatakan apa yang anda lakukan selama ini salah ataupun kurang tepat. Namun, apa yang ingin saya tekankan disini ialah pentingnya untuk anda memikirkan satu alternatif bagi memaksimumkan pulangan dan keuntungan yang anda boleh perolehi apabila menggabungkan 2 – 3 cara dalam pemasaran.

Setakat waktu entri ini ditulis, lazimnya top internet marketer akan menggabungkan beberapa kombinasi pemasaran seperti

1. FB + Email marketing

2. FB + SMS marketing

3. FB + Blogging

4. Blogging + Email marketing

5. FB + Email marketing + blogging

Kalau anda hanya bergantung pada FB, perniagaan dan pendapatan anda akan terjejas setiap kali pihak FB mengemaskini dan memperkenalkan sistem algorithma baru disamping memperkenalkan design dan layout terbaru.

Kalau anda hanya bergantung pada email marketing, sedikit sebanyak anda akan terjejas apabila berlaku perubahan pada peraturan menghantar email dan lazimnya syarikat autoresponder perlu patuh pada organisasi seperti Spamhaus yang mencorakkan perjalanan pemasaran menerusi email.

Kalau anda hanya bergantung pada blogging, bermakna setiap perubahan yang dilakukan oleh google dan sistem search engine, akan turut beri pengaruh dan kesan terhadap pendapatan anda.

Jadi, adakah wujud sistem pemasaran yang PERFECT?

Jawapannya… Tak ada.

Tak ada yang sempurna melainkan hanya Allah SWT sahaja. Jangan mengharapkan kesempurnaan pada makhluk ataupun sistem-sistem rekaan makhluk tuhan.

Namun, sememangnya ada cara untuk buat pemasaran dengan kaedah yang berkali ganda lebih baik.

Setiap yang terlibat dengan aktiviti pemasaran patut memiliki senarai database pelanggan ataupun prospek yang fungsinya untuk memudahkan anda lakukan pemasaran.

Database prospek dan pelanggan dapat dibina apabila anda faham bagaimana menggunakan medium-medium pemasaran seperti yang saya bincangkan sebelum ini.

Sebagai penerangan

Blog

Fokus anda bukan sekadar untuk dapatkan seberapa ramai pembaca atau pelawat semata-mata. Pada masa yang sama, anda juga perlu fokus untuk kumpulkan subscriber.

Mereka yang menjadi subscriber bagi blog anda akan menerima notifikasi menerusi emel untuk setiap artikel baru yang anda siarkan dalam blog anda. Jadi, walaupun mereka tidak akses ke blog anda, anda masih boleh keep in touch dengan pembaca blog anda.

FB

Kumpulkan senarai prospek menerusi fungsi FB Group.

Wujudkan komunikasi dua hala antara anda dan juga prospek anda.

SMS

Kumpulkan nombor telefon prospek.

Email marketing

Kumpulkan senarai emel prospek anda. Senarai emel boleh dibahagikan mengikut minat, lokasi, kempen dan sebagainya.

****

Ini yang akan berlaku apabila anda tak ada database prospek dan pelanggan anda sendiri.

Setiap kali anda ada produk baru untuk dipromosikan, setiap kali itu juga lah anda perlu bermula dari bawah. Anda perlu bermula dari prospek anda yang pertama.

LAMBAT.

Cara cepat ialah apabila anda dah punyai database pelanggan anda sendiri.

Saya ambil contoh, anda berjaya kumpul 1,000 orang prospek untuk satu-satu masa.

Satu hari, anda ada satu produk untuk dipromosikan. Ya. Anda ada 1,000 prospek yang anda boleh target untuk buat promosi.

Bagaimana kalau esok lusa anda sekali lagi ada produk baru untuk dipromosikan?

Anda tak perlu mula dari kosong, sebabnya anda boleh terus gunakan database pelanggan yang anda dah pernah miliki sebelum ni.

Bukan kah cara ini lebih baik?

 

 

 

Exit mobile version