Blog Sabree Hussin

Evolusi dalam Perniagaan Internet adalah suatu pilihan atau wajib buat?

Bagaimana anda boleh terjebak dalam bidang perniagaan dan pemasaran di internet? Masih ingat lagi? Saya percaya, setiap orang pasti ada pengalaman manis dan kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan, yang mana bertitik tolak dari peristiwa tersebut menjadikan anda kini bergiat secara aktif dalam bidang perniagaan dan pemasaran online.

 

Program klik-klik dapat duit. Pada peringkat awal-awal dulu, saya pernah join program seumpama ini. Senang je nak buat duit dengan program tu. Hanya perlu daftar sebagai ahli, kemudian di member area tu, akan ada beberapa senarai iklan yang perlu kita klik dan tonton sampai habis. Kebiasaannya iklan adalah dalam bentuk video. Panjang setiap iklan adalah lebih kurang 30 saat dan kita kena tonton iklan tersebut dari mula sampai habis. Bila iklan dah habis, kita akan dibayar upah sebanyak USD0.15.

Wah pada waktu tu memang rasa seronok sangat sebab dapat jana pendapatan dalam matawang USD. Realitinya, saya tak pernah rasa pun duit tu. Duit tu hanya kekal sebagai angka yang hanya boleh dilihat sahaja di member area. Malahan, login id dan juga password untuk akses ke member area pun saya dah lupa. Lebih teruk lagi, nama laman web yang saya join tu pun saya dah tak ingat.

 

Program MLM Head Hunting online. Kemudian tak lama lepas tu, saya diperkenalkan pula dengan program MLM yang menggunakan konsep head hunting. Program ini matlamatnya hanyalah nak capai financial freedom, nak cari orang dan pusing-pusing duit sesama ahli. Itu sahaja. Tak ada produk, dan tak ada servis yang dijual. Rasanya saya tak sempat merasa sebarang income. Saya tinggalkan terus program ini apabila sedar yang benda ni scam je. Tapi rugi jugaklah dalam RM50 sebab daftar sebagai ahli. Ok fine… saya anggap tu sebagai yuran untuk jadi cerdik.

 

Buat duit dengan blogging. Kemudian saya terus cari dan terus mencari peluang-peluang untuk buat duit di internet. Saya tau dan saya percaya, dengan bantuan internet, saya boleh jana pendapatan yang jika tak lumayan sekalipun, ianya mampu untuk memberi keselesaan kepada saya. Tapi persoalannya… bagaimana nak buat duit di internet? Akhirnya dari pembacaan laman-laman web di internet, saya temui satu model bisnes yang saya kira agak menarik untuk dicuba. Tak lain dan tak bukan, buat duit dengan blogging.

 

Laman blog pertama yang saya bina is a disaster. Laman blog seterusnya pun sama. Hancur. Kemudian yang ketiga, keempat dan seterusnya. Semuanya tak menjadi. Rasa macam ada je benda yang tak kena. Saya rasa agak tertekan juga sebab tak berjaya jana pendapatan dengan blog walau RM1.

 

Lagi buatkan saya kecewa adalah apabila akaun Google Adsense saya kena banned dengan Google. Rasa macam dah tak ada harapan nak berjaya dengan blogging. Mujurlah saya masih ada akaun Nuffnang pada waktu tu. Jadi, walaupun rasa tak ada harapan dengan Google Adsense, at least masih boleh buat duit dengan Nuffnang.

Atas ni ialah cek kedua yang saya terima dari Nuffnang. Cek pertama nilai dia sikit je. Waktu tu saya baru nak try dan nak tau macam mana rasanya bila dapat income dari internet. Belum sampai RM100, saya dah request untuk cash out cek Nuffnang.

 

Cek kedua dari Nuffnang ni saya terima pada tahun 2013.

 

Buat duit menerusi Program Affiliate. Disebabkan buat duit dengan program pengiklanan ini sangatlah slow, jadi saya berpendapat saya kena cari sumber pendapatan lain yang lebih lumayan. Kalau sekadar nak mengharap pada program pengiklanan, memang tak mampu nak bayar internet dan untuk bayar domain serta hosting.

 

Waktu tu, sinar baru menjelma. Kat Malaysia mula popular dengan program affiliate. Waktu ini adalah pada tahun 2010 lebih kurang. Kebanyakkan program affiliate, adalah yang mempromosikan produk-produk digital sama ada dalam bentuk ebook, video mahupun software. Pada waktu ini juga, sambil saya belajar selok belok tentang pemasaran online, saya cuba mempromosikan produk-produk yang menawarkan program affiliate.

 

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, kebanyakkan program affiliate adalah untuk produk-produk digital. Produk digital tu pulak adalah produk-produk yang mengajar cara-cara untuk buat duit online.

 

Buat duit menerusi perniagaan online menerusi konsep dropship. Program dropship pada awalnya hanya popular buat peniaga dan usahawan yang berniaga menggunakan platform ebay. Jual beli produk fizikal masih agak kurang sambutan pada waktu itu di negara kita. Mungkin juga sebab pada masa itu tak ramai orang yang ada perbankan online.

 

Usahawan-usahawan ebay kebanyakkannya perlu menceburi pasaran antarabangsa dan berniaga dengan orang dari luar negara.

 

Kemudian, apabila semua orang mula memiliki akaun perbankan online, orang ramai mula terbuka untuk melakukan jual beli secara online. Pada waktu itu konsep dropship mula popular di Malaysia, dan ia mula menjadi salah satu konsep bisnes pilihan di negara kita.

 

Program affiliate bagi produk fizikal. Satu masa dulu, saya pernah baca somewhere, ada pendapat yang mengatakan tak ada siapa yang nak join program affiliate jika produk yang dijual ialah produk fizikal. Dengan peratus komisen yang begitu rendah, katanya “… tak ada sapa yang akan join.”

 

Sudah tentu tanggapan tersebut sudah terbukti tidak benar. Lihat sahaja program affiliate Lazada Malaysia. Walaupun komisen yang ditawarkan sebenarnya tidaklah tinggi, namun saya boleh katakan ini adalah salah satu program affiliate terbaik yang boleh kita sertai.

 

Setakat ini, saya telah kongsikan kepada anda, beberapa cara untuk buat duit secara online. Sama ada anda menjadi seorang penulis blog (blogger), ejen affiliate, ejen MLM, ejen dropship, ataupun ejen yang mempromosikan program scammer.

 

Anda juga mungkin seperti saya, iaitu bermula sebagai salah satu daripada senarai yang saya sebutkan diatas.

 

Apa yang berlaku, itu adalah perkara di masa lalu yang menjadikan siapa anda pada hari ini. Tetapi, yang lebih penting ialah, apa yang anda ingin jadi lepas ini. Bagaimana anda ingin turut berevolusi seiring dengan berkembangnya teknologi dan capaian internet pada hari ini.

 

Supaya anda juga masih tetap relevan dan diperlukan dengan beralihnya peredaran masa.

 

Saya merujuk kepada situasi kita di Malaysia. Di negara kita, ada beberapa nama-nama besar yang dulu pernah menjadi pelopor kepada bidang internet marketing di Malaysia. Antaranya yang dapat saya sebutkan ialah Irfan Khairi, Patric Chan, Edmund Ho, Gobala Krishnan, Zamri Nanyan, Jamaluddin Bahari (sifu FBAds), Raja Kamil, Rahman Basri, Razif Yusof, Mohd Suhaimy (Klikjer.com) dan ramai lagi.

 

Saya berpendapat, jika kita ingin berada lama dalam bidang ini, sampai satu tahap kita juga perlu berkembang seiring atau lebih baik lagi, berkembang lebih laju berbanding teknologi sekarang.

 

Sampai satu masa, anda perlu buat keputusan sama ada nak terus buat benda yang sama, sampailah benda yang kita buat tu dah tak berapa relevan atau dah banyak persaingan atau mula menukar model perniagaan.

 

(1) Model business training & consultancy

Saya selalu follow perkembangan terkini Irfan Khairi, dan saya boleh katakan IK banyak bercerita tentang program yang dianjurkan oleh syarikatnya iaitu Irfan Khairi Sdn Bhd dalam bidang training. Kalau di Malaysia, IK ada sediakan program Open Education bersama Irfan Khairi manakala di luar Malaysia ada IK Institute of Business Dubai.

 

Selain IK, ada juga beberapa internet marketer lain yang mula fokus kepada perniagaan jenis training, antaranya Jamal Sifu FBAds, Wan Mus Sifu Adwords, dan ramai lagi.

 

(2) Jadi penceramah sama ada fulltime atau jemputan khas

Jadi penceramah pun nampaknya menjadi satu cara buat duit pilihan bagi mereka-mereka yang sebelum ini bergiat aktif sebagai seorang internet marketer. Walaupun mungkin mereka ini bukannya berceramah secara fulltime, namun ada ramai juga yang saya perasan berevolusi menjadi seorang penceramah.

 

Apabila ada program-program keusahawanan di universiti, kolej dan sebagainya, mereka ini akan jadi penceramah jemputan bagi berkongsi selok belok tentang pemasaran dan perniagaan online.

 

(3) Penulis buku, atau ebook

Internet Marketer yang terkenal pada hari ini pasti ada produk informasi sendiri. Kalau jadi penceramah, mungkin bayaran yang akan diterima adalah sekali tu je. Sekali berceramah, sekali tu je dapat bayaran.

 

Sebaliknya kalau jadi penulis buku, atau pengeluar produk informasi, mereka boleh dapat bayaran sampai bila-bila dalam bentuk royalti selagi ada yang beli produk keluaran mereka.

 

(4) Mengadakan bisnes personal coaching

Sesetengah orang, dia akan lebih mudah faham kalau dapat bimbingan jenis one to one. Seminar-seminar, ceramah, bengkel ni semua susah nak faham dan agak segan nak tanya macam-macam soalan. Jadi mereka lebih gemar kalau dapat duduk sama-sama dan bincang sesuatu topik sampai betul-betul faham.

 

Maka kaedah personal coaching ini akan dijadikan pilihan.

 

Baiklah, sebelum anda rasa seolah-olah lost dan tak nampak apa yang saya cuba sampaikan, sebenarnya apa yang saya sebutkan ini adalah bentuk-bentuk evolusi yang biasa akan berlaku dalam kalangan para usahawan internet.

 

Mereka ini tak akan buat benda yang sama sahaja sepanjang hayatnya.

 

Kalau hari ini bermula dengan dropship, mereka tak akan buat dropship sahaja sampai ke akhir hayat. Akan tiba satu masa, sama ada dia akan

i. Keluar modal untuk borong produk dari China dan jadi supplier di Malaysia, atau

ii. Keluarkan produk baru atas jenama dan nama sendiri

iii. Mula borong produk dari HQ dan simpan stok

 

Hidup sebagai seorang internet marketer bukannya statik. Ia perlu sentiasa berkembang dan berevolusi kepada satu bentuk baru yang lebih baik.

 

Begitu juga halnya jika anda ingin jadi seperti saya. Anda mungkin lebih selesa dengan cara sebagai seorang penulis blog. Namun percayalah, jika anda masih lagi konsisten menulis di blog untuk 5 ke 10 tahun lagi, pada waktu itu business model anda pasti akan melihatkan banyak perubahan.

 

Ini mungkin step-step yang bakal anda lalui

i. Anda bermula dengan join program pengiklanan dan dibayar mengikut jumlah klik dan trafik

ii. Seterusnya anda mula belajar dan kuasai kaedah buat duit dengan affiliate

iii. Maju setingkat lagi, blog anda kini dapat dimanfaatkan untuk bantu usahawan lain buat duit online, dengan cara anda tawarkan servis review dan advertorial

iv. Anda mungkin akan rasa sudah tiba masa untuk anda compile artikel-artikel dalam blog anda menjadi sebuah ebook yang lengkap. Kini anda adalah penulis ebook!

v. Anda mungkin ingin menjadi penceramah atau seorang tutor yang mengajar cara-cara buat duit online

vi. … dan peringkat seterusnya

 

Saya tak pasti dan saya tak tau sama ada anda bernasib baik untuk baca perkongsian yang hasilkan ini atau tidak. Satu perkara yang saya nak anda tahu, jika anda baru ingin bermula hari ini, mula untuk fikir kemana hala tuju bisnes anda.

 

Saya pasti, anda tak mahu asyik buat benda sama sahaja sampai bila-bila.

 

Kalau awal-awal dulu, anda asyik post di wall FB, kemudian post iklan di group-group iklan, seterusnya tag kawan-kawan anda tak tentu pasal, anda pasti tak nak buat benda yang sama seperti ini sampai bila-bila.

 

Jika anda tak ambil berat tentang apa yang saya ceritakan dalam post ini, saya khuatir anda tak akan kekal lama dalam bidang ini. Buktinya? Saya lihat ada ramai kawan-kawan penulis blog yang bermula pada waktu yang lebih kurang sama seperti saya sudah mula meninggalkan blog masing-masing.

 

Nak kata mereka ini dah berjaya dan telah melalui proses evolusi pun tak juga. Sebabnya dari pemerhatian saya, mereka ni seolah-olah masih lagi sedang mencari arah tuju. Sedangkan kalau dulu dia fokus pada satu bidang, tak mustahil dalam masa 5 tahun, pasti dah banyak kemajuan yang dah dicapai.

 

Hidup biar bergerak ke hadapan. Usah terhenti ditengah jalan atau lebih buruk lagi asyik mundur ke belakang.

 

Harap-harap anda faham la ya apa yang saya cuba sampaikan dalam post ini. Wallahua’lam.

 

Exit mobile version