Blog Sabree Hussin

Teknik Pemasaran Perniagaan Internet

Teknik Pemasaran Perniagaan Internet. Ada banyak perniagaan yang boleh dipasarkan menggunakan medium internet jika anda benar-benar faham bagaimana cara melakukannya. Apabila anda mula memasarkan perniagaan anda menerusi medium internet, anda membuka satu peluang baru!

 

Anda tidak lagi dihadkan untuk berurusan hanya dengan masyarakat setempat sahaja, sebaliknya anda kini mempunyai kuasa untuk berurusniaga dengan seluruh rakyat Malaysia dan tak mustahil juga untuk anda berurusan dengan mereka yang berada di luar negara.

“Perniagaan anda berpotensi untuk berkembang hingga ke satu tahap yang lebih tinggi!”

 

Buku berjudul Teknik Pemasaran Perniagaan Internet ada menyediakan jawapan untuk pelbagai persoalan yang mungkin bermain di fikiran anda tentang bagaimana nak buat duit di internet.

 

Anda boleh klik sini untuk dapatkan senaskhah buku ini.

 

Buku yang ditulis oleh Ahmad Fadzli dan Abooain ini sebenarnya diterbitkan pada tahun 2011. Jadi, kebanyakkan isi kandungan yang dimuatkan dalam buku ini, kebanyakkannya adalah berdasarkan pada teknik-teknik pemasaran yang memang terbukti sangat berkesan pada tahun tersebut.

 

Namun demikian, sebenarnya ada banyak juga kandungan yang masih relevan dan masih sesuai untuk dijadikan rujukan pada ketika ini. Jom kita lihat dan teliti satu per satu isi kandungan buku ini.

 

Bab 1 Asas pengenalan web hosting
Pengenalan web hosting
Jenis hosting dan perbezaannya
Ciri-ciri pada sebuah hosting
cPanel dan DirectAdmin
Bagaimana hendak meletakkan domain pada hosting anda?
Membangunkan laman web anda
Kesimpulan

 

Dalam bab 1 anda akan belajar tentang web hosting. Web hosting adalah satu keperluan yang wajib ada, sekiranya anda ingin bangunkan laman web. Sama ada laman web jualan ataupun laman web berkonsepkan blog seperti yang saya gunakan sekarang ini.

 

Syarikat web hosting yang dicadangkan ialah NetKL. Kebetulan, saya juga melanggan perkhidmatan web hosting dari syarikat NetKL dan hingga ke hari ini, dah masuk tahun yang ke tujuh saya menjadi pelanggan syarikat hosting NetKL. [klik sini untuk ke laman web NetKL]

 

Bab 2 Ketahui rahsia kehebatan senarai emel anda
Formula bina senarai emel
Bagaimana membina senarai emel yang responsif
Bagaimana membina hubungan dan meningkatkan tahap responsif?
Tip untuk membina kredibiliti
Kesimpulan: Berikan ia sedikit masa

 

Usahawan internet yang ingin kekal lama dalam bidang ini, mereka patut fokus pada pembinaan aset. Apa aset kita sebagai seorang usahawan internet? Salah satunya ialah database pelanggan dan juga prospek.

 

Proses untuk mendapatkan prospek secara online adalah sangat mudah. Walaubagaimanapun, jika anda tak simpan senarai prospek anda menggunakan sistem database, bermakna anda mensia-siakan usaha pemasaran yang anda jalankan. Cara paling mudah untuk menyimpan maklumat perhubungan pelanggan adalah dengan menggunakan sistem autoresponder.

 

Dalam buku ini, sistem autoresponder yang dicadangkan ialah sistem autoresponder Aweber. Pada tahun 2011, boleh dikatakan agak sukar nak cari sistem autoresponder yang bagus, dan kalau ada yang bagus, ianya adalah autoresponder berbayar. Antara yang popular adalah seperti Aweber, Getresponse, dan TrafficWave.

 

Jika anda baru nak bermula membiasakan diri menggunakan sistem autoresponder pada tahun ini, saya cadangkan anda guna sistem autoresponder emelmatik. Pihak emelmatik menawarkan pelan percubaan selama 365 hari tanpa sebarang bayaran, dan jika anda ada bajet lebih, boleh dapatkan pelan Premium yang menawarkan pelan penggunaan sepanjang hayat tanpa ada bayaran bulanan.

Pada saya ia sangat menjimatkan!

 

Bab 3 Rahsia pemasaran emel
Pengenalan pemasaran emel
Tip dan faedah pemasaran emel
Pemasaran emel yang mempunyai keuntungan yang tinggi
Keistimewaan khas untuk pelanggan
Tawaran susulan
Pemasaran affiliate
Tajaan newsletter
Membina blog
Menjana pendapatan dengan ulasan
Jual produk dan servis anda sendiri
Taktik penjanaan senarai yang ringkas
Kesimpulan

 

Dalam bab 3, anda akan belajar dengan lebih terperinci selok belok tentang pemasaran menggunakan medium emel. Ada banyak cara untuk menggunakan sistem autoresponder. Walaupun pada hari ini, pemasaran menggunakan media sosial adalah kaedah pemasaran yang popular, namun tak bermakna ianya adalah kaedah pemasaran yang paling berkesan.

 

Pemasaran menggunakan medium emel ada kelebihannya yang tersendiri. Apa yang saya boleh katakan, walaupun pemasaran menggunakan media sosial nampak lebih menyeronokkan, namun anda tak sepatutnya mengabaikan kaedah pemasaran menggunakan emel ini.

 

Sebaik-baiknya anda cubalah gabungkan kedua-dua kaedah ini, iaitu pemasaran emel dan juga pemasaran menggunakan media sosial. Hasilnya pasti lebih menakjubkan. Apa taknya, anda dekati prospek dan pelanggan anda dari kedua-dua arah. Satu arah menerusi laman media sosial dan satu arah lagi menerusi emel.

 

Dengan ini, proses untuk membina kredibiliti dan membina perhubungan yang baik dengan pelanggan juga akan jadi lebih mudah.

 

Bab 4 Kuasa pemasaran forum
Pengenalan pemasaran forum
Kenapa pemasaran forum begitu berkesan?
Bermula dengan pemasaran forum
Etika pemasaran forum
Jadikan kewujudan anda dirasai melalui entri anda
Ahli aktif
Pastikan entri berkualiti
Pemasaran forum teknik berkesan!
Langkah-langkah untuk berjaya dalam pemasaran forum
Kelebihan forum pemasaran
Ada yang lebih penting daripada buat duit segera di forum!
Membuat tawaran di forum
Tindakan sebelum melakukan promosi
Memanfaatkan forum sepenuhnya
Mencipta produk dan meningkatkan kualitinya
Panduan membuat tawaran di forum pemasaran
Pengurusan tawaran
Bagaimana melonjakkan bisnes anda dengan forum?

 

Pemasaran menggunakan forum memang satu kaedah yang cukup popular satu ketika dulu. Pada waktu tu, laman media sosial seperti Facebook, Twitter mahupun Instagram masih belum popular lagi. TETAPI, untuk tahun 2016 ini, mungkin kaedah pemasaran menggunakan forum dah tak berapa berkesan.

 

Sesetengah forum, contohnya seperti majalah.com, dan wangcyber masih lagi berguna jika anda ingin jalankan pemasaran. Apa yang anda post di forum akan turut di indeks oleh enjin carian google. Ini memberikan kesan SEO. Apapun, beriklan secara rambang di forum bukanlah satu kaedah pemasaran yang bagus. Anda boleh kena banned dengan pemilik forum atau moderator.

 

Bab 5 Pemasaran viral – teknik efektif mengembangkan perniagaan anda
Kenapa dan bagaimana pemasaran viral berfungsi
Apa yang berkesan dan apa yang tidak berkesan
Kepelbagaian aspek pemasaran viral
E-buku anda adalah jurujual viral anda
Apa yang e-buku boleh lakukan untuk anda
E-buku dan program affiliate
3 langkah mendapatkan produk percuma untuk e-buku anda
Pemasaran viral menggunakan forum
Manfaatkan forum sepenuhnya
Pemasaran viral forum yang berjaya
Pemasaran viral menerusi peralatan mobil
Menggunakan video untuk pemasaran viral
Menggunakan perkongsian fail untuk viral
Menggunakan emel untuk mencapai objektif
Humor disebarkan melalui emel viral
Bagaimana mendapatkan emel untuk viral
Menggunakan ruang chat untuk viral
Kempen pemasaran viral menggunakan e-buku
Teknik buzz dalam pemasaran viral
Faktor mengapa e-buku sesuai untuk pemasaran viral
Folksonomies- Teknik pemasaran viral terkini
Para pengusaha B2B juga sesuai
6 Idea untuk pemasaran viral

 

Kaedah pemasaran viral akan bantu menjimatkan kos pemasaran anda dan ia juga akan memudahkan kerja-kerja pemasaran anda. Jika anda benar-benar FAHAM, bagaimana pemasaran viral berfungsi, dan anda berjaya menggunakan konsep tersebut untuk mempromosikan perniagaan anda, maka anda akan dapati kerja pemasaran anda akan jadi lebih mudah.

 

Akan ada sahaja individu yang akan bantu mempromosikan perniagaan anda tanpa perlu anda susah payah membayar mereka upah. Bagaimana ianya dilakukan? Ada diterangkan dalam buku ini. Kalau anda langsung tak ada idea macam mana nak lancarkan kempen pemasaran viral, saya cadangkan anda buka mukasurat 164 dan baca topik 6 idea untuk pemasaran viral. Salah satu daripada idea yang dibentangkan pasti ada yang sesuai untuk anda.

 

Sekiranya anda berminat untuk baca buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet ini, anda boleh buat tempahan secara online sahaja menerusi link ini.

 

Selain itu, buku ini juga boleh di dapati sama ada di kedai-kedai buku ataupun boleh pinjam sahaja di perpustakaan.

 

Selamat membaca! Dan buat mereka yang memang dah pakar tentang topik pemasaran dan perniagaan internet, buku ini bolehlah dijadikan bahan bacaan untuk tujuan ulangkaji ya.

 

 

Exit mobile version