Blog Sabree Hussin

Kuasai Teknik SEO untuk kuasai Pemasaran Internet

Teknik pemasaran SEO tidak hanya terhad kepada kaedah penulisan artikel menerusi medium blog semata-mata. Jika anda merasakan yang anda tidak memiliki kebolehan dan bakat untuk menulis artikel, anda sebenarnya mempunyai alternatif lain selain menulis artikel iaitu menggunakan medium video.

 

Dari pengalaman saya sendiri, dua kaedah yang menunjukkan kesan yang pantas apabila ingin menggunakan kaedah SEO ialah

1. Artikel

2. Video

 

Saya suka kaedah pemasaran ini. Saya merujuk kepada kaedah pemasaran SEO.

 

Walaupun kesannya adakalanya agak lambat, namun sebenarnya ada trik dan teknik untuk buatkan kesannya dapat dilihat dalam satu tempoh masa yang pantas.

 

“Rujukan yang anda boleh dapatkan untuk belajar teknik SEO?”

Kalau anda tak keberatan, boleh saya tau, kenapa anda nak belajar tentang Teknik SEO ya? Almaklumlah, lain orang maka lainlah pula SEBAB kenapa dia nak belajar sesuatu perkara.

 

Ada orang, dia nak belajar sesuatu perkara just for the sake of learning. Dirinya merasa puas apabila dapat pelajari sesuatu yang baru. Sesuatu yang sebelum ni dia tak tau, kini lepas dia belajar perkara tu, dia merasakan yang dirinya sedikit lebih baik berbanding sebelum ni. Orang macam ni, mereka cuma berminat nak belajar tentang sesuatu bidang sebab dia cuma nak tau. Lepas dia dah tau, then that’s it.

 

Ada juga individu yang saya kenali, dia nak tau tentang sesuatu perkara sebab semua orang duk kata pasal benda tu. Dia tak tau kenapa dia pun mesti kena tau tentang perkara tu. Apa yang dia tau, perkara tu seolah-olah satu trend dan dia tak nak jadi ketinggalan sebab cuma dia seorang je yang tak tau pasal topik tertentu.

 

Orang macam ni beri respons yang positif pada perkara-perkara yang viral. Pantang ada benda baru, dia pun tak nak ketinggalan dan nak jadi sebahagian daripada orang-orang yang mempunyai pengetahuan.

 

Baiklah… kat sebelah ni adalah panduan yang saya beli untuk mendalami topik tentang teknik pemasaran SEO.

 

Nama ebook ini ialah Kitab Teknik SEO Merah Jambu.

 

Ini bukan satu-satunya ebook yang wujud kat dunia ni yang membincangkan tentang teknik SEO. Malahan ada banyak lagi. Dalam simpanan saya sendiri, saya kira ada berpuluh-puluh ebook yang saya simpan yang membincangkan tentang teknik SEO.

Saya tak galakkan anda BELI ebook kitab SEO Merah Jambu ni!

Ada sebab sebenarnya kenapa saya highlight perbezaan antara orang-orang yang suka pelajari tentang sesuatu topik yang baru.

 

Sebagai salah seorang pembeli dan pembaca ebook ini, saya terpanggil untuk bercerita serba sedikit mengenai kitab ini. Bukan apa, saya khuatir juga kalau-kalau ada pembaca blog ini yang meletakkan harapan yang terlalu tinggi tentang kitab ini.

 

Ebook Teknik SEO Merah Jambu ni lebih banyak berkisarkan dan memfokuskan kepada cara-cara untuk buat duit dengan mempromosikan produk-produk affiliate.

 

Kalau anda jenis yang suka baca teori, hal-hal berkaitan coding, template yang bagaimana yang mesra SEO, aspek teknikal dan asal-usul peraturan SEO, ebook ini tidak menceritakan tentang semua itu secara terperinci.

 

Apa yang diceritakan secara panjang lebar ialah “bagaimana untuk menghasilkan penulisan yang mesra SEO sekaligus convert kepada jualan.”

 

Jadi soalan saya. Anda lebih minat nak tau tentang hal-hal teknikal, atau anda lebih suka nak tau macam mana nak tulis artikel yang boleh convert kepada sales seterusnya dapat bantu anda selesaikan hutang, makan makanan yang sedap-sedap dan dapat bercuti ke tempat-tempat yang BEST?

 

Guna teknik SEO untuk sedut komisyen dari Ashadee

 

Masa saya BELI ebook Teknik SEO Merah Jambu ni dulu, niat saya satu je…

“AKU NAK BUAT DUIT DENGAN PROGRAM AFFILIATE DENGAN SEBANYAK-BANYAKNYA..!”

 

Sedikit sebanyak, saya juga nak rasa seperti mana yang dirasai oleh penulis asal ebook ini. Beliau dengan senang lenang boleh buat duit dengan sebarang program affiliate yang di sertai. Kalau dia boleh buat, maknanya saya juga boleh buat.

 

Kalau saya buat sebijik-sebijik macam yang dia buat, tak mustahil saya pun boleh dapat hasil yang SAMA macam yang dia sedang nikmati.

 

Ah… kalau tak dapat 100% sama, dapat 50% sama macam yang beliau sedang nikmati pun saya masih lagi boleh dikira berjaya. Cuma perlu usaha yang lebih baik. Itu sahaja.

 

Saya guna teknik SEO untuk jual panduan SEO!

Ironi kan.

 

Saya guna teknik SEO untuk jual panduan yang mengajar Teknik SEO. Atas ni merupakan bukti komisyen yang saya perolehi.

 

Ini adalah satu validation yang cukup ampuh yang membuktikan konten dalam ebook ini memang “boleh pakai” dan “boleh buat duit.”

 

Oh tadi saya ada cakap kan… yang saya ada simpan banyak ebook tentang SEO?

 

Ya

 

Walaupun kesemua ebook-ebook tu semua membincangkan secara details, sama ada dari sudut teori, praktikal mahupun teknikal, namun tak ada walaupun satu daripada ebook tu semua yang mengajar dan menunjukkan kepada saya, bagaimana untuk menggunakan teknik SEO hingga berjaya menghasilkan jualan.

 

Tak ada.

 

Ianya 100% bergantung kepada pemahaman sendiri. Kalau faham, macam mana nak manipulasi teknik SEO, maka In Shaa Allah, anda akan nampak hasilnya. Kalau tetap tak faham walaupun dah baca banyak ebook tentang SEO, maka ikhtiarlah dengan belajar dari ebook Teknik SEO Merah Jambu ni jugak.

 

Baiklah, saya dah pun sampaikan semua yang saya nak sampaikan tentang Teknik SEO hari ini.

 

Anda yang baca perkongsian saya ni, pun patutnya dapat faham, apa yang saya cuba sampaikan. Teknik SEO ni sebenarnya bukannya benda baru, dan bukannya MAGIK sangat pun. Ianya adalah teknik pemasaran yang pada pemerhatian saya agak kurang digunakan dewasa ini.

 

Mentang-mentanglah sekarang ni semua orang duk sibuk dengan FB, instagram, twitter dan sebagainya, teknik SEO macam ni dah mula dilupakan.

 

Ha ha tapi bagus jugak. Ia adalah berita baik untuk pengamal teknik SEO macam saya. Sebabnya kali ini, akan makin kuranglah persaingan, dan bila kurang persaingan, maka makin mudahlah untuk individu seperti saya buat duit di Internet.

 

 

Exit mobile version