Blog Sabree Hussin

Bisnes Emas PowerGold – Suatu Permulaan Perniagaan Emas!

Bismillahir Rohmaanir Rohim

 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya, pada hari ini saya dibukakan dan dipermudahkan jalan untuk sertai syarikat POWERGOLD DOT BIZ SDN BHD ( REG NO: 1036711-K ).

 

Untuk sertai syarikat PowerGold dot biz sdn bhd sebagai ahli, sebenarnya ada tiga pakej yang boleh dipilih, iaitu

1. Pakej Gold (Modal RM350)

2. Pakej Solid Gold (Modal RM450)

3. Pakej Super Power Gold (Modal RM3,800)

 

“Mana satu pakej yang jadi pilihan saya?”

 

Saya berpendapat, sebenarnya mana-mana satu pakej pun bagus dan ada keistimewaannya yang tersendiri. Bergantung kepada keselesaan dan kemampuan mereka yang minat nak sertai perniagaan ini.

 

Pada pendapat saya, soalan yang lebih penting selain daripada “nak join dengan pakej apa” adalah “kenapa perlu join sekarang.”

 

Jadi kat sini, sebenarnya tak kisahlah nak join pakej yang mana satu pun. Yang PENTING IALAH JOIN. Ambil tindakan, take action dan mulakan langkah untuk berubah, untuk memperbaiki diri, terutama sekali dari segi ekonomi.

 

Selepas buat perbandingan, dengan mengambil kira faktor kemampuan dan tujuan asal nak join syarikat emas ini, maka akhirnya saya pun pilih untuk ambil pakej Solid Gold.

 

Bayaran pun dah dibuat 😀

Ya

 

RM456. Pecahannya adalah seperti berikut

RM450 adalah yuran ahli untuk pakej Solid Gold

RM6 adakah kos untuk postage

 

Kos postage ni pula sebenarnya adalah untuk penghantaran emas fizikal yang saya akan terima nanti iaitu 1/4 Dinar.

 

Kalau anda nak tahu, 1/4 Dinar ini dikeluarkan oleh Amethyst Gold Creation dengan ketulenan 999.9 dan beratnya pula ialah 1gram.

 

Memandangkan transaksi dijalankan secara dalam talian, bermakna ada sedikit delay dari segi penghantaran. Jaminan dari pihak syarikat, lazimnya produk akan sampai ke tangan pembeli dalam masa 3 – 4 hari.

 

Bergantung kepada kepantasan syarikat kurier membuat penghantaran. Delay ini adalah disebabkan proses penghantaran. Ia berbeza sama sekali dengan konsep ETA.

 

Pada waktu catatan ini saya tulis, harga emas powergold adalah seperti berikut

Harga jualan bagi 1/4 Dinar ini ialah RM227 (anak panah berwarna biru)

Sebagai ahli PowerGold, saya boleh beli dengan harga ahli iaitu dengan kos RM202 sahaja.

Ini bermakna, saya boleh dapatkan 1/4 Dinar dengan harga RM25 lebih murah berbanding orang lain yang masih belum jadi ahli PowerGold.

 

Peluang untuk dapatkan stok emas dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran

Ini adalah salah satu kelebihan dan keistimewaan sebagai ahli PowerGold. Kita boleh beli emas dengan harga yang lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan di kedai-kedai emas biasa. Harga emas di kedai-kedai menjual emas, kadang-kadang mereka tak ikut pun harga emas semasa.

 

Mereka ada sistem mereka sendiri dalam penetapan harga emas. Harga emas sebenarnya berubah pada setiap hari, tetapi daripada pengalaman saya sebelum ini, saya perhatikan sesetengah kedai akan update harga emas dalam julat masa seminggu sekali. Ini saya tak dapat nak komen panjang-panjang, mungkin mereka ada guideline mereka sendiri.

 

Apa yang akan anda perolehi dalam Pakej Solid Gold

Sebenarnya ada banyak yang saya nak cerita tentang PowerGold tetapi tak apa la. Ada banyak masa lagi untuk saya kongsikan tentang emas. Memandangkan ini adalah perkongsian pertama dalam blog ini berkenaan dengan emas PowerGold, jadi saya nak ceritakan serba ringkas tentang pakej Solid Gold ini.

 

Modalnya ialah RM450 sahaja. Dengan menyertai pakej ini, anda akan memperolehi

 

 

1. Percuma 1/4 Dinar 

Sama ada nak simpan atau nak jual, terpulang pada anda. 1/4 dinar ni adalah milik anda, jadi anda berhak untuk buat apa sahaja yang anda suka.

 

Mari perhatikan jadual dibawah

Harga jualan atau harga pasaran untuk 1/4 Dinar ialah RM227 sahaja.

 

Sebagai ahli PowerGold, saya boleh dapatkan dengan harga yang lebih rendah, iaitu RM202.40 sahaja. Penjimatan sebanyak RM24.60

 

Andai kata saya nak jual 1/4 Dinar yang saya dapat secara percuma apabila sertai Pakej Solid Gold ini,

1. Saya boleh jual dengan harga pasaran iaitu RM227, ataupun

2. Saya boleh jual semula kepada pihak PowerGold sendiri dengan harga RM181.70

 

2. Dapat beli emas dengan harga Ahli/Agen

Faktor PENJIMATAN.

 

Kalau nak harapkan kedai emas biasa, memang susah nak dapat diskaun. Melainkan kita selalu beli kat kedai tu.

 

3. Seminar dan training 

Seminar dan training tentang perniagaan emas dan tentang emas itu sendiri. Satu ilmu dan pengalaman yang penting yang patut dimiliki oleh setiap orang. Tetapi biasalah… kalau tak ada keperluan, memang orang kita cukup berat nak belajar sesuatu yang baru. Saya pun tak terkecuali.

 

Jadi memandangkan saya dah masuk dalam perniagaan emas ini, jadi lepas ni, nak tak nak, saya kena lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu emas seberapa banyak yang boleh.

 

4. Komisyen Referral

Konsep yang diamalkan dalam PowerGold ialah saving, trading dan juga networking.

Andai kata saya nak fokus pada saving, iaitu kumpul emas sahaja, saya masih boleh nikmati keuntungan apabila harga emas naik lebih tinggi berbanding harga ketika saya beli. Kenaikkan ini tentunya lebih baik berbanding simpan duit fiat.

 

Ataupun, sebagai ahli powergold, saya juga boleh fokus untuk buat trading atau jual beli emas. Dapat nikmati keuntungan runcit sekitar RM6 – RM20 per gram bergantung kepada jenis emas yang dijual.

 

Selain itu, sebagai ahli powergold juga saya ada opsyen untuk buat networking dan bina rangkaian pengedar atau agen powergold. Ada komisyen disitu dan konsepnya lebih kurang sama je dengan program affiliate yang biasa saya buat. Ada tak pembaca yang minat nak join saya?

 

5. Untung runcit RM6 – RM20 per gram 

Ini khusus untuk mereka yang minat nak fokus pada bisnes trading atau jualan emas. Tak kiralah sama ada emas naik harga, atau turun harga, sebagai ahli powergold, kita masih boleh buat duit! Syaratnya ialah kena jual emas la 😀

 

6. Komisyen jualan peribadi 

Ahli powergold akan menikmati “RM1 repurchase komisyen setiap 1 gram”

Maksudnya begini,

Jika anda beli 20 gram emas, anda akan terima RM20 repurchase komisyen.

 

7. Komisyen jualan kumpulan 

Ini saya akan update kemudian selepas saya dapat info yang lebih lengkap 😀

 

8. Percuma personal web jualan/ promosi 

Ini contoh web jualan yang saya dapat secara percuma. Boleh klik sini untuk lihat.

 

Baiklah, rasa cukup dulu perkongsian saya kali ini. In Shaa Allah dari masa masa ke masa, saya akan update artikel ini apabila masa mengizinkan.

 

Terima kasih kerana membaca, dan semoga bermanfaat.

 

 

 

Exit mobile version