Blog Sabree Hussin

Adakah Bisnes Tone Excel Patuh Syariah?

Entri kali ini saya tulis dengan merujuk buku yang ditulis oleh Zaharuddin Abd Rahman berjudul Wang, Anda dan Islam – Halal dan Haram dalam kewangan dan perbankan.

 

Masa saya beli buku ini, saya masih lagi belajar di UiTM Malaysia, Shah Alam. Saya mengambil jurusan Pengurusan Kewangan (Finance), dan salah satu subjek yang perlu saya ambil pada waktu itu ialah subjek Islamic Finance (kewangan Islam).

 

Masa saya masih belajar tu jugalah saya jadi agen takaful Etiqa.

 

Salah seorang agency manager yang syorkan supaya saya beli buku ini. Kata beliau, buku ini bagus bukan sahaja untuk tujuan close case takaful, tetapi ia juga bagus sebagai pencerahan tentang halal haram dalam aspek kewangan dan perbankan.

Bab 11 buku ini membincangkan topik tentang Isu Syariah dalam jualan langsung (Multi Level Marketing). Jadi, buat pengamal bisnes MLM dan juga penggiat bisnes Tone Excel, saya juga ingin sarankan anda untuk dapatkan buku ini.

 

Kemudian, sila baca.

Biarlah kita jadi agen Tone Excel yang berpengetahuan, setidak-tidaknya, bila downline kita tanya soal halal dan haram, kita tahu macam mana nak jawab. In fact, kalau anda masih belum ada downline sekalipun, ilmu dalam ni masih lagi tetap berguna untuk anda meniti kehidupan sebagai agen Tone Excel.

 

Bahagian Keempat: Syarat Minimum Syariah Bagi Sesebuah MLM

 

Untuk topik MLM ni sebenarnya mengandungi enam bahagian. Buat masa ini saya nak cerita yang bahagian keempat dulu, In Shaa Allah lain kali jika ada kesempatan dan jika saya ada kekuatan, saya akan sentuh bahagian-bahagian lain pula.

 

Ataupun… anda beli je la buku ni. Bukan mahal sangat pun. Masa saya beli dulu harganya cuma RM29.90

 

Untuk memastikan sesebuah program MLM itu HALAL, UZAR menyarankan supaya pengamal MLM dapat memastikan asas minima Syariah berikut dapat dipatuhi

1. Produk MLM dibeli dengan tujuan yang sepatutnya

(seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidak dibenarkan kerana ia hanya bertujuan mengaburi undang-undang dan hukum Syariah dan tidak halal di sisi Syariah. Justeru itu, kekuatan MLM itu adalah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif mengumpul dana tanpa sebarang jualan aset atau produk.

 

Bila kita kaitkan dengan Tone Excel, mungkin akan ada yang akan kata, Tone Excel bukan MLM dan ia ada beza dengan bisnes MLM. Lagipun Tone Excel didaftarkan dengan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia) bukannya Akta Jualan Langsung.

 

Namun apa kita yang kita patut lihat ialah dari cara ia di edarkan (distribution channel). Adakah mempunyai ciri MLM, ada upline dan ada downline atau tidak. Bukannya sekadar kita lihat dimana ia daftarkan.

 

Aspek pendaftaran adalah requirement yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

 

Produk Tone Excel ialah sim kad dan juga kredit prepaid.

 

Ya. Kedua-duanya adalah produk keperluan terutama bagi tujuan telekomunikasi.

 

2. Produknya bukan emas dan perak

Produk emas dan perak TIDAK BOLEH dijual secara tangguh. Beli emas mesti dapat emas sekarang, on the spot. Jika tidak ia akan dikira sebagai transaksi riba an nasiah.

 

Memandangkan sim kad Tone Excel bukannya tergolong dalam kumpulan ini, jadi tak ada masalah.

 

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli bagi setiap penjual dan ahli bawahannya perlu jelas

Tiada komisyen tanpa usaha. Ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen daripada ahli bawahan yang dibantunya sahaja. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan “kepala” atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya.

Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang. (money game)

 

Kalau ada yang kata, masuk Tone Excel tak perlu buat apa-apa dan tunggu sahaja, itu tipu. Sebabnya, kalau anda nak buat duit, anda kena anggap ini sebagai satu bisnes.

 

Dan bila anda anggap ini sebagai suatu bisnes, anda perlu usahakan bisnes ni hingga berjaya.

 

Keuntungan bukan berdasarkan kepala atau ahli sebaliknya berdasarkan nilai produk yang berjaya dijual. Penggiat MLM mungkin lebih jelas dengan apa yang dimaksudkan.

 

Dalam tone excel, salah satu bentuk komisyen dikira berdasarkan kepada berapa nilai topup yang dibeli oleh downline kita. Ia berbeza mengikut level, ada yang sehingga mencapai 6- 10%, 3% dan juga 11 – 13%.

 

4. Setiap upline atau orang diatas mesti menaruh usaha atas jualan orang bawahannya

Macam mana caranya?

 

Buat taklimat, perjumpaan, seminar, bengkel, latihan, sesi motivasi dan sebagainya.

 

Setiap orang buatlah dengan cara yang anda mampu buat asalkan anda menyumbang kepada perkembangan rangkaian anda.

 

Saya tak mampu nak jumpa rangkaian saya satu persatu mahupun kumpulkan mereka dalam satu tempat. Apa yang saya mampu buat, saya boleh tulis blog macam sekarang ni 🙂

 

Saya harap anda yang baca dapat manfaat daripada perkongsian yang saya catatkan ni.

5. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya

Manakala hak mereka yang masuk kemudian berkurangan. Justeru, pelan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih daripada orang atasannya apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

 

Personally, saya suspect downline saya ada yang berjaya jana komisyen lebih tinggi berbanding komisyen yang berjaya saya hasilkan.

 

Sebabnya? Dia lebih aktif dan dia lebih proaktif dalam melakukan promosi. Kalau sistem piramid, saya akan sentiasa dapat lebih berbanding orang bawahan saya, sebabnya saya masuk dulu berbanding orang lain.

 

6. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami

Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

 

Dalam Tone Excel, pembayaran komisyen very straight forward. Untuk Normal Member (NM), anda boleh terima komisyen sehingga tiga level, dimana komisyen setiap level berbeza-beza iaitu 6 – 10%, 3% dan 11 – 13%.

 

Jika anda masih belum faham macam mana nak buat duit dan macam mana sistem komisyen, anda boleh ke laman web ini untuk muat turun panduan Tone Excel.

 

7. Menstrukturkan pelan pemasaran antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah

… iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah membahagi keuntungan yang ditetapkan peringkat awal lagi

 

Dalam Tone Excel ini juga sebenarnya ada sistem pangkat, yang dikenali sebagai Junior Centre, Service Centre dan juga Branch.

 

Struktur komisyen juga berbeza-beza mengikut pangkat yang berlainan.

 

Kalau anda ada modal besar bolehlah join sebagai Junior Centre, tetapi kalau tak ada modal yang besar, sertai sahaja sebagai Normal Member.

 

8. Mengambil Majlis Penasihat Syariah

… yang berkelayakan bagi memantau dan menasihati pengurusan syarikat dalam hal ehwal pelan pemasaran, komisyen dan bonusnya

 

Tone Excel masih belum ada lagi penasihat Syariah pada waktu entri ini saya tulis.

 

Saya tak tahu bila mereka akan lantik Ustaz atau Ustazah untuk jadi penasihat Syariah. Sebagai Normal Member atau agen biasa dalam bisnes ni, saya juga mengharapkan supaya syarikat dapat appoint penasihat Syariah.

 

Saya percaya, bila mereka dah ada penasihat Syariah sendiri, ini akan menarik lebih ramai orang untuk sertai Tone Excel.

 

Apa yang saya kongsikan menerusi catatan ini hanya sedikit sahaja daripada apa yang dibincangkan dalam buku tersebut. Kalau tak keberatan, carilah buku ni bila ada kesempatan.

 

Tambahkan ilmu, In Shaa Allah anda akan berjaya menarik lebih ramai prospek untuk mendekati anda.

 

Dalam bisnes Tone Excel ini, saya pegang pada konsep

First we LEARN, next we EARN

 

Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, apa kata anda kongsikan dengan network anda juga.

 

Eh sekejap sekejap sekejap… Tunggu dulu!

Jangan tutup dulu laman web ni. Saya ada buat ulasan terkini mengenai isu patuh syariah atau tidak bisnes ini di link ini: Isu sama ada bisnes Tone Excel patuh syariah dan sekitar kisah bata

 

Harap anda dapat baca jugak ya!

 

Exit mobile version