Blog Sabree Hussin

Buat bisnes di Facebook atau di Instagram? Atau pilih kedua-duanya sekali?

“Instagram atau Facebook?”

 

Untuk tujuan buat bisnes, sekarang ni ada dua laman media sosial yang memang sedang hangat diperkatakan. Sama ada anda nak gunakan platform Instagram mahupun guna Facebook. Kalau kita lihat fenomena pada tahun 2015 ke belakang, boleh kata agak banyak juga panduan dan kursus online yang ditawarkan yang mengajar cara-cara untuk buat bisnes menggunakan medium Facebook.

 

Namun, apa yang saya perhatikan, bermula penghujung tahun 2015, nama Instagram mula naik dan sering diperkatakan oleh para peniaga dan usahawan online.

 

Adakah ini bermakna, kita juga perlu beralih kepada medium Instagram untuk buat pemasaran secara online?

 

Sekiranya anda masih agak baru dengan kerja-kerja pemasaran menggunakan medium Instagram, tak perlu risau dan tak perlu khuatir.

 

Sebabnya, sekarang ni ada banyak ebook dan panduan yang dihasilkan oleh mereka yang memang dah berjaya buat pemasaran menggunakan medium Instagram sehingga berjaya melonjakkan jumlah jualan mereka.

 

Salah satu panduan yang anda boleh dapatkan dan baca sekarang juga adalah panduan berjudul Instagram Kaboom ni.

 

Ya… saya setuju dengan anda. Nama yang diberikan kepada panduan ini memang agak lain daripada yang lain. Sekali dengar, memang akan selalu teringat-ingat… lagi-lagi dengan perkataan kaboom… kaboom… kaboom tu. Seolah-olah macam ada benda tengah meletup-letup kat telinga pulak.

 

(dem… asyik terngiang-ngiang kat kepala pulak perkataan kaboom nih)

 

Saya menjangkakan, lepas ni akan makin ramai usahawan-usahawan online yang akan berjaya melonjakkan jualan bagi produk masing-masing, lebih-lebih lagi mereka yang telah menjadikan Instagram sebagai medium pemasaran.

 

Situasi yang sedang berlaku pada waktu ini, tak jauh beza dengan yang pernah berlaku pada waktu Facebook masih belum menukar algorithma yang mereka gunakan. Pada waktu tu, post yang kita buat, mudah untuk mendapat reach yang tinggi.

 

Bila reach tinggi, maka lagi ramai kawan-kawan dalam friendlist kita yang akan dapat lihat post yang kita buat. Tak kiralah sama ada post tersebut adalah post iklan ataupun bukan.

 

Namun, sekarang ni reach di FB sangatlah rendah. Maka tak hairanlah jika ramai usahawan mula mencari platform alternatif untuk memperkenalkan dan mempromosikan perniagaan masing-masing… dan laman media sosial Instagram nampaknya dijadikan pilihan.

 

Pada pandangan saya, untuk mereka yang lebih gemar dan lebih selesa buat pemasaran menggunakan media sosial, saya berpendapat adalah baik kiranya anda mula buka channel pemasaran yang baru di Instagram. Waktu ini, ada banyak kelebihan yang ditawarkan di IG yang tak terdapat di FB.

 

… dan jika anda memerlukan panduan untuk buat pemasaran di IG, tak perlu risau sebabnya ada banyak panduan yang bagus-bagus yang anda boleh rujuk.

 

Kalau anda ada bajet, boleh baca panduan yang ditulis oleh Nigel Ong ni yang berjudul Instagram Kaboom.

 

Nigel Ong pandai buat pemasaran di Instagram. Nigel Ong nak berkongsi dengan anda cara dia naikkan follower dan naikkan sales. Kalau anda nak jadi macam Nigel Ong, belajarlah dari Nigel Ong ye.

 

 

Exit mobile version