Blog Sabree Hussin

Bisnes Lazada – Panduan Lengkap Jual Barang di Lazada

Pihak Klikjer telahpun menerbitkan sebuah ebook yang mengajar para pembacanya langkah demi langkah cara untuk menjalankan bisnes dalam talian melalui platform ecommerce yang cukup terkenal di Malaysia, iaitu Lazada.

 

Kalau sebelum ini, anda hanya menjadi pembeli di laman web atau apps Lazada, kali ini dengan merujuk kepada panduan yang dihasilkan, anda boleh belajar cara untuk menjual di Lazada. Panduan tersebut dinamakan Bisnes Lazada – Panduan Lengkap Jual Barang di Lazada.

[Anda boleh muat turun panduan ini di laman web ini]

 

Apa yang anda bakal perolehi dengan memuat turun dan membaca panduan Bisnes di Lazada ini

Ebook ini ditulis oleh saudara Mohd Fahmi atau lebih dikenali dengan nama John Jenin. Sebelum ini, beliau telahpun menghasilkan ebook panduan yang mengajar cara untuk berniaga menggunakan platform Shopee, iaitu Ebook Bisnes Shopee.

 

Kali ini, beliau kongsikan pula teknik, strategi dan taktik untuk berniaga di platform ecommerce Lazada.

Dibawah ini adalah antara yang anda bakal pelajari.

 

Cara Daftar Sebagai Seller Di Lazada

Macam mana cara nak daftar sebagai penjual di Lazada? Proses pendaftaran untuk menjadi penjual di platform Lazada tidaklah semudah seperti mana cara nak daftar sebagai penjual di Shopee.

 

Kalau di Shopee, kita hanya perlu muat turun apps, akses ke seller center selepas itu kita dah boleh masukkan maklumat produk yang ingin kita jual.

 

Namun, jika anda minat nak jadi penjual di Lazada, ada beberapa borang yang anda perlu isi dan proses pendaftaran juga agak lama.

 

Anda boleh ke pautan ini untuk mendaftar sebagai seller di Lazada

https://pages.lazada.com.my/wow/i/my/sell-on-lazada/registeronline

 

Ada tiga kategori seller yang anda boleh pilih untuk jadi seperti mana yang boleh kita lihat di pautan tersebut, iaitu LazGlobal (jika bisnes anda berada di China/ Jepun/ Korea), Local Seller dan juga LazMall (untuk pemilik produk atau pengedar sah)

Jika bisnes yang bakal anda lancarkan adalah berskala kecil, pilih sahaja Local Seller.

 

Seterusnya anda akan diminta untuk isikan borang dibawah.

Ada dua pilihan akaun yang anda boleh daftarkan, sama ada sebagai individu atau corporate (company). Mana satu yang patut anda pilih adalah bergantung kepada strategi perniagaan anda.

 

Pada peringkat ini, pastikan anda pilih jenis akaun yang betul, sama ada sebagai individu atau corporate bagi mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari.

 

Sebagai seller online, anda juga perlu comply dengan sistem percukaian di Malaysia. Topik percukaian untuk pengusaha bisnes online tidak dibincangkan dalam ebook ini, namun jika anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh hubungi rakan saya, Pn Diyana yang merupakan seorang akauntan bertauliah.

 

Beliau ini berkhidmat untuk syarikat bernama  Real Management Services dan menawarkan khidmat dari segi perakaunan, percukaian, kesetiausahaan dan pengauditan. Anda boleh hubungi beliau melalui Whatsapp ditalian 011-2720 4420.

 

Cara Listing Produk Yang Tepat!

Setelah akaun seller anda diaktifkan, anda sudah boleh memuat naik ataupun membuat listing produk yang ingin anda jual melalui Lazada.

 

Cara Proses Order!

Setiap kali ada tempahan, anda akan menerima notifikasi dari pihak Lazada. Untuk tindakan anda seterusnya ialah anda uruskan tempahan tersebut dan pastikan pelanggan memperolehi barangan yang di tempah mengikut jangka waktu yang telah dijanjikan.

 

Cara Selesaikan Masalah Pelanggan!

Masalah dalam berniaga ini adalah sesuatu yang lumrah. Dalam 1,000 jualan yang pernah atau anda bakal hasilkan melalui Lazada nanti, pasti akan ada tempahan yang bermasalah. Masalah tersebut tak semestinya berpunca dari anda.

 

Ia boleh jadi disebabkan oleh syarikat kurier, disebabkan oleh kesilapan pelanggan itu sendiri ataupun laman web Lazada yang terdapat error. Dalam panduan bisnes Lazada ini, ada bab yang khusus membincangkan tentang cara untuk selesaikan masalah pelanggan, jika ditakdirkan tempahan tersebut bermasalah.

 

Cara Promosi Produk Anda Di Lazada!

Konsep jualan menggunakan sistem ecommerce ini adalah lebih kepada upload maklumat produk dan tinggal. Seterusnya anda hanya perlu tunggu sahaja tempahan masuk dengan sendirinya.

 

Walaubagaimanapun, untuk menjadi penjual yang efektif, anda patut memanfaatkan tools yang telah disediakan oleh pihak Lazada untuk membantu anda menghasilkan lebih banyak jualan. Kalau anda perasan, untuk sesuatu produk, ada lebih daripada seorang seller yang menjual produk yang sama.

 

Jika anda menggunakan taktik upload produk dan duduk diam, maka anda terpaksa terima sahaja jumlah tempahan yang mungkin tak seberapa. Sebaik-baiknya, gunakan segala kemudahan yang telah disediakan untuk hasilkan lebih banyak jualan di platform Lazada.

 

Cara Design Lazada Store Anda!

Bagi memastikan Lazada Store milik anda kelihatan unik dan lain daripada pesaing anda yang jual produk yang sama, maka anda perlu tahu bagaimana cara untuk design Lazada Store anda. Dalam artikel yang lepas, saya ada tunjukkan beberapa senarai Lazada Store yang menjual produk yang sama, iaitu Jam Tangan G-Shock Original.

Baca disini: Senarai penjual Jam Tangan G-Shock Original dan boleh dipercayai

 

Tapi kalau anda perhatikan satu per satu, setiap Lazada Store yang saya senaraikan disitu menggunakan design yang berbeza, dan penggunaan design yang tepat dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan pelanggan terhadap produk yang dijual.

 

Cara Promosi Lazada Store Anda!

Terdapat 7 cara yang boleh anda lakukan untuk mempromosikan kedai Lazada anda! Semuanya dilakukan tanpa sebarang kos. Anda boleh pelajari teknik tersebut disini.

 

Sumber Borong Produk

Anda belum ada produk untuk dijual? Atau adakah anda sudah mempunyai produk untuk dijual? Jangan risau kalau anda masih belum ada produk untuk dijual. Anda boleh gunakan maklumat yang dibekalkan dalam ebook ini untuk dapatkan senarai supplier yang anda boleh gunakan untuk jual barang di Lazada.

Senarai website supplier ini anda boleh muat turun secara PERCUMA melalui pautan ini.

 

Cara Jual Produk Secara Dropship!

Boleh atau tidak kalau kita nak jual produk secara drosphip di platform Lazada? Jawapannya sudah tentu boleh! Sekiranya anda ingin menjual menggunakan sistem dropship, terdapat sekurang-kurangnya dua perkara yang anda perlu tahu.

 

Pertama, anda perlu betul-betul faham bagaimana sistem jualan di platform Lazada dan yang kedua tak lain dan tak bukan, anda perlu ada senarai pembekal yang boleh bantu anda membuat jualan secara dropship di Lazada.

 

Jika anda menyangka yang konsep dropship di Lazada sama sahaja dengan dropship di Shopee ataupun dropship di lain-lain platform media sosial, anda telah silap besar. Dalam ebook Panduan Bisnes Lazada ini, ada bab khusus yang membincangkan topik dropship di Lazada. Tak rugi baca bab ini.

 

Selain ebook utama, anda juga akan dibekalkan dengan bonus tambahan, iaitu

(1) Panduan Express berniaga di Lelong.my

Alang-alang nak belajar cara berniaga di Lazada, anda akan dibekalkan juga dengan panduan cara untuk berniaga di platform ecommerce yang lain, iaitu lelong.my

 

Kalau ada lebih dari satu platform jualan, sudah tentu kebarangkalian untuk berjaya dapatkan jualan pasti lebih tinggi, kan?

 

Sekiranya anda merasakan yang membuat jualan di Lazada dan Lelong masih belum cukup, apa kata anda download juga panduan untuk berniaga di Shopee melalui laman web ini.

 

(2) Exposed! Gaya santai saya urus bisnes di Lazada

Ebook diatas ini lebih kurang macam case studies, bagaimana penulis ebook ini iaitu John Jenin uruskan bisnes yang dia jalankan melalui Lazada.

 

Dalam ebook utama, iaitu Panduan Bisnes Lazada anda didedahkan dengan aspek teknikal dan step by step bagaimana bisnes di Lazada dilakukan. Melalui pembacaan ebook ini, anda akan jadi lebih jelas bagaimana ilmu tersebut dapat dipraktikkan secara praktikal.

 

(3) Group sokongan untuk para pembeli

 

Anda risau kalau lepas baca ebook, anda masih stuck dan tak tau apa nak buat? Jom masuk dalam group sokongan untuk para pembeli ebook ini. Dekat situ ada ramai penjual di Lazada yang akan kongsi tips, pengalaman dan akan jawab soalan anda jika ada yang anda masih tak faham.

 

Apa yang penting, anda tidak akan dibiarkan keseorangan setelah mendapatkan ebook panduan ini.

 

Akhir kata, jika selama ini anda memang bercita-cita nak memiliki bisnes online yang berjaya, nak ubah nasib keluarga atau nak tambahkan sumber pendapatan, inilah salah satu cara yang anda boleh ikhtiarkan.

 

Buat bisnes secara online, buat dengan betul, dan In Shaa Allah anda juga boleh berjaya!

 

 

Exit mobile version