Blog Sabree Hussin

Bekerja dari rumah dan tak perlu jual barang tetapi masih dibayar lumayan

Memandangkan semalam kerajaan dah pun naikkan harga petrol, jadi nak tak nak kenalah ikhtiar lebih sikit untuk tampung perbelanjaan tambahan tu. Situasi biasa yang saya percaya dilalui oleh kebanyakkan masyarakat marhaen kat Malaysia bila harga minyak dinaikkan.

 

1. Penggunaan minyak tak berubah.

2. Pendapatan daripada sumber sedia ada tidak berubah

TETAPI

3. Kos untuk perbelanjaan bahan api meningkat

4. Kos barang-barang runcit sebahagiannya ikut meningkat

5. Baki duit gaji menurun

6. Wang simpanan menyusut

 

Bak kata Muhammad Khalil Abdul Hadi, kenaikkan harga petrol himpit kehidupan rakyat… yang memang dah sedia terhimpit pun sejak beberapa tahun kebelakangan ni.

sumber berita: Sinar Harian Online

 

Maka jadilah kebanyakkan kita yang berpendapatan rendah yang akhirnya kerjanya hanya cukup-cukup untuk makan dan pakai semata-mata. Tiada simpanan, tiada lebihan. Memang seperti yang dikatakan, inilah hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau tak mengais, alamatnya tak makan la…

 

 

Apabila kos sara diri, kos hidup makin meningkat, dan tak ada pulak sebarang pertambahan dari segi pendapatan, maka tak mustahil jika kita jugak bakal lalui apa yang dibimbangkan oleh pekerja di dunia, iaitu Krisis Persaraan. Kena tetap kerja sampai akhir usia. Itu kalau cerita mengenai mereka yang nak bersara. Mungkin dalam situasi ni, kurang tepat nak sentuh tentang topik persaraan.

 

Saya percaya, rata-rata yang baca blog ni golongan muda, yang masih mencari-cari peluang untuk tambahkan pendapatan. Kalau boleh nak bekerja dari rumah dan nak manfaatkan sepenuhnya kemudahan sambungan internet, betul ke?

 

Pada saya, nak buat kerja overtime ni adalah kurang sesuai especially untuk mereka yang dah berkeluarga. Come on brother, kau dah spend 8 – 10 jam di tempat kerja, berapa lama kau nak habiskan masa kau di tempat kerja baru kau akan puas? Kita dah cukup puas baca macam-macam masalah yang bersangkut paut dengan anak-anak remaja ni.

 

Mereka perlukan perhatian. Mereka perlu bimbingan, dan mereka perlukan kehadiran seorang bapa disisi mereka dalam proses pembesaran mereka. Apa gunanya anda ada banyak duit, kalau duit anda tu nanti terpaksa dibelanjakan untuk bayar ikat jamin anak-anak yang timbulkan masalah diluar ataupun bagi membayar kos rawatan untuk anak-anak yang berkelakuan liar sampai perlu dikejarkan ke hospital?

 

Now, kita cerita tentang alternatif ataupun opsyen yang anda boleh lakukan untuk meringankan jika tak menyelesaikan masalah tak ada duit dan tak cukup duit ni.

 

Saya percaya, anda inginkan lebih banyak masa bersama anak-anak, dan pada masa yang sama, anda juga ingin cari lebih banyak duit untuk tampung kenaikkan kos hidup. Betul tak? Jangan pulak lepas ni ada yang nak bawak anak-anak ke tempat kerja semata-mata nak pantau pergerakkan anak-anak pulak.

 

Instead of anda cari kerja diluar, apa kata anda bawa kerja ke rumah anda. Eh tak faham ke? Maksud saya begini, apa kata anda bekerja hanya dari rumah. Cari kerja-kerja yang anda boleh lakukan dari rumah, dengan bantuan komputer dan internet sahaja.

 

Tahukah anda, sebarang kerja yang boleh dilakukan dan disiapkan dengan menggunakan komputer, ia boleh dilakukan tak kira walau dimana anda berada dan tak semestinya anda perlu ke tempat kerja? Anda boleh bekerja sama ada di tepi pantai, di kafe, di kedai mamak dan ya dibilik tidur anda sahaja.

 

Saya ambil contoh, kerja menterjemah manuskrip dan dokumen dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Anda tak perlu ke pejabat untuk buat kerja-kerja penterjemahan ini. Yang anda perlukan hanyalah perisian seperti microsoft word, google translate, dan anda dah boleh mula lakukan kerja tersebut. Bila dah siap kerja-kerja penterjemahan ni, anda hanya perlu submit tugasan tersebut menerusi emel kepada majikan yang mengupah anda. Bila anda buat begini, tak ada keperluan pun untuk anda ke pejabat.

 

Klik: Cari senarai kerja dari rumah disini

 

Contoh lain, untuk individu seperti saya yang mempunyai minat untuk menulis dalam blog. Satu lagi cara yang boleh dilakukan untuk bekerja dari rumah ialah dengan mengambil upah menulis artikel promosi, artikel review ataupun artikel advertorial di laman blog. Lazimnya, caj untuk menulis artikel seperti ini adalah sekitar RM50 – RM450 untuk satu artikel.

 

Jika anda caj RM50 untuk satu artikel dan anda mampu menghasilkan 10 artikel dalam sebulan, maka potensi pendapatan anda adalah seperti berikut

RM50 x 10 artikel = RM500

 

Tetapi, jika anda caj RM450 untuk satu artikel, anda boleh memperolehi pendapatan tambahan sebanyak

RM450 x 10 artikel = RM4,500

 

“Cukup ke tidak RM4,500 tambahan setiap bulan?”

 

Adakah bekerja dari rumah sama seperti berniaga dari rumah?

Ramai sebenarnya yang salah anggap dan menyamakan bekerja dari rumah dengan berniaga dari rumah. Walaupun kedua-duanya boleh dilakukan hanya dari rumah, namun mengatakan bekerja dari rumah dan berniaga dari rumah adalah benda yang sama adalah salah sama sekali.

 

Bekerja dari rumah, anda dibayar oleh majikan untuk menyelesaikan tugasan tertentu. Setiap tugasan bayarannya juga berbeza-beza mengikut tahap kesukaran sesuatu tugasan. Boleh jadi anda dibayar ikut jam ataupun anda dibayar mengikut tugasan yang berjaya diselesaikan. (lazimnya untuk mereka yang bekerja dari rumah, mereka akan dibayar apabila tugasan yang diberi berjaya diselesaikan, bukannya ikut jam)

 

Berniaga dari rumah pulak, anda hanya akan dapat bayaran apabila anda berjaya mendapat pelanggan untuk membeli produk yang anda promosikan atau yang anda jual. And sometime, mereka yang berniaga dari rumah ni lebih cenderung untuk terjebak dengan skim-skim cepat kaya, scam, piramid dan sebagainya jika tidak berhati-hati.

 

Akan tetapi, saya setuju apabila ada yang mengatakan bekerja dari rumah dan berniaga dari rumah, kedua-duanya memerlukan kemahiran untuk berniaga. Kedua-duanya memerlukan individu tersebut mempunyai kemahiran dan asas menjual.

 

Bekerja dari rumah, adakalanya agak sukar untuk anda dapat job. Saya masih ingat lagi satu masa dulu saya pernah attend seminar kerjaya, dan dalam seminar tersebut, penceramah kerap kali menyebutkan, bila nak cari kerja, anda kena tahu macam mana nak jual diri anda kepada prospective employer.

 

Maksud menjual diri ni bukanlah seperti melacur diri atau buat perkara-perkara yang dilarang dalam ajaran agama, sebaliknya kita menonjolkan ciri-ciri yang berkualiti kepada bakal majikan kita. Maka dari situ, barulah kita akan termasuk dalam senarai pendek untuk dipilih sebagai pekerja. Konsep bekerja dari rumah pun begini juga. Anda perlu tahu, apa yang diperlukan dan di cari oleh bakal majikan sebelum anda terpilih untuk dapat job tertentu.

 

… dan semua ini dah diterangkan kepada ahli-ahli yang mendaftar untuk mengikuti Latihan Bekerja Dari Rumah.

 

Anda boleh baca artikel-artikel terdahulu dalam blog ni berkenaan dengan jobdirumah jika anda berminat. Saya juga dah beberapa kali menerima bayaran komisyen dari jobdirumah sebelum-sebelum ini. Apa pun, saya doakan semoga masalah kewangan anda dapat diringankan, dan jika tak keberatan, doakan untuk saya juga ya.

 

 

 

Exit mobile version