Blog Sabree Hussin

Bagaimana cara kekalkan nombor lama apabila bertukar ke Tone Excel

Soalan:

Assalamualaikum saudara Sabree Hussin, saya teruskan soalan saya berkenaan dengan perniagaan tone excel. Bolehkah saya bertukar line celcom saya ke line tone excel kerana saya tidak mahu menggunakan banyak nombor telefon. Sekiranya boleh, tolong jelaskan bagaimana langkah untuk saya bertukar line nombor telefon tersebut. Sekian terima kasih.

 

Jawapan RINGKAS ialah BOLEH.

 

Jawapannya panjangnya pula ialah begini…

Pengenalan kepada Proses Mobile Network Portability

Proses untuk mengekalkan nombor telefon lama apabila kita berpindah kepada penyedia perkhidmatan telco yang baru adalah dikenali sebagai proses MNP ataupun Mobile Network Portability. Melalui proses ini, kita masih lagi kekalkan nombor sedia ada, cuma line telco sahaja yang berubah.

 

Kalau sebelum ini kita pakai line Celcom, apabila kita berpindah ke Tone Excel, kita masih lagi guna nombor yang sama, tetapi penyedia perkhidmatan adalah dari Tune Talk/ Tone Excel.

 

Proses ini melibatkan dua pihak.

Pertama: Telco Lama/ Asal sama ada Maxis, Celcom, Digi, UMobile dan sebagainya.

Kedua: Tune Talk/ Tone Excel

 

Untuk makluman anda, pihak kedua, iaitu Tune Talk/ Tone Excel hanya boleh MENERIMA dan meluluskan permintaan pelanggan untuk mengekalkan nombor lama hanya apabila pihak pertama MELEPASKAN anda dari talian tersebut.

 

Ini bermakna, telco lama anda perlu meluluskan terlebih dahulu permintaan untuk memindahkan nombor telefon anda ke Tune Talk/ Tone Excel.

 

Adakah setiap permohonan untuk lakukan proses MNP pasti akan berjaya?

Tidak semestinya.

 

Walaupun kebiasaannya memang boleh berjaya, namun ada juga kes-kes tertentu, proses untuk lakukan MNP di tolak dan gagal.

 

Sekiranya permohonan anda untuk lakukan proses MNP ditolak, anda perlu hubungi pihak telco asal atau telco lama anda untuk mengetahui, kenapa permohonan anda di tolak.

 

Berikut adalah antara sebab-sebab yang popular, yang menyebabkan permohonan untuk kekalkan nombor lama ditolak.

 

1) Nombor kad pengenalan di telco lama berbeza dengan yang didaftarkan di Tune Talk/ Tone Excel

Hubungi syarikat Telco lama dan kemaskini maklumat tersebut supaya SAMA dengan apa yang didaftarkan di Tune Talk/ Tone Excel

 

2) Nama yang didaftarkan di Telco lama berbeza dengan nama yang didaftarkan di Tune Talk/ Tone Excel

Hubungi telco lama anda, dan tukar nama disitu terlebih dahulu kemudian barulah lakukan permohonan untuk kekalkan nombor semula.

 

3) Ada bil tertunggak di telco lama

Selesaikan dulu sebarang bil yang tertunggak sebelum anda ingin meninggalkan telco lama anda. Ingat, proses MNP ini bukan jalan mudah untuk lari daripada bayar bil.

 

4) Ada akaun supplementary atau subline

Lakukan kemaskini dengan syarikat telco lama. Tukarkan sub-line kepada main line.

 

5) Masih ada kontrak dengan syarikat telco lama

Tamatkan kontrak terlebih dahulu. Jika ada sebarang denda dikenakan, maka anda perlu selesaikan urusan dengan telco lama.

 

Selain daripada 5 sebab yang popular ini, kenapa proses MNP gagal dilakukan, berikut juga adalah sebab-sebab kenapa permohonan anda di tolak.

 

SP10 – Nombor Kad pengenalan baru salah.

Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

 

SP11 – Nombor Kad pengenalan lama salah.

Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

 

SP12 – Nombor ID polis/tentera salah.

Remark/Resolution : Semak butiran Nombor ID Polis/tentera pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

 

SP13 – Nombor Passport salah.

Remark/Resolution : Semak butiran Passport pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

 

SP51 – Nombor masih mempunyai kontrak dengan donor asal.

Remark/Resolution : Semak dengan penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal) samada nombor tersebut mempunyai kontrak atau tidak. Pemilik asal perlu batalkan kontrak sedia ada. Sekiranya kontrak sudah di batalkan, Re-submit semula permohonan MNP tersebut.

 

SP52 – Mempunyai akaun tertunggak.

Remark/Resolution : Pemilik asal perlu jelaskan pembayaran akaun yang tertunggak dengan Penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal). Jika Boleh, lebihkan pembayaran bil. Sekiranya akaun telah dibersihkan dari tunggakan, Sila Re-submit semula Permohonan MNP.

 

SP54 – Nombor yg hendak di MNP bukan dari donor yg di daftar.

Remark/Resolution : Pemilik asal perlu semak dengan rangkaian sedia ada (donor asal) samada nombor tersebut adalah betul dari rangkaian yg di daftarkan. Setelah mendapat pengesahan, Sila Re-submit semula permohonan MNP tersebut.

 

SP55 – Nombor telah tiada perkhidmatan.

Remark/Resolution : Pemilik asal perlu pastikan nombor masih aktif dan sah sebelum membuat permohonan untuk MNP. Sekiranya nombor telah tiada dalam perkhidmatan, nombor tersebut tidak boleh digunakan lagi.

 

SP56 – Nombor tersebut iaitu Pemegang Akaun Utama ( Principal Line) mempunyai talian tambahan di bawahnya ( Supplementary Line).

Remark/Resolution : Pemegang Akaun Utama mesti pergi ke Penyedia Rangkaian sedia ada (Donor Asal) untuk tamatkan talian tambahan dan salah satu nombor dari talian tambahan tadi perlu mendaftar semula untuk menjadi Pemegang Akaun utama (Principal Line). Setelah proses berjaya, Permohonan MNP untuk nombor tadi boleh di re-submit semula

 

SP57 – Talian tambahan( Supplementary Line) mempunyai Pemegang akaun utama ( Principal Line) yang perlu di alihkan

Remark/Resolution Pemegang talian tambahan perlu mendaftar semula sebagai pemegang akaun utama. sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut.

 

SP58 – sebahagian atau semua nombor bukan kepunyaan pelanggan atau syarikat utama.

Remark/Resolution : Pengguna Talian tambahan (Supplementary Line) perlu mendaftar semula sebagai pengguna Utama ( Principal subscriber) atau sebagai Pengguna individu. Sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut

 

SP59 – Melebihi had Kredit.

Remark/Resolution : memastikan penggunaan perkhidmatan yang sedia ada tidak melebihi had kredit yang ditetapkan oleh operator rangkaian semasa.

 

SP61 – nombor pelanggan dicabut sementara ( Disconnected) – samada secara tidak sukarela dan sukarela.

Remark/Resolution : Tanya pelanggan untuk menyemak status talian / Nombor mereka dengan penyedia perkhidmatan semasa. Memastikan nombor masih aktif / dihubungkan dengan pembekal rangkaian semasa sebelum permintaan untuk mengalihkan nombor tersebut.

 

Adakah pengguna Postpaid boleh lakukan permohonan untuk MNP?

Boleh. Asalkan anda ikuti syarat-syarat berikut, antaranya

 

1) Langganan tersebut didalam keadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan apa-apa kontrak oleh penyedia rangkaian sedia ada.

 

2) Anda tidak mempunyai sebarang bil tertunggak dan telah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon untuk melakukan MNP

 

3) Pelanggan sebelum ini tidak melanggan servis dari telco semasa menerusi pakej promosi seperti promosi telefon bimbit atau sebarang pakej promosi istimewa. Jika ya, pelanggan mestilah membatalkan kontrak dengan penyedia perkhidmatan sedia ada sebelum permohonan MNP.

 

4) Jika pelanggan mempunyai supplementary line, setiap talian mestilah dipisahkan atau ditukarkan kepada pelan pra bayar.

 

Berapa lama masa yang diambil untuk melengkapkan proses MNP?

Proses MNP ini bergantung kepada tindakan syarikat telekomunikasi yang anda gunakan sekarang. Jangka masa untuk proses MNP adalah 1-5 hari bekerja. Kebiasaannya ialah mengambil masa 24-48 jam.

 

Namun demikian, jika terdapat masalah pada permohonan anda, ia boleh mengambil masa yang lebih panjang dari itu.

 

“Bagaimana cara nak lakukan proses MNP ke Tune Talk/ Tone Excel?”

Ada dua cara bagaimana anda boleh lakukan permohonan untuk proses MNP.

 

Cara pertama: Permohonan melalu SMS

Contoh SMS untuk kekalkan nombor sedia ada (port in dilakukan serentak dengan pengaktifan sim kad Tone Excel yang baru)

Ad<jarak>nama<jarak>noSN8Terakhir<jarak>noPUK<jarak>noIC/Passport
<jarak>alamat<jarak>poskod<jarak>LineLama<jarak>NoLama<jarak>NoIDP

 

* LineLama sila nyatakan sama ada ianya Maxis, Digi atau lain-lain Telco
* SMS ini perlu dihantar menggunakan nombor handphone yang sama yang anda ingin lakukan port in

 

Jika port-in ingin dilakukan kemudian, (bukan semasa pendaftaran kali pertama ini) sila tukarkan kod dari ad ke pt dan sertakan maklumat diatas sehingga poskod SAHAJA, idp tak perlu lagi.

Pt<jarak>nama<jarak>noSN8Terakhir<jarak>noPUK<jarak>noIC/Passport
<jarak>alamat<jarak>poskod    

 

SMS hantar ke nombor 014-705 7769

 

Cara kedua: Permohonan melalui Laman web daftarte.com

Layari laman web ini http://www.daftarte.com

 

Paparan seperti dibawah akan kelihatan.

Klik pada butang yang saya telah tandakan dengan anak panah warna biru. Kemudian anda akan diminta untuk isikan borang bagi melakukan permohonan kekalkan nombor.

 

Isi borang tersebut selengkapnya.

 

Baiklah, semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika anda ada sebarang pertanyaan, yang ingin saya jawab, boleh klik sini.

 

 

Exit mobile version