Blog Sabree Hussin

10 Tahun Pakai Line Maxis, Apa yang ISTIMEWA Sangat?

Keinginan untuk jadi pengguna telefon bimbit mula datang masa saya berumur 16 tahun. Masa tu masih lagi bersekolah di Tingkatan Empat, di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru.

Alasan paling logik kenapa saya nak pakai handphone ialah untuk memudahkan proses penyampaian maklumat sesama pengawas sekolah.

Ya. Pada waktu tu saya adalah seorang pengawas yang berada di landasan yang TEPAT untuk terpilih menjadi seorang Ketua Pengawas, merangkap seorang KETUA PELAJAR.

Ah… semua tu bohong je. Keputusan nak ada handphone sendiri semuanya disebabkan oleh emosi. Zaman remaja kot. Nak lepak-lepak dengan kawan-kawan, berkenalan dengan kawan baru, mintak nombor telefon awek dan hal-hal yang seangkatan dengannya ha ha

… dan kalau nak diikutkan, alasan konon-konon nak memudahkan proses penyaluran maklumat sesama pengawas hanya auta semata-mata. Bukannya tak boleh jumpa masa kat sekolah.

Umur 16 tahun, saya gagahkan diri buat kerja-kerja kasar demi mengumpul duit untuk membeli sebuah telefon bimbit berjenama Nokia.

Simpan duit belanja sekolah. Kerja kat kedai runcit, ambik upah packing barang. Kerja kat kilang memproses tanah untuk tanaman. Semua saya buat.

Target locked: Dapat henpon je, babai… 😀

Model handphone saya yang pertama lebih kurang macam dalam gambar kat atas ni. Warnanya pun lebih kurang sama. So much win… 

Sekarang timbul pulak isu… nak pakai nombor apa ye?

Waktu tu cuma ada 4 line yang popular. Sama ada Hotlink, Maxis, Celcom atau Digi.

Eh Hotlink dengan Maxis bukannya satu company ke? Ha ha entahlah. Sampai sekarang saya masih confuse lagi ha ha

Waktu tu Digi memang tak popular. Telco yang agak baru. Macam-macam cerita tak best dengar pasal Digi.

Tak ada coverage la, MAHAL la… dan macam-macam lagi. Padahal tak ambik tahu dan tak kaji pun pasal Digi. Cuma dengar-dengar apa yang kawan-kawan cakap.

Jadi bila dah dengar macam-macam cerita dan pelbagai versi pulak tu, secara automatik, Digi terkeluar dari senarai.

Then comes Celcom.

Bro, Celcom ni ok tak bro?

Apa barang pakai Celcom. Orang tua-tua je la yang pakai Celcom.

Pulak dah. Orang tua-tua je yang pakai Celcom? Entah dari mana idea ni muncul. Ia disebar dari mulut ke mulut. Untuk mengelakkan diri daripada “nampak tua” jadi tak ada pilihan, sama ada nak ambik Hotlink atau Maxis. Dua ni je pilihan yang tinggal.

Eh Maxis dengan Hotlink ni tak sama ke?

Kejap la… nak cerita la ni. Sabar boleh tak? Belum habis cerita lagi nak potong pulak.

 

Tahun 2004, kedai handphone sekitar Meru, Klang

“Bos, simkad Maxis ni berapa ringgit harga dia?”

“RM37” (tak ingat. yang pasti harga dia atas RM35 pada waktu tu. Yang lagi mahal dari tu pun ada)

“Mahalnya. Yang murah sikit tak ada?”

Ambik Hotlink la. Yang tu murah sikit. RM18 (pun tak ingat harga asal dia berapa, yang saya dapat ingat, harga dia cuma belasan ringgit je pada waktu)

“Aik, Maxis dengan Hotlink tak sama ke?”

Nama pun sudah lain ma… Mestilah tak sama.

Hmm ikut hang la. Yang penting harganya tak lebih 20 ringgit. Bajet lari kot… Time tu beli handphone awal sebulan berbanding tarikh yang dirancang. Mana tak lari bajet.

 

Apa yang buat saya tertarik dengan pelan Maxis?

Waktu tu belum lagi era smart phone. Jadi ciri-ciri yang paling penting sekali ialah SMS. Asalkan boleh dapat SMS murah, itu dah cukup baik.

Dulu ada pelan friends and family. Activ5 kalau tak silap. Kalau topup pun kredit akan dihabiskan untuk tujuan SMS. Call memang jarang. Jarang sama sekali.

Jujurnya, saya memang tak tau, berapa call rate untuk buat panggilan bagi pelan Maxis, sama ada untuk

Activ5

Maxis ke Maxis

Maxis ke lain-lain network provider

Saya cuma tahu, kalau SMS ke nombor Activ5 cajnya ialah 1 sen

Kalau bukan nombor Activ5 … erm… hmmm… err… berapa entah. 10 sen kot… Tak pun 15 sen. (nampak tak betapa komunikasi saya hanya TERHAD untuk lima orang dalam rangkaian Activ5 saya tu sahaja)

Walaupun Maxis bagi sampai 5 nombor, saya cuma aktifkan untuk satu nombor je. (faham-faham la nombor siapa)

Kemudian tak lama lepas tu, teringin nak pakai nombor baru, Konon-konon nak cari couple number. Ok beli simkad baru. Pun nombor Maxis jugak.

Tak berapa lama lepas tu, teringin nak pakai dua nombor. Satu untuk hal-hal penting, satu lagi untuk lain-lain keperluan. Tak sampai 4 bulan, nombor baru tu expired. Tak ingat nak topup. Bila dah ingat nak topup, duit nak beli topup pulak tak ada ha ha

Sebab tu, untuk rangkaian Tone Excel saya, saya duk ulang-ulang banyak kali. Guna satu nombor je. Guna satu line telefon sahaja. Guna line Tone Excel powered by Tune Talk sahaja. Mengerti?

Kalau pakai sampai dua nombor, dan ko ni pulak bukannya jenis yang ada duit nak topup, saya yakin, salah satu nombor mesti akan expired. (harap-harap bukan line Tone Excel yang expired la…)

 

10 tahun pun berlalu…

Secara purata saya akan topup RM50 sebulan.

Kadang topup RM30 lepas tu RM10 + RM10

Kadang-kadang topup RM5 + RM5 + RM40

Tak tentu. Kadang-kadang cuma topup RM10 je sebulan. Especially bila time gaduh ha ha (entah kenapa, bila tulis artikel ni saya asyik rasa nak ketawa)

Jadi, let say saya ambik purata RM50 topup untuk sebulan kali dengan 10 tahun. Dalam 10 tahun ada 120 bulan. Berapa agaknya saya dah beri keuntungan kepada syarikat Telco ini?

Kita kira ya.

RM50 x 120 bulan = RM6,000

Sepanjang 10 tahun menggunakan line Maxis, sekurang-kurangnya saya dah membelanjakan RM6,000 untuk topup sahaja. Apa yang saya dapat?

1. Saya dapat call (yang memang jarang-jarang saya buat)

2. Saya dapat SMS (pun hanya kepada nombor tertentu)

3. Saya dapat guna Internet (Whatsapp, BBM yang ni FREE je sebab dah langgan pakej data)

Keistimewaan lain?

Kalau hari jadi dapatlah panggilan percuma. Boleh kumpul point. Point tu pulak boleh tebus dengan SMS atau kredit panggilan.

Ada lagi ke tak yang saya tertinggal? Hmm… itu je la kot.

 

Satu hari saya dipertemukan dengan Kad Prabayar Tone Excel.

Ala… simkad yang korang kata kononnya mahal sangat tu.

Dengan izin Allah saya guna sim kad ini sekarang, dan pada masa yang sama, sebagai pengguna saya diberi hak untuk menjadi pengedar sim kad ini menerusi referral program Tone Excel Wow.

Buat mereka yang kata guna simkad ni MAHAL, satu je yang saya boleh kata…

Anda sebenarnya TAK PANDAI guna simkad ni.

Masalah bukan pada rate panggilan, caj SMS, pelan data dan sebagainya.

Masalahnya adalah anda. Sebagai pengguna, anda tak fahamkan betul-betul macam mana cara sebenar untuk memaksimumkan penggunaan simkad ni.

 

In Shaa Allah, dalam masa 7 – 8 hari (mungkin lagi awal) lagi, syarikat Tone Excel akan memberi ganjaran kepada saya kerana menjadi pengguna sim kad mereka, dan juga kerana menyokong bisnes mereka.

Data kat atas ini ialah untuk penggunaan sepanjang bulan Oktober.

Bulan Oktober, saya topup RM75.00 (lihat petak kuning)

Jika anda perhatikan, dalam kurungan ada nombor 2.25.

2.25 ialah cash back kerana membuat tambah nilai. Topup RM75 dapat balik RM2.25

Bukan itu sahaja, malahan saya dapat lagi Free Kredit sebanyak RM20 tanpa perlu kumpul point, tanpa perlu tunggu hari jadi.

Ini bermakna, saya topup RM75, tetapi saya dapat

1. Free kredit RM20

2. Cash back (rebat) sebanyak RM2.25

3. Insuran Kemalangan bernilai RM100 ribu (yang ni terpaksa terima)

Kotak yang berwarna merah tu pulak. Itu adalah ganjaran dalam RM (ringgit Malaysia) yang syarikat bakal bayar kepada saya.

Ya.

Memang tak banyak.

Tak sebanyak gaji anda. Ye la, kerja sebagai executive paling kurang pun gaji RM1,800 dan keatas.

Ini RM300 lebih apa la sangat.

Tapi satu yang anda mungkin terlepas pandang, jumlah ini semakin meningkat dan terus meningkat dari bulan ke bulan.

Bulan Oktober saya dapat RM300++

… dan In Shaa Allah, untuk bulan November nanti, saya akan dapat jumlah yang sama (biasanya lebih lagi) walaupun pada bulan tu saya tak buat apa-apa. (dengan izin Allah)

Cuba bulan depan anda tak payah pergi kerja. Cukupkan sebulan tak payah pergi kerja. Agak-agak boleh dapat tak gaji RM1,800 tu?

Entah.

Company anda. Mana saya tahu apa jawapan dia.

 

Sebab tu sekarang ni saya bertukar ke sim kad Tone Excel.

Terlalu banyak manfaat yang saya dapat berbanding simkad lama saya.

Tak kan itu pun anda masih tak nampak dan masih nak pertikaikan?

 

Untuk bulan November ni, saya ada hadiah Bonus untuk anda jika bertukar ke simkad Tone Excel menerusi IDP saya.

Layari laman web: http://www.tawaran-toneexcel-november.blogspot.com/ untuk tebus bonus anda.

 

 

 

 

Exit mobile version