Blog Sabree Hussin

Kenapa Earning Nuffnang Saya Sikit Sangat?

Suasana redup pagi ini. Kalau lihat pada persekitaran yang mendung, nampak ada tanda-tanda hujan akan turun pada bila-bila masa.

Alhamdulilah… rezeki tu.

Sekarang ni di Selangor, kami memang mengharapkan Allah turunkan hujan dengan lebat, supaya dapatlah hujan lebat ini memenuhi semula rizab bekalan air di empangan yang makin berkurangan.

Pada masa yang sama, saya juga amat mengharapkan, limpahan trafik dari pengunjung dan pelawat ke blog ini dengan lebat juga. Moga-moga dengan pertambahan trafik tersebut, akan bertambah la juga pendapatan saya secara online.

Salah satu sumber pendapatan blog ini disumbangkan oleh syarikat pengiklanan Nuffnang.

Sejak dari tahun 2010, saya dah mula sertai syarikat Nuffnang sebagai salah seorang ads publisher.

Screenshot kat atas ni pulak adalah setting ads yang saya gunakan untuk menyiarkan iklan dari Nuffnang.

Kalau anda perasan, gambar bintang-bintang dekat sebelah kanan itu menunjukkan performance setiap iklan yang disiarkan dalam blog ni. Lagi banyak bintang, maka lagi baik performance iklan dalam blog ini, dan lagi tinggi peluang untuk saya jana lebih banyak income dari Nuffnang.

Dibahagian ads preference, perlu dipastikan pilih setting show global CPC/CPA ads.

Kenapa pendapatan nuffnang sikit sangat?

Biasanya sebab trafik. Kalau trafik blog terlalu sedikit, memang susah nak dapat income yang lumayan dari Nuffnang.

Jadi, untuk tingkatkan earning Nuffnang, macam mana pun, kena buat sesuatu nak bagi trafik blog anda tinggi. Kemudian bila dah tinggi, kena pastikan trafik tu konsisten tinggi.

Tak boleh kejap tinggi, kejap rendah… kena maintain…

Kedua, kena pastikan semua jenis iklan disiarkan dalam blog anda. Buat masa ini, ada tiga jenis iklan yang anda perlu siarkan, iaitu

Pertama : Leaderboard (728 X 90)

Kedua: Skyscraper (160 X 300)

Ketiga: Large Rectangle (336 X 280)

Sebelum ni rupa-rupanya saya terlepas pandang, saya terlupa nak siarkan banner iklan jenis Skyscraper (160 X 300)

So, memang patut pun performance income dari Nuffnang agak mengecewakan.

Sebenarnya, gabungan ketiga-tiga jenis iklan inilah yang akan bantu anda untuk dapat income yang bagus menerusi program pengiklanan Nuffnang ini.

Jika anda baru nak mula buat duit dengan blog, dan anda pun masih lagi baru wujudkan blog anda sendiri, pada pendapat saya, tak perlulah anda terlalu fokus nak kejar duit pengiklanan dari Nuffnang ni.

Untuk peringkat awal ini, anda fokus untuk tambahkan seberapa banyak entri dalam blog anda.

Tak kiralah entry apa pun, janji anda buat.

Kita andaikan satu entri akan berjaya menarik satu pelawat ke blog anda. Jadi, untuk dapatkan banyak-banyak pelawat ke laman blog anda, maka anda siarkanlah seberapa banyak blogpost yang boleh bagi menarik ramai pelawat ke blog anda.

Jangan lupa untuk baca artikel ini sebagai bacaan tambahan mengenai panduan buat duit dengan Nuffnang ya.

 

 

Exit mobile version