Blog Sabree Hussin

Wow! Ada 8 Kempen CPUV Nuffnang Serentak!

Buat duit dengan blogging.

Pada masa ini, satu-satunya program pengiklanan yang saya sertai dan yang saya siarkan iklannya dalam blog ini ialah program pengiklanan dari Nuffnang sahaja.

Walaupun sebenarnya ada banyak lagi advertising network yang saya boleh sertai, tetapi nampaknya saya lebih selesa dengan syarikat ini.

Memang tipulah kalau saya katakan saya tak pernah rasa kecewa dengan Nuffnang. Sedikit sebanyak perasaan tu tetap ada.

Lagi-lagi bila orang lain boleh dapat sampai ribuan ringgit setiap bulan dengan Nuffnang, saya pulak masih lagi berada dalam level income puluhan ringgit semata-mata.

Namun, dengan kehadiran 8 kempen CPUV ini setidak-tidaknya dapat menggembirakan hati ini.

Nampaknya nak tak nak, saya kena tarik lagi ramai trafik untuk masuk ke blog ni. Earning ini amat berkait rapat dengan sebanyak mana trafik yang keluar dan masuk ke dalam website ini.

Lagi tinggi traffic yang masuk ke web ini, maka lagi tinggi potential income yang boleh dicapai.

Trafik o trafik.

Mana nak cari trafik ni?

Apa pun terima kasih banyak-banyaklah ya Nuffnang.

Tau-tau je yang kita memang tengah nak pakai banyak duit sekarang ni.

 

Exit mobile version