Blog Sabree Hussin

Cek dari Nuffnang Februari 2014: Ada sesiapa yang nak buat duit dengan Nuffnang tak?

Jika anda adalah seorang penulis blog, ataupun biasa mengikuti perkembangan seorang blogger, anda mungkin akan terjumpa topik mengenai buat duit dengan Nuffnang dibincangkan. Menerusi syarikat pengiklanan Nuffnang, anda memang boleh buat duit, dan saya sendiri turut buat duit secara pasif menerusi program pengiklanan dari Nuffnang ni.

 

Sebelum saya cerita dengan lebih lanjut, ini dia cek terbaru yang saya terima dari Nuffnang.

Satu saat yang betul-betul menggembirakan adalah apabila apa yang kita usahakan dengan susah payahnya selama ini akhirnya membuahkan hasil. Dari situ, dapatlah kita jawapan, yang sebenarnya apa yang kita buat selama ni bukanlah untuk syok sendiri atau pun tujuan suka-suka semata.

 

Walaupun jumlahnya tidaklah sebesar mana, namun ia dah cukup bermakna untuk dijadikan sebagai bukti, “nah inilah dia hasil usaha keras selama ni… alang-alang tulis blog, biarlah sampai jadi duit.” Yang membaca dapat manfaat ilmu, manakala yang menulis dapat manfaat menyampaikan ilmu disamping dapat buat duit tambahan pula tu.

Bagaimana cara nak dapatkan income dari Nuffnang?

Sebelum tu, jika ada yang baru tau tentang kewujudan syarikat Nuffnang, saya akan terangkan secara ringkas siapa Nuffnang dan apa bisnes mereka. Nuffnang ni adalah sebuah syarikat pengiklanan online, yang mana mereka menyiarkan iklan-iklan milik klien mereka secara online.

 

Nuffnang bekerjasama dengan blogger yang berminat untuk jadi publisher iklan-iklan klien Nuffnang, dan sebagai timbal balik, blogger itu tadi akan dibayar mengikut jumlah klik yang diterima pada iklan dan juga mengikut berapa ramai yang melihat iklan tersebut di blog kepunyaan blogger itu tadi.

 

Ini bermakna, untuk anda juga buat duit dengan Nuffnang, anda perlu ada blog. Wajib. Lagipun, program pengiklanan Nuffnang ini pun adalah usahasama antara syarikat dengan blogger.

 

Apa nak buat lepas dah ada blog?

Sebenarnya cuma ada blog masih belum cukup untuk anda buat duit dengan Nuffnang. Anda juga perlu pastikan blog anda mempunyai jumlah trafik yang tinggi setiap hari. Kerana dari trafik inilah, kita mengharapkan ada yang akan menekan klik pada iklan yang tersiar di blog kita.

 

Macam yang pernah saya sebutkan sebelum ini, anda akan dibayar mengikut jumlah klik yang terkumpul pada iklan yang anda siarkan di blog anda. Lagi banyak klik yang terhasil pada iklan anda, maka lagi tinggi peluang untuk anda jana lebih banyak income.

 

Tips untuk dapatkan lagi banyak income dari program pengiklanan Nuffnang

Walaubagaimanapun, ini hanyalah tips semata-mata. Ia mungkin betul berkesan, dan ia juga mungkin tak berapa berkesan untuk anda.

 

Saya percaya, kunci kejayaan dalam program ini ialah mempunyai jumlah trafik yang besar. Jadi, jika anda ingin mensasarkan program pengiklanan seperti Nuffnang sebagai sumber pendapatan utama blog anda, maka, anda perlu pastikan laman blog anda mempunyai konten yang cukup banyak.

 

Katakanlah, anda perlukan sekurang-kurangnya 10,000 views dalam sehari. Bermakna, anda memerlukan konten ataupun artikel yang mampu untuk menarik jumlah pembaca yang seramai itu untuk melayari laman web anda. Kajian terperinci tentang topik-topik yang bakal jadi viral juga membantu untuk menaikkan jumlah views blog anda.

 

Dalam situasi saya, saya kurang berminat dengan topik-topik yang akan jadi viral sekejap sahaja. Saya pun tak berapa berminat nak jadikan pengiklanan sebagai sumber pendapatan utama. Jadi saya akan menulis sesuatu topik yang boleh beri saya pendapatan yang konsisten daripada progam affiliate. Sasaran saya, at least kena ada satu jualan setiap hari. Tak kiralah untuk produk yang mahal ataupun yang murah.

 

Memandangkan pendapatan dari Nuffnang ni akan berjalan sendiri secara automatik, jadi apa yang saya buat hanyalah fokuskan kepada program affiliate. Bila buat macam ni, income dari program affiliate berjalan, dan income dari program pengiklanan Nuffnang pun turut bertambah.

 

In Shaa Allah. Jika anda juga berminat nak buat duit dengan Nuffnang, boleh ke laman web mereka dan daftarkan akaun publisher anda ya. Moga bermanfaat dan saya doakan anda juga berjaya buat duit dari program ini.

 

 

Exit mobile version