Blog Sabree Hussin

Jadi Ejen Tone Excel Yang Merdeka Bukan Susah…

“Produk Sim Kad Tone Excel ni memang sangat BAGUS tuan-tuan!”

“Tak ada lagi produk seumpama produk Sim Kad Tone Excel ni di pasaran.”

“Cuma semudah tukarkan simkad yang anda guna sekarang ni kepada simkad Tone Excel. Guna sendiri pun boleh dapat duit. Orang lain bila topup cuma dapat kredit untuk call, sms, internet je. Tapi kita spesel… kita dapat FREE Kredit, Cash Rebate, FREE Insurans, FREE Big Point, cabutan bertuah, dan yang paling best boleh buat bisnes.”

“Kita cuma perlu jual simkad ni sekali je. Setiap kali pengguna tu topup, kita akan dapat komisyen. Ada 3 level semua sekali. Kalau anda topup RM20 – RM59.99 komisyen topup anda ialah L1 (6%), L2 (3%) dan L3 (11%) tetapi… kalau anda topup lagi banyak dari tu, RM60 ke atas, struktur komisyen anda akan jadi L1 (10%), L2 (3%) dan L3 (13%). Kan banyak tu!”

.

..

Petang tu berbuih-buih mulut John menerangkan tentang benefit yang diperolehi jika menggunakan simkad Tone Excel.

Niatnya tak lain dan tak bukan, nak dapatkan seberapa ramai pelanggan yang boleh. Nak buat duit, nak buat pasif income, nak capai status kebebasan kewangan.

“Ok? Faham tak ni apa yang aku cakap? Ada sebarang soalan? Come on… tanya je. Kita tak makan orang punya. Kita pun makan nasi jugak macam orang biasa.”

.

.

.

Tiba-tiba, dengan tak semena-mena, Pak Dollah bangun dan tanyakan soalan…

“Ko dah pakai ke belum sim kad ni John? Cuba cerita sikit pengalaman ko pakai sim kad ni…”

.

Habislah… ni la soalan yang paling John takut.

Sekarang ni orang kampung pulak tanya, sama ada dia dah masuk ke belum. Dah jadi pengguna ke belum. Cakap pum pang pum pang, tapi dia sendiri masih belum guna simkad ni. Hampeh…

.

..

“Err… nak kena jawab ke?”

Ibarat macam ejen Insurans dan ejen Unit Trust. Cakap berdegar-degar. Masing-masing tak nak kalah. Bila promosikan sesuatu pelan perlaburan atau polisi perlindungan, penuh dengan fakta.

Tapi cukup untuk mematahkan hujah mereka dengan bertanyakan soalan mudah ini.

“Tuan ambik tak medical card ni untuk kegunaan peribadi tuan?”

“Tuan melabur dalam pelan yang mana satu?”

Jangan terkejut kalau tak ada jawapan yang diperolehi. Senyap sunyi. Macam tak ada apa-apa yang berlaku pulak.

.

..

Niat murni di hati John… dia hanya akan jadi pengguna sim kad Tone Excel, dan sertai program rujukan Tone Excel Wow sebagai pengguna hanya apabila dia dah confirm dapat seorang downline.

Dia ingat dia bijak.

Dia cuma pentingkan diri sendiri. Dia cuma fikir untuk elakkan sebarang risiko.

.

..

Polisi company, untuk sertai program ini, kena jadi pengguna dulu. Dah jadi pengguna, automatik anda layak untuk jadi pengedar dan sertai program rujukan WoW ni.

Wang menjadi motif utama.

Tak salah.

Lagipun, duit memang penting… kan?

Tak kiralah apa produk sekalipun. Sebagai marketer, ada baiknya kita promosikan sesuatu produk dengan hati.

Kalau produk ini bagus, kita katakan ia bagus.

Jika kita suka pada produk ini, kita katakan yang kita suka produk ini.

Jika produk ini ada kelemahan, tak perlu nak selindung-selindung. Nyatakan sahaja.

Jangan sebab duit punya pasal, kita lupakan segala-galanya.

Lagipun, kita bukan nak hidup selama-lamanya atas muka bumi ni. Tak lama lagi, kita semua akan pulang ke kampung akhirat. Kampung pertama umat Manusia. Tempat awal-awal dulu yang didiami oleh moyang kita, Adam dan Hawa.

.

..

Jadilah seorang jurujual dan promoter yang MERDEKA.

Kita buat sesuatu perkara, bukan sebab dibelenggu oleh faktor duit semata-mata. Tetapi sebab kita promosikan sesuatu produk tu kerana kita suka, produk tu bagus, berguna dan ia juga baik untuk orang lain. Bila minda kita dah capai tahap ini, kita tak kisah pun kalau orang tak nak beli.

Sebab bukan kita yang rugi. Prospek kita pun tak rugi. Tak ada sesiapa pun yang rugi.

 

 

 

 

Exit mobile version