Blog Sabree Hussin

Urusan renew domain sabreehussin.com untuk setahun lagi… SELESAI

Bulan Mac, adalah bulan untuk saya renew domain sabreehussin.com

Tahun 2018 ini, merupakan tahun yang kelapan saya renew domain dengan pihak syarikat NetKL Network. Setakat ini, saya masih berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

 

Jadi tak ada sebab untuk saya tukar syarikat hosting. Kalau tiba-tiba satu hari nanti, saya saja nak buat eksperimen sekalipun, mungkin saya akan daftar website yang baru dengan syarikat hosting yang lain. Mana-mana domain dan website saya yang memang dah ada di netkl, saya biarkan je.

 

Alhamdulillah, website ini bukan sahaja dah beri jasa kepada saya, malahan kepada beberapa orang pelanggan-pelanggan yang dapatkan perkhidmatan iklan dari saya.

 

Dari apa yang saya semak, ada banyak juga artikel iklan yang saya pernah terbitkan dalam blog ini, khas untuk pelanggan saya, yang dah berjaya masuk ke page pertama google.

 

Walaupun ada sesetengah artikel iklan tu, memang agak lambat untuk berjaya masuk ke page pertama google, tapi yang penting, ada yang BERJAYA.

 

Siapa yang mampu bersabar, sanggup bersabar untuk nampak impak positif dari pengiklanan menggunakan blog saya, bolehlah hubungi saya. Or else… cari saja medium lain.

 

Iklan anda akan disiarkan sekurang-kurangnya setahun lagi dalam blog ini

Artikel iklan berbayar (advertorial) pertama yang saya pernah siarkan dalam blog ini, adalah pada tahun 2014. Sekarang… dah tahun 2018. Bermakna dah masuk tahun yang keempat iklan tersebut berada dalam blog ini.

 

Mungkin ada yang nak tau, iklan yang mana satu?

Inilah dia iklannya. Iklan tersebut adalah tentang perkhidmatan sewa motor jenama Harley Davidson. Saya pun tak berapa pasti, sama ada syarikat ini masih lagi jalankan perkhidmatan sewa motor ini atau dah tak jalankan.

 

Saya tak akan buang artikel tersebut, melainkan pemilik bisnes tu sendiri yang minta saya buang. Jadi, selagi tak ada arahan lanjut, maka selagi itulah blog ini akan siarkan iklan tersebut.

 

Sejak tahun 2015 lagi, blog ini juga pernah menulis artikel promosi untuk pemilik bisnes homestay. Iklan tentang homestay yang terawal adalah tentang sebuah homestay di Dungun.

Dari tahun 2015 sampai la ke tahun 2018, iklan ini boleh dilihat di muka surat pertama google, bagi keyword seperti “homestay dungun”, “homestay di dungun” dan sebagainya yang berkaitan dengan Dungun.

 

Hampir mustahil, untuk tak ada seorang pun yang akhirnya jadi pelanggan untuk perniagaan homestay tersebut.

 

Sampai bila iklan anda akan disiarkan dalam blog ini?

Formulanya mudah sahaja… selagi mana blog ini masih wujud, In Shaa Allah selagi itu iklan anda akan saya siarkan dalam blog ini.

 

Mudah-mudahan, blog ini, akan menjadi salah satu pintu-pintu rezeki untuk perniagaan anda. Anda telah beri kepercayaan kepada saya untuk iklankan bisnes anda, seterusnya, beri saya peluang untuk berbakti kepada perniagaan anda pula.

 

Bagi pembaca blog ini, yang belum pernah iklankan perniagaan anda dalam blog, mungkin boleh pertimbangkan untuk dapatkan servis ini dari saya nanti. Anda boleh ke halaman ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang khidmat iklan yang saya tawarkan.

 

In Shaa Allah, akan ada hasilnya.

 

Exit mobile version