Blog Sabree Hussin

Tora Datang Lagi – Kitab Pengetahuan Kanak-kanak 90an

“Tora datang lagi dengan permainan ….”

 

Ala… macam ni je mainan dia. Ingat apa sangatlah yang bestnya. Namun dalam hati? Sedikit sebanyak mula cemas, takut dan risau kalau-kalau semua kawan-kawan dah beli mainan terbaru dari Tora, tapi saya tak beli lagi.

 

Ah sudah… tak dapat la nak main sama-sama nanti.

 

Itu penangan Tora.

 

Sejenis permainan dan jajan biskut dalam bentuk bola-bola kecik dengan perasa coklat yang dibungkus dalam kotak. Entah apa yang best? Mainannya kah… atau jajannya kah.

 

Tak tau sama ada nak kata benda alah ni mainan, atau makanan. Sebab kalau emak suruh ambik jajan, benda ni yang saya akan ambik, dan kalau di offer untuk pilih mainan, benda ni jugak yang saya akan tarik.

 

Kemudian pada hari ini, selepas berpuluh tahun berlalu, tiba-tiba muncul pulak sebuah buku yang diberi judul Tora Datang Lagi, “Kitab Pengetahuan Kanak-kanak 90an.”  

 

Kena baca nih! Tak kiralah sama ada perlu beli atau perlu pinjam, pokoknya mesti nak kena baca buku ni ha ha.

 

Sinopsis buku Tora Datang Lagi

 

“Buku Tora Datang Lagi ini berupaya mengenang memori retro dengan jelas dan terperinci. Menghabiskan buku ini sama seperti menyusun balik memori hidup mengikut timeline zaman kanak-kanak. Kita jumpa semula yang hilang, kita imbau balik yang sudah terlupa, kita bina balik blok-blok gambaran hidup zaman kanak-kanak dan segala keriangannya. Selepas ini kita tidak perlu bimbang jika aktiviti atau scene kanak-kanak kita terlepas dari ingatan. Simpan buku ini dan apabila hendak mengingat, bacalah. Bacalah untuk diri sendiri, bacalah untuk anak-anak dan bacalah untuk cucu-cicit di suatu masa nanti.”

 

Lebih 90% daripada perkara yang dimuatkan dalam buku ni, saya turut lalui. Buatkan saya terfikir, penulis dia ni si Amirul Bozu ni, ada sama dengan aku ke masa aku kecik-kecik dulu?

 

Kanak-kanak yang membesar pada tahun 90an… imaginasi adalah kawan rapat kami. Waktu tu, masih belum ada lagi teknologi-teknologi seperti telefon pintar, untuk mengisi hari-hari kami… dan kita semua selalu bizi dengan urusan zaman kanak-kanak kami.

 

Membaca buku ni, buatkan saya terfikir. Bagaimana agaknya kanak-kanak yang lahir pada tahun 2000? Mereka membesar bersama-sama dengan gadget sama ada smartphone, ipad, ipod dan macam-macam lagi.

 

Ada yang membesar bersama-sama dengan media sosial, yang mana dalamnya terdapat pertembungan dua atau tiga dunia. Bukan kanak-kanak sahaja yang berada di media sosial, malahan orang dewasa turut sama bersosial di media yang sama.

 

Satu perkara yang saya masih ingat lagi… bila beli Tora dan dalam keadaan sangat excited tu, tiba-tiba bila bukak kotak

%&%&^$&^** ni mainan bulan lepas punya!!

 

Itu memang pengalaman paling ngeri bagi seorang kanak-kanak yang memang peminat setia Tora. Alamatnya memang kedai tu akan kena boikot sampai bila-bila.

“dah… dah… jangan beli Tora kat kedai tu lagi! Nanti dapat mainan yang dah basi.” 

 

Tapi buku Tora datang lagi ni, lain ceritanya. Cukup baik untuk refresh balik memori dan mengimbau kenangan silam zaman kecil-kecil dahulu.

 

Boleh order online sahaja dan jika anda bertuah, boleh dapat potongan harga. Anda pasti akan baca buku ni sambil tersenyum-senyum sendiri mengingatkan kenangan masa zaman kanak-kanak dulu.

 

Exit mobile version