Blog Sabree Hussin

Tips bagaimana elak alami kerugian dalam perniagaan yang diceburi

Ada ke orang yang sanggup untuk alami kerugian dalam perniagaan? Kalau saya, saya tak sanggup nak alami kerugian. Tapi itu la… kadang-kadang benda yang kita tak sangka dan tak jangka tetap berlaku. Sampai satu tahap perkara tersebut mampu untuk menjahanamkan bisnes yang kita jalankan.

 

Mungkin sebab itu la ada sesetengah orang kata, kalau nak buat bisnes ni kena ada pengalaman. Kalau setakat ada ilmu pengetahuan sahaja, itu pun yang diceduk dari buku-buku, video dan FB semata-mata masih belum cukup lagi. Kena ada pengalaman berada dalam perniagaan tersebut.

 

Jadi, kat mana nak dapatkan pengalaman tu? Wajarkah kita timba pengalaman dengan cara terus memulakan bisnes tersebut? Oh… saya berpendapat ianya tidak wajar.

Kalau nak pengalaman bisnes, sebenarnya kita boleh dapatkan daripada mereka-mereka yang memang sedang menjalankan perniagaan tersebut. Minta kerja dengan mereka ni. Kalau mereka tak ada duit nak bayar gaji, cakap je dekat mereka ni yang anda sanggup untuk bekerja tanpa gaji. Niat bekerja sebab nak bantu dan pada masa yang sama sebab nak dapatkan pengalaman menjalankan perniagaan tersebut.

 

Perkongsian pada kali ini, saya nak cerita tentang beberapa tips yang anda boleh ambil bagi mengelakkan anda alami kerugian dalam perniagaan yang anda jalankan.

 

(1) Jalankan perniagaan dalam bidang yang kita memang cekap

Lihat ke dalam diri anda. Apa kecekapan anda? Mungkin anda mempunyai skil yang sangat hebat yang tidak terdapat pada orang lain. Gunakan ia untuk buat bisnes. Tak kisahlah sama ada bisnes part time atau full time.

 

Salah seorang kenalan saya memang cekap dalam kerja-kerja membaik pulih penghawa dingin. In fact, kerja dia pun memang membaikpulih penghawa dingin. Sampai satu tahap, dia dah jadi sangat cekap. Bagilah apa model sekalipun, dia tau macam mana nak repair.

 

Waktu hujung minggu, dia buat bisnes part time dengan menawarkan servis baik pulih penghawa dingin.

 

(2) Buat Joint Venture bersama dengan individu yang pakar 

Bagaimana pula kalau anda langsung tak ada kemahiran atau kecekapan? Kalau ada pun, hanya setakat biasa-biasa sahaja. Jangan risau, sebabnya anda boleh buat usaha sama dengan mana-mana individu yang anda percaya boleh bantu anda memulakan perniagaan sendiri.

 

Buat JV dengan orang lain.

 

(3) Buat bisnes yang tidak memerlukan anda untuk simpan stok

Sebagai permulaan, mungkin saya boleh cadangkan anda untuk buat bisnes yang tak memerlukan anda untuk simpan stok. Contohnya anda buat bisnes menggunakan konsep dropshipping ataupun buat bisnes affiliate.

 

Dari segi untung, ianya agak lumayan juga, walaupun anda langsung tak mempunyai stok dalam tangan.

Apa kata anda join dulu Program Affiliate Lazada Malaysia. Komisennya juga boleh tahan. Ada yang 6%, 9% dan ada juga yang 10%. Barang yang boleh dipromosikan juga ada sangat banyak.

 

(4) Rekrut seberapa ramai ejen untuk bantu anda menjual produk atau perkhidmatan anda 

Pada era digital seperti sekarang ini, proses untuk merekrut ejen sangatlah mudah.

Baca ini dulu: Bagaimana merekrut ejen untuk membantu membuat jualan bagi pihak kita?

Lepas tu baca ini pula: Patut ke lantik ejen untuk bantu kembangkan perniagaan online kita?

 

Andai kata anda menyimpan stok yang banyak sama ada dirumah atau di premis perniagaan, salah satu cara untuk cepat clearkan stock adalah dengan mendapatkan bantuan dari ejen untuk jalankan promosi bagi pihak anda.

 

Simpan barang lama-lama dalam stor pun ada risikonya. Jadi lebih baik cari ejen untuk bantu anda berniaga.

 

(5) Buat bisnes berasaskan perkhidmatan

Bisnes berasaskan perkhidmatan juga rendah risiko. Tiada sebarang stok yang anda perlu simpan. Perkhidmatan anda bergantung kepada apa kemahiran yang anda miliki.

Baca ni: Contoh-contoh Kemahiran yang boleh mendatangkan duit apabila dikuasai

 

Dalam situasi saya sendiri, memandangkan kemahiran yang saya miliki adalah dalam bidang penulisan, jadi saya pun tawarkan perkhidmatan penulisan iklan kepada usahawan yang ingin memperkenalkan perniagaan mereka kepada kelompok pengguna internet.

 

(6) Buat lebih dari satu bisnes

Hanya buat lebih dari satu bisnes apabila bisnes utama anda dah stabil dan boleh berjalan dengan sendirinya tanpa penglibatan dari anda secara aktif. Mungkin pada waktu tu, anda sudah mempunyai wakil atau pekerja yang boleh diharapkan untuk uruskan perniagaan.

 

Anda tak perlu campur urusan syarikat pun tak ada masalah. Pada waktu ini anda mungkin boleh pertimbangkan untuk bina perniagaan lain pula.

 

(7) Buat bisnes yang mempunyai margin keuntungan yang tinggi

Salah satu kelebihan bila kita buat bisnes yang mempunyai margin keuntungan yang tinggi ni ialah kita tak perlu tunggu kesemua barang jualan habis terjual untuk nampak untung.

 

Ada dua contoh bisnes yang boleh saya cadangkan beserta dengan panduannya sekali jika anda minat nak tahu.

1. Bisnes Air Balang dan Panduan menjalankan bisnes Air Balang

2. Bisnes Ais Krim dan Panduan menjalankan bisnes ais krim

Saya ambil contoh jika anda menjual air balang. Pada satu hari semasa anda berniaga, hujan turun dengan lebatnya. Dari satu balang air yang anda niagakan, hanya separuh sahaja yang terjual. Walaupun baru jual separuh, besar kemungkinan pada waktu tu anda telah pun balik modal dan dah ada untung.

 

(8) Tunggu syarikat benar-benar stabil baru join (khusus untuk MLM, Network Marketing)

Tips yang kelapan ni lebih kepada untuk mereka yang bercadang untuk buat bisnes bersama-sama dengan syarikat yang amalkan sistem MLM. Nak tau syarikat tu buat MLM ke tidak mudah sahaja. Lazimnya mereka akan gunakan istilah downline, upline, side line, network dan sebagainya.

 

Sesetengah syarikat tak mengaku yang mereka ni buat MLM, tapi kalau kita lihat dari segi marketing plan, ia memang MLM. Alasan kenapa syarikat tak mengaku yang mereka ni buat MLM ialah sebab mereka tidak perlu mendapatkan lesen dibawah Akta Jualan Langsung 1993.

 

Walaupun konsep MLM ni sebenarnya memang ada potensi untuk buat duit, dan sebahagiannya ada yang jadi kaya raya, namun kadar kegagalan dalam perniagaan ini juga tinggi.

 

Sesetengah syarikat MLM tidak mampu untuk bertahan dan melepasi angka satu tahun pun. Berbagai-bagai masalah hingga menyebabkan syarikat terpaksa tutup.

 

Jadi, saranan saya untuk mereka yang nak join syarikat MLM ni, tunggulah hingga syarikat benar-benar mantap. Beri masa sekurang-kurangnya setahun atau dua tahun sebelum nak join.

 

Tak perlu terpengaruh dengan dakyah “jadi yang terawal pasti akan kaya cepat”. Sebenarnya benda ni tak berapa tepat. Jadi kaya atau tidak, ia tidaklah ditentukan oleh faktor anda masuk cepat atau lambat. Tetapi kena lihat pada syarikat itu juga.

 

Adakah mereka mengeluarkan produk yang benar-benar ada kualiti ataupun satu-satunya tarikan yang ada pada syarikat adalah “janji-janji manis untuk jadi kaya semata-mata”?

 

Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi baca perkongsian saya tentang tips bagaimana elak alami kegagalan dalam perniagaan ini. Semoga ianya bermanfaat.

 

 

Exit mobile version