Blog Sabree Hussin

Contoh dan tips perniagaan dropship yang BERJAYA!

Pernah tak anda terfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Saya rasa semua orang pasti pernah mempunyai cita-cita untuk mempunyai bisnes sendiri. Sesetengah orang, cita-cita tersebut hanya kekal dalam bentuk idea dan angan-angan, manakala sesetengah orang pula mereka benar-benar bertindak untuk merealisasikan impian tersebut.

 

Apa yang menghalang anda untuk memulakan perniagaan anda? Adakah faktor modal menjadi salah satu faktor penghalang? Tahukah anda bahawa terdapat satu konsep perniagaan yang dinamakan sebagai konsep bisnes dropshipping yang anda boleh jalankan, dan berita baiknya ialah, konsep perniagaan seperti ini boleh dimulakan dengan modal yang rendah ataupun tanpa modal langsung.

 

Umum telah mengetahui bahawa model perniagaan dropshipping adalah model perniagaan yang boleh dijalankan dengan serta merta tanpa memerlukan sebarang modal. Sekiranya anda masih kurang jelas tentang konsep perniagaan dropship, apa kata anda baca artikel saya sebelum ini yang berjudul

Klik sini: Konsep bisnes dropship secara mudah dan ringkas

Saya percaya, setelah anda faham konsep bisnes ini, anda pasti boleh jadi lebih kreatif untuk menjalankan bisnes ini lepas ini. Walaupun bisnes dropship ini kita boleh mulakan tanpa perlu keluar modal langsung, namun itu bukanlah cara yang baik dan betul untuk jalankan bisnes.

 

Memang betul anda tak perlu keluar modal. Terutama sekali modal untuk beli stok produk untuk diniagakan. Anda boleh terus mula berbisnes walaupun anda tak ada sebarang produk dalam tangan.

 

Dalam konsep bisnes tradisional, anda perlu beli sesuatu produk dalam kuantiti yang banyak untuk dapatkan harga yang lebih murah. Untuk tujuan berniaga, sesetengah orang terpaksa mencari produk hingga ke negara China semata-mata untuk dapatkan barang yang murah dan boleh menghasilkan margin untung yang besar apabila terjual kelak.

Baca juga: Lubuk Dropship & Supplier Dari China

 

Namun, dengan adanya konsep dropshipping, usahawan dan bakal usahawan dapat memulakan perniagaan mereka dengan serta merta tanpa perlu susah payah mencari stok produk. Sebaik-baiknya, gunakanlah peruntukkan ataupun modal yang sepatutnya digunakan untuk beli stok barang untuk tujuan lain, sebagai contoh bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran.

 

Pengiklanan dan pemasaran adalah dua komponen penting!



Kejayaan anda dalam perniagaan berkonsepkan dropshipping ini banyak dipengaruhi oleh dua aktiviti ini. Aktiviti pertama ialah aktiviti pemasaran dan aktiviti kedua ialah aktiviti pengiklanan. Ya, kedua-dua ini memerlukan anda untuk keluar modal.

 

Bukannya tak boleh buat sendiri. Memang boleh. Namun, ia mungkin akan banyak memakan masa anda. Cara yang paling cepat adalah untuk mengeluarkan belanja bagi tujuan tersebut.

 

Contoh perniagaan online yang menggunakan konsep dropship yang berjaya!

Sedarkah anda, di sekeliling kita ni sebenarnya ada banyak bisnes yang dijalankan secara online yang begitu berjaya, dan sebenarnya bisnes tersebut menggunakan konsep dropship sahaja. Mereka tidak mempunyai kedai fizikal, tidak mempunyai stok produk, akan tetapi mereka mampu untuk menjual beribu-ribu produk dalam satu-satu masa.

 

Ya, mereka menggunakan kaedah dropship dalam perniagaan mereka. Nak tau apa contoh bisnes yang saya maksudkan?

 

Salah satu contoh ialah Lazada Malaysia. Jika anda perhatikan dengan teliti, sebenarnya kebanyakkan produk yang dijual di laman web lazada adalah daripada merchant ataupun vendor yang berbeza. Pihak Lazada hanya memberikan platform ecommerce sahaja, akan tetapi segala urusan penghantaran produk akan dilakukan sepenuhnya oleh vendor.

 

Setiap produk yang disenaraikan di laman web Lazada juga adalah kepunyaan vendor yang berbeza. Sebagai contoh, Set Al-Quran Digital seperti dalam gambar diatas. Segala urusan berkenaan dengan produk akan diuruskan oleh syarikat bernama Cold Touch.

 

Akan tetapi, dari segi urusan pembayaran, menjawab pertanyaan, customer support semuanya akan diuruskan oleh pihak Lazada. Secara tak langsung, ini akan buatkan para pelanggan berfikir yang produk adalah dari pihak Lazada. Sebenarnya bukan.

 

Bagaimana nak jalankan bisnes dropship yang begitu berjaya seperti yang dilakukan oleh Lazada? Lazada membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi tujuan pemasaran. Bisnes mereka dipacu oleh kejayaan iklan-iklan yang mereka lakukan.

 

Saya pernah tulis mengenai strategi pemasaran syarikat Lazada sebelum ini.

Klik untuk baca: Strategi promosi syarikat Lazada yang boleh usahawan online contohi

 

Mungkin tak semua dari apa yang senaraikan disitu yang anda boleh lakukan. Mungkin ada beberapa kekangan dan halangan untuk anda tiru seratus peratus apa yang pernah dan telah dilakukan oleh syarikat ini. Namun demikian, saya percaya pasti ada satu atau dua perkara yang anda boleh contohi.

 

Kalau tak mampu nak buat semua, saya harap anda tak tinggalkan semua.

 

Baiklah, semoga perkongsian saya ini tentang tips dan contoh bisnes dropship yang berjaya memberi manfaat kepada anda.

 

Sekiranya anda berminat untuk belajar dengan lebih lanjut topik tentang dropship ini, bolehlah anda baca buku berjudul Buat Duit Dengan Dropship seperti kat sebelah ini.

 

Sesetengah orang lebih selesa untuk baca dan terima ilmu kalau ia dalam bentuk buku. Jadi buku ini mungkin akan banyak membantu anda untuk dapat lebih banyak kefahaman tentang topik ini.

 

Kesimpulannya, untuk benar-benar berjaya dalam bisnes dropship, anda perlu fokus dan berbelanja untuk tujuan pemasaran dan juga pengiklanan. Boleh contohi bisnes-bisnes ecommerce yang terdapat disekeliling anda.

 

Walaupun saya hanya beri anda satu contoh sahaja, iaitu syarikat Lazada, sebenarnya ada banyak lagi syarikat atau bisnes ecommerce yang beroperasi menggunakan kaedah yang lebih kurang sama.

 

Cuma persoalannya ialah, anda perasan ke tidak?

 

 

Exit mobile version