Blog Sabree Hussin

Apa kelebihan konsep Bisnes Dropship kepada pemilik perniagaan?

Pada suatu hari, saya terjumpa sebuah video di laman web Facebook yang menceritakan tentang kejayaan seorang usahawan yang berjaya menjana pendapatan sebanyak RM1 juta setiap bulan dengan menjalankan pemasaran kaedah “zero cost marketing”.

 

Istilah “zero cost marketing” ini seringkali menjadi topik perdebatan dalam kalangan ahli pemasaran. Hujahnya ialah, tiada yang percuma dalam dunia ini. Walaupun dikatakan ianya adalah teknik pemasaran tanpa kos, atau dalam bahasa Inggerisnya zero cost marketing, namun masa dan tenaga kita juga adalah suatu kos yang perlu kita keluarkan.

 

Ok… kita tinggalkan dulu perdebatan yang tak berkesudahan ini. Kita bukan nak tau, siapa yang betul dan siapa yang salah. Apa yang kita nak ialah, bagaimana daripada pengalaman individu atau usahawan lain menguruskan perniagaan mereka, kita dapat contohinya bagi mengembangkan lagi perniagaan dan meningkatkan pendapatan kita.

Jawapannya mungkin anda dapat temui pada konsep bisnes yang bakal saya bincangkan ini, iaitu konsep bisnes dropship.

 

Strategi jual lebih banyak produk dalam masa yang pantas

Sebelum ini, saya lebih banyak menulis tentang bisnes dropship dari perspektif individu yang berminat nak mulakan perniagaan di internet namun atas kekangan dari segi modal, masih belum mula berniaga sampai sekarang. Namun, dengan menyertai program dropship yang dianjurkan oleh syarikat tertentu, individu ini boleh mula berbisnes pada hari ini juga dengan serta merta.

 

Ternyata, dari sudut pandang orang yang tak ada bisnes, kini dia boleh mula berbisnes dengan mula menjual produk milik orang lain menggunakan kaedah dropshipping.

 

Tetapi dalam catatan kali ini, kita nak lihat, apa kelebihan bisnes dropship ini kepada pemilik perniagaan?

 

(1) Jual lebih banyak produk dalam masa yang pantas melalui usaha berkumpulan

Sekiranya anda hanya mempunyai seorang atau dua orang ejen dropship sahaja, mungkin anda tak akan nampak kesannya. Jadi agak mudah untuk anda merasakan strategi dropship ini mungkin tidak sesuai atau just not the right strategy untuk perniagaan anda.

 

Sekarang cuba anda bayangkan yang anda mempunyai 100 orang ejen dropship. Atau lebih ramai lagi dari itu. Cuba bayangkan anda mempunyai 1,000 orang ejen dropship! Daripada kalangan 1,000 orang ejen dropship ini pula, ada yang mahir menggunakan teknik SEO, teknik blogging, teknik pemasaran emel, teknik FBAds, teknik video marketing, teknik pemasaran instagram dan macam-macam lagi teknik.

Dengan mempunyai 1,000 orang ejen dropship yang berbeza, anda juga bakal mendapatkan 1,000 orang pekerja yang setiap satunya menyumbangkan kemahiran yang pelbagai dan berbeza-beza kepada anda. Mereka ini adalah “pekerja-pekerja” yang menawarkan diri untuk bekerja dengan anda dengan upah bayaran yang begitu menjimatkan.

 

Anda hanya perlu bayar mereka jika mereka berjaya buat jualan. In fact, sebenarnya dalam kaedah bisnes dropship ini, anda tak perlu bayar mereka apa-apa. Pandai-pandai mereka sendiri untuk dapatkan sales dan daripada harga ahli yang anda berikan, terpulang kepada mereka untuk meletakkan berapa banyak margin keuntungan yang dimahukan. Apa yang penting, anda sudahpun dapat untung.

 

Namun begitu, mempunyai ramai ejen dropship yang berdaftar dengan syarikat anda bukanlah penentu kejayaan dalam perniagaan anda. Apalah gunanya anda ada 1,000 orang ahli yang mendaftar sebagai ejen dropship, namun yang benar-benar aktif hanya 2 – 3 orang sahaja. Selebihnya hanya daftar kemudian hilang tanpa menyumbang sebarang jualan kepada anda.

 

Berikan latihan dan motivasi kepada ejen dropship

Ini adalah benda yang agak jarang dititik beratkan oleh pemilik perniagaan yang nak ambik ejen dropship. Hakikatnya, bukan semua orang yang berminat nak menjadi ejen anda tu ada pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja pemasaran.

 

Jika mereka ada pengetahuan tentang kerja-kerja pemasaran sekalipun, belum tentu mereka tahu macam mana cara nak jual produk anda.

 

Justeru, untuk mendapatkan hasil yang benar-benar terbaik, anda perlu pertimbangkan untuk memberikan latihan kepada ejen dropship yang baru di lantik.

 

(2) Mengurangkan risiko kerosakkan barang dan tarikh luput produk

Kebanyakkan produk yang ada dipasaran mempunyai tarikh luputnya. Terutama sekali bagi produk berkaitan dengan makanan dan produk kecantikkan. Memang ada tarikh luput bagi produk tersebut.

 

Sekiranya anda mengambil masa yang terlalu lama untuk mendapatkan jualan, bimbang nanti anda tak akan dapat jual produk tersebut kerana telah sampai tarikh luput.

 

(3) Mempercepatkan masa untuk pusing modal bagi membeli barang lain

Produk yang hari ini hot dan best seller, belum tentu akan terus menjadi produk pilihan ramai untuk bulan-bulan seterusnya. Jadi, sebagai usahawan adakalanya anda perlu ikut trend dan perkembangan semasa untuk memastikan yang anda sentiasa dapat mengekalkan pendapatan anda.

 

Isunya ialah, jika produk lama masih belum terjual, bagaimana anda nak dapatkan modal untuk beli stok produk yang baru. Sebagai contoh, pada bulan lepas produk yang di cari-cari oleh orang ramai mungkin adalah krim untuk kuruskan badan dan bakar lemak. Namun, pada bulan ini, permintaan yang tinggi adalah untuk produk seluar dalam munafie yang berupaya untuk membuatkan si pemakainya kelihatan slim dengan serta merta. [klik sini untuk tempah seluar dalam munafie]

 

“Ok, boleh saya tahu, adakah konsep bisnes dropship ini ada risikonya kepada perniagaan saya nanti?”

 

Pada pendapat saya, bisnes dropship ini juga ada risikonya. Ia sama sahaja dengan mana-mana konsep dan jenis bisnes yang ada kat luar sana. Buat masa ni, tak ada lagi bisnes yang betul-betul bebas risiko 100%.

 

Risiko kejatuhan harga

Jika anda adalah pemilik produk tertentu, atau pemilik jenama tertentu, anda mungkin tidak akan begitu terkesan dengan risiko kejatuhan harga dan situasi perang harga. Akan tetapi, jika anda adalah seorang stokis anda mungkin berhadapan dengan risiko ini.

 

Lazimnya, sesebuah perniagaan itu akan menawarkan tiga struktur harga yang berbeza.

(1) Harga biasa atau harga pasaran
(2) Harga ejen dropship, dan juga
(3) Harga borong

 

Harga produk anda boleh jatuh dengan mendadak apabila ada pihak yang melonggokkan produk anda di pasaran dengan harga borong, atau dijual dibawah harga pasaran. Semua ini boleh berlaku kerana pada waktu ini, matlamat individu tersebut hanyalah untuk dapatkan semula modal asal ataupun seberapa banyak nilai pelaburan asal untuk dapatkan produk anda.

 

“Bagaimana cara untuk menangani masalah ini?” 

 

Cadangan saya ialah, hanya buka tawaran jadi ejen dropship atau tawaran menjadi stokis kepada mereka yang memang benar-benar berupaya untuk menjual produk anda, dengan harga pasaran, tanpa perlu main harga.

 

Untuk situasi jadi ejen dropship dulu.

 

Kenakan yuran komitmen bagi yang berminat untuk jadi ejen dropship. Kebiasaannya, hanya mereka yang yakin mampu untuk menghasilkan jualan sahaja yang akan berani keluar duit untuk bayar yuran komitmen. Mereka tak perlu takut untuk keluar sedikit modal, sebabnya mereka tahu dan yakin, bahawa mereka akan dapat lebih banyak duit hasil jualan produk-produk dropship itu nanti.

 

Namun, mungkin akan timbul persoalan, apa yang ejen akan dapat daripada bayaran yuran komitmen tu? Adakah hanya dapat akses kepada harga dropship sahaja? Apa manfaat daripada bayaran tersebut? Seolah-olah tidak ada manfaat langsung kan. Lagipun, dengan cara ini, manfaat hanya diperoleh jika ejen itu tadi berjaya buat sales dan hanya pada waktu itu, akses kepada harga dropship baru ada manfaatnya.

 

Baiklah, kalau begitu apa kata anda buat begini. Letakkan syarat untuk buat pembelian produk anda terlebih dahulu. Contohnya, “untuk melayakkan anda menjadi ejen dropship, sila buat bayaran sebanyak RM100 kepada pihak syarikat. Anda akan memperolehi akses kepada harga dropship dan akan menerima produk syarikat bernilai RM100”.

 

Jadi dengan ini, walaupun tidak berjaya dapat jualan lagi, ejen itu tadi masih lagi dapat manfaat iaitu produk syarikat. Apa pun, ini hanyalah cadangan sahaja. Terpulang kepada anda sama ada nak ambil nasihat ini ataupun tidak. Anda boleh sahaja tidak mengenakan sebarang yuran kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen dropship anda. Namun risikonya ialah, anda mungkin akan dapat ejen dropship yang tak begitu berkualiti berbanding dengan ejen yang membuat bayaran.

 

Bagaimana pula situasi bagi stokis?

 

Untuk stokis ini pula, saya syorkan anda hanya memilih stokis dalam kalangan mereka yang pernah jadi ejen dropship anda. Dengan ini anda boleh tahu, bahawa stokis anda adalah terdiri daripada orang yang mampu untuk buat jualan dan bukannya sekadar mereka yang ada duit lebih dalam tangan namun tak ada kemahiran menjual.

 

Orang yang kelebihannya cuma ada duit yang banyak, mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk melelong produk anda, jika dia sendiri gagal untuk menjual produk-produk syarikat dan keluaran anda.

 

Baiklah, saya harap semoga artikel tentang kelebihan bisnes dropship kepada pemilik perniagaan ini ada manfaat kepada anda. Jika ada terlebih informasi dalam ini, anggaplah ia sebagai input tambahan untuk anda.

 

Saya doakan semoga anda yang baca artikel ini juga akan berjaya meraih pendapatan yang lumayan dan berjaya dalam bisnes anda.

 

Sekian dulu. Kita jumpa lagi dalam artikel yang seterusnya. Jika anda berminat nak baca buku panduan yang ditulis yang mengupas topik mengenai bisnes dropship, bolehlah baca buku panduan ini.

Klik untuk baca: Buat duit dengan Dropship: Panduan menjana pendapatan dengan dropship

 

Exit mobile version