Blog Sabree Hussin

Terjah JomJalan untuk Bandingan Harga Tiket Tarikan Malaysia

Pergi bercuti sepatutnya menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan dan sesuatu yang ditunggu-tunggu. Walaubagaimanapun, jika kita tidak mempunyai perancangan yang rapi, pergi bercuti boleh membuatkan duit simpanan kita habis dengan cepat.

 

Sekurang-kurangnya ada dua perbelanjaan, yang memerlukan kita menyediakan bajet yang besar, iaitu tiket kapal terbang (atau perbelanjaan untuk pengangkutan) dan juga belanja untuk penginapan.

 

Dewasa ini, kos penginapan boleh dijimatkan sekiranya kita memilih untuk menginap di tempat penginapan berkonsepkan homestay ataupun hotel bajet.

 

Bercerita tentang homestay, salah satu laman web yang popular untuk cari homestay yang unik dan menarik adalah laman web Airbnb dan jika anda mencari hotel bajet yang mempunyai susun atur yang menarik, boleh cuba buat tempahan melalui applikasi OYO.

Nah, saya telah dedahkan kepada anda, dua laman web yang mampu untuk bantu anda berjimat untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti. Tahukah anda, sebenarnya ada banyak lagi cara nak berjimat semasa bercuti? In Shaa Allah, jika anda teruskan pembacaan mungkin ada beberapa perkara yang anda boleh pelajari.

 

Kalau sebelum ni saya dah sentuh tentang penjimatan dari segi tempat untuk penginapan, kali ini saya nak cerita tentang penjimatan untuk cari tempat makan semasa bercuti.

 

Pilih hotel yang menyediakan pakej sarapan pagi (with breakfast)

Hotel seperti ini, bukan sahaja menjimatkan duit malahan menjimatkan masa. Kita tak perlu ambil masa yang panjang untuk fikir menu untuk breakfast.

 

Just makan je apa-apa yang dah disediakan oleh pihak hotel. Yang penting, halal. Sesetengah hotel menyediakan makan pagi berkonsepkan buffet. Kita boleh makan sebanyak mungkin sampai kenyang.

 

Bila perut dah kenyang, kalau nak skip lunch dan terus makan malam sekitar jam 6 petang pun tak ada masalah.

 

Selesai makan sarapan pagi pada hari tersebut, kita dah boleh mulakan aktiviti. Kalau anda pergi bercuti dekat tempat yang banyak aktiviti, contohnya seperti bercuti di Langkawi, disitu terdapat sangat banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

 

Sebaik-baiknya, jangan bazirkan masa untuk fikir tentang tempat untuk cari sarapan pagi. Manfaatkan masa yang ada untuk buat aktiviti.

 

Dapatkan info tempat makan yang best sebelum pergi bercuti

Benda ni memang nampak remeh, tapi percayalah, kalau anda dah siap sedia dengan info seperti tempat makan kat mana yang best, ianya sangat menjimatkan masa anda.

 

Perkara paling leceh sekali ialah apabila perut dah lapar dan pada waktu tu, kita tak tau nak makan kat mana. Akhirnya kita buat keputusan untuk makan sahaja dekat mana-mana restoran yang paling dekat dengan kita, atau makan di restoran pertama yang kita jumpa.

 

Jangan ambik risiko macam ni. Boleh jadi, silap pilih anda sebenarnya telah melangkah masuk ke restoran yang makanannya tak berapa sedap dan harga yang dikenakan pulak agak mahal.

 

Justeru, saya amat galakkan sebelum pergi bercuti tu, anda kumpul dulu maklumat tempat makan mana yang best untuk dikunjungi apabila pergi bercuti nanti.

 

Maklumat seperti ini penting sebabnya anda boleh buat bajet, berapa nak spend untuk makan, dan apa menu istimewa yang anda boleh order tanpa menjejaskan kesihatan dompet anda kelak.

 

Dapatkan kupon diskaun untuk tempat makan melalui laman web Fave (Dulu dikenali sebagai Groupon)

Bagi sesetengah destinasi percutian terpilih, anda boleh dapatkan tawaran diskaun untuk makan restoran, set buffet untuk dinner di hotel, minum petang dan sebagainya.

 

Semak dulu tawaran di laman web Fave (dulu dikenali sebagai Groupon) ini untuk lihat tawaran terbaik menanti anda. Boleh berjimat, sebabnya dekat fave ini ada macam-macam kupon diskaun, kenapa nak bayar harga penuh, kan?

Harga yang ditawarkan melalui Fave ini juga selalunya berkali ganda lagi murah kalau dibandingkan dengan beli dikaunter.

 

Cari tiket diskaun untuk masuk ke tempat-tempat menarik

Kalau anda ingin masuk ke tempat tumpuan pelancong yang memerlukan anda beli tiket, cuba elakkan beli tiket di kaunter.

 

Kalau jangan beli dikaunter, dekat mana patut beli tiket masuk ke tempat-tempat menarik? Jawapannya ialah beli di internet.

 

Biasanya kita akan dapat harga yang lebih murah kalau beli tiket secara dalam talian. Tak percaya? Anda boleh lihat laman web seperti jomjalan ini bagi melihat perbandingan harga tiket untuk masuk ke tempat-tempat menarik.

Kalau anda beli tiket masuk apabila dah sampai di destinasi, beli dikaunter tiket, atau beli melalui ejen apabila berada di tempat percutian, saya percaya anda tak akan dapat harga yang begini rendah.

 

Kenapa beli online boleh dapat harga lebih murah berbanding beli di kaunter?

Pelik, kan?

 

Dah la kita bukan beli melalui laman web rasmi syarikat, sebaliknya kita akan berurusan dengan pihak ketiga, yang bertindak sebagai Online Travel Agent yang menjual tiket masuk untuk ke tempat tarikan pelancong. Lepas tu boleh dapat harga lebih murah pulak!

 

Apa rasionalnya?

 

Benda ini ibarat satu bentuk ganjaran pada anda, sebabnya beli tiket lebih awal berbanding orang lain yang beli dikaunter.

 

Anda beli tiket hari ini, tapi biasanya anda hanya akan kunjungi tempat tersebut sama ada lagi dua atau tiga hari lagi. Anda bayar lebih awal, bermakna syarikat tersebut dapat duit anda lebih awal, dan dapat untung lebih awal.

 

Justeru, anda layak untuk dapat sedikit ganjaran dalam bentuk diskaun.

 

Selain itu, bila beli secara online, kos operasi untuk memastikan transaksi tersebut berjalan dengan lancar adalah lebih murah berbanding anda beli dikaunter. Bila beli di kaunter, pihak pengurusan akan ambil kira faktor-faktor seperti gaji pekerja, penggunaan utiliti dan sebagainya.

 

Sebaliknya kalau beli online, semuanya dilakukan secara automatik dengan bantuan sistem yang telah dipasang sejak dari awal. Justeru, kos lebih murah, dan anda juga dapat nikmati penjimatan.

 

Luangkan masa untuk kunjungi lokasi tarikan pelancong yang percuma semasa bercuti

Siapa kata semua tempat menarik, kalau nak masuk mesti kena bayar? 

 

Memang tak dinafikan, lazimnya kalau tempat-tempat yang mengenakan bayaran, kita boleh katakan tempat tersebut dijaga dengan rapi, kalau nak dibandingkan dengan tempat yang percuma.

 

Cuba perhatikan tempat-tempat seperti berikut

  1. Pantai
  2. Taman Rekreasi
  3. Air terjun ataupun sungai
  4. Muzium
  5. Tempat hiking
  6. Melawat bangunan ikonic yang menjadi mercu tanda
  7. Tempat tinggalan kesan sejarah
  8. Tugu peringatan

Semua ini adalah antara tempat-tempat menarik yang boleh kita kunjungi tanpa perlu risau untuk bayar tiket masuk. Dengan melawat tempat-tempat seperti itu, kita bukan sahaja dapat mengisi masa percutian dengan melakukan aktiviti sight seeing, pada masa yang sama tak perlu khuatir akan terlebih berbelanja.

 

Buat perbandingan harga tiket sebelum buat keputusan untuk membuat sebarang pembelian

Satu perkara baik yang kita sebagai pengguna dapat nikmati dengan berkembangannya teknologi maklumat adalah kemudahan untuk membuat perbandingan harga.

 

Macam yang saya sebutkan sebelum ini, kalau kita beli tiket di kaunter, kita cuma akan diberikan pilihan satu harga sahaja.

 

Sebaliknya, kalau kita beli tiket tempat tarikan pelancong, seperti tiket taman tema dan sebagainya di internet, kita boleh pilih untuk bayar dengan harga paling murah!

 

Ya, walaupun bayar dengan harga yang paling murah, mutu perkhidmatan dan pengalaman yang bakal kita nikmati tetap sama sahaja dengan mereka yang bayar harga penuh!

 

Jom terjah laman web Jomjalan dan bandingkan harga tiket tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Saya tunjukkan beberapa contoh untuk anda pertimbangkan.

 

Tiket masuk ke Zoo Negara, Kuala Lumpur

Zaman kanak-kanak anda memang awesome kalau pernah masuk ke Zoo Negara. Dekat sini tempatnya untuk lihat pelbagai spesies haiwan dari jarak dekat tanpa membahayakan nyawa.

 

Tapi lately harga tiket masuk untuk ke zoo negara, agak mahal dan boleh membahayakan wallet kalau pergi dalam kumpulan yang agak besar.

 

Penyelesaiannya? Jangan beli tiket di kaunter zoo negara, sebab kalau beli dekat kaunter, tak ada harga diskaun.

Jom Jalan akan carikan laman web yang menjual tiket masuk ke zoo negara dan dari situ anda boleh pilih mana satu harga yang paling murah. Guna cara ini boleh dapat tiket murah untuk masuk ke zoo negara.

 

Ini pautan untuk buat perbandingan harga tiket masuk ke Zoo Negara.

 

Tiket murah untuk masuk ke taman tema air Sunway Lagoon

Ok mungkin anda lebih suka bawa famili untuk bersuka ria di taman tema berbanding jalan-jalan tengok haiwan. Apa kata pergi ke Sunway Lagoon.

 

Taman tema Sunway Lagoon ini, salah satu tempat yang sangat best… TAPI… tiket masuk dia mahal gila!

 

Sekali lagi saya nak ingatkan, kalau nak berseronok tapi pada masa yang sama nak berjimat, jangan beli dikaunter. Apalah gunanya beratur lama-lama dekat kaunter tunggu giliran nak beli tiket, tapi kena bayar mahal.

 

Beli online.

 

Jom Jalan ada buat berbandingan harga untuk bantu anda dapatkan tiket masuk ke Sunway Lagoon. Dengan ini anda boleh dapatkan harga yang paling murah.

Tiket yang sama, keseronokkan yang sama dan pengalaman yang sama.

 

Cuma harga dekat sini boleh dapat lebih murah. Ini pautan untuk dapatkan tiket diskaun masuk ke Sunway Lagoon.

 

Walaupun saya cuma berikan dua contoh, sebenarnya ada banyak lagi tiket murah untuk masuk ke tempat tarikan pelancong yang boleh didapati di laman web Jom Jalan. Cubalah anda buat semakan.

 

Mana tahu, ada tiket yang anda berkenan.

 

Kalau selama ini, anda biasa bayar harga penuh, atau standard price apabila pergi bercuti, apa kata dimasa akan datang, anda buat sedikit perubahan.

 

Cubalah dulu praktikkan beberapa tips penjimatan yang saya kongsikan disini, dan In Shaa Allah anda bukan setakat boleh berjimat, malahan anda boleh pergi lebih banyak tempat menarik tanpa berbelanja mahal.

 

 

Exit mobile version