Blog Sabree Hussin

MYCYBERSALE 26 – 30 Sept 2016: Peluang untuk Shopping Online dengan harga DISKAUN sehingga 95%

Kempen MYCYBERSALE datang lagi.

Sepanjang minggu ini, akan ada banyak tawaran-tawaran menarik dengan harga yang sangat menarik, yang anda tak akan dapat diluar sana. Ya, untuk mendapat tawaran harga diskaun sehingga 95%, anda hanya boleh dapatkan ia jika membuat tempahan secara online sahaja.

 

Rupa-rupanya ada terlalu banyak syarikat yang mengambil bahagian sempena jualan dan kempen #MYCYBERSALE ini dijalankan. Biasanya dalam kempen-kempen macam ni, saya cuma ambik perhatian pada kempen dan promosi yang dijalankan oleh dua buah syarikat sahaja.

 

(1) Lazada Malaysia

Sebenarnya pada hari-hari biasa, Lazada juga ada menawarkan diskaun sehingga 90% untuk beberapa produk terpilih. Anda boleh lihat di bahagian kategori Best Seller untuk melihat senarai produk yang dijual dengan harga diskaun sehingga 90%.

 

Walaubagaimanapun, sempena kempen #MYCYBERSALE 2016 ini, Lazada juga menawarkan produk tertentu dengan harga diskaun yang lebih tinggi, iaitu sehingga 95%. Mungkin ada beberapa produk yang anda memang nak beli sebelum ini, tetapi harganya mahal sangat, atau diluar bajet anda, namun sempena kempen #MYCYBERSALE anda boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah.

 

VR Box II (VER 2.0) 3D Virtual Reality Glasses Headset Gear

Kali pertama saya nampak benda ni, dari blog seorang kenalan blogger. Sebenarnya saya pun tak berapa tahu sangat apa benda ni sebenarnya. Tapi bila baca blogpost yang Along XP ni buat, rasa macam agak cool jugak bila ada VR Box ni.

Baca post beliau: VR Box ni apa benda?

 

Bersempena dengan Lazada #MYCYBERSALE 2016 ni, saya ternampak produk yang sama. Sudah tentu ia dijual dengan harga yang sangat menjimatkan!

Saya pun tak berapa pasti, berapa harga sebenar produk ni kalau di pasaran luar. Namun, kalau anda buat semakan di laman web Lazada, anda akan dapati produk ini memang dijual dengan macam-macam harga. Ada yang jual dengan harga yang sangat mahal, dan ada juga yang jual dengan harga yang sangat murah.

 

Saya rasa harga paling murah yang saya jumpa ni ialah yang harga RM14.90 ni la. Saya tak pasti, kalau anda buat semakan disini, adakah harga ini masih ada lagi ataupun dah habis.

 

Anda rasa patut tak beli produk ni? Harganya tak mahal pun, cuma RM14.90 sahaja. Mungkin lepas ni saya dah tak akan jumpa lagi harga macam ni kat mana-mana.

 

(2) Bookcafe

Buat para penggemar dan pencinta buku, ada juga berita baik untuk anda. Anda boleh dapatkan pelbagai buku dengan harga diskaun, dan ada juga buku tertentu yang dijual dengan harga RM1 sahaja. Buku yang dijual adalah sangat terhad dan anda kena jadi seorang yang sangat bernasib baik kalau nak dapatkan buku dengan harga RM1 ini.

 

Anda boleh ke laman web Bookcafe untuk melihat promosi apa yang masih dijalankan dengan menekan pautan ini.

.

..

Jika anda ke laman web http://www.mycybersale.my/ anda boleh lihat sebenarnya ada banyak lagi syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam kempen #MYCYBERSALE 2016.

 

Kempen #MYCYBERSALE 2016 ini adalah dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan turut disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), CyberSecurity Malaysia and SME Corp. Malaysia, Ministry of Health dan MATRADE.

 

Jadi, kita boleh membeli belah dengan selamat dan at the same time dapat nikmati harga yang begitu menjimatkan. Tujuan kempen ini diadakan juga adalah bagi menggalakkan orang ramai untuk membeli secara online. Bukan itu sahaja, secara tak langsung, kempen ini juga bertujuan untuk menggalakkan para usahawan supaya turut menawarkan proses tempahan dan pembelian secara online.

 

Selamat membeli belah sempena #MYCYBERSALE 2016.

 

 

Exit mobile version