Blog Sabree Hussin

5 Tawaran DISKAUN menarik sempena kempen Mega Merdeka Madness

Dalam masa kurang daripada 5 hari lagi, kita akan menyambut hari ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 58. Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan ni juga, saya perhatikan Lazada turut menawarkan kempen promosi dan diskaun sehingga 90% untuk barangan terpilih.

 

Kalau ikut perancangan awal, sepatutnya sekarang ni saya nak settlekan beberapa tugasan advertorial yang saya terima. Kemudian saya teringat pulak, baru-baru ni saya ada terima emel dari pihak Lazada mengenai Kempen Mega Merdeka Madness yang menawarkan diskaun sehingga 90%!

 

Banyak tu potongan harga yang Lazada offer. Mungkinkah sebab sekarang ni, tak ramai yang shopping, sebab tu mereka berani nak tawarkan potongan harga yang sebegini tinggi?

 

Ada beberapa produk yang menarik minat saya. Tapi dalam pos ni saya nak kongsikan 5 produk sahaja. Kalau anda minat nak tau, apa lagi produk yang ada potongan harga yang tak masuk akal, boleh terus ke laman kempen Mega Merdeka Madness ni.

 

5 Produk dengan diskaun tak masuk akal sempena Lazada Mega Merdeka Madness

 

1. Motorized Folding Treadmill Running Machine with Body Fat Test

Dengan adanya mesin ini, anda boleh lakukan senaman seperti berjalan kaki, jogging ataupun berlari hanya dari rumah. Mesin ini sesuai diletakkan sama ada di ruang tamu ataupun dibilik tidur, itupun kalau anda mempunyai ruangan yang sesuai.

 

Bila ada mesin treadmill ni, anda boleh buat senaman seperti jalan kaki, jogging ataupun larian sambil menonton televisyen ataupun sambil mendengar lagu. Tak perlu keluar rumah pun dan anda boleh lakukan senaman pada bila-bila masa, tanpa perlu risau sama ada hari tersebut hujan, panas ataupun gelap malam.

 

Harga Asal: RM7,999

Selepas diskaun 84% anda hanya perlu bayar RM1,288

 

 

2. Phyto Science Double Stemcell 10 pac (140 sac)  

Produk dari PhytoScience ni dulu pernah popular sekejap. Mungkin disebabkan marketing plan dia yang kononnya boleh menghasilkan jutawan segera. Dalam friendlist saya kat FB, ada jugak beberapa orang yang join dengan harapan nak jadi kaya. Produknya pun agak mahal dan saya pun tak mampu nak beli ha ha

 

Boleh tonton video tentang produk ni disini. Tekan sahaja play pada butang play dibawah ni

 

Sempena bulan promosi merdeka, dah boleh beli dengan harga yang agak rendah iaitu

Harga asal: RM2,000

Harga selepas diskaun 92% jadi RM156 sahaja

 

 

3. Adjustable Sit Up Bench + Weight Bench (o) 

Alat bantuan senaman lagi.

Mesin ni fungsi dia adalah untuk bantu kita buat senaman khusus untuk bahagian abdomen. Sama ada nak kempiskan ataupun nak menguatkan otot dibahagian perut, pun berkesan.Yang penting bila dah dapatkan mesin ni, kena buatlah exercise tu, bukannya simpan dalam kotak je.

Harga asal: RM1,099

Harga selepas diskaun 82% jadi RM198 sahaja.

 

4. Korean DIY Book Storage 5 Tier with 8 Columns

Disebabkan hobi saya beli buku, dah jadikan saya dah tak ada tempat nak simpan buku-buku yang saya dah beli. Sana sikit sini sikit, dah akhirnya penuh satu rumah dengan buku-buku.

Bagi saya, almari ni spesel sebab ada ruang yang luas dan compartment sampai lapan. Jadi, banyak jugak barang boleh letak dalam ni.

Harga asal: RM189

Harga selepas diskaun 74% jadi RM49 sahaja

 

5. TravelBox TX-8146 ABS Hard Spinner Case Luggage  

Travelbox macam ni memang sangat berguna especially waktu nak balik kampung. Mungkin lepas ni, dah tak perlu lagi seorang kena ada 2 – 3 beg baru cukup untuk isi barang. At least, saya membayangkan, dengan adanya travelbox macam ni, jumlah beg yang diperlukan untuk seorang akan reduce jadi 2 beg je. Jimat sikit ruang, kan?

 

By the way, ini cuma sebahagian je tawaran sempena kempen Mega Merdeka Madness by Lazada. Tak larat la pulak nak semak satu per satu. Ada banyak sangat produk.

 

 

Kempen ni masih belum tamat, Lazada dah lancarkan satu lagi kempen iaitu Unity Sale.

Kempen Unity Sale ni pun menarik juga sebab ada diskaun sehingga 94% dan ada flash sale untuk produk-produk terpilih. Anda boleh lihat sendiri senarai produk yang termasuk dalam kempen Unity Sale disini.

 

Baiklah, enjoy your shopping!

 

Exit mobile version