Blog Sabree Hussin

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest by Lazada Malaysia

Kalau pada tahun lepas, Lazada Malaysia ada mengadakan kempen promosi yang diberi nama Unity Sale yang menawarkan diskaun sehingga 83% bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan.

 

Kempen tersebut bermula dari 25hb hingga 31 Ogos.

 

Pada tahun ini, sekali lagi pihak Lazada mengadakan kempen besar-besaran sempena sambutan hari merdeka yang diberi nama Merdeka! Merdeka! Sale.

 

Seperti biasa, Lazada akan menawarkan pelbagai tawaran harga diskaun, flash sale, dan pelbagai lagi acara menarik bersempena dengan sambutan ini.

 

Untuk para penulis blog juga, ada sesuatu yang menarik untuk kita semua. Bersempena dengan acara sambutan bulan kemerdekaan ini, Lazada ada menganjurkan blogger contest yang cukup mudah dan boleh disertai oleh semua blogger tanah air. Maklumat lanjut tentang Lazada Blogger Contest boleh diperolehi di sini.

 

Kita tinggalkan sejenak cerita tentang produk hilangkan jerawat, jeragat dan parut jerawat, iaitu Rose Face Serum Zeeta. Sebaliknya, kali ini kita nak fokus kepada kontes yang dianjurkan oleh Lazada ni.

 

What do you love about being Malaysian?

 

Apa yang istimewanya, apabila kita lahir sebagai rakyat Malaysia berbanding rakyat negara lain?

 

Tahukah anda, Malaysia ni adalah negara yang bertuah dan sebuah negara yang boleh menjadikan sesiapa sahaja seorang yang kaya raya!

 

Negara inilah yang menjadi destinasi pilihan buat rakyat negara jiran untuk mencari rezeki dan bina kekayaan. Negara ni memang dilimpahi dengan pelbagai kemudahan dan keistimewaannya yang tersendiri.

 

Kita dapat hidup dengan aman damai bersama dengan pelbagai kaum yang saling hormat menghormati budaya, amalan dan kepercayaan kaum lain.

 

Apabila berlaku banyak pertembungan budaya di negara kita, dah tentu terdapat pelbagai ragam masyarakat yang boleh kita perhatikan. Ini yang menjadikan Malaysia ini unik dan penuh warna warni.

 

Lagi satu yang tak kurang bestnya menjadi rakyat Malaysia, kita boleh nikmati pelbagai jenis makanan (yang sedap-sedap) dari pelbagai kaum dan etnik yang ada di Malaysia. Tak perlu terlalu risau tentang status halal makanan tersebut, sebabnya aspek status halal memang sangat dititik beratkan oleh pemerintah negara kita.

 

Itulah dia antara perkara yang saya rasa istimewa dan bersyukur kerana jadi rakyat Malaysia.

  1. Di negara ini kita ada peluang yang sangat luas untuk jadi kaya raya.
  2. Kita dapat hidup aman dan damai bersama masyarakat pelbagai bangsa.
  3. Kita boleh nikmati macam-macam makanan yang sedap-sedap.

 

My favorite Local Brand… goes to…

Saya pilih jenama Spritzer.

 

Memang ada banyak jenama air mineral yang terdapat di pasaran. Kalau kita ke pasaraya dan buka peti sejuk yang mereka gunakan untuk jual air mineral, kita mungkin akan jumpa macam-macam jenama pada label botol air mineral tersebut.

 

Personally, saya sendiri pasti akan pilih Spritzer berbanding jenama lain. Mungkin sebab dah terbiasa. Mungkin sebab saya suka rasa air dia.

 

Antara produk dari Spritzer yang menjadi pilihan…

(1) Spritzer Mineral Water 1.5L

Air mineral Spritzer ni boleh dikatakan wajib beli especially kalau saya nak jalan jauh.

 

Tak main la nak beli yang botol kecik, rasa tak puas. Kalau nak beli mesti nak beli yang botol 1.5L. Lagipun, minum banyak air kan bagus untuk kesihatan kita.

 

(2) Spritzer Fibre 350ml

Ini satu lagi produk dari Spritzer yang saya suka. Air Spritzer Fibre.

 

Bagi mereka yang ada masalah penghadaman, dan masalah-masalah berkaitan perut, cuba amalkan minum air ni. Untuk permulaan, cuba minum air ni setiap pagi selama seminggu.

 

Anda akan nampak kesan positifnya.

 

In Shaa Allah, dalam tempoh masa tu, nak buang air lancar je. Kalau anda nak order dari Lazada, boleh order menerusi link ini.

 

Kempen Merdeka! Merdeka! Sale dari Lazada ini akan berlangsung dari 25hb hingga 31 Ogos 2017 sahaja. Justeru, cepatlah menuju ke laman web Lazada dan dapatkan tawaran-tawaran menarik dari situ.

 

Anda boleh klik sini untuk lihat apa lagi tawaran yang menarik menanti anda sempena Lazada Merdeka Sale ini.

 

 

Exit mobile version