Blog Sabree Hussin

Lazada Birthday Blogger Contest

Bulan Mac 2017 ini, adalah bulan ulangtahun Lazada Malaysia yang kelima!

 

Bersempena dengan ulangtahun tersebut, Lazada kini sedang mengadakan kempen dan promosi besar-besaran di laman web mereka. Cubalah pergi ke website Lazada. Mana tahu ada barangan yang berkenan dihati.

Apabila dah masuk tahun yang kelima ni, dah semestinya mereka akan makin sukses dan terus sukses. Kalau awal-awal dulu, semasa saya baru kenal dengan nama lazada, banyak juga cerita-cerita yang agak menakutkan tentang portal e-dagang ini.

 

Barang tak sampai. Barang rosak. Barang lambat dan macam-macam lagi cerita. Tapi itu dulu.

 

Biasalah. Kalau masih baru, pasti akan ada isu-isu yang kurang best kita akan dengar. Sebenarnya masalah macam ni, juga dilalui oleh banyak lagi laman web ecommerce diluar sana. Kalau ada satu dua masalah, itu perkara normal.

 

Saya juga pernah hadapi beberapa masalah sepanjang berbelanja di laman web Lazada, tetapi apa yang menariknya, mereka mempunyai pasukan khidmat pelanggan yang cekap dan biasanya semua masalah boleh selesai dalam masa yang cepat.

 

Kalau laman web lain… saya tak pasti. Cubalah beli dari laman web lain, selain Lazada. Tengok dan lalui sendiri pengalaman tersebut, dan pasti berbeza dengan berbelanja di Lazada.

 

Sekarang ni, nama Lazada makin gah. Orang pun makin yakin nak beli dari Lazada. Saya pun, sebagai penulis blog, selain biasa membeli di laman web Lazada, turut mengesyorkan para pelawat dan pembaca blog saya ini untuk beli dari laman web Lazada.

 

Apa yang saya suka tentang Lazada Malaysia?

The best part tentang Lazada Malaysia ni ialah, mereka ada hampir semua jenama yang ada atas muka bumi Malaysia ni.

 

Cakap je nak cari produk dari jenama apa. Boleh search kat Lazada. Kalau betul produk yang kita nak tu memang cukup popular, kebiasaannya produk tu mesti ada dijual di Lazada.

 

Tapi kalau produk yang tak ada jenama tu, biasanya memang tak ada dijual di Lazada.

 

Apabila semua produk boleh diperolehi dari laman web Lazada, maka proses untuk membuat perbandingan harga dan mengkaji tentang spesifikasi produk jadi lebih mudah.

 

Tak payah lagi bersusah payah nak ke kedai dan tanya dengan penjual. Kadang-kadang penjual kat kedai tu bukannya baik sangat. Niat kita cuma nak dapatkan maklumat, tapi ada dalam kalangan penjual ni yang suka push kita dan paksa beli pulak.

 

Tetapi, kalau kita buat product research di Lazada, ia lebih selamat. Tak ada siapa yang nak push kita dan kita boleh lihat dan baca deskripsi produk sepuas-puasnya tanpa ada gangguan.

 

Tiga produk yang saya minat yang ada di Lazada

(1) Buttons And Bows Cat Food 18kg

Baru-baru ni, saya tukar makanan untuk kucing saya kepada jenama Buttons And Bows ini.

 

Itupun saya tukar atas saranan staf yang kerja kat Pet Shop. Katanya, kalau bagi kucing makan jenama ni, bulu kucing kurang tanggal dan kucing tak akan makan banyak. Kiranya dengan khasiat dan nutrien yang ada pada makanan kucing ni, ianya memang mengenyangkan walaupun cuma makan sikit sahaja.

 

(2) Kamera Canon PowerShot SX620HS

Saya masih lagi mencari kamera jenis point and shoot yang sesuai untuk dijadikan kamera ketiga. Kamera ketiga ni, kalau boleh saya nak yang jenis slim, kecil, dan ringan.

 

Bila tengok model Canon PowerShot SX620HS macam kat atas ni, nampak macam berkenan la pulak. Kalau bayar secara ansuran, lebih kurang RM84.08 sahaja sebulan.

 

(3) Seiko Astron GPS SS Watch SBXB031 

Barang ketiga adalah jam tangan jenama Seiko Astron GPS ni. Wah… baru tengok kaler saya dah berkenan. Nampaknya saya kena buat banyak-banyak sales kalau nak beli jam tangan macam ni!

 

Bagaimana Lazada Malaysia boleh tingkatkan lagi kualiti servis?

Saya rasa, yang sekarang ni pun dah bagus. Cuma kalau Lazada Malaysia nak jadi lagi bagus, saya rasa mereka boleh perbaiki lagi pada bahagian Rating & Reviews.

 

Pada bahagian ini, sepatutnya boleh dijadikan ala-ala forum dimana pengguna boleh beri pendapat, pandangan dan macam-macam lagi. Cuma yang saya perasan, pengguna kat Malaysia ni mungkin agak pasif dan kurang minat untuk terlibat dalam proses berikan rating dan reviews.

 

Jadi, saya berpendapat, lepas ni bolehlah Lazada berikan insentif untuk mereka yang rajin untuk berikan Rating dan Reviews tentang produk yang mereka beli dari Lazada.

 

Sebenarnya, kalau ada banyak rating dan reviews, ini akan buatkan pengguna lain jadi lebih yakin untuk beli.

 

Apa pun, saya ucapkan tahniah dan selamat menyambut ulangtahun yang kelima. Saya harapkan semoga Lazada Malaysia akan terus sukses.

 

Semoga Lazada Malaysia makin berkembang. Semoga laman web Lazada makin banyak jual barang. Semoga server Lazada boleh ditingkatkan lagi!

 

Exit mobile version