Blog Sabree Hussin

MYCYBERSALE 2017 – Masa TERBAIK untuk shopping online dan dapatkan tawaran DISKAUN HEBAT

Sesuatu yang menarik dan cukup dinanti-nantikan bakal muncul pada bulan Oktober ini!

 

Apa benda?

 

Online Shopping! Setiap tahun, pada bulan Oktober, satu acara kempen membeli-belah secara online akan diadakan secara besar-besaran.

 

Kempen ini dijalankan bagi menggalakkan rakyat Malaysia khasnya untuk membeli-belah secara online. Walaupun online shopping bukanlah sesuatu yang asing di negara kita, namun masih ramai lagi yang tak pernah ada pengalaman walaupun sekali, untuk membeli secara dalam talian.

 

Justeru, Multimedia Development Corporation atau singkatan bagi MDEC memperkenalkan inisiatif untuk mengadakan suatu acara khas yang dinamakan sebagai MYCYBERSALE.

Anda boleh layari laman web https://mycybersale.my/ bagi melihat senarai syarikat dan online store yang mengambil bahagian. Dijangkakan, tahun ini kita bakal menyaksikan lebih banyak syarikat dan jenama yang akan menyertai kempen Mycybersale ini.

 

Apa yang bakal pengguna seperti kita perolehi sepanjang kempen MYCYBERSALE ini dijalankan? Ada macam-macam, antara yang kita boleh expect ialah promosi seperti

  1. Harga diskaun / Potongan harga
  2. Promosi Beli 1 PERCUMA 1
  3. Servis penghantaran PERCUMA

 

Nak dapatkan barangan kesukaan anda dengan harga yang lebih jimat? Dapatkan semasa kempen MYCYBERSALE ini dijalankan. Promosi seperti ini memang tak akan dijalankan pada hari biasa. Kalau nak dapatkan pelbagai barangan berjenama dengan harga diskaun, waktu MYCYBERSALE inilah masanya.

 

Tapi tunggu dulu.

 

Sebelum anda habiskan duit untuk shopping something yang mungkin anda akan simpan dalam almari sepanjang hayat anda, saya rasa ada baiknya saya cerita dulu tentang satu barangan yang sebenarnya SANGAT PENTING dalam kehidupan seharian kita tetapi tak ramai yang bercerita tentang produk ini.

 

Bilakah kali terakhir anda dapat menikmati udara segar? Ya, udara yang menyegarkan. Tiada sebarang bau-bauan yang kurang menyenangkan, seperti bau asap, bau bahan kimia, atau sebarang jenis bau yang menyebabkan rasa kurang selesa.

Apabila kita berada dikawasan air terjun, tepi laut, kawasan pergunungan, kita mudah untuk memperolehi udara yang segar lagi bersih.

 

Namun realitinya, peluang untuk berada ditempat-tempat seperti itu agak jarang untuk kita lalui. Bagi majoriti masyarakat kita, peluang sedemikian hanya akan muncul apabila kita pergi bercuti. Itu pun setahun 2 atau tiga kali sahaja.

 

Sesetengah orang, oleh kerana terlalu sibuk dengan kerja dan bisnes, langsung tak pergi bercuti. Maka terlepaslah peluang untuk menikmati udara segar dan bersih dari sebarang bahan pencemaran.

 

Mujurlah, dalam dunia ini ada satu ciptaan yang dinamakan sebagai Air Purifier. Saya sendiri menggunakan Air Purifier dari MedKlinn untuk kegunaan di kediaman saya.

Mujurlah bersempena dengan kempen MYCYBERSALE ini, produk Air Purifier ini akan ditawarkan dengan harga diskaun. Jadi, bagi mereka yang masih belum ada produk ini dikediaman masing-masing, bolehlah dapatkan tawaran diskaun ini.

 

Kotak Air Purifier ni memang kecil sahaja. Lebih kurang macam kotak tisu. Ini bahagian dalam.

Satu perkara yang saya suka dengan produk ni ialah, dari segi saiz, ianya tidak terlalu besar. Bila tak besar sangat, ia tak perlukan ruang yang terlalu banyak.

 

Sudah tentu bukan faktor saiz sahaja yang buatkan saya suka produk ni. Kita lihat dari segi fungsinya dan pengalaman saya gunakan produk ni.

Asens+40 dari MedKlinn ini adalah sebuah alat pembersih udara atau Air Purifier. Seperti mana kita menjaga kualiti air yang kita minum, sebenarnya kita juga perlu mengambil berat tentang kualiti udara yang masuk dalam badan kita.

 

Sama ada kita sedar ataupun tidak, dalam udara yang kita sedut setiap hari, sebenarnya terdapat macam-macam bahan pencemar. Ia mungkin tidak begitu teruk, seperti mana ketika berlaku jerebu. Namun, ini tak bermakna udara yang kita sedut tu benar-benar bersih.

 

Asap rokok, asap dari kilang, asap dari kenderaan, najis haiwan peliharaan, semua ini memberi kesan kepada kualiti udara yang kita sedut.

 

Macam saya sendiri, saya tinggal di rumah jenis apartment. Betul-betul tepi jalan dan dekat dengan Jalan Lingkaran Tengah Dua. Pada waktu puncak, memang ada banyak kenderaan.

 

Pada masa yang sama, saya juga ada bela kucing.

 

Saya bela kucing secara indoor. Memang tak bagi keluar. Setiap bulan, kena beli pasir kucing yang berkualiti bagi memastikan kebersihan dan tiada bau yang kurang menyenangkan berlegar-legar dalam rumah. Tetapi, faham-faham je la bila rumah ada kucing ni.

 

Kadang-kadang memang akan ada bau.

 

Walaupun dah pakai pewangi, pasir kucing pun guna yang ada pewangi, sistem tandas pun jenis yang boleh perangkap bau, namun sesekali bau najis kucing dan bau urin tu akan terlepas juga. Kadang-kadang rumah bau macam pet shop.

 

Bagi saya yang memang biasa dengan kucing, bau-bauan tersebut bukan satu masalah.

 

Tetapi, bagi tetamu, atau bagi mereka yang kadang-kadang akan datang ke rumah saya, pasti akan rasa tak selesa. Saya perasan, sejak gunakan Air Purifier ni, bau busuk atau bau-bauan yang kurang menyenangkan ni seolah-olah hilang. Keadaan sekarang selepas guna Air Purifier dari MedKlinn ini adalah lebih baik berbanding guna pewangi sebelum ini.

 

Kiranya Air Purifier ni memang menjadi! 

 

Jom tengok dulu video dibawah ni yang menerangkan bagaimana Air Purifier ini berfungsi.

 

Bawah ni pula adalah video penerangan tentang bagaimana MedKlinn ini berfungsi dalam memastikan pengguna dapat menikmati udara yang benar-benar bersih.

 

Air purifier ini juga sangat senang untuk dibersihkan. Tonton video dibawah ni pula untuk melihat caranya. Cuma perlu gunakan berus gigi sahaja.

 

Air purifier juga boleh digunakan dalam kenderaan anda. Maklumlah, kita menghabiskan masa yang agak lama juga dalam kenderaan. Waktu pergi kerja, balik kerja dan ketika kita nak pergi kemana-mana.

 

Jalanraya di Malaysia ni memang selalu sesak. Kadang-kadang yang buatkan masa perjalanan kita bertambah, bukannya sebab jarak perjalanan yang jauh, sebaliknya sebab jalan jammed. Dalam kenderaan juga perlu udara yang segar lagi bersih. Sebab tu, MedKlinn juga ada menghasilkan Air Purifier bagi kegunaan dalam kenderaan yang dinamakan sebagai Autoplus.

Mereka yang habiskan banyak masa berada atas jalan, seperti pemandu teksi, pemandu lori, UBER, dan sebagainya, juga perlu beri perhatian kepada tahap kualiti udara yang masuk dalam paru-paru. Pastikan ia benar-benar bersih.

 

Kalau dulu, mungkin anda tak tau macam mana nak dapatkan udara yang lebih bersih. Tetapi, sekarang ni, lepas anda baca artikel ni, sepatutnya anda dah tau apa yang perlu dilakukan.

 

Bersempena dengan kempen MYCYBERSALE ini, MedKlinn menawarkan diskaun sebanyak 30% untuk anda dapatkan produk air purifier ini.

Boleh klik pada gambar diatas untuk dapatkan produk ini ataupun boleh juga klik pada pautan ini. Tawaran promosi diskaun 30% ini hanya SAH dari 1 – 31 Oktober 2017 sahaja.

 

Bagi mereka yang ada masalah sinus atau resdung, juga sangat bagus untuk gunakan Air Purifier ini. Hanya perlu pasang sahaja alat ini dirumah anda atau ditempat yang anda biasa habiskan masa.

 

Apabila anda dapat pastikan, hanya udara yang betul-betul bersih, masuk ke dalam tubuh anda, tanpa bahan-bahan pencemar yang menyebabkan kesan alergik, maka masalah sinus anda akan selesai tanpa perlu makan sebarang ubat.

 

Peluang seperti ini, untuk dapatkan Air Purifier dari MedKlinn dengan harga diskaun mungkin tak akan ditawarkan lagi dimasa akan datang. Ambillah peluang ini sementara masih ada.

 

Air Purifier jenis Asens ini didatangkan dengan 3 variasi. Terdapat

  1. Asens+20
  2. Asens+40
  3. Asens+60

 

Bezanya adalah dari segi coverage atau berapa luas kawasan yang anda mahukan Air Purifier ini membersihkan udara. Lagi besar angka yang ditunjukkan, bermakna lagi luas kawasan yang akan mendapat udara bersih.

 

Air Purifier ini juga sesuai digunakan secara terus menerus selama 24 jam. Jika anda ingin keluar rumah, bolehlah padamkan dulu alat ini, ataupun jika nak biarkan ia terus beroperi juga tidak ada masalah.

 

Apapun, sila tandakan kalendar anda, sebabnya bermula 9 hingga 13 Oktober 2017 ini, kempen MYCYBERSALE 2017 ini akan dilangsungkan!

 

Selamat membeli belah. Happy online shopping!

#MedKlinnAirSterilizers

#MYCYBERSALE

 

 

Exit mobile version