Blog Sabree Hussin

Barangan yang sebelum ini mahal dijual dengan harga MURAH sempena unity Sale

“Pernahkah anda terfikir, bila sebenarnya waktu paling sesuai dan BEST untuk shopping secara online?”

 

Kalau anda kata, ketika ada jualan murah, atau sewaktu ada tawaran diskaun melampau rendah, maknanya kita geng. Ya, saya pun suka nak shopping online bila ada jualan murah. In fact, saya sendiri kebanyakkannya hanya akan berbelanja kalau ada tawaran harga terendah.

 

Sebab itu, saya merasakan salah satu kempen terbaru dari Lazada ini, Unity Sale ini nampak MENARIK perhatian.

 

Mungkin inilah dia, salah satu strategi Lazada untuk mendapatkan jualan dan pelanggan baru. Walaubagaimanapun, promosi potongan harga sehigga 94% seperti ini bukannya diadakan setiap hari. Ia hanya untuk tempoh terhad, iaitu dari 26 Ogos 2015 hingga 1 September 2015 sahaja.

 

Jadi untuk anda yang minat untuk membeli belah secara online dengan harga yang rendah, kenalah ambik kesempatan ini. Dalam kempen ini, saya perasan ada beberapa kategori lagi yang anda boleh pilih, seperti dalam gambar dibawah ni.

 

Kali ni saya tertarik dengan kategori Infant beginning and National Beauty. Selama saya browse through laman web Lazada, lazimnya saya akan tengok-tengok gadget, smartphone, jam tangan, fitness equipment dan sebagainya. Memang jarang atau mungkin saya pun tak pernah terlintas nak tengok bahagian kanak-kanak.

 

Memang rasa agak ralat dan pelik jugak la bila tengok kat Lazada ada jual barangan baby, pampers, botol susu and so on. Nampaknya ada banyak lagi yang saya tak tau tentang laman web Lazada. Masih belum banyak yang saya dah explore la kiranya.

 

Pada pendapat peribadi, saya suka membeli dengan Lazada sebab adanya fungsi cash on delivery atau COD. COD yang Lazada tawarkan ni dah tentu sedikit berbeza dengan mana-mana orang perseorangan yang menjual secara online.

 

Ada setengah online seller, bila dia kata boleh COD, maksudnya kita kena jumpa dia kat mana-mana. Sama ada kat stesen minyak ke, depan klinik ke, dekat dengan pasaraya ke. Itu istilah COD yang banyak dipratikkan oleh peniaga online. Bagi saya COD jenis macam ni memang agak leceh.

 

Pertama, seller dengan buyer kena jumpa kat satu tempat yang masing-masing tahu kat mana tempat tu. Kalau si penjual boleh datang terus ke rumah pembeli, sama seperti yang dipraktikkan oleh Lazada, itu tak ada masalah. Lazimnya, senario macam ni tak berlaku. Bila kena jumpa kat satu tempat yang sama-sama tahu kat mana tempat tu, kelemahannya ialah, akan ada salah seorang yang tak reti nak tepati waktu. Janji pukul 12.30, pukul 12.50 pun masih tak muncul-muncul lagi.

 

…dan kalau kita kata tak jadi nak ambik barang sebab tak puas hati dengan kualiti atau atas sebarang isu, kita yang akan rasa tak sedap hati. Tapi, kalau beli dengan Lazada, dan kita pilih opsyen untuk COD, kita tak payah susah payah nak kena keluar rumah. Mereka akan hantar barang terus ke rumah kita, dan kalau tak suka dengan barang tu, cakap je tak nak dan mereka akan ambil balik barang tu.

 

Walaubagaimanapun, bukan semua barang ada opsyen COD. Contohnya macam yang kat bawah ni:

Jika anda tertanya-tanya, adakah kita boleh buat COD atau cash on delivery ketika membuat pembelian dilaman web Lazada, jawapannya ialah

BOLEH.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah produk yang tak boleh buat COD dan kebiasaannya, ia akan dinyatakan dilaman web tersebut. Lazimnya, produk dari oversea yang kita tak boleh COD.

 

Dalam banyak-banyak produk yang ada dalam kempen Lazada Unity Sale, saya ingat saya tertarik dengan jam ni. Sebab MURAH kot ha ha

 

Ok la, anda boleh klik sini kalau nak lihat barang-barang lain yang dijual dengan harga murah sempena kempen ini.

 

 

Exit mobile version