Blog Sabree Hussin

Kenapa harga produk digital lebih mahal berbanding produk fizikal?

Bagaimana sebenarnya usahawan internet menetapkan harga bagi produk-produk digital seperti ebook, video, software dan sebagainya? Apakah agaknya penanda aras yang digunakan dalam strategi meletakkan harga?

 

Ya ini adalah dua persoalan yang pernah bermain difikiran saya satu masa dulu. Saya nak berikan satu contoh mudah. Dalam contoh ini saya akan tunjukkan panduan tentang buat duit dengan blogging. Satu dalam bentuk buku fizikal, manakala satu lagi dalam bentuk file digital.

 

Buat duit dengan Freelance blogging

Dalam panduan ini anda akan belajar, bagaimana untuk menjadi seorang freelance blogger yang fokusnya untuk menjadi penulis di blog orang lain ataupun penulis jemputan.

 

Konsep freelance blogging ni agak luas sebenarnya. Adakalanya kita diminta untuk menjadi penulis jemputan, dan adakalanya kita ditawarkan untuk jadi ghost writer. Kita sediakan artikel dan pemilik blog akan bayar kita upah seperti yang dipersetujui.

 

Buku ini masih lagi boleh dikategorikan sebagai buku dalam niche panduan buat duit dengan blogging.

 

Ebook Teknik SEO Merah Jambu

Kitab teknik SEO Merah jambu adalah satu panduan bagaimana anda boleh buat duit dengan menulis blog menggunakan kaedah penulisan dan formula yang menepati hukum SEO.

 

Apabila anda kuasai teknik SEO, anda boleh buat duit dengan menulis blog, tak kiralah sama ada anda menulis di blog sendiri mahupun diblog orang lain. Dengan penguasaan yang baik tentang Teknik SEO, saya percaya anda tak ada sebarang masalah untuk mempromosikan produk-produk affiliate dan dapat komisyen.

 

Kedua-dua panduan ini adalah panduan buat duit dengan blog. Satu dijual dengan harga RM39.90, manakala satu lagi dijual dengan harga RM120. Why? Kenapa begitu jauh berbeza dan jika dihitung secara kasar, perbezaannya sehingga 3 kali ganda. Dengan RM120, anda boleh beli 3 naskhah buku Buat duit dengan freelance blogging!

 

Ok benda ni la yang saya nak cerita dalam post kali ini. Walaubagaimanapun, ini adalah pendapat saya semata-mata. Ianya ditulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sebagai pembeli buku-buku fizikal, pembeli produk-produk digital dan juga penulis produk digital. Jadi sebenarnya ada beberapa kriteria yang akan dilihat semasa menetapkan harga.

 

Jika ada pelanggan yang merasakan harga sesuatu produk digital itu terlalu mahal, boleh jadi sebabnya ialah

ANDA TIDAK TERMASUK DALAM PELANGGAN SASARAN SI PENJUAL!

 

Mereka yang faham dan tahu nilai sesuatu produk digital pasti akan beli produk tersebut tak kira apa harganya. Dalam hal ini, kepentingan mengatasi harga yang perlu dibayar. Apalah sangat software berharga RM250++ jika nak dibandingkan dengan fungsinya yang mampu memudahkan tugas-tugas pemasaran dan menjimatkan masa?

1. Sejauh manakah ianya betul-betul bernilai untuk pelanggan?

Saya nak cerita dari konteks produk informasi seperti ebook misalnya. Dalam situasi ini, saya ambil contoh ebook Kitab SEO Merah Jambu. Ebook ini lebih sesuai kepada para penulis blog, affiliate marketer dan usahawan online yang mempunyai blog atau laman web perniagaan.

 

Anda dah pun mempunyai sebuah blog. Anda memang selalu mengemaskini blog anda boleh kata setiap hari. Kalau kita lihat dibahagian arkib blog, kita boleh dapati yang anda telah pun mempunyai beratus-ratus artikel promosi.

MASALAHNYA…

Kenapa jumlah pelawat masih lagi kurang? Kenapa jumlah klik pada link affiliate masih lagi bawah 10 klik? Kenapa langsung tiada jualan terhasil?

Sedangkan

  • Penggunaan bahasa dah cukup bagus
  • Susun atur blog nampak profesional
  • Kekerapan menulis juga boleh kata agak kerap

Tetapi sayangnya masih lagi tak berjaya dapat hasil seperti yang diharap-harapkan. Baiklah, cuba anda semak kata kunci tertentu di laman web google. Jika anda menjual penawar resdung misalnya. Taiplah kata kunci “penawar resdung” dan tekan search.

Adakah laman web anda terpapar di muka surat pertama enjin carian google? Ya? Tidak?

Sekiranya laman web anda tidak tersenarai di muka surat pertama hasil carian google, lazimnya prospek anda akan anggap yang bisnes anda TIDAK WUJUD. 

 

Maka kat sinilah pentingnya anda dapatkan penyelesaian kepada masalah tersebut. Masalah laman web anda tidak masuk ke page pertama google. Cara untuk memastikan laman web masuk ke page pertama google ada dua sebenarnya. Pertama, gunakan kaedah berbayar iaitu iklan google adwords. Cara kedua pula adalah Teknik SEO yang anda boleh pelajari dari kitab Teknik SEO Merah Jambu.

 

Dapat masuk ke page pertama google belum bermaksud masalah anda akan selesai. Anda tetap kena tahu bagaimana teknik penulisan yang mampu untuk mencairkan hati prospek untuk buat pembelian.

 

Isu memberi nilai kepada sesuatu produk ini adalah isu yang agak subjektif. Sebabnya ia juga berkait rapat dengan sejauh mana anda faham apa masalah anda? Sejauh mana anda faham penerangan yang diberikan dalam panduan yang dihasilkan? Sejauh mana anda boleh ikut dengan patuh nasihat yang diberikan.

 

Ada orang meletakkan benchmark hanya apabila dia berjaya dapat komisyen, atau ada pertambahan income barulah dikatakan sesuatu ebook itu bernilai. Ebook yang tak menyumbangkan kepada sebarang pertambahan pendapatan terus dikatakan sebagai tak bernilai. Itu pun tak berapa tepat, kerana sebarang hasil dalam bentuk pertambahan pendapatan bagi setiap orang adalah berbeza bergantung kepada kefahaman, pengalaman, gaya penulisan dan kepercayaan para pembaca.

 

2. Isi ataupun konten produk digital lebih padat dan straight to the point

Secara peribadi, saya adalah seorang yang suka membaca. Saya suka baca buku-buku yang tebal atau at least mengandungi 200 muka surat dan keatas. Jadi, bila pertama kali saya beli ebook dan bilangan muka surat ebook tu pula cuma ada satu muka surat sahaja, tiba-tiba saya jadi marah dan rasa tertipu!

 

What the …? Tak akan aku bayar RM50 semata-mata untuk dapatkan ebook yang cuma ada satu muka surat je?! Ini satu penipuan.

 

Sebenarnya inilah dilema yang dilalui oleh penjual ebook dan pembeli ebook yang baru pertama kali beli ebook. Bila anda beli ebook, anda bukannya beli muka surat ebook tu, tetapi anda membeli konten, informasi dan maklumat yang terkandung dalam ebook tersebut. Jika info tersebut boleh disampaikan dengan hanya memerlukan satu muka surat, itu dah memadai!

 

Penulis dah tak perlu nak tulis panjang-panjang semata-mata untuk memberi keseronokkan kepada para pembaca yang gemar membaca novel. Sebab tu sebelum beli ebook, baca betul-betul apa yang ditulis dilaman web dan bacalah apa tawaran penjual tersebut. Kalau tak perlu, tak payah beli. Jangan ikut nafsu tu.

 

3. Setiap pembelian ebook anda akan dapat support daripada penulis

Anda tidak akan dibiarkan keseorangan. Jika anda tak faham, atau tak mampu buat, atau perlukan pandangan, pada bila-bila masa, anda boleh berhubung dengan penulis ebook tersebut. Ini satu ciri yang jarang ada pada buku-buku fizikal.

 

Jika anda pandai negotiate dengan penulis, nak dapatkan sesi coaching dengan penulis pun boleh. Tak ada masalah.

 

4. Dilindungi oleh jaminan wang dikembalikan!

Anda tak puas hati dengan kandungan ebook dan merasa seolah-olah ditipu? Atau strategi yang diajar tak sama dan tak beri hasil walaupun dah ikut 100%?

 

Anda boleh mintak REFUND. Ebook anda simpan dan pada masa yang sama anda boleh dapat balik duit anda. Kalau buku, anda rasa boleh ke buat macam ni? Lepas habis baca buku, mintak refund. Buku pulak anda masih simpan lagi. Agak-agak anda boleh dapat ke? Tak mungkin dapat.

 

Tetapi saya ingatkan, kalau anda beli ebook semata-mata nak refund kemudian dan simpan ebook tu, maknanya anda adalah SEORANG PENIPU.

 

5. Jimat ruang 

Melainkan anda gatal tangan nak print ebook yang dibeli tu. Biasanya kita tak print ebook tu. Kita akan simpan dalam bentuk digital dan boleh back up file ebook sama ada di emel, hosting, hardrive dan juga di dropbox. Ada banyak tempat kita boleh simpan file ebook itu tadi. Kalau jadi sebarang bencana, ebook masih lagi selamat dan masih boleh dibaca.

 

Ini dah tentu sama sekali berbeza dengan buku. Katakanlah tiba-tiba berlaku kebakaran atau banjir. Rosak la semua.

 

6. Tawaran bonus tambahan

Memang agak jarang produk digital dijual secara stand alone produk. Lazimnya, bila kita beli produk digital, kita akan dapat juga bonus-bonus tambahan. Bergantung pada apa jenis produk yang dibeli, dan adakalanya bonus adalah dalam bentuk software bina laman web, software tulis artikel, template emel, template laman web, koleksi grafik dan macam-macam lagi.

 

Ada tak anda ambil kira nilai setiap produk bonus tersebut? Bonus-bonus yang diberikan secara percuma ini kebiasaannya memang berkaitan dengan produk utama dan anda memang akan perlukan produk bonus yang ditawarkan.

 

Jarang pula saya jumpa, beli buku percuma software, template laman web dan sebagainya. Bukannya tak ada yang sediakan, cuma jarang jumpa.

 

7. Risiko kepada penjual

Sebelum pelanggan buat keputusan untuk membeli, risiko adalah pada pembeli. Dia yang akan keluar duit dan jika produk tak seperti yang diharapkan, maka pelaburan untuk memiliki produk tersebut jadi sia-sia. Burn macam tu je.

 

Tetapi, sejurus wang bertukar tangan, dan produk berada di tangan pembeli (pembeli dapat akses) risiko kini dipihak penjual.

  • Bagaimana kalau pembeli tak jujur dan minta refund?
  • Bagaimana kalau pembeli copy produk dan jual kepada orang lain dengan harga yang murah?
  • Bagaimana kalau pembeli sebarkan produk secara percuma?
  • Bagaimana kalau pembeli plagiat hasil kerja dan jual sebagai produk baru yang bersaing?

 

Ya. List ini akan jadi agak panjang. Jika kita nak bincangkan tentang risiko yang perlu ditanggung oleh penjual sebaik barang bertukar tangan.

 

Sebab itu, kita tak boleh lihat dan terus samakan peraturan yang terpakai pada produk fizikal dengan produk digital.

 

Sebenarnya bukan semua produk digital ni mahal. Ada juga yang murah dan kalau anda pandai cari, ada banyak juga produk-produk digital yang anda boleh dapati secara percuma sahaja.

 

Macam yang saya sebutkan sebelum ini, jika anda rasakan produk digital ini MAHAL, boleh jadi produk tersebut bukan direka ataupun dihasilkan untuk anda. Ia adalah untuk segmen market tertentu yang memang faham apa gunanya produk tersebut dan bila mereka guna produk tersebut, mereka dapat naikkan pendapatan sehingga 50%. Itu contoh.

 

Sebab memang ada produk yang tak sesuai untuk newbie. Contohnya, software bina laman web minisite mudah. Jika anda baru nak belajar macam mana nak menjual guna website, anda akan dapati perisian laman web ini agak mahal harganya. Tetapi, jika anda dalam posisi yang memang biasa menjual menggunakan laman web, tetapi memerlukan sistem pengaturcaraan yang lebih baik, maka produk ini sangat membantu untuk anda. Anda juga akan dapati produk ini sangat murah berbanding dengan fungsinya memudahkan urusan anda.

 

Baiklah, saya harap penerangan dan perkongsian saya ini dapat menambahkan pengetahuan anda.

 

 

 

 

 

Exit mobile version