Blog Sabree Hussin

Internet + Produk Digital = Duit

Internet + Produk Digital = Duit 

 

Kenal tak formula kat atas ni? Kalau anda tak pernah tau atau tak pernah kenal dengan formula kat atas ni, lepas ni anda akan belajar tentang formula tersebut. Ringkasnya, formula yang dibincangkan dalam post ini adalah formula untuk buat duit di internet.

 

Jika anda ada internet, ada produk digital, maka anda sedang berada di landasan yang betul untuk buat duit! Serius! Formula ini telah pun digunakan oleh ramai usahawan-usahawan internet di luar sana yang menjadikan produk digital sebagai produk pilihan untuk diniagakan.

Ini buku yang baru saya baca, berjudul Internet + Produk Digital = Duit. Buku ini ditulis oleh Mohd Shamsuriyadi, diterbitkan pada tahun 2012, mengandungi 117 muka surat sahaja. Harga buku ini? Tak begitu mahal pun, hanya berharga RM10.00 sahaja.

 

Jika anda dapatkan yang versi digital, atau versi ebook, lagi murah. RM6.90 sahaja. Anda boleh dapatkan yang versi digital menerusi laman web ini. (itupun jika jualan masih lagi dibuka pada waktu anda membaca catatan ini.)

 

Apa yang bakal dipelajari menerusi buku ini?

 

Bab 1: Perniagaan Produk Digital

Bab pertama buku ini adalah lebih kepada pengenalan bagi industri jual beli yang melibatkan produk digital. Produk digital adalah produk-produk yang hanya wujud di alam maya.

 

Saya percaya anda pasti pernah membeli produk digital sekurang-kurangnya sekali dalam hidup anda. Berikut ini adalah antara contoh-contoh produk digital.

  1. Ebook
  2. Rakaman video (seminar, bengkel, ucapan, ceramah, dan sebagainya)
  3. Rakaman suara
  4. Software (antivirus, application…)
  5. CD Key
  6. Activation code
  7. Slide presentation
  8. Membership (keahlian dilaman web tertentu)
  9. … dan macam-macam lagi

 

Kesemua produk-produk ini hanya wujud di alam maya. Anda perlu ada komputer, tab atau smartphone untuk dapat menggunakan produk-produk yang disebutkan diatas ni. Ia tidak wujud dalam bentuk fizikal, melainkan anda print ebook yang dibeli, atau anda burn rakaman video dalam bentuk CD atau DVD.

 

Adakah produk-produk digital ini ada pembelinya? Sudah tentu! Salah satu produk digital yang saya jual adalah Panduan Jobdirumah. Panduan ini sangat laris di pasaran dan boleh dikatakan setiap bulan pasti ada yang membelinya.

 

Bab 2: Memulakan Perniagaan

Matlamat buku ini adalah untuk memberi anda pendedahan potensi dan peluang penjanaan pendapatan dengan menjual produk digital. Walaupun mungkin bukan semua orang minat untuk menjadi usahawan produk digital, kerana sesetengah orang hanya ingin menjadi pelanggan atau pembeli sahaja, namun sekiranya anda ingin menjadikan produk digital sebagai produk pilihan untuk diniagakan, ianya amat berpotensi untuk dikembangkan.

 

Azizi Ali juga ada menulis buku tentang potensi buat duit yang lumayan dengan menghasilkan produk digital dan jual. Anda boleh baca buku beliau yang berjudul Jalan Pintas Kekayaan.

 

Bab 3: Membangunkan Produk Sendiri

Masalah adalah satu peluang jika anda ingin membangunkan produk digital anda sendiri. Cuba lihat disekeliling anda, apa dia masalah-masalah yang kerap menghantui hidup masyarakat kita yang kita tahu macam mana nak selesaikannya.

 

Mungkin selepas anda lakukan kajian, anda dapati manusia disekeliling kita lazimnya mempunyai masalah seperti

  1. Tak tau macam mana nak buat duit tambahan
  2. Tak tau bagaimana nak tambahkan pendapatan
  3. Tak tau macam mana nak kuruskan badan
  4. Tak tau macam mana nak latih haiwan peliharaan
  5. Tak tau bagaimana nak langsaikan hutang yang banyak
  6. … dan sebagainya

 

Jika anda mempunyai jawapan kepada masalah-masalah tersebut, dan penyelesaian yang anda tawarkan terbukti benar-benar dapat memberikan hasil seperti yang dijanjikan, maka anda boleh hasilkan produk digital anda sama ada dalam bentuk ebook, rakaman video, rakaman audio atau lain-lain bentuk yang sesuai.

 

Walaubagaimanapun, bukan semua orang mampu untuk menghasilkan produk digital sendiri. Lebih-lebih lagi jika ini adalah pengalaman kali pertama anda ingin mencuba. Dari pengalaman saya sendiri menghasilkan dan menjual produk digital sendiri, ia bukannya semudah yang disangkakan. Ada banyak benda yang perlu dilakukan dan ada banyak faktor yang akan mempengaruhi sama ada produk yang dihasilkan akan laris dipasaran ataupun sebaliknya.

 

Bab 4: Nama Domain dan Hosting

Fungsinya adalah untuk proses pembinaan laman web. Sekiranya anda ingin menghasilkan laman jualan untuk menjual produk anda, maka anda perlu ada nama domain dan hosting.

 

Salah satu syarikat hosting yang dapat saya syorkan kepada anda ialah Syarikat NetKL.

Saya berani untuk mengesyorkan syarikat ini kerana saya sendiri adalah pelanggan netkl.

 

Bab 5: Membina Laman Web

Proses pembinaan laman web adalah sangat mudah. Pada masa kini terdapat macam-macam jenis perisian yang anda boleh gunakan bagi membina laman web. Antaranya

  1. WordPress
  2. Blogspot to minisite
  3. Minisite Mudah

 

Bab 6: Kaedah Penerimaan Pembayaran

Sebarang cara yang boleh diterima pakai untuk tujuan pembayaran boleh anda gunakan. Namun, jika anda pernah ada pengalaman atau biasa beli barang secara online, pasti anda perasan lazimnya kaedah penerimaan bayaran adalah dalam bentuk money transfer, kad kredit atau paypal. Ini adalah tiga cara yang popular.

 

Bab 7: Penghantaran Produk

Bagaimana cara untuk menghantar produk yang telah ditempah oleh pelanggan? Memandangkan produk digital adalah berbeza sama sekali dengan produk fizikal, maka kaedah penghantaran produk juga berbeza.

 

Bagi tujuan penghantaran produk, anda boleh hantarkan fail produk sama ada dalam bentuk emel, atau anda berikan link untuk pelanggan melakukan muat turun.

 

Dari pemerhatian dan pengalaman saya sendiri, saya dapati ada ramai juga peniaga produk digital yang memilih untuk menghantar produk digital dalam bentuk pos. Dalam situasi ini, usahawan tersebut akan print atau burn file produk digital dalam bentuk DVD terlebih dahulu. Contoh produk yang buat macam ni ialah Panduan Bisnes Printing dan juga Pakej Contoh Kerta Kerja Perniagaan.

 

Bab 8: Promosi dan Pemasaran

Produk digital yang telah dihasilkan tidak akan terjual dengan sendirinya. Formula untuk menghasilkan jualan yang banyak ialah dengan melakukan pemasaran.

 

Bab 9: Gandakan Keuntungan Dengan Sistem Affiliate

Sistem affiliate sangat membantu untuk memudahkan anda memperoleh lebih banyak jualan. At some point, anda mungkin akan dapati, jualan yang berjaya dihasilkan oleh para affiliate yang mendaftar untuk menjadi ejen jualan bagi pihak anda adalah lebih banyak berbanding jualan yang anda lakukan secara peribadi.

 

Salah satu sistem affiliate yang popular ialah Sistem Affiliate Lite. Anda perlu pasang sistem ini dan integrasikan dengan laman jualan anda. Baiklah, mungkin anda dapati sistem ini agak rumit dan anda mungkin tidak mempunyai kemahiran teknikal untuk memasangnya sendiri.

 

Berita baiknya ialah, jika anda menggunakan perisian membina laman web dari minisite mudah, ianya sudahpun built in.

 

Bab 10: Strategi Dan Pengurusan Perniagaan

Seperti lain-lain jenis perniagaan yang ada diluar sana, anda juga perlu mempunyai strategi bagi menguruskan perniagaan produk digital anda.

 

Anda mungkin perlu laburkan sejumlah wang untuk tujuan pengiklanan bagi mendapatkan lebih banyak jualan. Sama ada anda lakukan sendiri, ataupun anda menggunakan perkhidmatan iklan dari mereka yang lebih profesional. Semuanya terpulang pada anda.

 

Adakalanya melaburkan sejumlah wang bagi tujuan pemasaran adalah lebih menguntungkan dan berpotensi untuk dapat pulangan yang lebih baik berbanding buat semua kerja sendirian.

 

Bab 11: Masalah Perniagaan Produk Digital

Ya, dalam bab ini anda akan mengetahui apa dia masalah-masalah yang bakal timbul dalam perniagaan ini. Bila anda dah tahu apa dia contoh-contoh masalah dan situasi yang mungkin terjadi, maka anda akan lebih bersedia untuk menghadapi segala bentuk kemungkinan.

 

Bab 12: Kesilapan Perniagaan Produk Digital

Bab ini dimasukkan dalam buku ini sebagai peringatan kepada bakal usahawan agar tidak mengulangi atau melakukan kesilapan sama seperti yang pernah dilakukan oleh usahawan-usahawan produk digital sebelum ini.

 

Salah satu bentuk kesilapan yang dinyatakan dalam buku Internet + Produk Digital = Duit ialah “Penggunaan font, warna, dan imej yang salah”.

 

Pada pandangan sesetengah orang, menggunakan semua huruf besar itu memudahkan pembacaan. Menggunakan tulisan berwarna warni adalah satu seni. Menggunakan banyak imej adalah lebih baik kerana ada pepatah inggeris yang berbunyi “a picture speaks a thousand word”. Jadi, apabila menggunakan banyak gambar, maka tak perlu tulis ayat-ayat jualan dengan panjang lebar. Sampai satu tahap, ada usahawan yang menggunakan gambar duit dengan berlebih-lebihan, kononnya bagi tujuan menyakinkan bakal pelanggan. Sebenarnya ini silap sama sekali.

 

Baiklah, jika anda berminat nak baca buku ini, anda boleh dapatkan di laman web ini. Atau klik pada butang pembelian dibawah.

 

Selamat membaca! … dan selepas ini, anda bolehlah join saya dan ramai lagi usahawan online menjual produk digital, dan buat duit!

 

Exit mobile version