Blog Sabree Hussin

Program affiliate TERBAIK untuk mempromosikan produk fizikal

Sekiranya anda adalah salah seorang pembaca setia blog ini, saya pasti pada saat ini, anda telahpun nampak dengan jelas (beserta dengan bukti-bukti kukuh) bahawa program affiliate sememangnya sangat berkesan untuk membantu kita semua buat duit secara online sahaja.

 

Satu masa dulu, kebanyakkan program affiliate yang terdapat di pasaran adalah program-program yang mempromosikan produk-produk digital sahaja. Antara contoh-contoh popular produk yang dipromosikan menerusi program affiliate adalah seperti ebook, rakaman audio, rakaman video, dan software. Amat susah nak cari program affiliate yang mempromosikan produk-produk fizikal.

 

Alasannya ialah, margin keuntungan jika menjual produk fizikal adalah sangat kecil kalau dibandingkan dengan mempromosikan produk digital. Bukan itu sahaja, malahan urusan penghantaran bagi produk-produk fizikal juga sangat leceh dan ini menjadikan produk fizikal bukannya produk pilihan untuk dipasarkan menerusi program affiliate.

 

Berbeza halnya dengan produk digital. Sebagai contoh, ebook. Saya masih ingat lagi, pada waktu kegemilangan ebook di Malaysia, para penulis ebook meletakkan harga yang begitu MAHAL untuk sesebuah ebook. Ebook paling MAHAL yang pernah saya beli satu ketika dulu berharga RM100.

 

Kebiasaannya, apabila ebook tersebut dipasarkan menerusi program affiliate, pecahan keuntungan adalah mengikut nisbah 50:50. Kalau harga ebook RM100, RM50 akan diambil oleh pemilik ebook, manakala RM50 lagi adalah komisyen untuk ejen affiliate.

 

Walaubagaimanapun, bagi situasi produk fizikal, dah tentu ianya sedikit berbeza. Nisbah ataupun margin keuntungan adalah lebih kecil. Walaupun produk dijual dengan harga RM100, boleh jadi margin keuntungannya hanyalah sekitar RM10 – RM15 sahaja.

 

Jumlah ini, katakanlah RM15 perlu dibahagi antara pemilik produk dengan ejen affiliate, maka hasilnya sangat tidak berbaloi. Well… at least itu pemikiran ramai usahawan kita pada waktu tu. Mungkin mereka beranggapan, tak ada ejen affiliate yang sanggup untuk mempromosikan produk yang mempunyai margin keuntungan yang begitu kecil.

 

Saya setuju dengan pandangan tersebut. Saya bercerita berdasarkan situasi yang berlaku sekitar tahun 2009 – 2011 lebih kurang. Pada waktu tu, penerimaan orang ramai terhadap jual beli secara dalam talian masih sangat rendah. Mereka masih takut-takut nak beli secara online, dan saya percaya, pada waktu tu masih ramai yang tak ada akaun online banking.

 

Tetapi, produk digital beraksi cemerlang pada ketika itu. Ibaratnya begini, sesiapa yang membeli produk digital, pastilah mereka lebih celik IT, tahu memanfaatkan teknologi, dan sudah tentu ada akaun online banking. Jadi, tak ada masalah untuk dapatkan pembeli bagi produk digital kerana memang dah ada market untuk produk sedemikian.

 

Sekarang tahun 2016. Sedikit demi sedikit masyarakat kita mula yakin dan bersedia untuk membeli belah secara online. Tak kiralah sama ada produk tersebut dalam kategori produk digital mahupun produk fizikal. Jadi, kita sebagai saksi perkembangan positif ini, tak kan kita nak tengok saja?

 

Bukankah sepatutnya kita mengambil peluang ini untuk buat duit selaku ejen pemasaran (ejen affiliate) dan menambahkan lagi sumber pendapatan kita? Jadi kali ini, mari kita lihat, apa dia program-program affiliate yang menjual produk fizikal yang ada di sekeliling kita yang patut disertai… dan buat duit!

 

(1) Program affiliate Involve Asia

Klik sini untuk mendaftar sebagai ejen affiliate. Dengan mendaftar sebagai ejen affiliate menerusi platform Involve Asia ini, anda secara automatik dapat menjadi ejen untuk pelbagai jenama merchant online yang terkenal.

 

Antaranya Lazada, Zalora, Trivago, dan banyak lagi. Daftar akaun anda secara percuma sahaja dan seterusnya anda boleh lihat senarai merchant yang anda boleh promosikan. Memang puas hati bila dapat sales dari kesemua merchant ni nanti.

 

(2) Program Affiliate Lazada

 

Anda juga boleh dapatkan akaun affiliate anda dari pihak Lazada itu sendiri.

 

Program affiliate Lazada adalah dikendalikan oleh HasOffers.com. Ada beribu-ribu produk yang anda boleh promosikan di Lazada. Persoalannya ialah, larat ke anda nak promosikan semua sekali?

 

(3) Program Affiliate Bookcafe

Anda boleh baca post saya sebelum ini berkenaan dengan program affiliate Bookcafe ini.

Klik untuk baca: Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?

 

Bookcafe adalah dimiliki oleh syarikat PTS Media Group Sdn Bhd. Jika anda adalah peminat buku-buku tempatan dan memang dah lama merancang untuk menjadi usahawan buku, ini adalah salah satu program affiliate yang pastinya bakal menarik minat anda.

 

Untuk orang yang memang suka membaca juga amat digalakkan untuk join sebagai ejen. Sambil-sambil anda baca buku, anda bercerita tentang buku yang dibaca tu, dan jika ada yang beli buku yang sama menerusi link affiliate anda, nah… komisyen untuk anda.

 

Selepas ini, pasti orang akan lebih suka membaca, sebabnya dengan hobi membaca juga sebenarnya boleh jadi duit.

 

(4) Program Affiliate BukuOnline2U

Ini satu lagi program affiliate yang mempromosikan buku yang anda boleh sertai.

Klik untuk baca: Program Affiliate BukuOnline2U.com: Tambahkan pendapatan dengan buku!

 

Sesetengah buku yang dijual di laman web bookcafe, tidak terdapat di laman web BukuOnline2U. Begitu juga sebaliknya.

 

Perhatikan juga dari segi tawaran, promosi dan harga. Ia juga ada sedikit perbezaan. Sebagai pengguna ataupun sebagai pelanggan, anda boleh buat sendiri perbandingan harga jika mahu.

 

(5) Program Affiliate Amora

Aha… adakah anda minat untuk buat duit dalam industri kecantikkan dan kosmetik? Maka program affiliate ini mungkin kena dengan jiwa anda. Anda boleh klik sini untuk dapatkan akaun anda.

 

(6) Program Affiliate Tone Excel

Mungkin ada yang kurang bersetuju kalau saya katakan Tone Excel ini juga SAMA seperti lain-lain program affiliate. Baiklah, sebelum ni memang agak sukar untuk jalankan bisnes Tone Excel mengikut style ejen affiliate. Sekarang tidak lagi.

 

Dengan adanya beberapa branch yang menjadi pengendali, maka konsep affiliate dapat diterapkan dalam program ini. Salah satu contohnya ialah jika anda join menerusi laman web ini.

 

Kemunculan sistem-sistem autodownline yang terdapat di pasaran juga banyak membantu memudahkan kerja-kerja pemasaran kita. Anda boleh baca perkongsian saya yang lain mengenai sistem autodownline ini.

Klik untuk baca: Sistem Autodownline TERBAIK untuk mempromosikan bisnes Tone Excel anda?

 

(7) Program Affiliate ONEXOX

Satu lagi produk dalam bidang telekomunikasi, iaitu simkad ONEXOX.

 

Untuk menikmati cara kerja yang ala-ala program affiliate sepenuhnya, maka anda perlu sertai sebagai pengedar menerusi pasukan ONEXOXCENTER.COM

 

Klik pada link tersebut, kemudian upgrade sebagai dealer, dan anda boleh terus mulakan perjalanan anda dalam bisnes ONEXOX ni.

 

.

..

Setakat hari ini, saya masih belum jumpa lagi mana-mana pengendali program yang berani untuk menjual produk-produk yang lebih BESAR dan MAHAL harganya. Sebagai contoh, kereta, rumah, pejabat, dan sebagainya.

 

Satu hari nanti, mungkin kita akan dapat lihat, ada car dealer yang buka peluang untuk orang biasa seperti kita untuk jadi ejen affiliate.

 

Atau mungkin akan ada syarikat hartanah membuka peluang untuk kita mendaftar menjadi ejen affiliate.

 

Bila ia akan berlaku? Saya rasa ianya akan berlaku tak lama lagi. Bayangkan jika syarikat anda mempunyai beribu-ribu orang ejen affiliate yang bekerja untuk memasarkan produk anda secara percuma. Tidakkah ini akan memberi impak yang sangat baik bagi perniagaan anda?

 

Anda tak perlu bayar mereka sebarang upah untuk kerja-kerja pemasaran yang mereka lakukan. Hanya mereka yang berjaya dapat sales sahaja yang akan diberi komisyen. Anda tak rugi apa-apa.

 

Sudah tentu, anda sebagai pengendali program affiliate perlu menyediakan guideline atau panduan pemasaran yang jelas sebagai rujukan para ejen.

Baca juga: Bagaimana merekrut ejen untuk membantu membuat jualan bagi pihak kita?

 

Terima kasih kerana membaca, dan semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

 

Exit mobile version