Blog Sabree Hussin

Tempah bilik hotel melalui Apps OYO dan dapatkan harga paling JIMAT

Bilakah kali terakhir anda pergi bercuti dan menginap di hotel? 

 

Kalau jawapan anda baru minggu lepas, atau bulan lepas, ketahuilah yang sebenarnya hidup anda sangat bertuah. Diluar sana ada banyak individu yang tak berani nak pergi bercuti sebabnya risau tentang kos untuk pergi bercuti yang mungkin agak tinggi.

 

Bagi mereka yang biasa menginap di hotel, pasti biasa mendengar nama-nama laman web dan applikasi seperti Trivago, Agoda, Booking.com, Hotels.com, Expedia, Airbnb dan sebagainya.

 

Nama-nama yang saya sebutkan itu adalah nama syarikat atau jenama yang berperanan sebagai Online Travel Agent atau singkatan bagi OTA yang antara fungsinya memudahkan kita untuk membuat tempahan bilik hotel dan tempat penginapan.

 

Trivago memudahkan kita mencari bilik hotel pada harga yang paling murah mengikut keperluan kita.

Airbnb membantu kita mencari homestay ataupun guesthouse yang sesuai dengan ciri-ciri dan fasiliti yang kita perlukan.

Bagaimana cara untuk cari bilik hotel murah dengan mudah?

Walaupun harga yang ditunjukkan dilaman web seperti Agoda, Trivago dan booking.com sudah cukup murah, namun saya ambil maklum terdapat individu yang merasakan harga tersebut masih agak mahal.

 

Sebenarnya kalau mahal sekalipun, ianya disebabkan oleh fasiliti dan kemudahan tambahan yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel.

 

Namun bagi mereka yang tak kisah tentang fasiliti hotel, namun lebih mengutamakan tempat tidur (atau tempat bermalam) yang selesa, anda sebenarnya boleh mencari bilik hotel dengan pantas dan mudah menggunakan satu applikasi yang agak baru dan masih belum betul-betul popular di negara kita.

 

Apps yang saya maksudkan adalah Apps untuk membuat tempahan bilik hotel murah yang dikenali dengan nama OYO.

Saya pun baru beberapa minggu install apps OYO ini dan saya dapati ada banyak juga tawaran hotel yang sangat murah disini.

 

Kalau anda masih belum pernah install Apps ni, boleh muat turun melalui pautan ini.

 

Cari hotel murah dengan bantuan Apps OYO

Apps OYO ini bukan untuk semua orang.

 

Saya tunjukkan senarai hotel yang tersenarai di apps OYO dengan tawaran yang sangat menjimatkan kepada isteri saya, tapi sayangnya tak ada satu pun yang dia berkenan.

 

Setelah saya meneliti setiap hotel yang disenaraikan dalam Apps OYO ini, ini pendapat saya mengenai apps ini.

 

Apps OYO menghimpunkan hotel murah yang kurang popular

Ada banyak hotel murah yang terdapat diluar sana. Hotel-hotel ini kurang popular dan kurang mendapat liputan.

 

Hotel seumpama ini lazimnya terletak di kawasan pekan, sederet dengan kedai-kedai makan, dan nampak biasa-biasa sahaja. Perkhidmatan yang mereka sediakan memang straight to the point.

Sekadar tempat untuk bermalam atau tempat penginapan. Itu sahaja. Tak ada fasiliti tambahan yang fancy. Jika fasiliti bukan main concern apabila anda menginap di hotel, maka saya boleh katakan menginap di hotel murah yang OYO sediakan adalah pilihan yang tepat.

 

Ada banyak bilik hotel dengan kadar sewaan bawah RM100 untuk satu malam disenaraikan di applikasi OYO. Jika bernasib baik, anda boleh temui pada hari-hari tertentu, ada bilik yang disewakan dengan kadar bawah RM50 untuk semalaman.

 

Ada juga bilik hotel yang boleh ditempah dengan kadar sewa RM1 sahaja untuk satu malam! (jika anda bernasib baik dan cepat dapatkan promosi ini)

 

Ya, memang sangat murah hotel di OYO.

 

Macam yang saya katakan sebelum ini, anda kena berkompromi dengan soal fasiliti. Kebanyakkan hotel murah,

i. Tiada swimming pool

Bagi orang macam saya, yang suka mandi pool, saya rasa hotel yang tak ada swimming pool sangatlah tak best. Walaupun swimming pool ini bukannya penting sangat, dan kadang-kadang memang saya tak sempat nak mandi pool, tapi saya lebih suka kalau hotel tempat saya menginap ada swimming pool.

 

Tapi itu kalau saya. Kalau anda jenis yang tak kisah pasal pool, dan saya kenal ramai orang yang macam ni, yang memang tak kisah pasal swimming pool, boleh lah booking hotel melalui OYO.

 

ii. Tiada kawasan parking sendiri

Ada hotel yang tak menyediakan kawasan parking milik mereka sendiri. Kalau ada tetamu yang memandu kereta sendiri, perlu parking di petak parking berbayar, atau parking di tepi jalan, asalkan tak menggangu lalu lintas. Hotel seperti ini mungkin mensasarkan pelanggan yang datang dengan pengangkutan awam.

 

iii. Tiada susun atur yang gah lagi memukau

Pada waktu catatan ini ditulis, hotel yang berdaftar melalui program OYO menggunakan sistem franchise. Jadi, apa yang saya perhatikan dari segi susun atur dalam bilik, kebanyakkannya kelihatan hampir sama, walaupun hotel yang berbeza.

Boleh jadi inilah dia konsep hiasan dalaman yang telah ditetapkan oleh pihak OYO. Warna putih dan merah. Kalau anda perhatikan, ada banyak lagi bilik hotel yang hiasan dalamannya lebih kurang sama macam yang saya tunjukkan diatas ini.

 

Tak adalah buruk sangat.

 

iv. Tiada kemudahan internet wifi

Kebanyakkan hotel yang terdapat dalam apps OYO tidak menyediakan internet wifi. Namun ada juga yang sediakan. Anda boleh filter, mengikut jenis bilik yang anda mahukan.

 

v. Tiada lif

Hotel yang jenis dua hingga tingkat, sebahagiannya tidak mempunyai lif. Tetamu perlu gunakan tangga untuk naik ke bilik yang terdapat ditingkat atas.

 

Sebelum saya pasang apps OYO dekat phone saya, saya pun tak pernah tahu tentang kewujudan hotel-hotel murah seperti ini. Hotel-hotel ini memang beroperasi secara low-profile, dan rasanya tak salah kalau saya katakan, inilah hotel yang sebelum ini dikenali dengan nama hotel bajet.

 

Kalau nak cari review mengenai hotel bajet, memang agak susah. Lagipun memang agak jarang, orang nak bercerita atau update status di media sosial, yang dia baru sahaja check in di hotel bajet.

 

Bila kurang liputan, kita pun tak tahu macam mana susun atur, ruang dalam hotel-hotel bajet ini. Mujurlah ada program OYO.

 

Sekarang kita boleh tahu, yang sebenarnya hotel bajet pun sebenarnya tak kurang hebatnya.

 

Habiskan masa diluar apabila bercuti ke tempat orang

Pada pendapat saya, bagi mereka yang lebih banyak habiskan masa dengan membuat aktiviti diluar apabila pergi bercuti, memang sangat sesuai kalau nak menginap di hotel yang dikendalikan oleh OYO.

 

Cuba anda bayangkan, dengan kos penginapan satu malam bawah RM50, berapa ratus yang anda boleh jimatkan? Memang banyak kalau nak bandingkan dengan hotel yang lebih popular, yang mengenakan kadar sewa sekitar RM150 – RM300 untuk semalaman.

 

Bayar mahal untuk tempat penginapan memang la puas hati, sebab boleh dapat bilik yang luas, ada pemandangan yang cantik, banyak fasiliti tambahan, ada swimming pool, tapi itu semua bukanlah penting sangat kalau nak banding dengan apa yang anda boleh perolehi apabila anda habiskan masa buat aktiviti luar.

 

Penjimatan dari segi penginapan ini, anda boleh gunakan duit tersebut untuk mencuba makanan yang sedap-sedap yang terdapat ditempat anda bercuti ataupun boleh masuk ke tempat-tempat menarik dan mencuba pelbagai aktiviti yang tidak terdapat ditempat anda tanpa perlu risau tentang kos.

 

Anda dah pernah pergi bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah?

 

Kalau pergi bercuti disini, memang rugi kalau tak makan makanan laut yang banyak terdapat disekitar kawasan Pasar Filipina.

 

Antara menu yang cukup popular, dah tentulah lobster.

Harga lobster di Kota Kinabalu lebih murah kalau nak bandingkan dengan di semenanjung. Biasalah, harganya berbeza mengikut saiz dan berat.

 

Kalau anda tak pernah lagi makan lobster, memang patut cuba.

Ini lobster yang telah siap dimasak. Masakan adalah mengikut citarasa yang kita mahukan. Kalau anda minat nak baca lagi tentang makanan laut dan restoran yang best apabila bercuti di Sabah, boleh baca posting saya sebelum ini.

Baca: Tempat makan yang saya kunjungi semasa bercuti di Kundasang dan Kota Kinabalu

 

Kebanyakkan tempat-tempat menarik yang terdapat di lokasi yang menjadi tumpuan pelancong, kebanyakkannya mengenakan bayaran tiket masuk.

 

Amatlah rugi, kalau anda dah sampai ke tempat percutian tersebut, tetapi anda tak dapat masuk ke tempat-tempat tersebut, disebabkan anda tak mempunyai bajet untuk tiket masuk.

 

Kita jimatkan perbelanjaan untuk tempat penginapan, dan dari penjimatan tersebut, kita gunakan untuk makan yang sedap-sedap dan masuk ke tempat-tempat yang memerlukan bayaran tiket.

 

Hotel murah dan tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur

Kuala Lumpur adalah antara lokasi yang menjadi tumpuan pelancong.

 

Berita baiknya, anda boleh tempah hotel murah di Kuala Lumpur melalui OYO. Bagi yang tak biasa atau baru pertama kali menjejakkan kaki di ibu kota Kuala Lumpur, sebenarnya dekat KL juga ada banyak tempat-tempat menarik dan aktiviti menarik yang anda boleh lakukan.

 

Macam yang saya kata sebelum ini, untuk lakukan aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekitar KL, sebahagiannya memerlukan anda untuk membuat bayaran tiket masuk.

 

Anda nak tahu, apa lagi tempat menarik yang terdapat di Kuala Lumpur?

 

Ini salah satu laman web yang anda boleh jadikan rujukan.

 

Laman web yang saya maksudkan adalah laman web Jom Jalan. Laman web ini konsepnya lebih kurang seperti sebuah direktori online, yang menghimpunkan maklumat tempat-tempat menarik dan destinasi percutian yang terdapat di dalam mahupun luar negara.

 

Boleh layari laman web ini disini > https://www.jomjalan.com.my

 

Menariknya tentang laman web ini, disana juga ada disediakan maklumat dan tips bagaimana anda boleh berjimat, apabila anda ingin membeli tiket masuk ke mana-mana tempat menarik yang terdapat di negara kita.

 

Contohnya kalau anda ingin masuk ke Aquaria, KLCC. Kalau terus beli dari kaunter, harganya agak mahal, tapi kalau beli secara online di laman web yang dikongsikan di laman web Jom Jalan, anda boleh dapat lebih banyak penjimatan.

 

Jadi sekarang ini, apa lagi alasan anda untuk tak pergi bercuti? Dengan maklumat yang saya kongsikan disini, anda boleh berjimat dekat tempat penginapan, dan anda juga boleh beli tiket masuk ke taman tema dan lain-lain tempat menarik dengan harga diskaun.

 

Semoga info yang saya kongsikan disini bermanfaat untuk anda.

 

Alert dengan promosi yang ditawarkan oleh pihak OYO untuk lebih penjimatan

Setiap hari akan ada promosi yang berbeza-beza yang ditawarkan oleh OYO.

Contohnya macam dekat atas ini, pihak OYO tawarkan diskaun sehingga 50% untuk tempahan bilik hotel.

 

Dah bagi diskaun 50%, lepas tu dia tambah lagi diskaun sebanyak 15%! Memang berkali ganda lebih murah. Harga seperti ini, anda hanya akan perolehi apabila buat booking melalui apps OYO.

 

Kalau anda walk in ke hotel tersebut, belum tentu anda akan dapat promosi seperti ini. Jadi, bagi yang masih belum install apps OYO ini, bolehlah berbuat demikian dengan menekan pautan ini.

 

 

Exit mobile version