Blog Sabree Hussin

Terima kasih Puan N sebab hadiahkan simkad OneXOX

Simkad OneXOX.

 

Kenapa saya perlu tambahkan lagi simkad yang saya miliki, sedangkan pada waktu ni, saya dah ada macam-macam simkad?! Simkad Tone Excel yang masih lagi aktif je saya ada dua. Simkad Best Mobile saya masih ada satu (tak termasuk yang belum diaktifkan), dan sekarang ni, saya dapat lagi simkad tambahan dengan OneXOX.

 

Ha ha ni dia

Bukan satu sim ya. Semua sekali 6 sim yang saya dapat.

 

1 Sim untuk kegunaan saya sendiri. Saya dah pun masukkan dalam handphone, dan bakinya masih ada lagi 5 sim. 3 sim untuk MNP (kekal nombor) manakala bakinya yang lagi 2 adalah sim untuk pengguna yang berminat nak gunakan nombor baru.

 

Pakej Subdealer OneXOX

Ini adalah pakej yang ditawarkan kepada saya. Dengan modal sebanyak RM90 sahaja (termasuk penghantaran PERCUMA) saya dah dapat jadi sub-dealer untuk company OneXOX ni pulak.

 

Hari ni baru saya login ke system onesys.onexox tu

 

Masa dapat simkad ni, dalamnya memang dah tersedia baki sebanyak RM5. Saya pun masih belum buat sebarang tambah nilai apa-apa lagi. Jadi seperti data yang anda semua boleh lihat, semuanya masih menunjukkan angka RM0.00

 

Senang cerita akaun ni masih suci lagi la ha ha

 

Apa yang uniknya dengan Pakej Sub Dealer RM90 ni?

Ada BANYAK. Tapi buat masa ni saya nak share satu je dulu. Macam yang anda dapat lihat, dengan RM90, anda akan dapat 6 simkad.

 

1 simkad untuk kegunaan sendiri, manakala selebihnya anda boleh jual kepada sesiapa sahaja yang minat nak jadi user onexox dengan harga RM10 per simkad, ataupun kalau anda nak bagi kat ahli keluarga pun boleh.

 

Simkad OneXOX ni dipromosikan sebagai simkad MURAH. Sebagai pengguna, anda akan dapat nikmati kadar panggilan MURAH, SMS MURAH, dan langganan Data yang menjimatkan.

 

Andai kata anda adalah seorang ketua keluarga dan andalah yang berminat untuk jadi dealer. Dengan modal sebanyak RM90 itu tadi, anda dah boleh tukarkan sekurang-kurangnya 5 orang daripada ahli keluarga anda tanpa perlu keluar sebarang bayaran tambahan.

 

Almaklumlah, dalam famili kita ni bukannya semua orang minat nak buat bisnes. Setengahnya cuma minat nak jadi user. Masuk simkad dalam handphone lepas tu pakai je macam biasa. Tak ada pun niat nak promosi-promosi kat orang lain.

 

Orang kita ni memang ramai yang ada mentaliti yang pelik sikit. Sepanjang saya terlibat dengan bisnes simkad ni, macam-macam jugak yang saya jumpa. Ramai betul yang ada sikap “duit nak, tapi suruh buat kerja tak buat pulak…”

 

Jadi untuk kategori pengguna yang begitu, bagi je dia simkad OneXOX. Pakai untuk kegunaan sendiri dan dapatkan caj panggilan yang murah selain caj sms yang serendah 2 sen. Pelan data pulak adalah macam yang anda boleh lihat kat bawah ni

 

Jadi ikut jadual ni, anda rasa murah ke mahal? Ikut la bajet masing-masing. Sebenarnya apa yang saya lihat caj data dia tak banyak beza dengan lain-lain Telco. Mungkin juga, in future, akan ada pakej baru diperkenalkan. Mungkin selepas 28 FEB 2016.

 

Lagipun sekarang ni, syarikat-syarikat telco tengah berlumba-lumba nak berikan pelan yang menjimatkan kepada para penggunanya. So tak mustahil untuk telco ni pun mewujudkan pelan dan pakej penggunaan yang lebih murah di masa akan datang. Ah… cerita akan datang, itu kita biarkan CEO dan management team yang fikirkan. Sebagai pengguna, kita fikirkan hal-hal berkaitan kepenggunaan sahaja dah cukup memadai.

 

Jadi, macam yang saya sebutkan tadi tu la, dengan modal RM90 anda akan dapat 6 simkad. Ini sedikit berbeza dengan lain-lain program telco yang ada kat pasaran tu.

 

Sebagai contoh, kalau di Tone Excel misalnya, sekeping simkad adalah RM90. Campur dengan GST menjadikan sekeping simkad jadi RM95.40

 

Jadi untuk keluarga yang ada seramai 5 orang ahli keluarga, maknanya kalau anda nak tukarkan seluruh ahli keluarga jadi pengguna Tone Excel, anda perlu keluar modal sebanyak RM95.40 x 5 orang = RM477

 

Jadi jumlah keseluruhan ialah Anda (RM95.40) + 5 orang ahli keluarga (RM477) = RM572.40

 

Tetapi, kalau anda pilih untuk jadi pengguna dan dealer OneXOX, dengan modal RM90 sahaja anda dah boleh dapat 6 keping simkad. Antara RM90 dengan RM572.40 mana satu yang lagi MURAH? Ok… ini soalan matematik mudah sahaja.

 

Siapa yang lebih suka Tone Excel boleh pilih Tone Excel, dan siapa yang suka OneXOX boleh pilih OneXOX. Cuma tolong jangan tanya pasal Best Mobile kat saya, sebab sampai ke hari ni, pihak syarikat sendiri diam seribu bahasa. Entah hidup entah mati.

 

Memandangkan saya ni jenis yang malas nak pilih-pilih, jadi saya cuba semua sekali. TE, OneXOX, Best Mobile semua saya dah cuba. Lagipun, tak ada sebarang halangan nak jadi pengguna. Yang penting ada duit, ada modal, semua boleh try.

 

Features paling MENARIK?

Masalah pengguna handphone kat Malaysia ni ialah … “Simkad Expired sebab TAK TOPUP”

 

Serius! Saya PENAT buat marketing, akhirnya pengguna hanya guna simkad untuk sebulan dua lepas tu dah tak topup. Bila dah tak topup, simkad akan expired. Bila dah expired, dia akan terkeluar dari program. Kalau nak masuk balik program, belum tentu dia akan join semula menerusi rangkaian saya.

 

Ok tak mau bukak kisah lama. Buat hati jadi stress je nanti ha ha

 

So… mungkin ini adalah solution untuk masalah simkad expired ni. Tempoh sah selama 28 bulan atau bersamaan dengan 2 tahun 4 bulan. Dengan syarat pengguna tu tadi buat tambah nilai sebanyak RM50 dalam masa 30 hari simkad tu diaktifkan.

 

Soalan saya, tak kan dalam masa 2 tahun 4 bulan, anda langsung tak berjaya dapat jual even 1 simkad sedangkan anda buat marketing secara konsisten di media sosial?

 

Berapa harga satu simkad? RM10 sahaja. Paling teruk sangat pun, anda bagi free je la kat ahli keluarga. Tak rugi pun, in fact jika dia guna simkad ni sepanjang hayat, anda lagi akan dapat pulangan berganda-ganda.

 

Baiklah, simkad ni anda boleh perolehi melalui team onexox center.

 

Pastikan bila klik, keluar nama saya ya.

 

Saya reccomend anda join menerusi team ini sebabnya pengasas team ini, Saudara Amirol Zolkifli adalah seseorang yang memang saya kenali lebih 4 atau 5 tahun. Beliau antara cikgu dan tempat rujukan saya masa awal-awal saya terlibat dengan pemasaran online. Satu masa dulu, saya juga biasa jadi pelanggan beliau terutama sekali untuk produk-produk berkaitan pembinaan laman web, sistem affiliate, software dan sebagainya.

 

Memandangkan beliau ada kepakaran yang sangat berguna, salah satunya sebagai seorang programmer, beliau telah pun wujudkan sistem autodownline yang dikenali sebagai OneXOX Center. Fungsi sistem autodownline ini tak lain dan tak bukan adalah untuk bantu rangkaian kita yang tak pandai nak buat penajaan.

 

Memang cukup sesuai untuk mereka yang lebih suka nak buat marketing secara online. Jadi anda pun sama, boleh klik sini kalau nak join ya.

 

 

 

 

Exit mobile version