Blog Sabree Hussin

Terima Kasih Buat Rakan-rakan Affiliate

Gara-gara teknik pemasaran emel yang saya gunakan, akibatnya inbox saya dihujani dengan emel balas yang masuk bertalu-talu!

Saya ni pulak jenis yang lagi suka reply emel satu per satu. Ok fine… mungkin ada beberapa perenggan yang saya “tekpaksa” copy paste.

Tetapi itu semua perlu saya lakukan bagi mengelakkan berlaku kecederaan pada jari jemari saya ini.

Pemasaran emel masih POWER dan RELEVAN

Selagi orang masih guna emel, masih check emel, dan masih buka emel, maka selagi itulah teknik pemasaran emel ini tetap relevan dan berguna.

Mungkin… ada ketikanya kadar respons tu agak rendah. Ala… itu biasalah. Mungkin mereka yang terima emel kita tu tengah sibuk, tak bukak emel, ataupun cuma buka je emel kita tapi tak baca pun. Ya, golongan macam ni pun ada.

Kadang-kadang saya pun begitu…

By the way, ebook Jurnal Pemasaran Affiliate tidaklah membincangkan secara terperinci dan teliti mengenai kaedah pemasaran emel beserta dengan tips dan triknya, tetapi ebook tersebut ada membincangkan beberapa perkara asas yang anda perlu tahu tentang pemasaran emel.

Hakikatnya, teknik email marketing yang saya duk amalkan selama ini pun sebenarnya yang asas-asas sahaja. Tak ada yang pelik-pelik, tak ada yang advance dan tak ada yang sophisticated.

Kita kena mengambil kira juga situasi dan mentaliti rakyat Malaysia, yang kebanyakkannya (secara umum) lebih sukakan sesuatu yang simple. Kalau nak buat ayat tu kena ringkas-ringkas dan straight to the point.

Saya ni pula… jenis yang suka taip panjang-panjang. Maka nak tak nak saya perlu biasakan diri untuk adjust bila menulis.

Gaya menulis emel lain.

Manakala gaya menulis di blog pula lain.

Walaupun tujuan kedua-duanya adalah SAMA sahaja, iaitu nak buat duit.

Artikel ini sebenarnya artikel back dated. Dia dah duduk agak lama dalam draft, cuma baru hari ini saya berkesempatan nak siapkan dan siarkan artikel ini.

Hari Sabtu, 27 September yang lepas saya sempat buat pembayaran komisyen kepada agen-agen affiliate yang telah mempromosikan ebook yang saya tulis.

Tahniah saya ucapkan!

Komisyen ebook Panduan Dominasi FB Group

Komisyen untuk ebook 100 Rahsia Psikologi pelanggan juga ada.

… dan juga ebook Seni Jualan Psiko Pelanggan

Terima kasih, dan tahniah sekali lagi saya ucapkan.

Jutaan terima kasih kerana kalian masih sudi meletakkan kepercayaan kepada saya untuk menjadi seorang affiliate manager. Kepercayaan yang anda semua letakkan sungguh tinggi nilainya.

Susah payah join affiliate marketing tapi TAK DIBAYAR

Jika anda ingin serius dalam bidang buat duit dengan affiliate marketing ni, saya pasti satu masa nanti, sekali dua pasti anda akan jumpa program affiliate yang tidak membayar ahlinya.

Kita dah susah payah buat promosi, alih-alih bila time nak dapat duit komisyen… penjual tu senyap macam orang bodoh. Dia ingat dia seorang je yang terdesak nak pakai duit.

Orang lain yang susah payah buat promosi bagi dia dapat sales, dia buat-buat lupa macam tu je.

Orang macam ni MEMANG ADA.

Saya sendiri dah pernah terkena banyak kali. Ini salah satu sebabnya kenapa sekarang ni saya lebih fokus untuk hasilkan sendiri produk informasi, dan promosikan program affiliate sendiri.

Sebenarnya tak kiralah, orang yang buat program affiliate tu otai ke, petai ke, newbie ke, masalah tak bayar komisyen atau lambat bayar tu memang tak akan lari. MESTI ADA.

Kita pun faham, dia ada banyak kerja. Ada banyak projek, komitmen sana sini… tapi bila sampai bab duit, dia buat main-main pulak.

Cuma sekarang ni, saya masih belum sampai tahap nak buat pendedahan satu per satu, otai yang mana satu yang liat nak bayar komisyen.

Jangan fikir semua otai tu baik ya.

Saya cuma tak sampai hati nak dedahkan kerja kotor dan perangai kotor diorang ni je.

Sebab saya pun internet marketer. (Selain jadi blogger, copywriter, network marketer, dan product creator) Sebenarnya orang macam kita ni tak ada apa-apa yang istimewa sangat pun selain daripada nama baik.

Once nama baik tu dah tercemar, jangan haraplah orang akan percaya kat kita lagi. Saya pun tak nak lah terlibat dengan kerja-kerja memburukkan nama orang lain. Kang susah pulak orang tu nak cari makan.

Apapun, kebejatan sikap insan bernama otai tu sedikit sebanyak dapatlah saya jadikan sempadan. Moga-moga, bila Allah izinkan satu masa nanti, saya berada ditempat mereka, saya tak buat kesalahan yang sama.

Tak apa… itu kita sembang lagi, bila masanya dah tiba.

Apapun, sekali lagi, berbanyak-banyak terima kasih saya ucapkan.

Semoga Allah membalas jasa baik kalian dengan sebaik-baiknya.

Untuk mengelakkan daripada anda terkena dengan affiliate manager yang lambat bayar, anda bolehlah fokus untuk promosikan produk-produk affiliate yang dijual menggunakan affiliate network.

Contohnya macam Ashadee. Kalau nak tahu, sama ada susah atau senang buat duit dengan affiliate Ashadee, boleh lah baca dulu post yang terdahulu bertajuk susah ke buat duit dengan Ashadee?

 

 

Ps: Serius lenguh nak balas emel satu per satu 🙂

Exit mobile version