Blog Sabree Hussin

Strategi content marketing untuk Bisnes Homestay

Boleh ataupun tidak, strategi content marketing ini digunakan bagi tujuan mempromosikan perniagaan tempat penginapan misalnya seperti bisnes homestay?

Jawapannya… sudah tentu boleh.

 

Tapi sama ada ia akan berjaya membuahkan hasil dan akhirnya memberikan tempahan ataupun tidak, ia cerita lain.

 

Sudah tentu apabila kita menjalankan aktiviti pemasaran, atau menggunakan sebarang strategi promosi, kita mahukan aktiviti kita itu membuahkan hasil dan akhirnya memberikan tempahan kepada kita.

 

Saya ingin bertanya anda satu persoalan.

Apakah matlamat sebenar yang anda ingin capai apabila anda menjalankan aktiviti pemasaran?

 

Adakah anda ingin

1. Bakal pelanggan anda mengenali dan mengetahui mengenai bisnes yang anda jalankan tanpa anda perlu susah payah buat iklan baru setiap hari?

2. Anda menerima tempahan secara konsisten tanpa perlu keluar duit untuk tujuan pengiklanan berbayar?

3. Bakal pelanggan share konten anda hingga ramai orang tahu tentang bisnes anda lalu ada potensi menjadi viral

Apa yang saya boleh katakan, strategi content marketing ini boleh membantu anda mencapai tujuan-tujuan tersebut.

 

Content marketing ini bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilakukan. Pada masa yang sama, ia juga tidak terlalu senang.

 

Strategi ini perlu dijalankan dengan perancangan yang rapi dan konten yang dihasilkan kelak, perlulah betul-betul konten yang bagus.

 

Bukannya konten yang asal ada, atau asal buat.

 

Justeru dalam posting kali ini, kita akan bincangkan bagaimana menggunakan strategi content marketing bagi tujuan mempromosikan bisnes homestay. Saya juga akan menyentuh serba sedikit perkara yang boleh anda lakukan bagi meningkatkan peluang untuk anda mendapatkan tempahan melalui konten yang bakal dihasilkan.

 

Kalau anda menjalankan bisnes homestay, dan ada mempertimbangkan untuk menggunakan kaedah ini sebagai salah satu strategi pemasaran, maka jemputlah baca perkongsian saya ini.

 

Bentuk konten untuk bisnes homestay

Apakah bentuk konten yang sesuai dibangunkan untuk mempromosikan bisnes homestay?

Saya berpendapat, jenis konten yang sesuai untuk dihasilkan adalah konten dalam bentuk

1. Artikel

2. Video

3. Imej

 

Platform untuk siarkan konten

Platform mana satu yang sesuai untuk siarkan konten yang dihasilkan? Kita dah bersusah payah siapkan satu konten, tak kan nak simpan je dalam hard drive kita pula kan. Mestilah kita nak siarkan ia supaya banyak orang boleh lihat konten kita.

 

Kalau anda hasilkan konten dalam bentuk artikel, platform yang sesuai digunakan adalah

1. Blog

Blog ini sama ada blog personal ataupun blog rasmi yang diwujudkan bagi tujuan perniagaan anda.

 

Kalau anda menggunakan blog, anda boleh hasilkan konten dalam bentuk artikel, artikel campur dengan imej dan kalau nak terbitkan konten dalam bentuk video juga tak ada masalah.

 

Tetapi lazimnya kalau menggunakan blog, kita akan fokus untuk bangunkan konten dalam bentuk artikel supaya supaya laman blog kita boleh mendapat kedudukan yang baik di laman search engine seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.

 

Kalau guna blog, maka kita perlu fokus kepada elemen search engine optimization (SEO).

 

2. Website

Website adalah sebuah laman web yang sifatnya agak statik dan jarang dikemaskinikan setelah ia siap dibangunkan. Ia sedikit berbeza dengan blog yang mana blog ini kita akan update dengan konten baru secara berkala.

 

Dalam website biasanya akan ada maklumat mengenai perniagaan, borang tempahan, borang hubungi dan sebagainya.

 

3. Media Sosial 

Kalau nak gunakan media sosial, lebih sesuai kalau diwujudkan akaun rasmi, khusus untuk bisnes tersebut sahaja. Bukannya satu akaun mempromosikan banyak bisnes.

 

Manakala kalau konten anda adalah dalam bentuk video, ia sesuai di siarkan dalam platform seperti

1. Youtube

2. Tiktok

3. Blog

4. Media sosial

 

Persoalan mengenai platform mana patut siarkan sesebuah konten, ia bukanlah satu isu yang terlalu rumit.

 

Kita boleh fikir begini.

 

Kalau bakal pelanggan kita tu adalah seorang yang suka luangkan masa di Youtube, maka kita pun buatlah konten di Youtube.

Kalau bakal pelanggan kita tu memang suka layan tiktok, kita buatlah konten di tiktok.

Atau katakanlah anda nak dapatkan pelanggan yang datangnya dari search engine popular seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya, maka anda perlulah sediakan konten untuk disiarkan di laman blog ataupun website.

Apa yang kita lakukan ini sebenarnya adalah cuba untuk berada diplatform yang kita yakin, bakal pelanggan kita sebenarnya berada disitu.

 

Pada peringkat seterusnya anda perlu buat keputusan, apakah strategi yang bakal anda jalankan.

 

Pemilihan platform yang sesuai

Ada lima persoalan yang saya ingin highlight disini dalam konteks pemilihan platform.

 

Persoalan 1: Adakah anda akan gunakan platform anda sendiri?

Platform dekat sini saya merujuk kepada

1. Blog

2. Website

3. Fanpage

4. Channel Youtube

5. Channel Tiktok

 

Kaedah paling mudah ialah, anda gunakan platform anda sendiri.

 

Kelebihan menggunakan platform sendiri

Apabila anda guna platform anda sendiri, anda boleh terus publish konten yang anda hasilkan sebaik sahaja ianya siap.

 

Anda juga mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk menyiarkan apa jenis konten sekalipun, tanpa ada mana-mana pihak yang akan kritik konten anda. Kiranya, platform anda, suka hati anda nak siarkan konten apa.

 

Kekurangan apabila menggunakan platform sendiri

Tapi bila guna platform sendiri, kesannya mungkin lambat, kerana ia bergantung kepada berapa ramai yang kenal anda, berapa banyak yang follow anda dan sebagainya.

 

Begitu juga keadaannya kalau anda nak gunakan blog anda sendiri. Jika sebelum ini anda tak pernah ada blog sendiri, bermakna anda perlu bermula dengan kosong.

 

Apa yang kita bimbang, fokus anda mulai berubah dan akhirnya anda melakukan kerja-kerja yang tak produktif. Sepatutnya anda fokus untuk membangunkan bisnes homestay anda, sebaliknya kini anda disibukkan untuk membangunkan platform anda.

 

Anda jadi sibuk nak naikkan trafik untuk blog, anda sibuk untuk hasilkan konten dan dapatkan trafik.

Persoalannya, adakah ini tugas utama sebagai pemilik bisnes homestay?

 

Persoalan 2 : Adakah anda akan cipta kandungan anda sendiri?

Siapa yang bertanggungjawab untuk hasilkan konten tersebut?

Adakah anda akan buat sendiri, ataupun anda akan upah orang untuk hasilkan konten bagi pihak anda?

 

Sama ada anda bakal buat sendiri konten, atau outsource kerja-kerja menghasilkan konten, kedua-duanya ada kelebihannya yang tersendiri.

 

Kelebihan kalau anda cipta sendiri konten untuk anda.

Anda bebas untuk berkarya mengikut idea dan imaginasi anda sendiri. Kalau anda merasakan hasil akhir kurang menarik, anda boleh perbetulkan sampai anda betul-betul puas hati.

 

Selain itu, anda juga boleh hasilkan konten mengikut style anda bercakap dengan gaya bahasa anda sendiri. Dengan ini, pembaca ataupun audience anda akan rasa seolah-olah mereka sedang berinteraksi secara personal dengan anda.

 

Kekurangan apabila buat konten sendiri

Mencipta kandungan ini boleh jadi sangat memakan masa. Untuk hasilkan konten dalam bentuk artikel, seperti yang saya biasa lakukan dan mengandungi 2,000 patah perkataan, ia boleh mengambil masa sehingga 2 atau 3 hari.

 

Kalau konten video juga boleh memakan masa yang lebih lama. Ia perlu melalui proses penulisan skrip, rakaman, editing, mungkin ada bahagian yang perlu rakam semula dan sebagainya. Satu video berdurasi 10 minit boleh mengambil masa sehingga 5 hari untuk disiapkan.

 

Kesemua konten ini boleh disiapkan dalam masa yang pantas, jika anda boleh berkompromi mengenai bab kualiti.

Tapi kalau anda jenis yang pentingkan kualiti yang terbaik, maka perlulah bersabar dengan masa yang panjang untuk menyiapkannya.

 

Selain itu, anda juga perlu mempunyai peralatan yang sesuai untuk menghasilkan konten yang berkualiti.

Saya ambil contoh, kalau konten dalam bentuk video.

 

Anda sekurang-kurangnya memerlukan

1. Kamera yang bagus

2. Mikrofon yang bagus

3. Software untuk edit video

4. Skil untuk melakukan semua kerja-kerja ini.

 

Tanyalah pada diri anda, adakah anda sanggup untuk lakukan semua perkara ini?

 

Persoalan 3 : Adakah anda akan upah orang lain untuk hasilkan kandungan bagi pihak anda?

Kalau anda merasakan kerja-kerja menghasilkan konten ini agak renyah, anda masih ada lagi pilihan lain iaitu anda mengupah content creator untuk bantu anda hasilkan konten untuk kegunaan bisnes anda.

 

Sekiranya anda rajin mencari, anda pasti akan temui banyak content creator dan juga freelancer yang bersedia untuk mengambil upah bagi menghasilkan konten bagi pihak anda.

 

Kelebihan mengupah content creator

Apabila anda outsource kerja-kerja menghasilkan konten kepada orang lain yang lebih pakar, ia dapat menjimatkan masa anda.

Baca juga: 7 Tugasan anda boleh outsource untuk kembangkan bisnes anda

 

Anda boleh fokus untuk selesaikan urusan lain, sambil menunggu konten anda siap dihasilkan. Jika anda buat konten anda sendiri, anda mungkin terpaksa luangkan beberapa jam atau beberapa hari, sedangkan masa tersebut lebih baik anda gunakan untuk uruskan perkara lain.

 

Cuba cari content creator yang boleh meniru gaya anda menulis, jika konten tersebut dalam bentuk penulisan. Ada banyak pencipta konten yang berkebolehan seperti ini. Mereka ini biasanya turut menawarkan servis penulisan ghostwriting bagi pihak pelanggan.

 

Kekurangan apabila mengupah orang buat konten

Anda perlu berikan arahan yang jelas, mengenai konsep, jalan cerita dan bentuk yang bagaimana konten yang anda mahukan. Mereka ini akan buat konten mengikut arahan yang anda sediakan dari awal.

 

Dari segi kualiti, ia mungkin kurang memuaskan. Hasil akhir perlu di edit beberapa kali, dan anda juga mungkin perlu edit serba sedikit bagi mengikut kesesuaian dan style anda.

 

Anda perlu tunggu lama, untuk melihat hasil akhir. Anda juga tak terlibat langsung dalam proses pembinaan konten, dan hasil akhir, jika tak mengikut citarasa anda, ia hanya akan buang masa anda.

 

Satu lagi, ada juga kemungkinan dimana anda akan dapat freelancer yang buat kerja asal siap. Biasanya kualiti kerja adalah bergantung pada kadar upah. Kalau anda bayar murah, jangan la expect nak dapat hasil kerja yang berkualiti tinggi.

 

Persoalan 4 : Adakah anda sendiri yang akan hasilkan kandungan tersebut tetapi disiarkan diplatform milik orang lain?

Dalam strategi yang nombor empat ini, anda akan hasilkan konten dan ianya akan disiarkan di platform milik orang lain.

 

Sebagai contoh, anda tulis artikel, kemudian artikel tersebut akan disiarkan diblog milik penulis blog lain.

Ataupun anda buat  video dan video tersebut akan disiarkan di channel youtube atau tiktok orang lain.

 

Kelebihan strategi ini.

Pertama, ia dapat menjimatkan wang anda. Kalau anda hasilkan sendiri konten anda, anda tak perlu bayar upah pada sesiapa.

 

Kedua, anda dapat manfaatkan audience ataupun follower pemilik platform tersebut. Kalau pemilik platform tersebut ada banyak follower, konten anda akan terus dilihat oleh follower tersebut.

 

Berbanding kalau anda siarkan diplatform milik anda sendiri, jumlah orang yang akan nampak konten anda hanya bergantung kepada berapa banyak follower yang anda ada.

 

Nak dapatkan follower yang ramai ini sebenarnya sangat mengambil masa. Jadi, kalau kita siarkan konten kita di platform yang sudah ada banyak follower, dekat situ kita dah boleh jimatkan masa.

 

Kekurangan strategi ini

Anda mungkin dapat jimat dari aspek penghasilan konten, namun pemilik platform mungkin akan mengenakan kadar bayaran yang agak mahal, bergantung kepada berapa banyak follower yang dia miliki.

 

Biasanya lagi besar jumlah follower, maka lebih mahal kadar bayaran yang ditetapkan.

 

Selain itu, pemilik platform mungkin tak berminat untuk siarkan konten anda, walaupun anda bayar sejumlah upah yang agak mahal.

 

Sebagai pemilik platform, mereka perlu jaga kualiti dan jenis konten yang bakal disiarkan di platform milik mereka. Jika mereka siarkan konten yang tak disukai oleh follower, ada kemungkinan nanti follower mereka akan berkurangan.

 

Persoalan 5 : Adakah anda akan mengupah orang lain untuk mencipta kandungan tersebut dan disiarkan pada platform individu tersebut?

Strategi ini anda akan outsource kerja-kerja menghasilkan konten termasuk penerbitan sepenuhnya.

 

Anda memberi kebebasan sepenuhnya kepada pencipta konten untuk berkarya dan biarkan dia menyiarkan konten tersebut diplatform miliknya.

 

Kelebihannya? 

Anda hanya perlu beri arahan dan bayar sahaja. Selebihnya anda tak perlu fikirkan.

 

Apa yang penting ialah, hasil akhir adalah seperti yang anda mahukan.

 

Apa pula kekurangannya?

Kosnya mungkin agak tinggi. Justeru, siap sedia dengan bajet pengiklanan yang mencukupi ya.

 

Setiap satu tindakan ini akan memberikan kesan yang berlainan kepada anda.

Idea untuk hasilkan konten bagi bisnes homestay

Seterusnya, mari kita lihat beberapa cadangan idea untuk membina konten bagi perniagaan homestay yang anda jalankan. In Shaa Allah, kalau anda ikut saranan yang saya berikan disini, dengan mudah anda boleh bina sekurang-kurangnya 50 konten yang berbeza.

 

Jom kita bincangkan.

 

Apa yang membuatkan homestay anda unik berbanding lain-lain homestay yang beroperasi dikawasan yang berdekatan dengan anda?

 

Kalau anda menjalankan bisnes ini, ditempat percutian yang popular seperti Langkawi misalnya, tak mustahil kalau disekitar anda ada lebih 1,000 homestay yang turut menawarkan perkhidmatan yang lebih kurang sama.

 

Oleh yang demikian, anda perlu tonjolkan kelainan dan keunikkan yang ada pada homestay anda.

Kalau kita nak bercerita dari segi keunikkan ini, kita boleh menggunakan beberapa pendekatan, antaranya

 

1. Cerita tentang lokasi homestay

Ketika saya menulis posting ini, saya membuat andaian bahawa anda telahpun membuat kajian terperinci mengenai peluang dan potensi perniagaan yang terdapat pada bisnes homestay. Saya anggap anda memilih bisnes ini kerana anda yakin bisnes ini memang berpotensi dan pada masa homestay anda terletak di lokasi yang cukup strategik.

 

Bagaimana yang dikatakan sebagai lokasi yang strategik untuk bisnes homestay?

Kita rujuk balik artikel saya yang sebelum ini bertajuk pemilihan lokasi yang strategik untuk bisnes homestay.

 

Dalam artikel tersebut saya ada sebutkan beberapa faktor yang boleh dijadikan rujukan bagi mengetahui sama ada lokasi homestay anda itu strategik ataupun tidak.

 

Caranya adalah dengan melihat kepada perkara-perkara berikut, iaitu

1. Kawasan tumpuan aktiviti pelancongan atau percutian

2. Terdapat bangunan pejabat/ibu pejabat

3. Berdekatan dengan kilang dan kawasan perindustrian

4. Ada pusat pengajian seperti sekolah berasrama, kolej dan universiti

5. Berdekatan dengan hospital

6. Berdekatan dengan lapangan terbang

7. Mudah untuk masuk ke lebuhraya

8. Ada dewan orang ramai

 

Memang agak mustahil untuk sesebuah homestay itu mempunyai semua sekali ciri-ciri diatas. Tetapi, setidak-tidaknya anda perlu pastikan ada ciri diatas, biarpun hanya beberapa ciri, daripada langsung tak ada.

 

Kita andaikan lokasi homestay anda itu strategik dari konteks berdekatan dengan tempat percutian.

Mentaliti orang yang nak pergi bercuti ini, apa yang mereka mahukan?

 

Kalau boleh nak homestay tu dekat dengan kawasan pantai. Dia punya tahap dekat tu sampaikan kita boleh jalan kaki sahaja kalau nak ke tepi pantai.

Kita nak homestay yang kita pilih tu ada pemandangan yang cantik.

 

Selain itu, kita nak homestay tu dekat dengan tempat tumpuan pelancongan. Kalau perlu drive sekalipun, tak perlu drive sampai berjam-jam lamanya untuk sampai.

 

Dekat sini, kita boleh highlight poin seperti kemudahan tempat letak kereta. Kita bandingkan dengan tempat letak kereta jika menginap di hotel. Biasanya tempat letak kereta adalah terhad dan mereka amalkan first come first serve.

 

Kalau pergi jalan-jalan, kemudian balik malam, tempat parking mungkin akan penuh dan tetamu perlu parking ditempat yang agak jauh.

 

2. Cerita tentang kemudahan yang anda sediakan

Besar kemungkinan, anda telahpun mengeluarkan belanja yang besar, dalam menyediakan homestay anda agar ianya lengkap dengan pelbagai kemudahan.

 

i. Ada swimming pool.

Salah satu pemilik homestay di Kota Bharu membuat ubahsuai pada unit rumah yang digunakan bagi membina sebuah swimming pool.

 

Dekat kawasan sekitar memang ada beberapa buah homestay, tapi tak semua ada swimming pool. Jadi ini merupakan satu kelainan yang patut diketengahkan.

 

ii. Ada set BBQ dan juga stimbot.

Kalau anda menjalankan bisnes homestay dikawasan yang sejuk, seperti Cameron Highland atau mungkin di Kundasang, bagus juga kalau anda sediakan kemudahan seperti ini.

 

iii. Tetamu boleh guna basikal.

Jika dikawasan anda ada tempat yang sesuai dan selamat untuk berbasikal, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk sediakan kemudahan ini. Terpulang pada anda, sama ada nak kenakan sewa atau beri tetamu anda guna secara percuma.

 

3. Aktiviti yang boleh dilakukan

Apa aktiviti yang boleh dilakukan oleh tetamu anda, sekiranya dia memilih untuk menginap di homestay anda. Aktiviti disini mestilah sesuatu yang lain dari yang lain, atau sekurang-kurangnya tak ditawarkan oleh pengusaha homestay lain yang ada disekitar anda.

 

Saya tahu, poin disini mungkin tak berapa applicable untuk sesetengah orang.

Tapi kalau poin ini applicable untuk anda, saya syorkan anda manfaatkannya dan binalah konten yang bagus dalam konteks ini.

 

Saya ada beberapa kenalan yang menjalankan bisnes tempat penginapan.

Selain menyediakan kemudahan untuk menginap, mereka juga ada tawarkan perkhidmatan tambahan, antaranya seperti

1. Lawatan ke kebun buah-buahan

2. Bersiar-siar menaiki bot persendirian

 

4. Artikel review dari influencer

Konsep artikel review ini adalah seperti membuat analisis terhadap segenap pelusuk homestay milik anda.

 

Biasanya orang yang akan buat review ini adalah seseorang yang ada banyak pengalaman dalam industri percutian, pemilik laman web yang mempunyai reputasi yang baik ataupun seorang influencer yang mempunyai ramai pengikut.

 

Kalau dalam konteks bisnes homestay ini, kerja-kerja review ini akan memberi manfaat kepada bakal tetamu yang secara semulajadi sukakan maklumat yang lengkap sebelum mereka buat keputusan untuk membuat tempahan.

 

Biasanya kalau review yang diberikan itu bagus, dan penginapan di homestay tersebut dapat memberikan pengalaman penginapan yang lain dari yang lain, maka itu akan menjadi sebab yang kukuh untuk tetamu lain datang menginap ditempat anda.

 

5. Perkongsian pengalaman menginap di homestay dari tetamu sebelum

Artikel atau konten jenis perkongsian pengalaman ini biasanya lebih santai. Ia menggunakan pendekatan penceritaan mengenai apa yang menarik, apa yang kurang menarik dan sebagainya.

 

6. Tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong

Kalau anda ingin mensasarkan kategori tetamu yang datang atas sebab nak bercuti, maka anda perlulah hasilkan konten yang mengetengahkan topik mengenai tempat-tempat menarik yang ada disekitar anda.

 

Ada banyak orang yang minat untuk pergi bercuti.

Tapi mereka tak tahu, apakah yang menarik yang ada disesebuah kawasan, yang boleh membuat mereka jadi tertarik untuk berkunjung ke destinasi percutian tersebut.

 

Kalau tempat-tempat yang memang dah sedia popular, misalnya seperti di Langkawi, Cameron Highland, Kundasang dan sebagainya, memang orang dah tahu apa yang menarik yang ada ditempat tersebut.

 

Tapi, bagaimana kalau tempat-tempat yang agak kurang popular, seperti Bukit Tinggi, Sabak Bernam, Sekinchan dan sebagainya?

 

Maka dalam keadaan ini, anda juga perlu bertindak sebagai ejen yang mempromosikan tempat menarik yang ada disekitar anda. Apabila ada orang yang berminat untuk datang bercuti, barulah ada kebarangkalian untuk individu ini menginap ditempat anda.

 

Saya gunakan istilah kebarangkalian, sebabnya boleh jadi selepas dia baca konten anda mengenai tempat-tempat menarik di sekitar anda, dia lebih tertarik untuk booking ditempat lain.

 

7. Tempat menarik yang hanya dikunjungi oleh penduduk setempat

Ada tak tempat menarik yang hanya diketahui oleh orang tempatan sahaja?

Sebenarnya poin nombor tujuh ini hampir sama dengan poin sebelum ini.

 

Apa yang membezakannya ialah kita fokus pada tempat-tempat menarik yang tak begitu popular. Tempat yang agak tersembunyi yang hanya dikunjungi oleh penduduk setempat sahaja.

 

Biasanya tempat-tempat macam ni, kita namakan ia dengan istilah hidden gem.

 

8. Tempat makan yang istimewa dan sedap yang jadi pilihan ramai

Tahukah anda, selain tempat menarik, ada juga traveler yang pergi bercuti sebab nak cari makanan yang sedap dan unik, yang mungkin tak ada ditempat mereka tinggal.

 

Ataupun mereka ini akan pergi ke tempat tertentu sebab boleh dapat makanan kegemaran mereka dengan harga yang jauh lebih murah berbanding ditempat mereka tinggal.

Kategori pengunjung seperti ini, lebih tertarik dengan makanan yang boleh diperolehi disesuatu tempat.

 

Kalau mereka tertarik dengan makanan yang boleh diperolehi didestinasi tertentu, barulah dia akan pergi bercuti ke situ.

 

9. Tips pergi bercuti ke sesuatu tempat

Konten yang memberi tips seperti ini juga bagus untuk disediakan.

 

Tips penjimatan.

Tips elak ditipu.

Tips menyusun jadual percutian.

Tips memilih ejen percutian.

Tips memilih pakej pelancongan.

Tips memilih insurans perjalanan.

 

Bagi pengunjung yang baru pertama kali ingin pergi bercuti ke destinasi percutian tersebut pasti akan mendapat banyak manfaat melalui konten dari jenis ini.

 

Walaupun konten ini tidak mempromosikan homestay anda secara langsung, tapi anda boleh selitkan iklan mengenai homestay anda disitu.

 

Dalam strategi content marketing, adakalanya memang kurang sesuai untuk mempromosikan homestay secara direct. Sebaliknya, ada keadaan yang mana kaedah promosi secara indirect lebih sesuai untuk digunakan.

 

10. Senarai semak (check list) barang perlu ada

Konten seperti ini sangat berguna bagi mengelakkan orang terlupa atau tertinggal barang apabila pergi bercuti.

 

Kadang-kadang untuk pengunjung yang baru pertama kali, mereka ini mungkin tak tahu apakah barang yang perlu dibawa semasa percutian tersebut. Justeru, dengan adanya konten jenis check list ini, dapat mengelakkan mereka ini tertinggal barang atau tak tahu yang ada barang tertentu yang mereka perlu bawa.

 

11. Bekerja semasa bercuti

Target konten jenis ini sebenarnya adalah untuk mengajak mereka yang perlu sentiasa bekerja untuk datang dan memilih homestay anda sebagai tempat penginapan.

 

Dalam situasi ini, anda perlu menyediakan kelengkapan dan kemudahan yang dapat menyokong mereka untuk terus bekerja walaupun ketika sedang bercuti.

 

Biasanya kelengkapan yang diperlukan ini adalah seperti

1. Meja kerja

2. Kerusi pejabat atau kerusi gaming

3. Sambungan internet yang laju

4. Penghawa dingin

 

Jika anda dapat menyediakan kelengkapan seperti ini, ia dapat menjadi tarikan kepada mereka yang perlu travel atas urusan kerja, ataupun mereka yang perlu sentiasa bekerja walaupun sedang bercuti.

Baca juga: Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

 

Sudahkah anda menggunakan strategi content marketing?

Diluar sana, terdapat banyak pengusaha dan pengendali bisnes homestay, yang mungkin selama ini tak pernah pun mendengar tentang konsep content marketing, tapi masih tetap mampu untuk dapatkan pelanggan tanpa sebarang masalah.

 

Ini menunjukkan bahawa kaedah pemasaran kandungan ini, bukanlah satu-satunya kaedah yang berkesan. Masih ada banyak lagi cara untuk dapatkan tetamu.

 

Saya suka melihat kaedah content marketing ini sebagai kaedah pemasaran untuk jangka masa panjang.

Lazimnya, bila kita buat konten hari ini, belum tentu konten tersebut akan terus membuahkan hasil dan memberikan tempahan untuk kita.

 

Ada masanya ia akan makan masa berbulan-bulan lamanya, barulah akan nampak hasil.

Yang makan masa sampai berbulan-bulan selalunya sebab konten tersebut tak ada trafik yang masuk.

 

Kalau ada trafik yang masuk ke konten tersebut, sepatutnya tak perlu tunggu sampai berbulan-bulan lamannya untuk menampakkan hasil.

 

Walaubagaimanapun, kalau ada banyak trafik yang masuk, tapi tetap tak ada sebarang jualan, maknanya konten anda itu masih belum cukup bagus untuk menghasilkan jualan.

 

Kalau konten tersebut dalam bentuk artikel, mungkin anda boleh update artikel tersebut dan tukarkan beberapa perkataan yang tak perlu, atau tukarkan gaya bahasa yang mungkin kurang sesuai.

 

Tapi kalau konten dalam bentuk video, ianya agak sukar untuk diedit semula setelah ianya siap diterbitkan.

 

Saya secara peribadi lebih suka hasilkan konten dalam bentuk artikel, sebab pada saya konten tersebut mudah untuk saya edit pada bila-bila masa.

Bagaimana kalau strategi ini tak berkesan?

Anda telahpun luangkan masa yang cukup banyak untuk hasilkan konten.

Ataupun anda telah mengupah freelancer untuk menghasilkan dan menyiarkan konten bagi pihak anda.

 

Tapi masih tak ada sebarang jualan.

Macam mana nak buat ni?

 

Akhirnya kita perlu akur pada suatu hakikat dalam bidang pemasaran.

Tiada satu strategi pun yang akan berkesan setiap masa, atau pun langsung tak akan berkesan sampai bila-bila.

 

Kadang-kadang konten yang telah dihasilkan tu, bukannya tak berkesan untuk memberikan jualan, tapi lambat memberikan hasil.

 

Kalau konten yang lambat memberikan hasil ini, boleh jadi disebabkan oleh beberapa faktor

1. Artikel tak cukup bagus dan tak mempunyai kualiti yang diperlukan untuk menghasilkan jualan.

Saya syorkan anda baca posting saya sebelum ini berjudul strategi menjadikan konten sebagai jurujual maya.

 

Jika anda ikuti tips yang saya berikan, In Shaa Allah konten yang anda hasilkan akan memberikan anda jualan secara automatik. Dengan syarat

i. Konten anda bagus

ii. Konten anda ada trafik

 

2. Telah wujud konten orang lain yang lebih bagus berbanding konten yang anda hasilkan

Ini biasanya kita boleh perhatikan melalui carian di laman search engine seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.

 

Kalau kita buat carian menggunakan katakunci seperti “tempat menarik di kota bharu” misalnya, kita akan dapati ada banyak laman web yang bercerita perihal yang lebih kurang sama. Laman web ini sudah lama wujud dan tersenarai di muka surat pertama.

 

Tiba-tiba, kita bercadang untuk cipta kandungan baru, dan nak pastikan kandungan tersebut muncul di muka surat pertama juga. Adakah ianya boleh dilakukan?

 

Saya berpendapat, ianya memang boleh dilakukan, namun ada beberapa syarat yang perlu diperhatikan

i. Konten anda mestilah lebih baik berbanding konten sedia ada

ii. Anda sanggup bersabar untuk beberapa bulan

iii. Anda sanggup membina backlink pada artikel tersebut

iv. Anda mempromosikan artikel tersebut bagi mendapatkan pembaca dan trafik

 

Perkara yang sama juga berlaku dalam pemasaran konten menerusi penggunaan video. Kalau anda buat carian di Youtube, anda juga akan dapati kebanyakkan topik yang kita nak ulas, sudah ada orang lain yang buat video sebelum ini.

 

3. Konten anda lambat memberikan sebarang hasil sebab tiada trafik

Trafik ini merujuk kepada audience atau bakal pelanggan yang anda sasarkan untuk menjadi pelanggan anda.

 

Masalah tak ada trafik ini boleh dikatakan suatu masalah yang biasa dialami oleh mana-mana individu yang menjalankan aktiviti pemasaran diinternet.

 

Jika konten yang dihasilkan adalah dalam bentuk video, tiada siapa yang menonton video tersebut.

Jika konten dalam bentuk artikel, tiada siapa yang baca artikel tersebut.

 

Sebab itu saya ada sebutkan, dalam perkongsian sebelum ini, dalam strategi content marketing ini, kita perlu pastikan tiga perkara, iaitu

1. Konten kita bagus

2. Konten kita mempunyai elemen yang boleh hasilkan jualan

3. Konten kita mendapat trafik dari golongan yang kita sasarkan

 

Penutup

Apa pun, janganlah hanya bergantung pada satu teknik atau strategi sahaja.

Strategi content marketing ini sesuai digabungkan dengan apa-apa strategi pemasaran sedia ada yang anda gunakan.

 

Anggaplah strategi ini adalah untuk jangka masa panjang.

 

 

Exit mobile version