Blog Sabree Hussin

Homestay Kota Bharu Inap Ayahandabonda

Anda memerlukan sebuah homestay di Kota Bharu?

 

Most likely, jawapan anda adalah ya! Sebab tu anda baca posting ini. Sekiranya anda ada perancangan untuk ke Kelantan dan merancang untuk menginap di sekitar Kota Bharu, saya ingin kongsikan pengalaman saya menginap di sebuah guesthouse yang terletak di Kota Bharu ini.

 

Baru-baru ini, saya bercuti ke Kelantan dan menginap selama 3 hari 2 malam di sebuah homestay di Kota Bharu.

 

Lokasi homestay ini adalah di Kota Seribong, Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, Kelantan dan homestay ini merupakan sebuah unit kediaman jenis teres 2 tingkat.

Memandangkan dalam percutian ini, saya bawa bersama ibu dan ayah, setelah membuat kira-kira, saya dapati keputusan untuk menginap di homestay adalah lebih munasabah dan menjimatkan.

 

Lagipun, apa beza antara menginap di homestay dengan hotel? Kalau anda perasan, sekarang ini ada banyak homestay yang sebenarnya lebih cantik dan berkali ganda lebih selesa kalau nak dibandingkan dengan menginap di hotel. Malahan kalau kita buat perbandingan dari segi fasiliti, homestay ini jauh lebih baik berbanding hotel.

 

Dari pemerhatian saya sepanjang saya menginap disini, kawasan ini baru dibuka. Ada beberapa unit rumah yang masih dalam proses renovation.

Jom saya tunjukkan apa yang ada dalam homestay ini.

 

Homestay ini diberi nama Rumah Tamu Ayahanda Bonda.

Tempahan homestay ini boleh dilakukan melalui laman web Agoda ini.

(harga mungkin sudah berbeza pada hari anda membuat semakan di Agoda)

 

Tuan rumah menggunakan konsep self-check in untuk tetamu yang bakal menginap di homestay ini.

Anda hanya perlu ambil kunci dan buka sendiri pintu utama menggunakan kunci yang disediakan.

 

Bagi mereka yang tak biasa dengan konsep self check in, mungkin ada yang tertanya-tanya, kat mana nak ambik kunci nanti?

Sebelum waktu untuk check in, tuan rumah akan hubungi kita dan beritahu apa password untuk buka safety box ini. Anda masukkan password dan seterusnya boleh ambil kunci.

 

Proses untuk check out juga sama. Bila anda dah bersedia untuk keluar dari rumah, anda hanya perlu tinggalkan kunci ditempat yang sama anda ambil kunci sebelum ini.

 

Homestay yang Cantik, Selesa & Selamat di Kota Bharu

Kalau nak pilih tempat penginapan, selalunya tiga point ini akan saya jadikan rujukan.

1. Adakah tempat tersebut cantik?

2. Adakah tempat tersebut memberi penekanan terhadap keselesaan tetamu?

3. Bagaimana pula dengan aspek keselamatan?

 

Alhamdulillah, homestay ini menepati ketiga-tiga syarat diatas. Saya bukan sekadar cakap kosong, kat sini saya kongsikan juga beberapa keping gambar yang saya sempat rakamkan sepanjang menginap disini.

 

Ini dibahagian ruang tamu.

Dari segi susun atur, pemilihan rekabentuk, pencahayaan, ianya memang dipilih dengan begitu baik. Nampak moden, kan?

 

Walaupun ini adalah sebuah homestay, namun dari segi vibes ataupun feeling yang kita boleh rasai adalah ibarat kita menginap disebuah hotel!

 

 

Senang kata, ini bukan homestay yang ala kadar, atau sekadar boleh dijadikan tempat untuk bermalam. Ada beberapa kemudahan yang disediakan untuk tetamu, antaranya seperti yang anda juga boleh dilihat dalam gambar ini.

TV Android

Anda boleh menonton pelbagai movies dan TV Series melalui Netflix.

Boleh juga menonton Youtube dengan kualiti HD.

 

Internet berkelajuan tinggi

Anda tak perlu risau kalau-kalau tempat tersebut tak ada line internet atau internet slow!

Bagi saya dan keluarga, ini adalah kemudahan yang sangat penting yang disediakan oleh pihak tuan rumah.

 

Kalau anda buat carian diinternet, memang ada banyak homestay yang terdapat di sekitar Kota Bharu. Namun, kalau nak cari homestay yang ada menyediakan internet berkelajuan tinggi, haa sinilah tempatnya.

 

Ini kelajuan internet bila saya buat speedtest dalam bilik.

Memang proven internet kat homestay ni memang laju!

 

Saya boleh katakan, kebanyakkan homestay yang saya jumpa di Kota Bharu tak menyediakan perkhidmatan internet seperti Rumah Tamu Ayahandabonda ini. Kenapa agaknya?

Well… I am not sure.

 

Tapi kalau kita tanya pada pemilik rumah (host) mungkin dia akan kata,

“Kita nak galakkan tetamu yang menginap di homestay kami keluar berjalan-jalan, mengunjungi tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Kota Bharu… kalau kami sediakan internet nanti mereka asyik lepak dalam bilik je…” 

 

Macam tu pulak ya. Actually satu masa dulu, saya pernah tanya kepada pemilik homestay di Cameron Highland masa saya pergi bercuti dulu. Kenapa tak sediakan dapur untuk memasak? Kata dia sebab nak suruh kami yang menginap disitu untuk keluar jalan-jalan dan cari makan diluar.

 

Saya rasa macam… laa macam tu pun boleh? Kita pilih nak menginap di homestay sebab biasanya homestay ni memang complete. Semua benda ada disediakan. Tapi lain pula mindset pemilik homestay tu.

 

Alright tak apalah. Masing-masing punya pendapat kan. Berbalik kepada homestay di Kota Bharu ini, mujurlah saya dapat menginap di homestay yang memang lengkap dengan kemudahan untuk digunakan oleh tetamu yang menginap disini.

Ada mesin penapis air, untuk anda dapatkan air panas dan juga air minuman dengan suhu biasa.

 

Kemudian tengok dekat bawah ni pula. Ada peti ais bersaiz sederhana dan yang paling kami suka, ada mesin basuh dan juga sabun mencuci pakaian turut disediakan!

So, berapa hari anda akan berada di Kota Bharu? Mungkin anda akan berada disini sekitar 3 hari atau mungkin 4 hari.

 

Sepanjang 3 atau 4 hari tu, takkanlah anda akan pakai pakaian yang sama sahaja? Mesti akan tukar-tukar, betul tak? Kebiasaannya kalau saya pergi bercuti kemana-mana destinasi, dan percutian tersebut lebih dari 2 hari, saya akan basuh baju-baju yang telah dipakai sebelum ini.

 

Sebabnya? Supaya baju-baju tersebut saya boleh packing semula bersama baju-baju lain dalam beg. Kalau tak basuh, terpaksa asingkan baju yang bersih dengan yang dah pakai. Sebenarnya ini akan membuatkan kita terpaksa memerlukan lebih banyak ruang. Kena sediakan beg atau plastik asing untuk isi baju yang dah pakai.

 

Tapi kalau boleh basuh baju, senang. Boleh masukkan dalam beg semula. So, ada mesin basuh ni memang sangat-sangat berguna kepada tetamu yang akan jalan jauh seperti saya nanti.

 

Anda pula bagaimana?

Anda lebih suka bawa balik baju kotor?

Atau anda lebih suka buang masa pergi ke dobi berhampiran semata-mata nak basuh baju?

 

Kita tengok dekat bahagian rak kabinet.

Ada banyak pinggan, piring dan juga mangkuk yang disediakan.

Dalam satu-satu masa, homestay ini boleh memuatkan lebih kurang 8 orang tetamu. Jadi pinggan dan mangkuk yang disediakan memang mencukupi untuk semua orang makan bersama.

Bukalah setiap kabinet dan anda akan jumpa macam-macam peralatan yang boleh digunakan untuk memasak.

Saya rasalah kan, sepanjang saya menginap dekat mana-mana homestay sebelum ini, ini merupakan homestay pertama yang saya jumpa, yang tuan rumah ada sediakan beras!

 

Bukan setakat sediakan beras, rice cooker pun ada disediakan.

Baru saya faham, kenapa dekat rak yang paling bawah tu ada disediakan set pengukus dengan rice cooker. Rupa-rupanya boleh masak nasi.

 

Tapi anda tak perlu risau. Dekat kawasan sekitar ada banyak restoran yang anda boleh tuju untuk makan tengahari mahupun makan malam. Andai kata anda terlalu letih untuk keluar, tak perlu risau sebabnya dekat sini sangat mudah untuk order food delivery sama ada dari Grab ataupun Foodpanda.

 

Semasa menginap disini, saya juga ada buat order dari applikasi grab.

Biasalah, bila dah letih pergi ke tempat-tempat shopping yang banyak terdapat di Kota Bharu, rasa penat dan malas nak keluar lagi untuk cari makan. Penyelesaiannya… order je makanan dari grab. Dekat grab pun ada banyak pilihan restoran dengan pelbagai menu.

 

 

Ini pula meja makan.

Dalam satu-satu masa, boleh muat 4 orang. Kalau anda menginap lebih dari 4 orang, yang lain-lain tu bolehlah duduk bersila dilantai, ataupun duduk sahaja di sofa.

Kalau makan sambil duduk disofa pun apa salahnya.

Itupun dikira sebagai first class seat. Sambil makan sambil menonton TV. Ala… macam tak biasa pula buat macam tu dekat rumah sendiri.

 

Ada seterika disediakan

Kalau menginap di hotel, biasanya kita perlu request dekat staff untuk guna seterika. Bila dah request, kena tunggu pula beberapa minit untuk staf tu hantarkan seterika ke bilik kita. Bila dah sampai, siap ada pesanan tambahan pula.

“Kalau dah habis guna, nanti tolong letak dekat luar.”

 

So nak tak nak, kita kena gosok semua baju, kain tudung, seluar dan lain-lain sekali harung. Kalau stay untuk 3 hari, maknanya kena gosok untuk semua 3 hari tu. Tak kan setiap kali nak guna, kena call receptionist dan request nak pakai iron. Kan leceh tu.

 

Dekat tingkat atas ada 3 buah bilik tidur dan 2 bilik air.

Jom kita tengok masterbedroom.

 

Dalam masterbedroom ini ada katil jenis queen size.

Kemudian ada kipas dan juga aircond.

 

Aircond ni kita boleh katakan sebagai benda yang wajib ada.

Kalau tak ada aircond… fuhh memang bahang terasa. Cubalah bayangkan, kita dah penat-penat pergi berjalan-jalan, misalnya pagi tu kita pergi ke Pasar Besar Siti Khadijah, bila balik homestay dalam keadaan berpeluh nak hilangkan penat, tapi homestay tak ada aircond pula. Memang boleh hilang mood nak sambung jalan-jalan ke tempat lain pula.

 

Jadi, sebelum nak booking mana-mana homestay, baik anda check betul-betul, homestay tu ada aircond ataupun tidak. Risau nanti ada yang tak boleh tidur malam, sebab tak selesa.

 

Kalau anda tengok gambar dekat bawah ni, dalam masterbedroom ini ada ruang tambahan. Dekat situ ada almari, lampu, dan juga ruang untuk bersolek.

Dekat sebelah kiri ada pintu untuk ke bilik air.

 

 

Ini pula bilik air dalam masterbedroom. Bilik air lain yang ada dalam homestay ini pun lebih kurang sama sahaja. Bezanya hanya dari segi saiz. Bilik air dalam masterbedroom lebih luas.

Ada dua jenis shower. Satu jenis yang besar dan satu lagi yang agak kecil.

 

Bilik air dekat rumah ini dilengkapi juga dengan alat pemanas air.

 

Cuba tengok jenis kepala paip yang digunakan.

Saya bila nampak ada dua jenis kepala paip dalam bilik air seperti dalam gambar tu, saya rasa sangat gembira. Gembira sebab ianya memudahkan saya untuk berwudhu’.

 

Sesetengah homestay ataupun hotel, tak mempunyai kepala paip macam yang disediakan dalam homestay ini. Kalau nak berwudhu memang cukup mencabar. Kena berwudhu disingki, dan selepas itu untuk basuhan kaki, kena guna host yang disediakan pula.

 

Sebab tu, kita kena cuba cari homestay yang muslim friendly.

 

Homestay yang mesra tetamu muslim, dia akan tandakan disetiap bilik dengan penunjuk arah kiblat, ada menyediakan sejadah walaupun kita tak minta, dan yang tak kurang pentingnya, memudahkan tetamu untuk berwudhu’.

 

Dari aspek ini, homestay ini memang terbaik.

 

Bilik nombor 2.

Ada katil jenis queen.

Almari untuk letak barang-barang.

Ada kipas angin dan juga aircond.

 

Sebenarnya dekat setiap bilik ada disediakan penyangkut baju yang agak banyak.

Terpulanglah pada anda, sama ada nak sidai tuala, baju-baju yang baru siap gosok dan sebagainya. Penyangkut baju memang berlambak. Kalau nak gunakan penyangkut baju ni untuk sidai baju yang baru dibasuh pun tak ada masalah.

 

Bawah ini pula bilik nombor 3.

Ada disediakan katil jenis queen.

Ada kipas angin dan juga aircond.

 

Untuk bilik nombor 2 dan juga nombor 3, boleh gunakan bilik air yang disediakan diluar bilik.

 

Ini pula bilik tidur yang keempat.

Saya ada sebutkan sebelum ini kan, yang homestay di Kota Bharu ini ada 4 buah bilik tidur semuanya.

 

Kemudahan playground

Dekat kawasan perumahan ini juga ada kawasan taman permainan untuk kanak-kanak. Kondisi taman permainan ini memang sangat baik dan seolah-olah ianya jarang digunakan.

 

Boleh jadi sebab kebanyakkan penduduk yang menetap dikawasan kejiranan ini tak ramai yang mempunyai anak kecil, jadi ianya jarang digunakan.

Dari homestay, anda boleh jalan kaki sahaja untuk kesini. Jaraknya hanya beberapa meter sahaja.

Ada buaian, jongkang-jongkit, gelungsur dan sebagainya.

 

Aspek keselamatan Hometay Kota Bharu Inap Ayahandabonda

Homestay ini sebenarnya berada dalam kawasan kejiranan yang ada kawalan keselamatan. Orang dari luar tak boleh sesuka hati untuk keluar dan masuk ke kawasan perumahan ini sesuka hati.

 

Mereka yang ada urusan untuk masuk ke kawasan perumahan ini perlu mendaftar masuk terlebih dahulu dipondok keselamatan.

 

Bagi yang memandu, anda boleh parking kereta anda didalam anjung yang disediakan. Kalau ada lebih dari satu kereta, kereta yang satu lagi boleh diparkir dihadapan rumah.

Kalau anda datang menginap disini dan ada lebih dari dua kereta misalnya, kereta yang lain itu boleh parkir sahaja dimana-mana bahagian yang kosong, asalkan tak menghalang laluan kenderaan lain untuk lalu lalang dan tak menghalang laluan rumah jiran.

Ini pula pemandangan diwaktu malam. Ada lampu jalan yang disediakan. Suasana memang cerah dan sesekali, pengawal keselamatan akan membuat rondaan.

 

Dari segi keselamatan, saya boleh katakan setiap orang boleh mendapatkan ketenangan (peace of mind) bila tahu kenderaan kita berada dikawasan yang selamat. Malam-malam bolehlah tidur dengan lena.

 

Kalau anda memilih untuk menginap dihotel di pekan Kota Bharu, cuba tanyakan kepada staf hotel, ada atau tidak parking khas disediakan untuk anda? Besar kemungkinan, ruang parking yang ada adalah parking terbuka yang banyak orang lalu lalang disekitarnya.

 

Homestay Kota Bharu dengan lokasi yang strategik

Untuk percutian ke Kota Bharu ini, saya tak mencari homestay yang terletak jauh dalam kawasan pedalaman. Memang bukan niat saya untuk cari homestay ala-ala kampung.

 

Kali ini saya lebih mementingkan homestay yang berada pada lokasi yang strategik dan memudahkan saya untuk bergerak kemana-mana. Homestay Inap Ayahandabonda ni memang easy access dengan jalan besar.

 

Sepanjang saya menginap disini, saya sempat berkunjung ke tempat-tempat tumpuan pelancong, seperti Pasar Siti Khadijah, Uptown Wakaf Che Yeh, Pantai Senok dan banyak lagi.

Kesemua tempat-tempat menarik ini memang tak jauh dari homestay.

 

Sekiranya anda perlu mencari barangan kelengkapan peribadi, anda boleh pergi ke mall yang terdekat iaitu KB Mall.

KB Mall ini hanya 10KM sahaja dari homestay.

 

Actually ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang memang menjadi tumpuan pengunjung yang berdekatan dengan homestay ini. Apa yang boleh saya katakan, memang tepat pilihan kami untuk menginap disini sepanjang bercuti di Kota Bharu, Kelantan.

 

In Shaa Allah, next time kalau ada kesempatan untuk bercuti sekali lagi di Kota Bharu, kami akan cuba tempah homestay ini sekali lagi. Itupun kalau masih ada kekosongan.

 

Baiklah, jika anda juga berkenan untuk menginap dihomestay ini, boleh terus ke halaman Agoda melalui pautan ini.

(harga mungkin sudah berubah ketika anda membaca perkongsian ini)

 

Ataupun jika anda lebih suka untuk buat booking secara direct, boleh hubungi nombor dibawah.

Pn Suriya – 0146093434

En Mizan – 0146093435

 

Selamat bercuti ke Kota Bharu!

 

 

Exit mobile version