Blog Sabree Hussin

Contoh soalan lazim yang sering ditanyakan oleh pelanggan restoran

Dalam apa-apa jua jenis perniagaan pastinya pelanggan yang hadir akan bertanya pelbagai soalan. Ada soalan yang sifatnya berbentuk lazim dan berulang. Soalan yang sama, atau lebih kurang sama, ditanyakan oleh pelanggan yang berbeza-beza.

 

Orang yang buat bisnes kedai makan atau restoran, mesti biasa dapat soalan macam ni dari pelanggan. Saya percaya, anda pasti sudah mempunyai skema jawapan untuk soalan-soalan seperti ini.

 

Skema jawapan ini bukanlah untuk anda, sebaliknya untuk pekerja yang bekerja dengan anda. Apabila mereka ditanyakan soalan seperti ini, at least mereka tahu nak jawab apa, dan jawapan yang diberikan boleh mendatangkan lagi banyak keuntungan untuk bisnes anda.

 

Tapi kalau anda masih belum ada bisnes restoran lagi, bolehlah tengok-tengok contoh soalan lazim yang sering ditanyakan oleh pelanggan yang mengunjungi restoran. Ada juga soalan yang saya ada berikan contoh jawapan. Jika jawapan tu bersesuaian dengan bisnes yang anda jalankan, gunakanlah ia untuk kegunaan bisnes anda.

Mungkin ada soalan lain, yang biasa ditanyakan oleh pelanggan yang saya tertinggal atau terlupa nak masukkan disini. Untuk itu, saya akan update lagi artikel ini secara berkala, jika saya mempunyai informasi yang baru.

 

Tapi buat masa ini, inilah dia antara contoh soalan yang kerap ditanyakan oleh pelanggan yang mengunjungi sesebuah restoran. Jika anda atau pekerja anda dapat berikan jawapan yang memuaskan hati, In Shaa Allah pelanggan tersebut tak teragak-agak untuk order makanan sampai beratus-ratus ringgit untuk sekali order.

 

(1) Apa menu yang sedap dekat sini?

Jawapan tipikal yang saya selalu dapat apabila saya tanya soalan macam ini ialah “semua sedap”. Sedangkan apa yang sedap dekat lidah dan tekak orang lain, belum tentu saya akan rasa sama.

 

Orang yang pertama kali datang biasanya akan tertanya-tanya hal yang sama. Pekerja restoran boleh cadangkan mana-mana satu menu yang sesuai dengan selera pengunjung tersebut. Bolehlah tanya soalan balas seperti “encik lebih suka menu ayam, daging atau seafood?”

 

Kalau misalnya jawapan yang diberikan ialah “saya suka seafood…” bolehlah cadangkan beberapa menu berasaskan seafood.

Kalau setakat cakap semuanya sedap kat sini, ia langsung tak membantu.

 

(2) Mana satu yang awak paling suka makan?

Soalan ini bersifat agak personal. Tapi apabila soalan ini ditanyakan oleh pengunjung, ia merupakan satu peluang untuk pekerja restoran memberikan pendapat yang boleh mendatangkan jualan kepada restoran tempat dia bekerja.

 

Beritahu sahaja apa menu kegemaran dan berikan beberapa sebab kenapa menu tersebut dijadikan pilihan. Contohnya, “kalau saya, saya suka makan ini, sebab ini ini dan ini…”

 

Setidak-tidaknya ia memberi gambaran positif yang pekerja di restoran itu sendiri ada menu kesukaan. Cuba bayangkan kalau pekerja tu kata, “… tak ada yang saya suka”, ataupun “… semua biasa-biasa jer, sebab dah biasa makan” bukankah ianya langsung tak membantu.

 

Ya betul, anda mungkin dah biasa makan. Tapi sebelum anda berada pada kedudukan “dah biasa makan” tu, mesti dulu pernah ada satu menu yang anda suka. Bagilah jawapan tu. Pelanggan bukan nak tahu sama ada anda dah muak, dah jemu dan sebagainya.

 

Tapi pelanggan nak dapatkan sedikit idea, mana satu menu yang ada orang lain suka, yang mungkin dia pun akan suka kalau order yang sama.

 

(3) Ni apa benda sebenarnya?

Biasanya soalan ini akan ditanya, kalau menu yang disediakan menggunakan nama pelik-pelik atau nama dari bahasa negara lain. Salah satu sebab kenapa orang tak berani nak masuk restoran yang menghidangkan menu masakan dari negara luar adalah sebab tak tahu nak order apa.

 

Salah satu restoran kegemaran saya ialah Ichiban Ramen. Kali pertama saya masuk ke restoran ini, saya pun agak blur dan tak tau nak order apa. Boleh dikatakan setiap menu yang ada dekat situ, saya akan tanya, “ni apa benda?”

Contoh macam menu dekat atas ini, nama dia Sapporo Miso Ramen. Apa benda ni kan?

 

Maka terpaksalah saya tanya satu per satu, apa sebenarnya maksud nama pada menu tersebut. Pelayan restoran yang menjawab pertanyaan saya dapat jawab dengan baik, dan untuk menerangkan dalam bahasa yang mudah faham, dia akan jawab dengan buat perbandingan dengan masakan tempatan.

 

Contohnya dia akan kata, benda ni lebih kurang macam “ayam masak rendang”. Itu contoh sahaja.

 

Penerangan yang diberikan tu, selalunya tidaklah exactly the same, tapi memadai untuk memberikan pelanggan idea, apa benda sebenarnya disebalik nama tersebut.

 

(4) Berapa banyak dalam satu hidangan?

Saya akan tanya soalan seperti ini, kalau saya bawa anak-anak buah makan dekat luar. Kadang-kadang budak-budak ni pun satu hal, bila makan dekat restoran masing-masing nak order seorang satu. Padahal kalau kat rumah, mereka ni bukannya jenis yang makan big portion.

 

Bukannya tak nak bagi order, tapi saya tak berapa suka kalau budak-budak ini makan tak habis. Kalau kita sebagai pelanggan boleh tahu, saiz hidangan tu besar mana, senang nak buat anggaran berapa banyak yang perlu di order. Boleh jadi untuk satu pesanan boleh kongsi makan 3 orang.

 

Macam ada sesetengah restoran, dia akan beritahu untuk satu hidangan boleh makan untuk berapa orang. Macam ni barulah tak membazir makanan.

 

(5) Boleh saya tukar hidangan ini dalam set yang saya nak pilih?

Sekali lagi contoh masa dekat restoran Ichiban Ramen. Saya perasan dalam menu ada couple set.

Saya plan nak tukar salah satu daripada menu dalam couple set tu. Kalau boleh nak tukar benda lain, itupun kalau boleh.

 

Tapi saya dah agak, jawapannya mesti tak boleh. Ibarat macam kita pergi ke restoran KFC. Nak order dinner plate, tapi salah satu ayam kita nak tukar dengan burger zinger. Memang tak bolehlah, kan? Kalau nak buat macam tu juga, dia akan caj harga ala carte.

 

Boleh tak boleh, itu belakang cerita, at least kita ada usaha untuk bertanya.

 

(6) Menu ini pedas tak?

Ada pelanggan suka masakan yang pedas, dan ada pelanggan tak berapa suka pedas. Kadang-kadang kita boleh dengar, ada pelanggan yang akan order hidangan seperti “nasi goreng kampung tak nak pedas”.

 

Saya tak berapa pasti, sejauh mana si tukang masak akan ikut permintaan dari pelanggan. Adakah terdapat level pedas untuk setiap hidangan, misalnya tahap biasa, extra pedas dan tak nak pedas.

 

Ataupun sebenarnya tak kisah apa yang pelanggan minta, si tukang masak tetap menyediakan masakan dengan cara yang sama?

 

(7) Ada tak hidangan untuk kanak-kanak?

Kanak-kanak tak berapa sesuai nak makan makanan untuk orang dewasa. Sesetengah restoran memang ada sediakan makanan untuk kanak-kanak, yang terdiri daripada kentang, burger dan sebagainya.

 

Ambik contoh restoran McD, mereka juga menyediakan hidangan untuk kanak-kanak iaitu Happy Meal.

 

(8) Lama lagi ke makanan saya nak sampai?

Apa perasaan anda, bila anda datang lebih awal, tapi meja berhampiran anda yang datang lebih lambat, tiba-tiba dapat makanan dulu! Mesti rasa agak geram, kan.

 

Bila berlaku keadaan seperti ini, sebelum kita nak marah-marah tak tentu pasal, kita akan tanya dulu dengan pekerja kedai makan tu soalan seperti “lama lagi ke order saya nak siap?”

 

Kalau kita boleh tahu, secara purata untuk satu hidangan berapa lama masa yang diperlukan untuk disiapkan, kita boleh jawab soalan seperti ini dengan sangat mudah.

 

(9) Boleh buat take away?

Soalan ini nampak simple, tapi kadang-kadang saya pun akan tanya soalan ini dekat pekerja kedai makan. Macam baru-baru ini, saya ada tanya dekat pekerja Johnny Restaurant sama ada set stimboat ini kita boleh buat take away ke tak?

 

Kalau set ala carte tu saya biasa nampak orang buat take away. Tapi kalau set stimboat saya tak pernah nampak lagi. Kalau ikut kata pekerja tu, kita memang boleh order untuk take away set stimboat tu.

 

(10) Ada sediakan servis penghantaran tak?

Just in case satu hari nanti, kita teringin nak makan makanan dekat restoran tersebut, tapi terlalu sibuk untuk datang ke restoran tu.

 

Beberapa restoran dan kedai makan kegemaran saya, memang ada buat servis penghantaran. Kena tanya, kalau tak kita tak tahu. Melainkan kedai tersebut ada tunjukkan logo Food Panda.

 

(11) Saya nak sambut _ dekat sini? Boleh buat arrangement tak?

Boleh jadi majlis hari jadi, ulangtahun perkahwinan, majlis buka puasa, makan malam sempena kenaikkan pangkat dan sebagainya. Biasanya kalau boleh nak buat sambutan seumpama ini, kita sedia maklum yang kita perlu buat tempahan lebih awal, dan mungkin akan dikenakan bayaran tambahan untuk buat persiapan.

 

Ataupun mungkin kena buat bayaran deposit terlebih dahulu. Tak ada masalah dengan itu semua, asalkan apa yang kita rancang nak buat, boleh dijalankan dengan lancar.

 

Saya kira, inilah dia antara soalan lazim yang sering ditanyakan oleh pelanggan restoran. In Shaa Allah, kalau ada lagi, saya akan tambah.

 

Jika anda ada merancang untuk membuka bisnes restoran dan memerlukan kertas kerja perniagaan untuk bisnes restoran, saya ingin syorkan anda dapatkan perkhidmatan menulis kertas kerja perniagaan dari Real Management Services. Anda boleh whatsapp Pn Diyana untuk respon segera di talian 011-2720 4420.

 

Jangan lupa bagitahu yang anda dapat nombor dia dari laman blog saya ya.

 

Ataupun, kalau anda nak buat sendiri kertas kerja perniagaan, boleh juga gunakan template yang anda boleh muat turun dari laman web ini.

 

 

Exit mobile version