Blog Sabree Hussin

Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda

Kat mana tempat terbaik nak iklankan bisnes homestay yang sedang anda jalankan?

 

Sepanjang saya menulis blog dan menulis topik tentang bisnes homestay dan pemasaran homestay, saya kerap dihubungi oleh pengendali bisnes homestay yang mempunyai masalah untuk dapatkan tetamu untuk menginap di homestay milik mereka.

 

Bila saya interview mereka ini, saya dapati terdapat beberapa persamaan antara mereka yang ada masalah untuk dapatkan tetamu.

 

Masalah yang paling biasa adalah iklan yang dihasilkan kurang menarik dan tak ramai yang nampak iklan tersebut.

 

Bercakap tentang topik iklan, dekat sini saya nak kongsikan senarai laman web yang sesuai untuk anda gunakan bagi tujuan untuk iklankan bisnes homestay yang anda jalankan.

Kali ini saya hanya akan buat senarai laman web sahaja dulu. In Shaa Allah next time, jika diberi kekuatan dan kesempatan, saya akan cerita tentang cara menulis iklan pula. Ada juga keadaan dimana individu tersebut telah iklankan homestay di laman web yang saya nyatakan dibawah ini tapi masih belum dapat sebarang tetamu.

 

Selain kena tahu tempat yang betul untuk iklankan bisnes, kena juga tahu cara menulis iklan atau cara mempersembahkan iklan supaya bakal tetamu rasa WOW dengan homestay anda.

 

Baiklah tanpa membuang lebih banyak masa, saya senaraikan dibawah laman web untuk anda iklankan bisnes homestay milik anda. Kalau sebelum ini, anda tak pernah gunakan servis dari mana-mana laman web dibawah ini, saya harap selepas anda baca perkongsian saya ini, akan terbuka hati anda untuk cuba perkhidmatan yang mereka tawarkan ini ya.

 

(1) Airbnb.com

Saya mulakan dengan laman web Airbnb.

Program perkongsian rumah menerusi Airbnb ini juga semakin popular dan diterima di negara kita. Saya dapati ada beberapa projek perumahan yang dibina khusus untuk tujuan pelaburan dan mesra Airbnb.

 

Contohnya macam apartment di Sabah yang pernah saya menginap dulu, iaitu di Sutera Avenue Kota Kinabalu, kebanyakkan unit disewakan untuk short term stay melalui Airbnb dan juga lain-lain laman web tempahan Online Travel Agent (OTA).

 

Jika anda baca ebook berjudul Jutawan Homestay ini, penulis ebook ini juga mencadangkan anda untuk menggunakan perkhidmatan dari laman web Airbnb untuk mengiklankan homestay milik anda.

Apa kelebihan menggunakan Airbnb untuk tujuan pengiklanan bisnes homestay?

Ada beberapa kelebihan yang boleh dinikmati oleh pemilik bisnes homestay, sekiranya menggunakan Airbnb sebagai platform untuk mendapatkan tetamu.

 

Antaranya ialah

(1) Database pengguna yang besar

Airbnb mempunyai database senarai pengguna yang sangat besar. Pengguna yang saya maksudkan disini adalah terdiri daripada pengendali bisnes homestay seperti anda dan individu yang menggunakan laman web ini untuk mencari tempat penginapan.

 

Pengguna Airbnb bukan hanya terdapat di Malaysia sahaja, malahan diserata dunia.

 

Apabila anda menyenaraikan homestay anda melalui Airbnb, anda telah membuka peluang untuk memperoleh tetamu yang datangnya dari luar negara. Pelancong dari negara luar biasanya akan menginap untuk satu tempoh masa yang agak panjang, kalau dibandingkan dengan pelancong tempatan.

 

Jika homestay anda benar-benar selesa, mereka mungkin akan menginap untuk beberapa minggu dan mereka bersedia untuk bayar kadar sewa yang tinggi. Bagi mereka, kadar tukaran matawang kita lebih rendah daripada matawang mereka. Kalau kena bayar RM300 untuk penginapan semalaman pun mereka tak rasa terlalu terbeban.

 

Bagi kita RM300 itu dah agak mahal, tapi bagi mereka ianya baru USD70 lebih kurang.

 

(2) Airbnb menawarkan perlindungan insurans sehingga USD1,000,000

Jika berlaku kerosakkan pada property anda sepanjang tetamu menginap, anda akan dilindungi oleh jaminan insurans sehingga USD1 juta.

Sila layari laman web Airbnb untuk dapatkan maklumat terkini mengenai perlindungan insurans ini.

 

Untuk melayakkan anda mendapat perlindungan ini, anda perlu pastikan tetamu yang menginap ditempat anda membuat tempahan melalui Airbnb. Jika tetamu tersebut menjumpai iklan homestay anda di Airbnb, kemudian dia menghubungi anda secara terus dan buat booking diluar sistem Airbnb, maka anda tak layak menerima perlindungan ini.

 

(3) Laman web Airbnb sangat SEO friendly

SEO friendly ini maksudnya apa?

SEO ini merujuk kepada istilah search engine optimization.

 

Ia merupakan suatu istilah yang biasa digunakan bagi menunjukkan bahawa sesuatu laman web itu bagus apabila ia mudah untuk tersenarai di muka surat pertama Google bagi hasil carian menggunakan kata kunci tertentu.

 

Jika anda membuat carian homestay di Google, dengan kata kunci seperti “homestay + destinasi yang dituju” anda pasti akan dapati laman web Airbnb ini adalah antara yang akan tersenarai di muka surat pertama Google.

 

Anda boleh cuba buat eksperimen sendiri dengan menaip kata kunci contohnya seperti “homestay Kota Bharu“. Kemudian tekan butang search. Anda pasti dapat lihat di mukasurat pertama Google akan ada tersenarai laman web Airbnb.

 

Jadi apa maksudnya?

Maksudnya jika anda menggunakan Airbnb, anda juga berpotensi untuk dapat tetamu yang membuat carian homestay menggunakan Google. Kalau anda buat sendiri kerja-kerja SEO, mungkin akan ambil masa yang begitu lama untuk nampak hasilnya. Tapi kalau anda gunakan Airbnb, ia ibarat satu jalan pintas untuk kerja-kerja SEO.

 

(4) Airbnb aktif mengiklankan website mereka di Google

Pada masa yang sama, Airbnb juga turut menggunakan kaedah iklan berbayar yang dikenali dengan nama Google Adwords. Bila anda gunakan khidmat Airbnb, anda tak perlu keluarkan bajet untuk buat iklan berbayar. Pihak Airbnb yang akan buat iklan untuk anda.

 

Walaupun Airbnb tidaklah mengiklankan homestay anda secara spesifik, tapi apabila Airbnb target keyword seperti “homestay kota bharu” anda juga akan dapat manfaat.

 

Bagaimana nak iklankan homestay melalui Airbnb?

Mudah sahaja. Anda boleh ke laman web Airbnb (https://www.airbnb.com/) ataupun klik sahaja pautan ini.

 

Paparan seperti dibawah ini akan kelihatan.

Saya ada buat simulasi, jika saya ingin menjalankan bisnes homestay saya sendiri di Bandar Mahkota Cheras, rupanya potensi pendapatan yang bakal saya perolehi adalah sebanyak RM1,853 sebulan.

 

Menarik juga, kan?

Ada banyak perkara yang kita boleh bincangkan tentang Airbnb, tapi saya rasa lebih baik kita bincangkan dalam posting lain. Kalau tak posting ini akan jadi panjang hanya sebab nak bincang tentang Airbnb semata.

 

(2) Booking.com

Laman ini merupakan satu lagi laman Online Travel Agent yang kita boleh gunakan untuk membuat tempahan, bukan sekadar tempat penginapan, malahan boleh juga buat tempahan tiket penerbangan, kereta sewa, aktiviti dan banyak lagi.

Jika anda menjalankan bisnes homestay, anda juga boleh mengiklankan atau menyenaraikan homestay anda di laman web booking.com ini.

 

Jika anda menggunakan khidmat dari Airbnb pada masa yang sama, anda perlu pastikan tidak berlaku masalah seperti double booking. Kalau pada tarikh yang sama ada dua pelanggan buat tempahan dan kedua-duanya telah buat bayaran, ini akan memberi masalah kepada anda nanti.

 

Kalau anda merasakan laman web Airbnb masih belum cukup untuk anda gunakan bagi tujuan dapatkan pelanggan, apa kata anda guna juga laman web booking.com

Tidak kira, apa jenis kediaman, sama ada guest house, apartment, kondo dan sebagainya, anda boleh iklankan di booking.com

 

Sila buat pendaftaran dan isi borang untuk menyenaraikan homestay milik anda disini.

 

(3) Agoda.com

Ini satu lagi laman web yang anda patut pertimbangkan untuk iklankan bisnes homestay milik anda. Laman web yang saya maksudkan adalah laman web Agoda.

 

Tak salah rasanya kalau saya katakan bagi situasi kita di Malaysia ini, kita memang cukup familiar dengan laman web booking.com dan agoda.com.

Antara booking.com dengan agoda.com mana satu yang lebih bagus?

Saya percaya setiap satu ada kelebihannya. Lagipun, penilaian setiap orang berbeza-beza. Bila kita nak pilih mana satu yang lebih bagus, kita sebenarnya sedang membandingkan kriteria apa?

 

Kalau kita nak bandingkan mana satu lagi murah, antara booking.com dengan agoda.com saya boleh katakan harganya tak jauh beza. Mungkin artikel mengenai perbandingan antara agoda.com dengan booking.com ini saya akan tulis di lain masa.

 

Secara peribadi saya lebih selesa menggunakan Agoda berbanding Booking.com. Ada orang lebih suka gunakan Booking.com. Ada juga orang yang tak kisah nak gunakan mana-mana satu website, asalkan boleh dapat harga yang terbaik.

 

Buat pengusaha bisnes homestay, anda juga boleh iklankan homestay anda di laman web Agoda. Sila layari halaman ini untuk membuat penyenaraian.

 

Anda akan dibawa ke halaman seperti dibawah.

Tekan klik pada butang LIST YOUR PLACE NOW dan ikut sahaja langkah seterusnya.

 

Dari perspektif pengguna, saya lebih suka menggunakan laman web Agoda untuk buat tempahan sebab ada pilihan untuk buat bayaran kemudian (pay later). Lihat screenshot dibawah ini.

Saya sengaja buat dummy booking pada tarikh hari ini iaitu 2 Oktober 2019, dan buat tempahan untuk menginap pada tarikh 9 November 2019. Saya tak perlu bayar apa-apa untuk buat tempahan ini, dan saya hanya perlu buat bayaran pada tarikh 1 November 2019 nanti.

(Nota: Artikel ini saya tulis pertama kali pada tarikh 2 Oktober 2019 dan kandungannya telah saya kemaskinikan)

 

Kiranya masa yang ada ini masih sempat untuk kumpul duit, itupun kalau bajet masih belum ada. Bila kita boleh buat bayaran kemudian macam yang Agoda tawarkan ini, setidak-tidaknya kita tak rasa terlalu terbeban sebab nak kena buat bayaran semua sekali one shot.

 

Kalau sebagai pengguna, saya suka guna Agoda, maka anda sebagai pemilik bisnes homestay kenalah pastikan homestay anda turut diiklankan di laman web ini. Manalah tahu satu hari nanti, saya juga akan buat tempahan untuk menginap di homestay milik anda.

 

(4) Homestay.com

Anda pernah dengar nama laman web homestay.com?

Kalau anda menjalankan bisnes homestay, laman web homestay.com adalah satu lagi laman web yang sangat sesuai untuk anda iklankan homestay milik anda.

 

Konsep laman web ini sebenarnya tak banyak beza dengan konsep laman web Airbnb. Anda juga boleh iklankan homestay milik anda disini. Tanpa membuang lebih banyak masa, anda boleh terus ke halaman ini untuk mula iklankan homestay anda.

 

Cuma dari pemerhatian saya, saya dapati listing untuk property di Malaysia masih lagi belum banyak kalau nak bandingkan dengan laman web Airbnb. Mungkin ini satu peluang untuk anda, sebab bila belum ada banyak iklan, ini juga menunjukkan anda tidak ada banyak persaingan.

 

Apa pun, cubalah dulu.

 

(5) Tripadvisor

Konsep laman web tripadvisor ini mirip kepada laman komuniti, dimana sesama ahli boleh memberi tips, cadangan, nasihat dan juga review mengenai pengalaman penginapan yang pernah dilalui disesebuah tempat penginapan.

 

Tempat penginapan tersebut boleh jadi sebuah hotel, homestay, hostel dan sebagainya.

 

Kalau anda belum pernah menggunakan perkhidmatan ini, dan bercadang untuk mencubanya sendiri, boleh ke pautan https://rentals.tripadvisor.com/register

 

Paparan seperti dibawah ini akan kelihatan.

Apa istimewanya tripadvisor ini?

Kalau nak tahu kelebihan laman web ini, apa kata anda sendiri cuba layari laman web tersebut.

 

Saya ceritakan pandangan saya secara ringkas mengenai laman web tripadvisor ini. Pada saya laman web mereka ini ada kelainannya dari segi peranan sebagai “advisor” tu. Penggunaan perkataan advisor tu bukan saja-saja letak okay. Memang konsep mereka adalah sebegitu.

 

Sebagai pengguna, kita boleh baca review bukan sahaja tentang tempat yang kita nak menginap tu, sebaliknya kita juga dapat baca pengalaman tetamu terdahulu yang datang bercuti disesuatu destinasi percutian.

 

Mereka ini ada yang berkongsi gambar-gambar percutian mereka, berkongsi tips tempat makan yang sedap-sedap, tips untuk dapat harga promosi dan sebagainya.

 

Kalau kita lihat dilaman web mereka, kita boleh nampak ada dalam kalangan pengguna yang berbalas-balas komen ibarat seperti sedang berlaku perbincangan.

 

Bagi pengguna yang merancang untuk bercuti ke mana-mana destinasi percutian yang agak asing, boleh dapatkan nasihat dan pandangan dari pengguna lain yang pernah sampai ke tempat tersebut.

 

Boleh dikatakan, konsep Tripadvisor ini memang sangat menarik.

 

(6) Hometogo_

Seterusnya adalah laman web hometogo_

Laman web ini adalah laman web global yang mempunyai pengguna yang agak ramai.

 

Jika anda ingin mengiklankan homestay anda melalui laman web hometogo ini, boleh terus ke pautan ini https://www.hometogo.com/partner/

 

(7) rent by owner

Laman web rent by owner ini merupakan satu lagi laman web yang pada saya agak bagus untuk diberikan perhatian.

Kalau mengikut maklumat yang saya baca di laman web ini, setiap property yang anda pernah senaraikan di platform booking.com secara automatik akan turut tersenarai di laman web rent by owner (RBO) ini.

 

Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut menerusi pautan ini https://www.rentbyowner.com/addalisting .

 

Sengaja saya tak menerangkan tentang laman web ini dengan panjang lebar, memandangkan konsepnya lebih kurang sama sahaja dengan laiin-lain laman web Online Travel Agent (OTA) dan satu lagi sebab ialah laman web ini kurang popular kalau dibandingkan dengan Airbnb, booking.com, Agoda dan Tripadvisor.

 

(8) Mudah.my

Nama laman web mudah.my pastinya sudah tidak asing lagi bagi para pengguna internet di Malaysia. Satu masa dulu, sebelum Lazada dan Shopee diperkenalkan dan popular seperti sekarang ini, laman web ini menjadi tumpuan utama untuk mencari pelbagai iklan produk dan perkhidmatan.

 

Sebenarnya hingga ke hari ini, masih ada lagi yang menggunakan mudah.my sebagai platform untuk iklankan bisnes homestay yang dijalankan. Agak-agak kenapa ya?

 

Boleh jadi sebab laman web mudah.my ada pengikutnya yang tersendiri. Masih ada ramai lagi yang lebih suka untuk cari perkhidmatan dan produk melalui portal iklan mudah.my

 

Termasuklah bila nak sewa homestay apabila pergi bercuti. Ini adalah antara iklan homestay yang saya temui di portal iklan mudah.my

Bawah ini juga iklan yang saya ambil dari laman web mudah.my

Next time kalau anda nak cari homestay, mungkin boleh cari di laman web ini. Kalau anda adalah pengusaha bisnes homestay, juga boleh pertimbangkan untuk guna portal ini bagi mengiklankan bisnes anda.

 

Sama ada iklan disini berkesan atau tidak, itu kita kena tunggu dan lihat sama ada, ada atau tidak bakal pelanggan yang menghubungi anda setelah melihat iklan anda di sini.

 

Kalau langsung tak ada, tinggalkan sahaja platform iklan ini dan fokus pada platform iklan lain yang lebih berkesan.

 

(9) Google.com dan juga google.com.my

Ya, jangan ketinggalan untuk iklankan bisnes anda di laman web carian google untuk dapatkan lebih banyak bakal pelanggan!

 

Sama ada anda perasan ataupun tidak, hakikatnya ada banyak individu yang akan memulakan carian tempat untuk menginap menggunakan laman web google. Pada mulanya mereka mungkin minat nak tahu apa yang menarik yang terdapat disesuatu kawasan atau destinasi percutian.

 

Kata kunci seperti tempat menarik di Pulau Langkawi, tempat menarik di Port Dickson, tempat menarik di Cameron Highland akan dijadikan pilihan dalam carian yang dilakukan di google.

Setelah mereka puas hati dengan tempat-tempat cadangan yang boleh dikunjungi, seterusnya barulah mereka akan cari tempat untuk menginap. Jika nama homestay atau hotel milik anda muncul di beberapa laman web yang mencadangkan tempat menarik untuk dikunjungi, besar kemungkinan anda juga bakal memperolehi tetamu melalui kaedah pengiklanan ini.

 

Bagi kaedah iklan seperti ini, anda perlu mempunyai laman blog sendiri, ataupun boleh lihat cadangan ke sepuluh saya, iaitu anda menjalinkan kolaborasi dengan pemilik dan penulis blog berkaitan dengan percutian.

 

(10) Blog tentang percutian milik penulis blog yang anda kenali

Di alam maya ini, terdapat banyak pengendali dan pemilik blog.

 

Sekiranya anda merupakan pengusaha bisnes homestay, mungkin boleh pertimbangkan untuk jalinkan kerjasama dengan pemilik blog yang fokus menulis tentang tempat percutian, untuk menulis tentang homestay milik anda.

 

Dekat luar sana memang ada banyak blog, tapi kalau nak cari blog yang benar-benar fokus tentang topik percutian mungkin agak payah. Kalau nak cari blog yang tulis macam-macam topik dalam satu blog, itu tak susah.

 

Saya juga mempunyai blog yang fokus menulis tentang tempat percutian. Jika anda minat, boleh hubungi saya untuk kita bincangkan apa yang anda perlukan untuk saya menulis tentang homestay atau hotel milik anda. Blog yang saya maksudkan adalah blog Xplorasi Destinasi.

 

Kalau anda rasa kita boleh jalinkan kerjasama, bolehlah hubungi saya ya.

Baca juga: Pakej pengiklanan bisnes homestay di blog

 

(11) Google My Business

Google ada menyediakan satu servis percuma yang membolehkan penggunanya untuk menyenaraikan perniagaan yang dijalankan melalui laman web Google.

 

Servis ini diberi nama Google My Business.

Melalui servis ini, anda boleh membina profil perniagaan anda melalui Google.

 

Anda boleh layari pautan https://www.google.com/intl/en_my/business/ untuk mula membina profile business anda.

Fungsi ini sebenarnya tersedia untuk mereka yang menjalankan perniagaan dan mempunyai premis perniagaan sendiri.

 

Memandangkan kita sedang bincang tentang bisnes homestay, maka sudah tentu anda memiliki premis perniagaan anda sendiri. Dengan adanya perkhidmatan ini, ia dapat memudahkan pengguna Google untuk menjumpai homestay anda apabila mereka membuat carian di Google.

 

Sebagai contoh, ada pengguna yang mencari kata kunci “homestay di Kota Bharu”.

Kalau anda menemui hasil carian dengan format seperti diatas, ianya adalah disebabkan pemilik homestay ini telah membina profile bisnes untuk perniagaan homestay yang mereka jalankan.

 

Dibawah ini pula adalah contoh profile business yang telah dibina oleh salah seorang klien yang mendapatkan servis pengiklanan homestay dari saya.

Tetamu yang pernah datang menginap di homestay boleh memberikan review dan feedback.

 

Jika kebanyakkan tetamu memberikan review positif, ini akan meningkatkan peluang dan keyakinan untuk tetamu yang baru menjumpai homestay ini untuk membuat tempahan.

 

Tetamu yang pernah menginap juga boleh upload gambar-gambar dan video selain memberikan komen dan feedback. Jika anda masih belum bina profile homestay anda, baik anda luangkan sedikit masa untuk mula bina profile bisnes homestay anda di Google.

 

Bagaimana dengan senarai yang saya berikan ini? Agak-agak dah cukup ke masih belum cukup untuk melonjakkan lagi bisnes homestay anda ke satu tahap yang lebih baik?

 

In Shaa Allah, jika ada pertambahan laman web, yang pada pandangan saya sesuai untuk digunakan bagi tujuan mengiklankan bisnes homestay anda, saya akan kemaskini lagi artikel ini.

 

Selamat mencuba dan saya doakan semoga bisnes anda semakin berkembang dan bertambah baik.

 

Anda minat nak baca?

Boleh muat turun panduan ini dari pautan ini.

 

Exit mobile version