Blog Sabree Hussin

Senarai kerja part time online yang anda boleh lakukan dari keselesaan rumah anda

Permintaan terhadap pekerjaan yang boleh dilakukan hanya dari rumah semakin meningkat saban tahun. Nampaknya, semakin hari masyarakat mula sedar yang mereka tidak lagi boleh bergantung harap pada satu sumber pendapatan semata-mata.

 

Justeru, ada antara kita yang mengambil inisiatif untuk bekerja secara part time dari rumah dengan melakukan kerja-kerja yang boleh dilakukan secara online. Kalau satu masa dulu, mungkin pekerjaan seperti ini hanya popular buat mereka-mereka yang bergelar suri rumah semata-mata, namun kini situasinya telah berubah.

 

Bekerja dari rumah turut diceburi oleh golongan profesional yang inginkan kepuasan yang lebih dalam lapangan kerja dan kepakaran mereka. Baiklah, dalam perkongsian kali ini, mari kita lihat apa dia kerja-kerja part time yang anda boleh lakukan secara online sahaja.

 

Senaraian ini mungkin saya akan tambahkan dari masa ke masa. Saya tak susun ikut sebarang susunan tertentu, sebaliknya saya senaraikan secara rawak sahaja. Jom kita lihat apa dia kerja sambilan secara online yang anda boleh ceburi hari ini juga.

1. Data Entry

Kerja dalam bidang data entry memang cukup popular dalam kalangan mereka yang minat nak bekerja dari rumah secara online. Anda memerlukan sebuah komputer ataupun laptop dan perlu memasang perisian tertentu pada laptop atau komputer anda.

 

Bayarannya sama ada mengikut jam ataupun mengikut bilangan tugasan yang berjaya anda siapkan.

 

Kerja-kerja data entry bolehlah dikatakan sebagai satu pekerjaan yang agak remeh. Anda perlu masukkan, susun dan taip semula informasi tertentu dalam bentuk yang dimahukan oleh pihak majikan yang memberi upah.

 

Salah satu job data entry yang pernah saya lihat ialah kerja-kerja key in markah pelajar kolej. Anda akan diberi senarai nama pelajar dan juga salinan keputusan peperiksaan mereka yang tak disusun mengikut urutan yang betul. Anda perlu cari nama pelajar tersebut dan padankan dengan keputusan peperiksaan mereka.

 

Kerja ini boleh jadi sangat mudah namun agak leceh. Walaubagaimanapun, pekerjaan dalam bidang data entry ini memang cukup popular hampir diseluruh dunia menjadikan ianya benar-benar tinggi dari segi persaingannya.

 

2. Transcribe (Taip semula)

Kerja-kerja transcribe tak jauh beza dengan kerja data entry.

 

Dalam kerja transcribe, ia memerlukan anda untuk menyalin semula atau menaip semula apa tugasan yang diberikan oleh majikan.

 

Contohnya, anda perlu taip semula kata-kata, ataupun ucapan individu tertentu yang asalnya dalam bentuk audio kepada bentuk bertulis. Dalam situasi ini, anda perlu mempunyai daya pendengaran yang baik dan kefahaman yang jelas tentang apa benda sebenarnya yang diucapkan oleh individu tersebut.

 

Dari audio yang diberikan anda perlu taip semula. Kadang-kadang ia boleh juga dalam bentuk dokumen yang asalnya di scan. Ia mengandungi tulisan-tulisan tangan dan anda perlu taip semula.

 

Anda rasa kerja ni senang?

 

Belum tentu lagi. Anda mungkin akan berdepan dengan job dari mereka yang bertutur dalam bahasa Inggeris yang mempunyai slang tertentu. Contohnya orang-orang dari Australia, London, India, Jepun, atau mungkin Sri Lanka.

 

Pengalaman saya berkomunikasi dengan mereka, individu dari negara yang saya sebutkan ni, agak susah untuk faham apa sebenarnya perkataan yang mereka sebutkan. Bunyinya agak pelik. Ia sangat berbeza dengan bahasa Inggeris American.

 

3. Translator (penterjemah)

Adakah anda mahir dan menguasai dua jenis bahasa yang berbeza?

 

Sama ada bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan sebagainya? Lihat contoh dibawah.

dan juga contoh berikut

Secara kebetulan, kedua-dua contoh yang saya berikan ini adalah seorang wanita.

 

Banyak syarikat-syarikat diluar negara yang memerlukan khidmat penterjemahan seperti ini. Mereka mahukan seseorang yang dapat bantu mereka menterjemahkan sama ada dokumen, laman web, ataupun rakaman audio ke bahasa lain mengikut konteks yang tepat.

 

Walaupun sekarang ni, kita boleh gunakan khidmat daripada google translate untuk kerja-kerja penterjemahan, namun sayangnya hingga ke saat ini, teknologi tersebut masih belum betul-betul mantap dan boleh digunakan. Saya dapati bila saya cuba translate dari English ke Malay, banyak yang tak tepat. Jadi, untuk kerja-kerja penterjemahan seperti ini, masih lagi memerlukan bantuan manusia sebenar.

 

Anda boleh dapatkan banyak lagi info tentang peluang kerja-kerja penterjemahan dengan menekan klik disini.

 

4. Pengaturcara laman web

Anda mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk bina laman web?

 

1. Anda tahu dan ada pengalaman untuk pasang laman blog menggunakan platform wordpress?

2. Anda tahu cara-cara untuk bina laman jualan menggunakan wordpress?

3. Anda tahu cara-cara untuk bina laman web jualan yang profesional menggunakan blogspot? (Hint: Boleh guna perisian blogspot2minisite)

 

Jika anda mempunyai kemahiran-kemahiran yang saya sebutkan itu tadi, most likely anda juga layak untuk dapatkan kerja ini, iaitu sebagai pengaturcara laman web.

 

5. Graphic Designer (pereka grafik)

Memandangkan ada ramai sebenarnya yang memang dilahirkan tanpa mempunyai bakat untuk menghasilkan rekaan grafik yang menarik, maka mereka yang ada kemahiran ini memang patut untuk ambil peluang ini untuk bekerja sebagai pereka grafik.

 

Antara tugasan-tugasan popular yang kerap dilakukan oleh seorang pereka grafik ialah menghasilkan logo, menghasilkan design ebook ecover, menghasilkan label, banner dan macam-macam lagi mengikut kemahuan dan permintaan dari klien.

 

Malahan, jika anda mempunyai kemahiran sebagai pereka grafik, anda boleh juga manfaatkannya dengan menceburi perniagaan dalam bidang percetakkan.

 

Dalam bidang percetakkan ni pula, anda boleh buat button badge, t-shirt, brosur dan macam-macam lagi. Ia juga boleh dilakukan hanya dari rumah dan sekiranya anda memerlukan panduan bagaimana untuk lakukannya, boleh belajar dari laman web ini.

 

6. Pereka video

Kalau sebelum ini, kita bermain dengan gambar ataupun still image. Kali ini, kita buat video.

 

Kerjaya sebagai pereka video ini sama ada anda buat video animasi, video pemasaran dan sebagainya. Jangan risau, sebabnya anda hanya perlukan perisian tertentu untuk mula menawarkan servis buat video ini.

 

7. Penulis

Bekerja dari rumah part time secara online sahaja sebagai seorang penulis. Ini adalah salah satu bidang yang pada saya paling saya gemari. Bekerja sebagai seorang penulis. Sebenarnya saya sendiri pun tak pernah terfikir untuk bekerja sebagai seorang penulis, namun rupa-rupanya kemahiran menulis ini adalah satu kemahiran yang betul-betul boleh buat duit!

 

Kerjaya sebagai seorang penulis ini agak luas skopnya.

 

Jika anda memerlukan bacaan tambahan untuk menerokai peluang sebagai seorang penulis, bolehlah baca perkongsian dari Aqif Azizan disini.

 

Secara peribadi, saya juga telah berpengalaman untuk jana pendapatan dari rumah sebagai seorang penulis. Ada macam-macam bentuk penulisan yang saya dapati memang boleh menghasilkan pendapatan.

 

Antaranya yang dapat saya kongsikan ialah penulisan artikel jenis review, penulisan artikel advertorial, penulisan artikel pemasaran, penulisan iklan, penulisan buku, penulisan ebook, penulisan artikel untuk disiarkan dalam blog dan banyak lagi.

 

Semua ini mempunyai ruang dan peluang untuk buat duit.

 

“Dimana boleh dapatkan senarai kekosongan kerja kosong ini?”

Mungkin ada dalam kalangan pembaca dan pelawat sekalian yang minat nak tau, kat mana boleh dapat senarai kekosongan kerja kosong ini, betul?

 

Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan. Dalam kesempatan yang agak terhad ini saya nak cadangkan dua tempat sahaja. Pertama, GOOGLE. Anda taip sahaja apa jenis pekerjaan yang anda mahukan di google search dan selepas itu akan ada senaraian yang anda boleh pilih.

 

Cara kedua, dapatkan bantuan dari pihak Jobdirumah.

 

Cara yang pertama, PERCUMA sahaja. Namun ada banyak kerja yang anda perlu buat dan anda perlu pastikan peluang-peluang yang anda temui tu bukannya SCAM. Jika tidak, anda hanya mencari maut sahaja.

 

Cara yang kedua, adalah cara berbayar. Walaupun berbayar, kelebihannya ialah, ia lebih selamat dan jika anda manfaatkannya dengan bijak anda akan untung berkali ganda dan tak mustahil untuk anda dapat bayaran daripada pihak jobdirumah setiap bulan, seperti yang saya dan rakan-rakan penulis lain lalui.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebarang kekurangan, saya mohon kemaafan.

 

Sekiranya selepas ini anda berminat untuk bekerja dari rumah, semoga berjaya saya ucapkan dan welcome to the club!

 

Exit mobile version