Blog Sabree Hussin

Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit

Orang yang tak pernah berniaga, yang tak pernah ada pengalaman berniaga, dan yang tak pernah terfikir pun nak jadi seorang peniaga, bila tiba-tiba kita nak ajak dia berniaga, memang agak susah untuk dia bermula. Dalam kepala, ada macam-macam persoalan yang akan bermain di fikiran.

 

Semua benda terasa begitu asing. Apa yang sepatutnya mudah, serta common sense, terasa begitu susah sekali. Rasa takut, bimbang, tak yakin pada diri sendiri, dan macam-macam lagi emosi akan datang silih berganti. Ada ketika kita akan rasa begitu bersemangat dan berkobar-kobar untuk bermula, dan ada ketikanya kita akan terasa keliru seperti tak tau nak buat apa-apa langsung.

Baiklah. Saya nak cerita serba sedikit tentang pembekal. Sebenarnya, sejak saya mula bercerita tentang bisnes kedai runcit dalam blog ni, kerap jugak saya menerima emel yang bertanya tentang kat mana nak dapatkan senarai pembekal untuk bisnes kedai runcit?

 

Mana yang lebih ekstrem, mereka terus mintak senarai nama siap dengan alamat, nombor telefon dan jugak emel para pembekal yang saya sendiri gunakan untuk buka perniagaan kedai runcit saya.

 

Saya garu kepala yang tak gatal. Kemudian saya terfikir… Kalau saya bagi senarai nama pembekal yang saya gunakan kat orang yang bertanya tu… ada guna ke? Kedai saya di Meru, Klang. Si penanya tu pulak berada di lokasi yang beratus-ratus kilometer jauhnya dari saya. Relevan ke maklumat tersebut untuk dia? Itu yang jadi tanda tanya.

 

Jadi beginilah. Kalau anda bercadang untuk memulakan bisnes kedai runcit anda sendiri, dan anda bercadang untuk mendapatkan maklumat tentang senarai pembekal untuk bisnes kedai runcit, apa kata anda berhenti sejenak dan baca perkongsian saya ini. Siapa tahu, ada beberapa perkongsian yang saya nak ceritakan ni ada yang berguna untuk anda.

 

Pertama, kalau ada yang tanya maklumat tentang pembekal yang saya gunakan, seperti nombor telefon, nama kedai dan sebagainya… saya memang tak akan bagi. Bukan tak nak bagi, tapi saya tak dapat nak bagi. Saya tidak berinteraksi atau berkomunikasi melalui telefon, surat menyurat mahupun emel kepada para pembekal yang saya gunakan.

 

Ini bisnes kedai runcit je kot. Kalau saya perlu restock barang, saya hanya perlu pergi ke tempat pembekal dan order barang terus. Dewasa ini, kebanyakkan pembekal lebih suka berurusniaga menggunakan cash term. Tak kisahlah, ambik banyak ke, sikit ke, dah lama deal ke atau what ever. Cash only. 

 

Mereka (pembekal) tak mau ambil risiko. Mereka juga tak nak cash flow mereka terganggu hanya sebab mereka beri hutang kepada para peniaga. Tetapi, kalau anda jumpa pembekal yang sanggup beri anda hutang, anggap sahajalah anda bernasih baik. Jaga baik-baik pembekal tersebut.

 

Ini sebahagian daripada idea yang anda mungkin boleh gunakan untuk dapatkan pembekal anda sendiri.

 

(1) Cari pembekal di lokasi yang berdekatan dengan anda

Adakah ditempat anda atau mana-mana tempat berdekatan dengan lokasi perniagaan anda ada kedai borong? Biasanya kedai borong ni akan tulis dekat papan tanda kedai

“Pemborong barangan runcit”

“Pemborong makanan segera”

“Pemborong makanan ringan”

“Pemborongan makanan sejuk beku”

 

Kalau ada, maknanya tempat ini berpotensi untuk dijadikan pembekal anda. Satu perkara yang anda perlu tahu, jika lokasi pemborong adalah terlalu dekat dengan anda, pelanggan mungkin akan terus beli dari kedai borong tersebut. Namun, jika kedai borong ni terlalu jauh, ia akan menaikkan kos anda untuk dapatkan barang-barang tersebut.

 

(2) Alert dengan promosi-promosi harga runtuh oleh pasaraya-pasaraya besar

Sebagai contoh Tesco, Giant, Mydin dan sebagainya.

Setiap bulan, pasti ada sahaja barang-barang yang dijual dengan harga murah! Lebih murah dari lain-lain tempat. Tapi kita kena perbandingan harga jugak. Jangan tertipu. Kadang-kadang tu nampak je macam semua barang dijual murah, rupanya cuma satu dua barang je yang dijual murah.

 

Macam kat Mydin, mereka ada program kad Meriah tu. Kalau jadi ahli, boleh dapat potongan harga juga untuk pembelian barangan tertentu. Anda boleh semak sendiri barang apa yang layak dapat diskaun tambahan ya.

 

(3) Dapatkan pembekal dari pesaing untuk jadi pembekal anda

Cara ni, anda kena berhati-hati sedikit. Takut jugak kalau tersalah langkah, jadi gaduh pulak. Eh boleh buat gaduh ke? Entahlah. Yang penting pandai-pandailah anda approach pembekal ni waktu dia tengah hantar stok barang ke kedai runcit milik pesaing anda.

 

Saya rasa kalau nak buat cara ni, baik cari kedai runcit pesaing yang di bukak kat kampung sebelah. Jauh sikit dari tempat anda berniaga, tak ada masalah curi pembekal kot.



 

(4) Tunggu pembekal datang dan tawarkan diri untuk jadi pembekal anda.

Keadaan ini akan berlaku apabila perniagaan mula dikenali dan meningkat maju. Pembekal macam ni juga dikenali sebagai usahawan trading. Mereka ada barang untuk diniagakan, tetapi mereka tak ada kedai untuk jalankan perniagaan tersebut.

 

Jadi, mereka akan cari kedai-kedai runcit yang ada potensi untuk jualkan barangan mereka. Analogi dia mudah je sebenarnya. Kalau mereka buka kedai sendiri, mereka hanya ada satu kedai sahaja di satu kawasan. Tetapi, kalau mereka guna cara bisnes trading, mereka hanya perlu bekalkan barang mereka ke kedai-kedai yang sesuai. Kalau ada 10 kedai yang sudi terima barang mereka, seolah-olah mereka dah bukak 10 kedai dalam satu masa.

 

Ok selesai bab nak dapatkan pembekal untuk kedai runcit. Sekarang ni saya nak cerita pasal rancangan perniagaan ataupun kertas kerja perniagaan untuk kedai runcit pulak. Ini juga adalah salah satu yang kerap ditanyakan kepada saya.

 

Saya tidak ada sebarang kertas kerja atau dokumen rancangan perniagaan yang dapat dikongsikan dengan sesiapa pun. Rancangan perniagaan ni adalah bersifat “personal”. Perkara terakhir yang saya mahukan ialah, ada seseorang yang baca rancangan perniagaan yang telah saya sediakan.

 

Maaf. Memang saya tak akan bagi sesiapa pun untuk baca. Rancangan perniagaan ni ibarat peta yang digunakan oleh perniagaan untuk jalankan perniagaan mereka. Ia mengandungi informasi-informasi sulit seperti strategi perniagaan, teknik kaut keuntungan, taktik harga, perancangan promosi dan macam-macam lagi.

 

Tapi saya bukannya kedekut sangat. Kalau boleh saya juga nak bantu anda, serba sedikit yang saya mampu. Ok, untuk yang memang tak tau langsung macam mana nak sediakan kertas kerja perniagaan ni, saya sarankan anda download terus contoh kertas kerja perniagaan di laman web ini. [klik sini]

 

Saya faham, sesetengah orang memang perlukan kertas kerja perniagaan yang formal untuk tujuan tertentu. Mungkin untuk dapatkan bantuan kewangan dan pinjaman perniagaan misalnya.

 

Jadi saya syorkan anda dapatkan contoh kertas kerja perniagaan disini. Mungkin ada yang sesuai. Jika sesuai anda dapatkan kat situ, atau kalau tak ada yang sesuai cari kat tempat lain. Konsep kertas kerja perniagaan yang disediakan di laman web tersebut ialah anda boleh edit dan gantikan maklumat yang ada dengan maklumat bisnes anda.

 

Sesetengah individu merasakan kerja edit kertas kerja ini juga agak sukar. Mereka ada masalah dalam menyediakan bahagian perakaunan dan pro forma untuk syarikat. Jika anda juga ada isu seperti ini, saya syorkan anda hubungi rakan saya Pn Diyana melalui nombor berikut 011-2720 4420. Ataupun boleh layari laman web syarikat beliau di https://realmanagementservices.com/

 

Pn Diyana menyediakan khidmat perakaunan, percukaian dan audit akaun syarikat. Pada masa yang sama, mereka juga boleh bantu menyediakan kertas kerja untuk perniagaan anda dengan format yang betul.

 

Baiklah, semoga bermanfaat.

 

 

Exit mobile version