Blog Sabree Hussin

Contoh kertas kerja perniagaan Dobi untuk rujukan bisnes anda sendiri

Sebelum ni saya pernah kongsikan tentang sebuah buku yang saya baca berkenaan dengan bisnes kedai dobi. Buku yang saya maksudkan ini berjudulcara mudah untuk membuka kedai dobi. Kalau anda bercadang untuk membuka perniagaan kedai dobi, buku ini adalah salah satu bacaan yang saya kira agak menarik dan pastinya dapat memberi anda serba sedikit idea bagaimana untuk uruskan perniagaan kedai dobi anda nanti.

 

Selain daripada belajar cara-cara urus perniagaan kedai dobi menerusi buku-buku seperti ini, tahukah anda yang sebenarnya kita juga boleh belajar cara urus dan mulakan perniagaan dobi dari pembacaan kertas kerja sebenar sesuatu perniagaan tersebut?

 

Dalam contoh ini, sudah tentu kertas kerja yang dimaksudkan ialah kertas kerja perniagaan kedai dobi itu sendiri. Baiklah, mungkin anda tak tau dan tak pasti, kat mana nak dapatkan contoh kertas kerja bisnes dobi ini.

 

Saya ada terjumpa satu laman web yang menghimpunkan koleksi kertas kerja, yang anda boleh muat turun dan jadikan ia sebagai rujukan. Ini dia laman web yang saya maksudkan. Klik sini untuk layari laman web tersebut.

 

Menerusi laman web ini, anda bukan sahaja boleh muat turun contoh kertas kerja untuk perniagaan kedai dobi, malahan ada banyak lagi contoh kertas kerja perniagaan yang anda boleh muat turun.

 

Buat masa catatan ini ditulis, anda boleh muat turun 33 contoh kertas kerja perniagaan, yang merangkumi bisnes-bisnes seperti

1. Cybercafe
2. Pengurusan penanaman kelapa sawit (100 ekar)
3. Salon kecantikan
4. Penternakan ikan air tawar
5. Penternakan kambing
6. Penternakan lembu ‘fidlot’
7. Kedai computer
8. Kedai bakeri
9. Perusahaan cendawan
10. Pemprosesan makanan (keropok) – pembelian mesin pemprosesan makanan
11. Perusahaan textile – pembelian mesin jahit berkomputer
12. Kedai koperasi- perniagaan peruncitan, pemborong & perkhidmatan
13. Francais
14. Coffeehouse
15. Kedai Dobi (1) : MARA
16. Kedai Dobi (2) : Loan RM 25,000
17. Penanaman buah naga
18. Tanaman sayuran
19. Frozen food
20. Perniagaan coklat
21. Katering
22. Burung Puyuh
23. Restoran
24. Kedai handphone – handphone, aksesori handphone, reload
25. Perusahan telur
26. Perniagaan pencetakan
27. Penternakan ikan keli
28. Cybercafe 2 – kelas komputer, alat komputer
29. Cake shop
30. Butik kecantikan
31. Kedai jahitan
32. Penternakan cacing
33. Butik pakaian – pakaian & aksesori wanita

 

Lihat pada item yang bernombor 15 dan 16. Anda bertuah kerana dalam pakej ini, anda berpeluang untuk muat turun dan lihat sendiri bagaimana contoh proposal kertas kerja yang dihantar kepada MARA bagi mendapatkan bantuan perniagaan sehingga RM25,000. Kalau anda buat sendiri, belum tentu lagi kertas kerja tersebut dapat disiapkan dalam masa yang cepat.

 

Kesemua contoh-contoh kertas kerja ini adalah sedia untuk di edit dan disesuaikan dengan perniagan anda.

 

Peluang untuk belajar tentang selok belok perniagaan yang bakal diceburi

Sebenarnya, dengan membaca contoh kertas kerja perniagaan sebenar, kita boleh mengetahui serba sedikit mengenai perniagaan dan juga industri yang ingin kita ceburi.

 

Sebagai orang yang baru dalam sesuatu bidang perniagaan, sudah tentu kita ingin mengetahui seberapa banyak yang boleh informasi tentang bidang perniagaan yang bakal kita usahakan. Jadi, anda bolehlah baca dari kertas kerja ini.



Mengetahui berapa anggaran kos atau modal untuk memulakan sesuatu perniagaan

Faktor modal atau kos untuk memulakan perniagaan seringkali dijadikan isu utama bagi menentukan sama ada sesuatu perniagaan itu dapat dijalankan atau sebaliknya. Jika ada modal, maka bisnes tersebut boleh dijalankan. Namun, jika tiada modal… maka agak sukar untuk merealisasikan impian dan hasrat tersebut.

 

Berapa modal untuk memulakan sesuatu perniagaan? Berapa modal untuk mulakan bisnes kedai dobi?

Sebenarnya, tak ada satu pun jawapan yang spesifik untuk menjawab persoalan ini. Kalau modal besar, maka kita boleh buka bisnes dobi dalam skala yang besar. Namun, kalau modal kecil mungkin saiz kedai dobi yang kita dapat mulakan juga kecil sahaja.

 

Aha… jika anda perasan, sebenarnya saya langsung tak menjawab pertanyaan tersebut secara spesifik. Situasi yang sama pernah saya lalui ketika saya temubual seorang usahawan runcit berbangsa cina. Memandangkan beliau adalah seorang yang sangat berjaya pada pandangan mata saya, maka saya cuba dapatkan serba sedikit tips dari beliau.

 

Antara soalan yang saya tanyakan adalah tentang modal.

“Berapa banyak ya modal yang diperlukan untuk buat bisnes saya jadi besar macam awak punya bisnes?”

 

“Tak ada jawapan yang spesifik. Tiada had dalam modal untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan!” Ini jawapan yang saya terima. Walaupun saya rasa agak kecewa, namun saya akui, pada waktu itu saya telah belajar sesuatu yang baru!

 

Walaubagaimanapun, jika anda ingin mengetahui satu angka yang spesifik, anda boleh baca contoh kertas kerja dari perniagaan yang sebenar. Boleh muat turun kat sini jika anda berminat.

 

Cabaran yang perlu dihadapi dalam bidang perniagaan tertentu

Tak kira apa bidang perniagaan sekalipun, pasti ada cabarannya. Kita mungkin tak akan tahu apa dia cabaran dalam perniagaan kedai dobi selagi kita tak pernah ceburi sendiri perniagaan ini.

 

Namun demikian, kita masih lagi ada peluang dan cara untuk mengetahui dengan membaca pengalaman-pengalaman pengamal bisnes ini sebelum kita. Walaupun kita mungkin tak akan lalui pengalaman yang sama, namun lebih baik untuk kita mengetahui apa dia cabaran dalam perniagaan ini berbanding kita tak tau langsung.

 

Baiklah, ini sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Jika anda ingin survey harga mesin basuh, boleh klik link ini untuk lihat harga dari jenama yang berbeza.

 

 

Exit mobile version