Blog Sabree Hussin

Sambutan Hari Lahir Bersama Adik-adik Rumah Amal Siraman Kasih

Setakat catatan ini dibuat, ini merupakan aktiviti kedua yang pernah kami, geng Rakan Maya VF adakan bersama penghuni Rumah Amal Siraman Kasih.

Program pertama yang pernah dijalankan dulu, pun bersama adik-adik di rumah Amal Siraman Kasih ini ialah program shopping kelengkapan sekolah di Mydin Rawang.

Boleh lihat artikel saya sebelum ini yang bertajuk: Program sehari bersama warga rumah Amal Siraman Kasih

Aktiviti kali ini lebih santai.

Perancangan asal ialah nak sambut hari lahir dan adakan jamuan ringkas di situ.

Mudah-mudahan dengan usaha yang dibuat ini, sedikit sebanyak dapat memberi kegembiraan buat penghuni rumah tersebut, dan semoga mereka mengerti yang diluar sana, masih ramai lagi individu yang ambil berat tentang kehidupan insan seperti mereka.

Mereka tak pernah minta untuk diberi sumbangan. Mereka tak pernah minta untuk masyarakat luar beri perhatian yang special untuk mereka.

Bukan budaya mereka untuk mengamalkan cara hidup yang suka meminta-minta.

Jika ada yang ingin beri sumbangan, mereka akan terima.

Majlis jamuan hari lahir ni kita buat pada hari Ahad. Waktu cuti. Tarikh dia 9 February 2014. Masa kami mula-mula sampai di rumah Amal Siraman Kasih ini, adik-adik ni tengah buat kerja sekolah sebenarnya.

Bulan Februari kebetulan ada 3 orang geng Rakan Maya VF yang sambut hari lahir. Jadi, memandangkan sebelum ini memang dah berkenalan dengan warga rumah amal ini, maka sambut kat sini.

Orang kata, kongsikan kegembiraan bersama.

Ada 4 orang dari rumah amal ini yang turut lahir pada bulan Februari 🙂

Yang lelaki ambik kek dulu. Adik-adik perempuan tunggu dulu. Ikut giliran

Alhamdulilah, adik-adik ni tak komplen bab makanan :p

Saya macam biasalah.

Jadi photographer 🙂

Baru saya perasan, gambar saya langsung tak ada dalam majlis ni.

Cis

Nak tengok lain-lain gambar?

Boleh klik photo Album ini. Anda boleh lihat lain-lain photo album di profil FB beliau ya.

 

 

Exit mobile version