Blog Sabree Hussin

Program Sehari Bersama Warga Rumah Amal Siraman Kasih

Bermula tahun 2013 yang lepas saya mula aktif mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan Rakan Maya VF. Rakan Maya VF ini bermula sebagai laman forum yang menghimpunkan pengguna internet dari seluruh Malaysia untuk bersosial dan saling berkenalan.

Laman web mereka >> http://virtualfriends.net/

Sebenarnya ada banyak program yang mereka (Rakan Maya VF) dah anjurkan, tapi apa yang saya berpeluang untuk sertai ialah aktiviti mendaki Broga Hills, ekspedisi mendaki Gunung Nuang, Majlis Berbuka Puasa, dan terbaru ialah program kemasyarakatan bersama warga Rumah Amal Siraman Kasih.

Program ini kita beri nama, Jalinan Mesra Rumah Amal Siraman Kasih.

Untuk makluman pembaca dan pelawat sekalian, Rumah Amal Siraman Kasih bertempat di Rawang beralamat di No 2 Jalan Desa 12/2 Bandar Country Homes 48000 Rawang Selangor Darul Ehsan.

Masa program ini berjalan, saya jadi photographer. Jadi, gambar saya memang tak banyak, atau memang tak ada langsung.

Tempat yang kami pergi ni sebenarnya ialah asrama perempuan. Pihak pengurusan yang cadangkan tempat ini, mungkin kerana ruang yang lebih luas dan memudahkan untuk jalankan aktiviti.

Asrama ini sebenarnya adalah rumah jenis dua tingkat, di kawasan corner lot. Memang ruang agak luas, berbanding dengan asrama lelaki.

Program ni kita buat pada 08 Disember 2013.

Kalau kita lihat pada kalendar, kurang dari sebulan dari tarikh tersebut, sesi persekolahan bagi sesi 2014 akan bermula.

Jadi antara pengisian program ini selain ingin luangkan masa bersama dengan adik-adik yang menjadi penghuni rumah amal ini, kita juga ada beri sumbangan barangan keperluan asas, dan barangan keperluan untuk kegunaan semasa persekolahan.

Antara barangan yang disumbangkan.

Gambar diatas ialah antara barangan yang disampaikan. Antaranya terdiri daripada tuala, selimut, buku-buku, barangan elektrik, barangan keperluan dapur, beg sekolah, alat tulis dan banyak lagi.

Barangan ini ditaja oleh ahli Rakan Maya VF dan juga orang perseorangan (yang tak ingin namanya didedahkan) yang ingin menyampaikan sumbangan.

Ini kali pertama saya ikut program lawatan ke rumah anak-anak yatim macam ni.

First impression… Budak-budak dekat sini semua baik-baik. Pandai hormat pada tetamu. Jaga adab. Pakaian kemas. Pergaulan antara lelaki dengan perempuan sangat dijaga, dan yang paling saya respect ialah, mereka SEMUA jaga solat.

Sesi taklimat sebelum kami bawa kesemua 45 orang shopping kelengkapan sekolah di Mydin Rawang.

Bawah ni pula antara gambar-gambar semasa shopping.

Adik-adik yang sporting nak pandang kamera.

Pilih baju sekolah. Tengah pilih saiz. Nak pilih design tak boleh la kan. Baju sekolah kan design dia semua sama je.

Tak payah susah-susah nak cari fitting room. Sarung kat situ jugak.

Pilih kasut pulak.

Gambar kat atas ni sepatutnya candid. Macam mana entah ada seorang boleh intai kamera pulak.

Pihak pengurusan Mydin Rawang, pun ada beri sumbangan kepada adik-adik yang kita bawa shopping.

Terima kasih pihak pengurusan Mydin atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan.

Ambik gambar beramai-ramai sebelum pulang ke asrama.

Habis program kat Mydin, kita terus bawa budak-budak ni semua balik. Masa tu dah masuk waktu zohor. Jadi kami terus solat berjemaah bersama.

Memandangkan perut pun dah lapar, kita rehat untuk makan tengahari dulu.

Menu nasi ayam. Sedap 🙂

Brader ni sponsor Ais Krim.

Sempat interview brader yang sponsor ais krim ni. Sebenarnya dia ada menerima tempahan untuk acara majlis keramaian atau sebarang event (yang sesuai) jika perlukan khidmat beliau.

Bayangkan, time kenduri, waktu tu pulak panas. Kalau ada ais krim… fuh. Mesti tetamu suka. Budak-budak pun mesti suka.

Setakat yang dia beritahu saya, dia menerima tempahan di sekitar lembah Klang. Kalau anda berminat nak dapatkan servis dari dia, boleh terus hubungi beliau. Bincanglah apa-apa yang patut dengan dia.

Lizan Soft Ice Cream
HP : 012 396 7484 @ 012 257 7484

Gerenti puas hati 🙂

Sambung cerita pasal budak-budak ni. Pada hari yang sama, kita ada juga buat sambutan ringkas hari lahir.

Ada dua kek yang disediakan. Satu untuk pelajar-pelajar lelaki, dan satu lagi untuk perempuan. Lilin tu sekadar hiasan.

Rupa-rupanya bila kita buat program macam ni, aktiviti kemasyarakatan, ramai yang nak sponsor. Daripada orang perseorangan, hinggalah syarikat-syarikat swasta.

Doakan semoga mereka yang sponsor makin bertambah-tambah rezeki.

In Shaa Allah, lain masa kita akan war-warkan sekali lagi apabila kita dah kenalpasti rumah kebajikan mana yang kita nak kunjungi.

Ya.

Hari tu memang banyak makanan. Saya sebagai tetamu pun kenyang, harap-harap, adik-adik kat sini pun kenyang-kenyang semuanya.

Acara sebelah petang, ada aktiviti mini sukaneka.

Mula-mula tiup belon dulu. Belon siapa yang paling besar dia menang. Belon yang pecah, automatik kalah.

Lepas tiup belon kena pecahkan belon tanpa guna tangan.

Tak ada sebarang kecederaan dilaporkan. Gambar kat bawah ni adalah acara lumba dengan kaki diikat bersama. Teamwork teamwork 🙂

Ok lah.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Walau macam mana seronok sekalipun, adik-adik yang tinggal di sini mahupun kami semua sebagai tetamu, macam mana pun kita semua perlu habiskan program.

… dan kembali pada tugas hakiki masing-masing.

Acara penyampaian hadiah untuk sesi sukaneka tadi.

Sebelum balik, kami dihiburkan dengan persembahan nasyid. Tak sangka. Sebab ini tak ada dalam perancangan dan jadual program. Rupa-rupanya mereka pun ada kejutan untuk kami.

Semua sekali ada 4 lagu.

Ok saya suspect budak-budak ni cuma nak persembahkan sebuah lagu je, tapi sebab persembahan diorang ni best sangat, krew-krew Rakan Maya VF siap request extra tiga buah lagu.

Idola kecil pun tak boleh challenge diorang lah.

Bergambar sebelum balik.

Bersama adik-adik perempuan.

Bersama adik-adik lelaki.

Dan setelah bersusah payah mencari, rupanya ada jugak gambar saya 🙂

Gambar atas ni ditangkap oleh salah seorang adik yang dari mula dia nampak saya pegang kamera asyik cakap nak pinjam.. nak pinjam.. nak pinjam.

Ok bagi peluang dia pinjam, pandai pun guna.

Sebelum berpisah, saya kongsikan jugak beberapa gambar-gambar adik-adik yang sempat saya shoot.

Saya suspect mungkin adik ni cuba buat duckface.

Nampak gembira kan? Ho ho jangan tertipu. Boleh jadi kegembiraan ni cuma bertahan untuk hari ni je. Kita pun tak tau apa jadi lepas kita semua balik.

Yang sebelah kanan ni nakal sikit 🙂

Ala budak-budak, biasa la.

Adik ni baru masuk ke rumah amal ni. Kecik lagi.

Hmm…

Diorang yang request.

… abang, tangkap lah gambar kitorang.

Ok ok saya tangkap satu buat kenangan. Dah besar nanti, bila dah pandai guna internet boleh tengok gambar-gambar korang kat blog ni ye.

Hmm lagi sekali. Tak nak cakap apa-apa.

Daripada 10 orang kenalan yang saya ceritakan tentang pengalaman buat aktiviti di rumah amal ini, 7 orang bertanya kembali pada saya, macam mana nak buat sumbangan?

Good question. Dan soalan tersebut lebih sesuai dijawab oleh

1. Puan Kamariah bt. Yaakob : 016-3313546

Kami semua panggil beliau dengan nama Mak Kamariah, atau boleh juga hubungi

2. Puan Fauziah bt. Che Hashim – HP: 016 3313513

Buat pembaca dan pelawat blog ini yang mungkin berhasrat nak adakan aktiviti yang seumpama dengan yang kami buat, tapi masih lagi tak tau nak pilih rumah kebajikan yang mana, anda boleh pertimbangkan untuk buat aktiviti kat rumah ni.

Saya difahamkan, sesetengah universiti ada mewajibkan studentnya untuk buat community service kan?

So bolehlah start call nombor telefon yang saya dah sertakan.

Kalau nak buat sumbangan secara peribadi, pun boleh. Sebaik-baiknya terus hubungi nama-nama yang saya dah highlight kan.

 

 

[hcshort id=”5″]

 

Exit mobile version