Jumaat, 05 Disember 2014.
Pejam celik pejam celik, akhirnya hampir tiba jugak program yang dirancangkan. To be exact, esok adalah harinya. Tak pasti program apa yang saya maksudkan?
Ini dia, Program Masih Ada Yang Prihatin – Program Kelab Generasi Warisan Prihatin di Sg Besar.
Terima kasih. Terima kasih yang tak terhingga.
Terima kasih buat para penyumbang yang sudi untuk memberi dana untuk menjayakan dan merealisasikan hasrat kami untuk mengadakan program bersama penduduk Sg Besar.
Terima kasih juga buat ahli Kelab Generasi Warisan Prihatin yang gigih dan proaktif serta memainkan peranan yang aktif bekerja dibelakang tabir bagi menjayakan program ini.
Terima kasih juga buat rakan-rakan blogger yang memberi sokongan dan kata-kata semangat untuk kami meneruskan usaha ini. Antaranya
Saudara Zool dari blog Liga Kampung
Saudara Azuan dari blog Myrujukan
Saudari Aishah Ahmad dari blog Vitamin Si Cilik
Saudari Ummi Hanie
Saudara Its maey dari blog Ismail Ahmad
Sebenarnya ada banyak lagi komen-komen yang menarik yang anda boleh baca disini.
Jujur saya katakan, program seperti ini, walaupun banyak menerima sokongan dan galakkan dari rakan-rakan, namun sebenarnya cabaran nak menjayakan program seumpama ini sangat besar.
Terus terang saya kata, bukan semua orang suka bila kita buat kerja-kerja macam ni.
Itu belum lagi ambil kira anasir-anasir luar yang cuba untuk memburuk-burukkan program dan kelab kami ini. Memberi tuduhan yang bukan-bukan kepada kerja amal yang kami lakukan.
Apa pun semua tu kita terima sebagai cabaran.
Kalau buat benda baik, tak ada tentangan, tak ada halangan, maksudnya tak cukup baik la tu program yang nak dijalankan.
Apa pun, semua ini adalah rezeki penerima sumbangan. Bila dah sampai masa dan ketikanya, pasti rezeki tu akan sampai juga kepada pihak yang sepatutnya.
Tak akan ada yang mampu halang.
Semuanya berlaku atas ketentuan dan kekuasaan Allah.
In Shaa Allah nanti saya akan update lagi mengenai program ini selepas program ini tamat 7hb Disember 2014 nanti.