Blog Sabree Hussin

Ciri-ciri Program Affiliate yang PERFECT untuk anda sertai

Sebelum saya nak terus bercerita mengenai ciri-ciri program affiliate yang bagus untuk disertai, saya ingin bermula dengan mengajukan satu soalan untuk anda, iaitu

Apa beza antara program affiliate dengan program referral?

 

Nama yang berbeza, namun adakah ianya sebenarnya berbeza, atau sama sahaja? Saya berpandangan, kedua-dua ini lebih kurang sama sahaja. Hanya nama sahaja yang membezakan antara kedua-duanya.

 

Dari segi cara kerja, ianya lebih kurang sama. Sistem upah (reward) juga hampir sama, iaitu seseorang itu akan dibayar dalam bentuk peratusan komisen daripada harga jual produk atau servis, sekiranya individu yang kita perkenalkan itu nanti membuat pembelian. Namun jika kita perhalusi, kedua-dua konsep ini sebenarnya ada sedikit perbezaan.

 

Sekiranya anda masih agak baru dan kurang familiar dengan istilah affiliate marketing, boleh baca artikel saya yang berjudul penerangan kepada Affiliate Marketing. Saya telah membincangkan secara agak lengkap mengenai topik pemasaran affiliate disitu.

 

Dalam perbincangan disini, saya hanya akan ulas secara ringkas sahaja. Dalam program affiliate kita akan dibayar komisen apabila berjaya menghasilkan jualan, dan pelanggan yang kita sasarkan biasanya adalah terdiri daripada individu yang kita mungkin kenali dan termasuk juga mereka yang kita tak kenali secara peribadi.

 

Apabila kita membuat kerja-kerja pemasaran untuk program affiliate, kita hanya akan fokus seratus peratus kepada pemasaran online sahaja. Bagi memastikan, kempen pemasaran kita akan berjaya, kebiasaannya kita akan target kelompok pelanggan yang menepati ciri-ciri tertentu tanpa perlu risau mengenai lokasi asalkan prospek yang kita sasarkan mempunyai jaringan internet.

Manakala dalam situasi program referral atau rujukan, kita mengajak individu yang kita kenali, sama ada mereka ini adalah ahli keluarga, saudara terdekat atau kenalan untuk menjadi pelanggan, daftar sebagai ahli atau menjadi pengguna perkhidmatan tertentu.

 

Sebahagian penganjur program referral amat menitikberatkan latarbelakang individu yang hendak kita refer. Mereka ini mestilah seseorang yang kita memang betul-betul kenal, supaya tak menjadi sebarang pertikaian dikemudian hari.

 

Ringkasnya, dalam program referral kita hanya boleh memperkenalkan produk kepada mereka yang kita kenali sahaja, manakala untuk program affiliate kita bebas untuk membuat pemasaran kepada sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar peraturan pemasaran yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

 

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah peraturan pemasaran yang saya maksudkan itu? Biasanya dalam kerja pemasaran, seseorang affiliate

(1) Tidak boleh membuat spam

(2) Tidak boleh mengelirukan dan memperdayakan bakal pelanggan

(3) Tidak dibenarkan membuat pemasaran menggunakan konten terlarang seperti pornografi

 

Walaupun begitu, saya juga perasan, adakalanya istilah referral marketing dan affiliate marketing digunakan digunakan secara berganti-ganti kerana ia menggambarkan konsep pemasaran yang sama. Pada asasnya, seorang pelanggan yang berpuas hati ingin mengajak orang lain, sama ada yang dikenali atau tak dikenali untuk menggunakan produk ataupun perkhidmatan syarikat bagi tujuan mendapatkan ganjaran dalam bentuk komisen.

 

Artikel kali ini, sebenarnya saya nak kongsikan kepada anda semua, beberapa ciri program affiliate (atau referral) yang saya boleh klasifikasikan sebagai PERFECT. Ya, program affiliate yang memang TERBAIK! Kalau terjumpa program affiliate yang menepati kriteria macam yang saya senaraikan dekat bawah ini, saya syorkan anda join.

 

Buat betul-betul, fokus, dan In Shaa Allah anda juga bakal dapat meraih komisen yang lumayan menerusi program tersebut. Pada pandangan saya, berikut adalah merupakan ciri-ciri yang bagus yang patut ada pada program affiliate yang bakal anda sertai.

 

(1) Program affiliate tersebut menawarkan komisen affiliate yang berulang (recurring commision)

Maksudnya sekali kita buat jualan pada pelanggan tersebut, kita akan dapat nikmati komisen dari dia sepanjang hayat, atau setidak-tidaknya sampai satu tempoh masa tertentu.

 

Komisen berulang ini biasanya dikaitkan dengan elemen subscription atau langganan terhadap perkhidmatan tertentu. Macam sebelum ini, saya sertai program rujukan Tone Excel WOW.

 

Selagi mana pelanggan tersebut masih lagi menggunakan simkad TE dan masih lagi melakukan tambah nilai, maka selagi itulah saya layak untuk menerima komisen dari dia. Sekarang ini dah agak susah nak cari program affiliate atau rujukan yang menawarkan struktur komisen berulang seperti ini.

 

Kalau ada sekalipun, kita perlu lihat kepada tawaran-tawaran yang ada diperingkat antarabangsa sekali. Lazimnya, produk atau servis yang ada ciri subscription ini adalah software. Saya berikan beberapa contoh, iaitu

 

i. Apps Shopify untuk bina laman web jualan

Apps ini banyak digunakan oleh usahawan internet dari negara kita dan dari luar negara untuk jual pelbagai produk menggunakan kaedah dropship.

Kelebihan apps shopify ini adalah ianya sangat membantu dan memudahkan untuk kita menjalankan bisnes dropship secara automatik.

 

ii. Apps Ordersini juga untuk bina laman web jualan 

Apps seterusnya yang tak kurang hebatnya ialah apps yang dinamakan sebagai Order Sini.

Sekiranya anda menjadi salah seorang affiliate bagi ordersini dan berjaya dapatkan jualan untuk apps ini, anda juga bakal memperolehi komisen berulang kali, apabila pelanggan yang anda rujuk itu memperbaharui tempoh langganan.

 

(3) Program Consumerchant PG Mall

Program consumerchant PG Mall ini juga menawarkan peluang untuk kita menerima komisen sepanjang hayat dan berulang, selagi mana pelanggan yang kita ajak untuk membuka akaun PG Mall membuat pembelian dari laman web tersebut.

 

PG Mall ni lebih kurang sama dengan laman web ecommerce Lazada dan juga Shopee. Ada macam-macam produk yang kita boleh promosikan, yang terdapat di laman web tersebut. Dari produk berjenama terkenal hinggalah produk OEM.

Setakat ini saya biasa beli buku dari PG Mall. Dari pembelian peribadi, saya boleh dapat cash back bernilai sehingga 3.5%.

 

(2) Mempunyai ciri berbilang tingkat (tier-affiliate program)

Ciri berbilang tingkat ini kalau nak memudahkan kefahaman, kita tengok bisnes jenis Multilevel Marketing atau singkatannya MLM.

 

Ada level-level tertentu. Upline boleh dapat over riding komisen dari downline. Seronoknya program affiliate macam ini, kita boleh dapat passive income, walaupun dah agak jarang buat kerja-kerja pemasaran.

 

Saya pernah menulis tentang program affiliate yang menawarkan lebih dari satu level komisen sebelum ini.

Jemput baca disini ya: Senarai program affiliate yang menawarkan komisen bertingkat-tingkat

 

Saya faham, ada orang yang menganggap konsep pemasaran berbilang peringkat atau multilevel marketing ini sebagai sesuatu yang tidak beretika, tak adil dan hanya mengkayakan orang yang berada diatas.

 

Jika itu pandangan dan pendapat anda, saya hormati pendirian tersebut dan saya tak bercadang untuk meyakinkan anda untuk menyukai konsep ini. Cuma apa yang saya nak sampaikan, konsep komisen berbilang peringkat ini ada kebaikkannya dan satu masa nanti ia amat membantu dan kita pula tak perlu lagi terlalu bersusah payah buat kerja pemasaran sama seperti waktu kita baru mula join sebagai affiliate.

 

Saya kongsikan antara program affiliate yang komisen dia lebih dari satu level, iaitu

i. Klikjer

Pada awal pengenalannya dulu, program affiliate klikjer hanya menawarkan komisen satu level sahaja. Setiap affiliate hanya akan dapat komisen bagi jualan yang dia sendiri lakukan sahaja.

Sebagai seorang ejen affiiliate, kita hanya perlu fokus untuk mendapatkan jualan peribadi sahaja. Tapi tak lama kemudian, pihak pengurusan telah membuat rombakan dan mula memperkenalkan komisen level 2 untuk menjadikan program affiliate ini jadi lebih menarik.

 

Kini para affiliate bukan sahaja boleh menikmati komisen daripada hasil usaha pemasaran sendiri, malahan kita juga boleh dapat sedikit komisen daripada hasil jualan yang dilakukan oleh affiliate dibawah kita.

 

Komisen untuk level dua tidaklah begitu tinggi. Ianya sekitar 5% sahaja.

 

Sekarang, kita boleh fokus untuk buat sales, dan kalau ada affiliate yang daftar bawah kita, kita still boleh untung juga. Kalau anda masih belum pernah daftar sebagai affiliate Klikjer, bolehlah mula daftar hari ini.

 

Saya berpendapat, komisen level dua ini hanyalah satu ciri tambahan sahaja. Ia bukanlah bertujuan untuk mengubah fokus para affiliate daripada membuat jualan kepada aktiviti merekrut semata-mata.

 

ii. Adhance

Dalam program adhance, kita tak perlu buat sebarang jualan. Kita hanya mengajak orang yang minat nak mohon kerja untuk buat permohonan kerja melalui laman web Maukerja.my

 

Ia merupakan satu konsep yang agak unik dan menarik. Saya pun ada join program ini dan kalau anda belum join, boleh sertai disini.

 

iii. PG Mall

PG Mall ini menggunakan konsep yang agak unik dikenali sebagai consumerchant. Sebagai pengguna atau pelanggan di PG Mall, kita juga sebenarnya dianggap sebagai salah seorang merchant yang layak untuk berkongsi keuntungan yang dinikmati oleh platform PG Mall ini.

Saya pernah cerita mengenai peluang jana pendapatan dengan PG Mall sebelum ini. Anda boleh baca artikel tersebut supaya lebih faham mengenai cara kerja dan konsep PG Mall yang unik ini.

Minat nak join consumerchant PGMall? sila daftar disini. 

 

(3) Proses pengesahan komisen yang pantas

Sesetengah pengendali program affiliate, akan meletakkan tempoh yang agak lama, misalnya 30 hari hingga 90 hari untuk proses pengesahan komisen dilakukan. Selepas itu, komisen akan dibayar pada bulan seterusnya.

 

Proses ini sahaja adakalanya boleh mengambil masa hampir 60 – 120 hari. Ia agak lama dan sebagai affiliate, kita rasa tertunggu-tunggu duit komisen.

 

Sebenarnya tempoh 30 hari itu diperlukan, bagi memberi masa kepada pelanggan. Ada sesetengah produk menawarkan jaminan pulangan wang balik dalam masa 30 hari. Jika pelanggan tak minta refund, maka komisen akan dibayar.

 

Namun kalau dalam masa 30 hari tu, pelanggan minta wang dikembalikan, maka komisen kita akan dibatalkan untuk transaksi tersebut.

 

Dalam konteks ini, saya suka mempromosikan produk dari Klikjer sebabnya proses pengesahan komisen dia agak pantas, dan kadar refund juga sangat rendah. Ini bermakna pelanggan yang membuat pembelian memang betul-betul puas hati dengan produk yang dibeli.

 

(4) Pembayaran komisen ke akaun bank yang sentiasa tepat waktu

Untuk point ini, saya puji program affiliate yang dikendalikan oleh pihak Klikjer (sekali lagi). Biasanya bayaran komisen akan mula dikreditkan ke akaun bank pada setiap minggu pertama.

Minggu pertama pada setiap bulan itu ibarat hari gaji bagi para affiliate klikjer. 

 

Bila bayaran dibuat pada satu sela masa yang konsisten, jadi lagi mudah untuk kita atur rancangan, sama ada untuk pergi bercuti bersama keluarga, bayar hutang dan sebagainya.

 

(5) Produk yang dijual adalah produk keperluan

Satu perkara yang saya suka mengenai produk keperluan ini ialah kita tak perlu nak bersusah payah menerangkan tentang kelebihan, manfaat, testimoni pelanggan terdahulu dan ciri-ciri produk kepada bakal pelanggan.

 

Cukup sekadar kita beritahu, apa produk yang dijual. Oleh sebab produk tu sememangnya produk keperluan, mereka memang sudah faham tentang produk tersebut.

 

Sesetengah laman web seperti Lazada atau Shopee pula kadang-kadang menawarkan diskaun tambahan. Ini menjadikan harga produk tersebut jadi lebih murah kalau nak bandingkan dengan beli di pasaraya. Biasanya, tawaran diskaun seperti inilah yang akan menggalakkan mereka yang tak pernah beli barang secara online untuk mula mencuba.

 

(6) Pelanggan dapat membeli pelbagai produk dalam satu masa

Sekiranya produk dijual menggunakan laman web berkonsepkan ecommerce, biasanya dalam sesebuah laman web itu akan ada banyak produk yang dijual.

 

Tengok laman web Lazada, Shopee, dan juga bookcafe sebagai contoh. Pelawat yang melayari laman web tersebut dihidangkan dengan macam-macam produk.

Kadang-kadang kita sebagai affiliate sebenarnya sedang mempromosikan produk jam tangan jenama G-Shock Original melalui platform blog, atau facebook milik kita.

 

Tapi pembaca yang membaca posting kita tu, tak berminat pula nak beli jam tangan, sebaliknya dia memilih untuk beli kasut. Baiklah, walaupun dia tak beli jam tangan yang kita promosikan, asalkan dia ada klik pada link affiliate kita, dan dia beli apa-apa produk yang dijual di laman web tersebut, kita masih lagi akan dapat komisen.

 

Satu perkara yang saya suka dengan mempromosikan laman web jenis e-commerce ini ialah, kita mempunyai berjuta produk yang boleh dipromosikan. Peluang untuk dapat jualan sangat besar!

 

(7) Pelanggan yang sama ada kebarangkalian untuk beli lagi produk (repeat order) di masa akan datang

Faktor repeat order ini juga merupakan salah satu faktor atau ciri yang penting. Produk digital seperti ebook ataupun perisian, lazimnya pelanggan hanya akan beli sekali sahaja.

 

Ini secara tak langsung menutup peluang kita untuk dapatkan komisen dari pelanggan yang sama berulang kali.

 

Macam sebelum ini, saya ada sentuh sedikit mengenai laman web PG Mall. Sebenarnya kalau anda aktif mempromosikan laman web PG Mall, dan berjaya mendapatkan pelanggan, anda sebenarnya akan dapat komisen setiap kali pelanggan tersebut membuat pembelian di platform tersebut.

 

Ya, termasuk juga pembelian ulangan yang akan dilakukan dimasa akan datang.

 

(8) Kadar permohonan bayaran balik (refund) yang rendah

Kadang-kadang rekod komisen yang telah dijana terpaksa dibatalkan sebabnya pelanggan yang buat tempahan produk telah meminta refund.

 

Ada macam-macam sebab kenapa pelanggan meminta bayaran wang balik. Misalnya, pelanggan tak puas hati pada kualiti produk, produk rosak, produk tak sama seperti yang ditempah dan sebagainya.

 

Memandangkan pelanggan telah meminta wang miliknya semula, maka tiadalah komisen untuk kita. Sebarang komisen yang telah dijana akan dibatalkan.

 

(9) Kemudahan dan kepelbagaian cara pembayaran ketika pembelian dilakukan

Mudahkan pelanggan buat bayaran, maka akan ada lagi ramai pelanggan akan buat pembelian. Saya ambil contoh jika anda ingin buat pembelian dari laman web Lazada Malaysia.

Pelanggan yang nak buat bayaran untuk produk yang dibeli di Lazada, boleh bayar menggunakan kad debit, kad kredit, Lazada Wallet, bank transfer dan kalau nak bayar melalui 7-eleven pun boleh juga.

 

(10) Tak perlu bayar apa-apa untuk join program affiliate tersebut

Umumnya program affiliate adalah percuma. Jika kita berminat nak sertai program affiliate, kita tak perlu bayar apa-apa untuk daftar sebagai ejen.

 

Kita akan buat kerja tanpa sebarang upah, dan hanya akan menerima bayaran jika berjaya buat jualan, tiba-tiba kena bayar pula untuk jadi ejen. Ini satu benda yang agak melampau sedangkan kita dah buat kerja pemasaran secara percuma untuk syarikat pengendali program affiliate tersebut.

 

Sebenarnya, saya juga berpendapat, program affiliate yang perlu bayar untuk join ini adalah sesuatu yang agak bagus juga.

 

Kalau program yang kena bayar baru boleh jadi affiliate, biasanya persaingan antara sesama ejen adalah kurang berbanding yang percuma untuk disertai. Jadi kebarangkalian untuk dapat lagi banyak komisen juga lebih tinggi, memandangkan kurang persaingan sesama ejen.

 

Perkara ini ada kelebihan dan ada juga kekurangannya.

 

(11) Tidak perlu jual apa-apa produk atau servis untuk layak dapat komisen

Program affiliate jenis CPA (cost per action) atau PPL (pay per lead) tidak memerlukan kita untuk buat jualan untuk melayakkan kita dapat komisen.

Kalau anda minat program affiliate yang seumpama ini, bolehlah sertai program affiliate Adhance.my ataupun program referral Involve Asia.

 

Sesetengah orang tak minat nak cuba buat duit dengan affiliate marketing sebab tak pandai buat jualan. Sebenarnya untuk mereka yang tak pandai menjual, masih ada alternatif lain iaitu sertai affiliate yang berkonsepkan Pay Per Lead.

 

(12) Penghantaran produk dilakukan dalam masa yang pantas

Kalau produk digital, lazimnya produk akan dihantar kepada pelanggan dalam tempoh masa 24 ke 48 jam. Kalau ambil masa sampai 48 jam, itu satu standard penghantaran produk digital yang sangat teruk.

 

Manakala untuk produk fizikal, saya kira kalau 3 – 5 hari bekerja, adalah satu tempoh masa yang munasabah.

 

Tempoh masa untuk penghantaran ini adalah satu perkara yang penting untuk diperhatikan, kerana ia akan memberi kesan kepada komisen yang kita telah hasilkan. Kalau barang sampai terlalu lama dan pembeli tak puas hati, ada kemungkinan pelanggan itu tadi akan batalkan pesanan.

 

Tapi kalau produk sampai awal dan dalam keadaan yang baik, tak mustahil untuk pembeli ini beli lagi dimasa akan datang.

 

(13) Jangka hayat cookies yang lama

Cookies ini bukannya merujuk kepada biskut yang kita boleh makan tu, sebaliknya ia adalah satu skript atau program komputer yang digunakan dalam sistem affiliate bagi tujuan merekod komisen.

 

Sebelum ini, saya pernah dengar ada program affiliate yang jangka hayat cookies yang digunakan adalah selama 24 jam sahaja. Saya beranggapan tempoh 24 jam ini terlalu pendek. Ia bermakna, pelanggan yang melihat tawaran produk perlu membeli dalam masa 24 jam dia menekan link affiliate kita.

 

Timbul persoalan. Apa berlaku kalau dia buat pembelian diluar daripada tempoh 24 jam tersebut? Siapa yang akan dapat komisen, sedangkan kitalah yang telah bersusah payah membawa pelanggan tersebut melalui usaha pemasaran yang kita lakukan.

 

Kebiasaannya dalam situasi ini, tiada affiliate yang akan dapat komisen tersebut. Keuntungan yang terjana adalah 100% milik penjual atau pengendali program affiliate.

 

Oleh sebab itu, kita perlu tahu berapa lama jangka hayat cookies yang digunakan, dan sebaik-baiknya pilihlah program affiliate yang menggunakan tempoh cookies yang agak lama. Misalnya 7 hari ke 30 hari. Almaklumlah, pelanggan ini biasanya tak akan terus buat bayaran.

 

Kadang-kadang mereka akan tunggu dapat gaji, tunggu dapat bonus, atau tunggu 2 ke 3 hari sebelum buat bayaran.

 

(14) Pengendali program affiliate menyediakan bahan pemasaran

Sebelum saya terangkan kenapa perkara ini adalah bagus, biarlah saya tegaskan terlebih dahulu. Sebagai ejen affiliate, kita tak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada bahan pemasaran yang disediakan oleh pihak pengendali program semata-mata.

 

Pada pihak kita sendiri, kita perlu ada satu usaha untuk hasilkan bahan pemasaran kita sendiri mengikut kreativiti kita supaya usaha promosi kita tu nanti nampak berbeza dan lain dari yang lain.

 

Namun begitu, kita patut berterima kasih kepada pihak penganjur yang telah menyediakan bahan-bahan promosi untuk kegunaan para affiliate. Bahan promosi yang saya maksudkan adalah dalam bentuk artikel promosi, ayat copywriting, banner, montaj video pemasaran dan sebagainya.

 

Semua ini sangat memudahkan para affiliate.

 

Bagi ejen affiliate yang masih baru dan kurang berpengalaman, mereka ini boleh terus buat kerja promosi sebaik sahaja mendaftar dan jika bernasib baik boleh terus dapat jualan, tanpa perlu dia bersusah payah menulis artikel promosi, menghasilkan ayat copywriting dan sebagainya.

 

Dalam situasi ini, kemahiran yang diperlukan hanyalah kemahiran buat kerja copy and paste serta kerajinan!

 

Ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan semangat ejen baru tersebut untuk bergerak dengan lebih serius dalam bidang pemasaran affiliate.

 

(15) Penganjur program affiliate menyediakan modul dan sesi latihan

Seterusnya yang kita perlu lihat, yang bagus  jika ada pada program affiliate tersebut adalah sesi dan modul latihan untuk para affiliate.

 

Modul latihan ini mungkin diberikan sama ada secara rakaman video, sesi live meeting, menerusi ebook dan lain-lain. Sekurang-kurangnya pihak pengendali program ada menyediakan bahan dan modul latihan untuk dirujuk oleh para affiliate yang masih baru.

 

Bila ada benda ini, tidaklah mereka tertanya-tanya, macam mana nak buat duit? Macam mana nak buat kerja pemasaran dan sebagainya.

 

Seterusnya di pihak ejen affiliate, kenalah ambil inisiatif untuk luangkan masa dan belajar. Bukannya asyik bertanya, suruh terangkan itu, terangkan ini, sedangkan semua yang perlu dia tahu sudah tersedia. Cuma perlu cari dan study sendiri.

 

(16) Sertai program affiliate yang mempromosikan produk jenama terkenal

Pada satu hari, saya dihubungi oleh seseorang yang saya tak kenali melalui email. Dalam email tersebut, individu tersebut mengajak saya untuk daftar secara percuma sebuah program affiliate yang menawarkan komisen sehingga tiga level.

 

Kalau melihat kepada tawaran tersebut, nampaknya program tersebut sangat menarik.

(1) Ia percuma

(2) Struktur komisen juga menarik sebab ada 3 level

 

Tapi bila saya lihat laman web yang bakal saya promosikan, saya terus hilang minat. Lalu saya abaikan terus tawaran tersebut.

 

Kenapa agaknya? Apa yang membuatkan saya hilang minat?

 

Sebabnya ialah, produk yang bakal saya promosikan nanti adalah produk dalam niche kecantikan dan kesihatan. Niche ini sebenarnya lebih sinonim dengan bisnes MLM. Namun bukan itu masalahnya. Masalahnya adalah dari segi jenama produk tersebut.

 

Jenama yang bakal saya promosikan itu nanti adalah satu jenama yang langsung tak dikenali. Saya syak, ia sebenarnya produk OEM yang dijenamakan semula menggunakan jenama sendiri.

 

Jika saya setuju untuk join sebagai affiliate, maka akan ada banyak kerja yang saya perlu lakukan, bagi meyakinkan bakal pelanggan untuk membeli produk. Jujur saya katakan, saya tak ada masa untuk terlibat dalam kempen pembinaan jenama, sebab ia memakan masa yang sangat lama dan lebih menguntungkan pemilik jenama berbanding affiliate.

 

Oleh itu, jika dapat saya ringkaskan. Sekiranya anda ingin mempromosikan sesuatu produk, yang lebih baik adalah anda fokus kepada produk dari jenama atau syarikat yang memang telah dikenali. Dalam keadaan ini, anda tak perlu nak yakinkan bakal pelanggan bahawa produk tersebut bagus, sebaliknya anda hanya perlu fokus kepada pemasaran untuk dapatkan jualan.

 

Saya doakan semoga artikel yang ringkas ini bermanfaat untuk anda. Saya doakan juga semoga anda berjaya memperolehi komisen bagi setiap program affiliate yang anda sertai.

 

Orang yang join affiliate program ini, tahap income dia ada pelbagai. Ada yang just cukup-cukup makan, biasa-biasa, konsisten dan ada juga yang kita boleh gelarkan dia sebagai super affiliate.

 

Kalau nak tahu tahap mana super affiliate tu, kita boleh tengok berapa income yang dia perolehi. Misalnya macam kat bawah ni.

Saudari Adilah ini boleh pulun buat affiliate sampai berjaya dapat RM170,996 komisen. Macam mana dia buat? Saya tak tahu. Anda kena tanya dia sendiri dengan menekan klik pada pautan ini.

 

 

Exit mobile version