Blog Sabree Hussin

Program Affiliate Kinokuniya – Tambah pendapatan sambil baca buku

Program affiliate Kinokuniya adalah salah satu program affiliate yang saya sertai. Untuk para peminat dan pencinta buku, pastinya anda tahu bahawa Kinokuniya ini adalah nama bagi sebuah kedai buku yang cukup besar yang terletak di KLCC.

 

Kali pertama saya datang ke kedai buku Kinokuniya, saya rasa terpegun.

“Wah… besarnya kedai buku. Macam library pulak!”

 

Dah la besar, macam-macam buku ada dijual kat kedai buku tersebut. Sesetengah buku, kita boleh baca secara percuma sahaja. Ada buku yang diberikan browsing copy. Kalau buku yang dalam plastik tu, kenalah tanya staf yang bertugas dulu kalau nak tengok atau nak belek-belek isi kandungan buku tersebut.

Macam mana cara nak join Program Affiliate Kinokuniya?

Senang je. Untuk daftar program affiliate ni, pergi ke laman web ini.

 

Program affiliate ini dikendalikan oleh Involve Asia. Jadi, kalau nak jadi affiliate, kenalah daftar dengan pihak Involve Asia dulu.

 

Tiada sebarang caj mahupun pembayaran dikenakan. Program affiliate ini adalah PERCUMA sahaja. Ia tak sama macam satu program affiliate yang ada kat luar sana tu, yang mana kalau nak join, kita kena bayar pulak. Dikhabarkan, bayaran tersebut adalah bagi tujuan mendapatkan lesen.

 

Hmm… entahlah.

 

Pada saya, kalau nak join program affiliate tu, cari je yang percuma. Ada banyak program affiliate yang tak mengenakan sebarang bayaran. Malahan jika ada rezeki, kitalah yang akan menerima bayaran, terutama sekali apabila dah berjaya hasilkan jualan.

 

Berapa komisen yang boleh diperolehi menerusi Program Affiliate Kinokuniya ini?

Pada waktu catatan ini ditulis, kita akan menerima bayaran komisen sebanyak 4% apabila berjaya buat jualan. Kalau dibandingkan dengan lain-lain program affiliate yang turut menjadikan buku sebagai salah satu produk jualan, saya boleh katakan program affiliate dari Kinokuniya ini agak rendah peratusan komisennya.

 

Saya ambil contoh, program affiliate Bookcafe menawarkan komisen per jualan sebanyak 5% manakala program affiliate Lazada pula menawarkan komisen minima 6%.

Baca lagi

1. Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?

2. Program affiliate Bookcafe untuk para pencinta buku

 

Walaupun 4% komisen itu tidaklah begitu besar, namun kalau diperhatikan, kebanyakkan buku-buku yang dijual di Kinokuniya boleh dikatakan agak mahal juga harganya. Maklum sahajalah, di laman web tersebut ada menjual banyak buku-buku yang diimport dari luar negara.

 

Kita andaikan yang daripada kerja promosi yang dilakukan, anda berjaya dapatkan jualan untuk produk berharga RM100. Dengan komisen sebanyak RM100, anda telahpun berjaya memperolehi komisen sebanyak RM4.

 

Memandangkan program ini dikendalikan oleh Involve Asia, setiap komisen yang terhasil itu nanti akan dicampurkan sekali dengan sebarang komisen yang mungkin terhasil sebelum ini daripada laman web lain, seperti Lazada Malaysia, Ez Buy Malaysia, Zalora, Trivago dan sebagainya.

 

Jadi, walaupun nampak rendah, namun bila dicampur-campur dengan lain-lain program yang turut dikendalikan oleh pihak Involve Asia, jumlahnya jadi agak besar juga.

 

Ok la, bagi mereka yang belum sertai program affiliate ini, bolehlah lakukan pendaftaran secara percuma sahaja menerusi laman web Involve Asia ini. Selamat berusaha dan semoga berjaya.

Baca juga: Bagaimana cara mempromosikan produk Involve Asia sampai dapat KOMISEN?

 

 

Exit mobile version