Blog Sabree Hussin

Perlukan keazaman yang kuat untuk langsaikan Hutang Kad Kredit

Dah agak lama saya tak menulis tentang hutang kad kredit dalam blog ni. Saya memang dah standby dengan beberapa draf artikel, tetapi untuk saya taip semula dalam bentuk yang proper, saya perlukan sedikit masa.

 

Jika boleh, dah tentu saya nak kongsikan serba sedikit nasihat yang praktikal dan yang boleh diikuti oleh pembaca, dalam mencapai matlamat bebas hutang kad kredit ni. Paling penting, nasihat yang saya bakal kongsikan ini, bukannya sekadar teori semata-mata.

 

Alah… kalau cuma nak bagi teori, saya rasa ramai yang boleh lakukan. Malahan, kalau nak jadikan topik ini sebagai tajuk karangan untuk para pelajar tingkatan lima pun, mereka pasti boleh lakukan.

Atas sebab tu, saya rasa lebih baik kalau saya menulis berdasarkan pengalaman sebenar dan juga contoh-contoh tindakan yang anda boleh praktikkan dengan serta merta. Jadi, masa yang anda peruntukkan untuk baca perkongsian saya ini nanti, tidaklah rasa seperti satu pembaziran.

 

Kenapa kita berhutang?

Saya rasa jawapan paling mudah ialah, sebab kita tak ada duit. Kalau kita ada duit, dan kita mampu untuk beli apa yang kita nak, sudah tentu kita tak perlu susah payah untuk berhutang.

 

Adakah selepas kita berhutang, kita akan jadi seorang yang berduit? Saya rasa jawapannya adalah TIDAK.

 

Kedudukan kewangan kita tak akan jadi bertambah baik selepas kita ambil hutang. Pendapatan kita akan tetap SAMA seperti mana sebelum kita ambik hutang, tetapi… komitmen kita akan makin bertambah. Kalau sebelum ni, kita tak perlu bayar hutang, kali ini kita dah ada hutang yang perlu dibayar.

 

Selain berhutang, kita boleh gunakan pendekatan menabung untuk beli barang yang kita mahukan. Tetapi, saya yakin, kita semua sedia maklum, kalau menabung ni makan masa. Sesetengah orang, tak sanggup untuk tangguhkan dulu hasrat untuk membeli dan memiliki sesuatu ke satu masa lain yang lebih sesuai.

 

Kalau boleh, semua benda yang dia nak, nak sekarang juga! Memang inilah sikap manusia yang kurang sabar dan lebih cenderung untuk ikut nafsu.

 

Oleh kerana kita berhutang sebab tidak berduit, selepas ambil hutang, ia tak akan menjadikan seseorang tu berduit, sebaliknya hutang tersebut akan menjadikan kedudukan kewangannya akan jadi makin teruk.

 

Bermakna, jika anda tidak tambahkan pendapatan, atau mencari sumber pendapatan yang baru, hutang anda tidak akan selesai sampai bila-bila, dan kehidupan anda juga tak akan jadi bertambah baik.

 

Ubah cara hidup sebagai langkah untuk selesaikan hutang kad kredit

 

Suka ataupun tidak, kita kena ubah cara hidup. Saya juga perlu lakukan tindakan yang sama.

 

Saya masih ingat lagi, kalau dulu, sebelum saya ada masalah hutang, saya akan peruntukkan sekurang-kurang RM100 – RM200 setiap bulan untuk beli buku. Masa zaman saya masih sekolah dulu, saya suka beli dan kumpul komik.

 

Tapi bila dah besar macam sekarang ni, hobi kumpul komik dah mula berkurang. Lagipun, pelukis-pelukis kegemaran saya dah tak ada hasilkan karya yang menarik. Jadi, secara automatik rasa nak beli komik terus hilang.

 

Dari suka beli komik, saya suka beli buku. Biasanya buku-buku yang saya beli ni adalah dalam kategori Non-Fiction seperti buku-buku tentang motivasi, pengurusan perniagaan, kewangan, pemasaran, agama dan sebagainya.

 

Satu hari nanti, saya plan nak ada mini library saya sendiri.

 

Sudah tentu, hasrat ini terpaksa saya tangguhkan sebabnya saya dah tak mampu nak beli buku. Sekarang ni, instead of saya beli buku, setiap bulan saya akan pinjam sahaja buku dari perpustakaan negara. Setiap orang boleh pinjam maksimum 6 buah buku sahaja. Kalau kita guna dua kad pengenalan, bolehlah pinjam 12 buah buku.

 

Actually, nak habiskan baca 6 buah buku dalam masa sebulan tu, susah juga. Buku-buku yang saya pernah beli pada masa zaman saya belum ada hutang pun, sebenarnya ada banyak lagi yang saya tak habis baca lagi.

 

Ini salah satu perubahan yang saya lakukan. Daripada rajin membeli buku, kepada rajin meminjam buku dari perpustakaan.

 

Bukan ini sahaja perubahan yang saya lakukan. Ada beberapa lagi, antaranya saya juga menukarkan beberapa produk atau perkhidmatan yang saya perlukan kepada sesuatu yang boleh menjana pendapatan.  

 

Tukar talian telefon dari Maxis kepada Tone Excel

Tone Excel ni menggunakan talian Tune Talk. Beza Tune Talk dengan Tone Excel ni ialah, kalau guna simkad Tone Excel, saya boleh buat duit.

 

Banyak atau sikit, itu belakang cerita. Apa yang penting bagi saya ialah, ia boleh buat duit.

 

Ada orang kata, tak berbaloi kalau guna sim Tone Excel ni, sebab cajnya mahal dan macam-macam lagi sebab. Pada saya, itu semua bergantung kepada penggunaan.  

 

Cara saya guna telefon tak sama dengan cara orang lain guna.

 

Jadi, dengan penggunaan seperti saya ni, sebulan kalau saya cuma nak topup RM20 – RM30 sahaja pun dah mencukupi.

 

Tak perlu nak compare penggunaan saya dengan anda. Anda lihat sendiri cara anda guna. Bukan semua orang sesuai untuk guna simkad ini. Jadi tak perlu nak gaduh dan tak perlu nak kata mahal, tak berbaloi dan sebagainya.

 

Pada saya, apalah gunanya pakai sim yang murah, tapi ia tak membantu saya langsung dalam mencapai matlamat untuk bebas kewangan. Ataupun sekurang-kurangnya boleh bantu saya sedikit untuk bayar hutang kad kredit.

Salah satu akaun saya dengan Tone Excel, saya join menerusi sistem Autodownline. Bagi tujuan marketing pun saya gunakan sistem autodownline ni sahaja.

 

Memang jenis set and forget.

 

Apa yang saya tahu, saya guna sim Tone Excel, saya menulis pasal Tone Excel dalam blog ini, dan jika ada pembaca blog ni yang minat nak join menerusi rangkaian saya, semua ini akan diuruskan sepenuhnya oleh sistem dan juga admin ini.

 

Anda juga boleh join dengan menekan klik pada pautan ini jika minat.

 

Dari pemerhatian saya, pendapatan dari Tone Excel sekarang ni tidaklah serancak dahulu. Kalau dulu, memang boleh nampak komisen Tone Excel tu makin naik, naik dan terus naik. Tetapi sekarang ni, memang nampak ketara, ada penurunan dari segi komisen.

 

Saya rasa, ini ada kaitan dengan business life cycle. Setiap perniagaan, pasti akan sampai ke zaman puncak, kemudian slowly ia akan mula turun dan sama ada ia kekal pada satu tahap atau akan mati diakhirnya.

 

Ok bukan nak cerita pasal Tone Excel, jadi saya nak move on ke topik asal, iaitu tentang hutang kad kredit ini ya.

 

Bayar bil bulanan menggunakan sistem pembayaran bil Tone Excel

Sekarang ni, pihak Tone Group juga ada memperkenalkan apps yang anda boleh gunakan bagi tujuan beli topup dan juga bayar bil.

Sebelum ni, kalau nak topup, saya akan gunakan Maybank2U. Kalau nak bayar bil TNB atau bil TM, akan guna Maybank2U jugak.

 

Bila dah ada kemudahan ini, bolehlah bayar guna apps ni sahaja. Lagipun, bila bayar guna kemudahan ini, ada sedikit komisen akan dicampurkan dalam akaun TE milik kita.

 

Macam yang saya kata sebelum ini, kena pandai cari cara untuk tambahkan lagi pendapatan.

 

Sepanjang beberapa tahun saya aktif menulis blog ni juga, saya jumpa ramai usahawan wanita yang buat bisnes jual barangan kesihatan dari Shaklee.

 

Saya rasa ini pun satu langkah yang baik.

 

Sambil jaga kesihatan, sambil buat duit. Kalau anda merasakan menjaga kesihatan tu mahal harganya, cubalah jatuh sakit. Lepas tu anda nilaikan sendiri, berapa kos perubatan yang anda perlu tanggung kalau dibandingkan dengan kos untuk jaga kesihatan.

 

Join program-program untuk jana pendapatan

Sekarang ni, program untuk buat duit di internet dah makin bertambah banyak.

 

Memang tak dinafikan, dalam banyak-banyak program yang sah, ada juga terselit program yang scam dan menipu. Kalau anda was-was, tentang tahap kesahihan sesuatu program, anda boleh sahaja ikuti perkongsian tentang program buat duit yang saya pernah reccomend dalam blog ni.

 

Kebanyakkan program yang saya syorkan dalam blog ni, adalah program yang saya sendiri join, dan juga program yang dah memang terbukti boleh buat duit.

 

Kalau sesuatu program tu boleh buat duit, tetapi saya tak join atau saya tak buat, bermakna sama ada program tersebut saya tak pernah dengar, ataupun program tersebut potentially to be scam.

 

Program Affiliate adalah program yang baik untuk buat duit

Joinlah program affiliate untuk buat duit tambahan bagi digunakan untuk membayar hutang kad kredit. Disamping anda gunakan duit gaji untuk bayar hutang, gunakanlah juga duit yang diperolehi daripada affiliate program untuk percepatkan bayar hutang kad tersebut.

 

Ada macam-macam program affiliate yang tersedia diluar sana yang anda boleh sertai. Saya juga pernah menulis tentang senarai program affiliate yang menawarkan komisen berbilang tingkat. Program affiliate seperti ini, ada ciri-ciri MLM sedikit, tetapi tak perlu nak bayar apa-apa untuk disertai.

 

Kalau anda dapat sub-affiliate, atau kalau dalam bisnes jenis MLM, ia dipanggil sebagai downline, ini satu bonus buat anda. Anda akan tetap dapat komisen, walaupun pada waktu tersebut anda tidak melakukan sebarang jualan.

 

Andai kata, anda bernasib baik dan berjaya dapat seorang top performer sebagai salah seorang sub-affiliate anda, pada waktu ni, kalau anda tak buat apa-apa pun duit komisen tetap akan masuk.

 

Macam zaman sekarang ni, orang Malaysia cukup suka shopping secara online. Mereka dapat jimat banyak duit dengan berbelanja secara online sahaja sama ada menerusi laman web Lazada, Zalora, 11 Street dan banyak lagi.

 

Menariknya, anda boleh join program affiliate mereka, dan dapatkan komisen dari program tersebut. Tak perlu nak susah payah buat kedai online sendiri, sebaliknya dengan menjadi ejen affiliate, anda tetap berpeluang untuk dapat komisen beratus-ratus ringgit setiap bulan.

Baca juga:

(1) Program Affiliate Lazada – Bagaimana cara daftar sebagai ejen Affiliate?

(2) Bagaimana cara mempromosikan produk di Involve Asia sampai dapat komisen?

 

Jika nak mulakan bisnes, boleh mula dengan bisnes jenis perkhidmatan

Satu kelebihan memulakan bisnes jenis perkhidmatan ialah, anda tak perlu nak pening-pening kepala nak simpan stok atau nak beli stok produk.

 

Bisnes jenis perkhidmatan ini, bergantung kepada apa minat anda, hobi dan juga kemahiran anda. Jika anda minat ambil gambar, boleh sahaja tawarkan servis fotografi.

Kalau anda ada minat mengambil gambar dan memang ada kemahiran tersebut, janganlah sia-siakan kemahiran tersebut. Sebaliknya, carilah cara untuk jadikan apa yang anda minat sebagai peluang untuk buat duit.

 

Saya ada kamera dan saya juga minat ambil gambar. Walaubagaimanapun, skil ambil gambar dan editting saya sangatlah biasa-biasa. Jadi, saya fokus kepada tawarkan servis penulisan.

 

Untuk satu artikel, saya kenakan bayaran sekitar RM70 – RM120. Dalam sebulan ada 30 hari, dan kalau cuma dapat 2 – 3 job sahaja pun dah cukup.

 

Itulah, peluang ni kita kena cari. Kadang-kadang ia memang ada di depan mata kita, tapi sama ada sebab kita tak nampak, atau tak tau buat, itu yang menjadikan kita rasa seolah-olah nak buat duit sangat payah.

 

Ceburi bisnes dropship dan ketahui apa kelebihannya

Konsep bisnes jenis dropship ini pun memang TERBUKTI boleh bantu anda untuk jana pendapatan. Bisnes jenis ini, boleh dimulakan walaupun tanpa modal atau modal yang minima.

 

Jika anda tak ada modal, tetapi nak buat bisnes, bolehlah bermula dengan kaedah perniagaan seperti ini terlebih dulu.

 

Apa pun, saya melihat bisnes jenis dropship sebagai cara untuk dapat lebih banyak penjimatan. Ramai yang tak tau, untuk jadi ejen dropship, kadang-kadang tak perlu bayar apa-apa pun.

 

Join percuma, dan boleh buat duit pula tu. Biasanya saya akan lihat apa produk yang dijual. Kalau produk yang dijual tu memang produk yang saya nak pakai sendiri, saya anggap ini sebagai peluang untuk berjimat cermat.

 

Kalau beli kat kedai harga dia ikut harga pasaran. Tapi kalau beli sebagai ejen dropship, harganya lebih murah.

 

Cuba cari ruang untuk dapatkan lebih banyak penjimatan

Tiada kemegahan dan tak ada benda yang patut dibanggakan apabila anda kena bayar mahal untuk dapatkan sesuatu barang.

 

Ada sebab kenapa seseorang tu lebih suka shopping online berbanding shopping di kedai-kedai.

 

Baru-baru ini, saya ada buat survey harga untuk jam tangan jenama G-Shock. Saya dapati, harga di kedai jam adalah sekitar RM500 – RM600 untuk model yang pada pendapat saya, ianya cantik dan menepati citarasa saya.

 

Tetapi, untuk model yang sama, kalau beli secara online, boleh dapat harga sekitar RM300 – RM400 sahaja. Kenapa harga begitu berbeza?

 

Untuk situasi jam tangan G-Shock ni, sebab ada perbezaan yang begitu ketara ialah

  1. Barang tersebut kita beli dari luar negara. Stok produk dari Hong Kong.
  2. Produk adalah original
  3. Waranti dari Hong Kong
  4. Memandangkan seller tidak mempunyai kedai fizikal, jadi dia tak perlu tanggung kos untuk sewaan.

 

Jadi memang tak mustahil dan tak pelik kalau dia boleh bagi harga murah. Sebagai pengguna, kita lebih untung kalau beli secara online, kan?

 

Walaupun saya lebih suka strategi tambahkan pendapatan untuk langsaikan hutang kad kredit berbanding strategi penjimatan, namun langkah berjimat cermat ini juga sangat penting. Dengan melakukan penjimatan, ada banyak juga lebihan duit yang boleh kita manfaatkan.

 

Rasanya tak berguna juga kalau kita cari duit banyak-banyak, tetapi bila dah dapat duit, kita ni boros pulak.

Saya tidak akan menulis dengan panjang lebar tentang topik jimat ini, sebabnya ianya telah diterangkan dengan baik sekali menerusi ebook Tips Jimat ini. Jika anda ingin baca, boleh klik pada pautan ini.

 

Kawal diri untuk elakkan penggunaan kad kredit

Saya kira, ini juga satu perkara yang agak sukar. Hutang memang tak akan habis dan tak akan surut kalau kita asyik menambahkan hutang.

 

Lihat juga sama ada, anda ada menetapkan fungsi auto debit pada kad kredit anda. Ini akan menambahkan hutang secara automatik. Kalau boleh cancel, cancel lah.

 

Utamakan yang lebih penting.

 

Ubah cara hidup yang sekarang, bagi menjamin kehidupan yang lebih baik di masa akan datang. Itu lebih baik, berbanding kita terus kekalkan cara hidup yang sekarang, tetapi perlahan-lahan kita sebenarnya makin susah dan makin susah.

 

Akhirnya, terserah pada anda sama ada nak ikuti nasihat yang saya berikan dalam posting ini ataupun tidak. Wang anda, kehidupan anda, adalah pilihan anda.

 

 

 

Exit mobile version