Blog Sabree Hussin

Pengalaman Sesi Rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Qayyum

Pertemuan antara saya dengan dengan Tuan Indera Saifullah atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Indera bukanlah suatu pertemuan yang sengaja dirancang pada mulanya. Kami berkenalan pun menerusi media sosial.

Dek kerana ke’tidak-sengaja’an ini, akhirnya saya set satu sesi appointment dengan beliau. Rupanya disebalik pertemuan ini, ada MISTERI dan juga RAHSIA besar yang tersurat dan yang tersirat bakal dibongkarkan.

Nak tahu apa RAHSIA dan MISTERI yang saya maksudkan? Sila teruskan pembacaan… Saya JAMIN, pasti ada perkara baru yang anda bakal pelajari daripada apa yang saya kongsikan nanti.

Jumaat, 19 September 2014, sekitar jam 9.00 malam, Bandar Sri Damansara

Kebetulan malam tu saya ada buat delivery (penghantaran) di Cheras. Jadi, memandangkan saya ada tugasan luar, saya ambik kesempatan ini untuk contact CIkgu Indera.

Sebenarnya saya sendiri tak biasa dengan selok belok jalan di sekitar Bandar Sri Damansara, jadi, saya pun bawa bersama abang sepupu saya 🙂

Malam tu sempat bertukar-tukar informasi dengan beliau. Saya kongsikan serba sedikit pengalaman yang saya ada dalam bidang pemasaran online, manakala beliau pula bercerita mengenai salah satu topik yang menjadi kepakaran beliau, iaitu “masalah gangguan jin dan teknik rawatan penyembuhan

*

4 Cara Bagaimana Jin Mengganggu Manusia

Sebelum saya kongsikan, bagaimana cara jin mengganggu manusia, ada baiknya saya cerita dulu mengenai simptom-simptom gangguan jin ni terlebih dahulu.

Almaklumlah, setengah orang, dia tak tahu, dan dia tak sedar yang selama ini, dia diganggu oleh Jin. Apa tidaknya, kalau simptom-simptom gangguan pun dia tak kenal, macam mana dia nak tahu sama ada ada gangguan pada diri dia ataupun tidak?

Jadi, saya syorkan pada anda, untuk lihat senarai dibawah ini baik-baik. Ada atau tidak simptom-simptom berikut pada diri anda. (sekurang-kurangnya perlu ada 3 atau lebih sebelum pengesahan dibuat sama ada terdapat gangguan atau tidak.)

1. Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal

2. Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya

3. Belakang tengkuk / bahu terasa berat

4. Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah

5. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap

6. Melihat lembaga / jin / hantu secara terus

7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang

8. Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah, harimau dan binatang buas

9. Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau belikat tanpa sebab klinikal

10. Selalu melihat kelibat / bayangan di rumah

Untuk makluman anda, terdapat lebih daripada 80 simptom. Untuk melihat senarai penuh, anda boleh layari laman web berikut: Simptom Terkena Gangguan Jin (Sihir, Saka, Lintasan atau A’in)

Sebenarnya, seseorang itu boleh terkena gangguan jin berpunca daripada 4 keadaan, iaitu disebabkan oleh:

Sihir

Biasanya disebabkan oleh perbuatan khianat orang lain yang tak puas hati, dengki dan iri hati dengan kelebihan yang terdapat pada diri kita.

Saka

Saka ini pula ada kena mengena dengan keturunan nenek moyang kita yang mengamalkan ilmu-ilmu tertentu dan yang bersahabat dengan jin. Boleh jadi untuk tujuan baik, seperti untuk perlindungan, keselamatan, perubatan dan sebagainya.

Untuk tujuan tak baik pun ada. Contohnya untuk tujuan sihir, santau dan memudaratkan orang lain. Wallahua’lam

Lintasan

Lazimnya terjadi apabila kita mengunjungi kawasan-kawasan tertentu yang dipercayai menjadi tempat kediaman jin.

Contohnya, hutan, sungai, dan tempat-tempat yang ditinggalkan.

A’in

Maksudnya menerusi pandangan mata. Menurut Cikgu Indera, untuk kes gangguan yang berpunca daripada pandangan mata ini, amat jarang berlaku.

Apa nak buat jika anda mempunyai simptom gangguan jin?

Dapatkan bantuan dari yang PAKAR.

Kalau anda memang tak tau, siapa yang anda boleh percayai dan patut dihubungi… saya syorkan anda hubungi perawat-perawat dari Pusat Rawatan Al-Qayyum ini.

Nak tahu kenapa saya syorkan pusat rawatan ni? Teruskan pembacaan. Saya akan ceritakan lagi dengan lebih details.

Dari meja makan ke pusat rawatan…

Pusat Rawatan Al-Qayyum terletak di alamat berikut

PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM
B3-1-K10, Ground Floor, Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara, 52200, Kuala Lumpur
Emel di : alqayyum.holistic@gmail.com

Berikut ni pula adalah gambar pusat rawatan dari pandangan luar.

 

Apa sebenarnya yang saya buat di Pusat Rawatan Al-Qayyum?

Saya ke sini bersama abang sepupu saya. Sepupu saya ini pernah mengadu, yang dia pernah beberapa kali diserang penyakit misteri.

Saya katakan penyakit tersebut misteri sebab tak ada klinik mahupun hospital yang berjaya mengenalpasti apa punca sebenar penyakit yang beliau alami. Kalau nak ikutkan, sakit tu sebenarnya dah agak lama. Rasanya tak kurang dari 10 tahun.

Sebelum rawatan dijalankan, Cikgu Indera mengambil butiran pesakit terlebih dahulu. Maklumat pesakit akan dimasukkan dalam sistem fail bagi tujuan rekod dan melihat progres pesakit.

Selain maklumat peribadi, turut ditanya soalan-soalan berkaitan latar belakang pekerjaan, dan simptom-simptom gangguan jin (jika ada).

Konsep sama seperti kita ke hospital swasta. Sebelum sesi rawatan dilakukan, akan ada sesi consultation terlebih dahulu bagi mengenal pasti kondisi dan keadaan sebenar pesakit.

Perawat (saudara Zain) sedang membacakan ayat-ayat suci al quran bagi memulakan sesi rawatan.

Teknik scan bagi mengesan tempat sakit

Cikgu Indera bersama saudara Zain sedang melakukan teknik scanning bagi mengenalpasti sama ada pesakit ada masalah berpunca daripada gangguan jin atau sebaliknya

Bahagian anggota tubuh pesakit yang “bermasalah” dikenalpasti. Kawasan yang dimaksudkan adalah disekitar bahu.

Sekitar jam 11 malam, Pusat Rawatan Al-Qayyum…

Hujan turun dengan lebat. Tak pasti sama ada hujan yang turun adalah hujan rahmat atau hujan yang berpunca daripada pengaruh tertentu.

Alang-alang saya dah berada di Pusat Rawatan Al-Qayyum, Cikgu Indera syorkan saya untuk buat sesi scanning.

Sesi rawatan yang saya lalui ini dikenali sebagai Prosedur Rawatan Asas (PRA). Tujuannya lebih kepada untuk mengenalpasti sama ada terdapat gangguan daripada makhluk-makhluk halus, jin dan sebagainya.

Sepanjang proses rawatan dan scanning dijalankan, saya perasan keadaan hujan di luar semakin lebat. Pada awalnya, cuma CIkgu Indera dan saudara Zain sahaja yang terlibat dalam sesi rawatan ini.

Entah bila, saya tak perasan rupa-rupanya perawat lain turut bersama-sama dan membentuk bulatan disekeliling saya.

Flashback, beberapa malam sebelum ini, Meru, di rumah kediaman saya…

Seingat saya, bukan sekali dua saya perasan, ada kehadiran ‘seseorang’ disekeliling saya setiap kali saya bekerja hingga lewat malam.

Kadang-kadang ‘dia’ berdiri dibelakang saya. Kadang-kadang ‘dia’ cuma melintas ditepi saya, dan ada ketikanya saya perasan ‘dia’ cuma berdiri diluar rumah.

Bukanlah nak kata saya boleh nampak ataupun boleh mengesan kehadiran makhluk yang tak nampak ni… cuma apa yang saya cuba sampaikan ialah ada ketikanya saya dapat perasan dan dapat rasa kehadiran makhluk ini.

Apa tujuan dia memunculkan dirinya? Wallahua’lam. Saya tak tahu. Saya pun tak ada ilmu untuk berkomunikasi dengan golongan jin ini.

Saya tak berupaya untuk melihat ‘dia’ dengan pandangan mata kasar. Namun, setiap kali ‘dia’ datang, saya pasti dia ialah seorang wanita, memakai pakaian serba putih dan berambut panjang sehingga menutupi wajahnya.

Persoalannya ialah… SIAPA ‘DIA’ SEBENARNYA?

**

Saya tabik dengan kebolehan yang ditunjukkan oleh Cikgu Indera dan barisan perawat yang lain, sebabnya beliau berjaya mengesan kewujudan makhluk tersebut walaupun sebelum itu saya tak pernah bercerita tentang kewujudan ‘dia’ kepada Cikgu Indera sebelum ini.

Sebab tu saya kata, jika anda rasa ada gangguan yang aneh yang membelenggu hidup anda, cubalah berikhtiar. Boleh berhubung dengan Pusat Rawatan Al-Qayyum ini untuk kenalpasti sama ada anda ada masalah atau tidak.

Jangan tunggu hingga masalah anda berpanjangan dan melarat. Takut-takut bila dah terlambat, ia akan menambah mudarat.

Sekitar Jam 12.00 Malam, kembali ke Pusat Rawatan Al-Qayyum…

Saya dan sepupu meninggalkan pusat rawatan ini sekitar jam 12.00 malam. Masih ada lagi urusan yang belum selesai.

Kan tadi saya kata nak kena buat delivery ke Cheras.

Dalam perjalanan balik, berlaku masalah! Kami SESAT atau mungkinkah sengaja disesatkan? Duk pusing-pusing kat tempat yang sama.

Kami cuma bergantung pada signboard. Tak ada GPS. Alih-alih entah macam mana, sangkut dekat area Puchong. Terpusing-pusing kat kawasan perumahan di Bandar Kinrara hingga akhirnya asyik jumpa jalan mati.

Kalau diteruskan juga, alamatnya buat perabih minyak je. Jadi, kami berhenti sekejap di stesen Shell.

Tanya dekat pekerja Bangla kat situ

Bang, macam mana nak keluar ke Bandar? Saya tak jumpa jalan keluar lah. Saya mau ke Klang

Eh tak perasan, saya pun cakap macam bangladesh haha. Yang peliknya, Bangla kat stesen minyak tu dia tunjuk jalan yang exactly the same kat tempat yang saya dah lalu, dan yang saya duk pusing-pusing dua atau tiga kali tapi tetap tak jumpa jalan keluar.

Jadi? Memang tak la nak ikut jalan yang dia bagi.

***

Alhamdulilah, akhirnya jumpa jalan keluar. Syukur ya Allah.

Kami pun dah mengantuk waktu tu. Apa taknya… perjalanan yang sepatutnya tak sampai satu jam, dah mengambil masa hampir dua jam.

Kalau tak silap, sekitar jam 3.45 pagi baru sampai di rumah.

****

Pagi tu saya rasa susah nak lelapkan mata.

Hati berdebar-debar.

Terasa seperti ada mata yang sedang galak mengawasi. Seolah-olah ada pandangan yang tajam.

Sesekali terdengar seperti ada bunyi “sesuatu” sedang berjalan diatas bumbung dan mencakar-cakar bahagian-bahagian zink di tempat-tempat tertentu.

Cis…

Time aku penat la ‘dia’ nak tunjuk power. Perasaan ketika itu? Geram bercampur takut!

Hanya bacaan ayat suci al quran dan kucing jadi peneman. Kucing tu saya paksa tidur sebelah saya haha

Seterusnya saya berserah bulat-bulat hanya pada Allah.

Saya teringat, saranan Cikgu Indera sebelum kami berpisah.

“Saya syorkan anda buat sesi Rawatan Penuh jika anda rasa sakit…”

Cuma saya masih belum keputusan lagi. Sama ada saya nak buat rawatan susulan atau tidak… Faktor masa jadi salah satu faktor yang menghalang.

Kalau anda di tempat saya, adakah anda akan buat rawatan seterusnya? Boleh saya nak tau pendapat dan pandangan anda? Manalah tahu anda sudi untuk beri saya kata-kata nasihat berhubung kes-kes special macam ni…

… atau anda ada sebarang persoalan dan pertanyaan? Boleh tinggalkan dibahagian komen. In Shaa Allah saya akan jawab pertanyaan anda secepat mungkin.

Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi membaca coretan saya ni. Semoga ada manfaatnya.

 

Exit mobile version