Blog Sabree Hussin

Masalah resdung perlu dapatkan rawatan segera

Satu perkara yang saya kira istimewa apabila kita tawarkan servis advertorial ialah, kita boleh luaskan lagi topik perbincangan dalam blog kita dan menambahkan bahan bacaan. Secara tak langsung kita dapat belajar sesuatu yang baru.

 

Sebagai contoh, baru-baru ini, saya ada menulis tentang penawar kepada masalah resdung. Walaupun saya sendiri secara peribadi turut alami masalah resdung, namun hakikatnya ada banyak yang saya masih tak tau tentang gejala ini. Cuma yang saya tahu, bila kuman-kuman resdung ni aktif, time tu mulalah rasa serba tak kena. Rasa gatal-gatal di muka, mata rasa pedih dan asyik bersin tanpa henti-henti sampai sakit-sakit dada.

 

Kalau tak dapatkan ubat selsema atau pil resdung segera, alamatnya saya akan demam. Ya betapa lemahnya sistem pertahanan badan. Biasanya saya memang kalah dengan habuk. Tempat ada banyak habuk, confirm akan buatkan saya bersin tanpa henti.

 

Jadi baru-baru ini, saya dapati ada penawar baru yang berjaya menyelesaikan masalah sinus atau masalah resdung dan alahan pengguna-pengguna terdahulu. Ianya adalah keluaran Bella Formula dan dikenali sebagai Bella Formula Sinus Cure SC60. Boleh juga baca artikel saya yang sebelum ini bertajuk:

Penawar dan rawatan masalah resdung berasaskan herba tradisional yang patut anda cuba

 

Daripada bacaan lanjutan yang saya buat mengenai masalah resdung ini, saya terjumpa pula artikel yang diterbitkan di akhbar online Utusan Malaysia

 

Resdung — Dapatkan rawatan segera

ADAKAH hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu pagi serta mata sering berair? Jika ya, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis.

Walaupun ia boleh dirawat, pengesanan penyakit pada peringkat awal akan memudahkan lagi proses pengubatan. Lagipun, resdung pada peringkat parah bukan sahaja memerlukan pembedahan, malah ia mungkin membawa kepada penyakit lain yang lebih serius seperti barah.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Isa Rejab berkata, masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu.

Katanya, kegagalan merawat alahan itu akan membawa kepada gejala resdung dan penyakit-penyakit yang lebih merbahaya di dalam rongga sinus.

“Resdung bukan penyakit tetapi gejala penyakit yang mesti diselidiki dengan tepat untuk mengetahui penyebab bagi rawatan yang sepatutnya

“Berdasarkan ujian ke atas daging yang dikeluarkan daripada rongga sinus beberapa pesakit resdung, ada yang disahkan penyakit TB, kanser, kulat, virus dan bakteria,”katanya semasa menyampaikan ceramah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut beliau, apabila seseorang mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak.

Katanya, daging atau dinding luar dan dalam hidung yang bengkak akan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.

Malah, jangkitan resdung boleh merebak ke bahagian otak dan mata yang akhirnya menyebabkan seseorang menjadi buta.

Untuk mengesan pesakit resdung, kaedah endoskopi digunakan yang mana tiub kecil dan sumber cahaya akan dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus.

Ia membolehkan pemeriksaan yang lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya yang terdapat di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala resdung.

“Jika hingus di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat dan basi, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar.

“Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan yang mana bibir atas di potong untuk keluarkan daging yang tersumbat di dalam sinus,” katanya.

Tambah Dr. Isa, bahan yang dikeluarkan daripada ruang sinus akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, kata Dr. Isa, sebanyak 90 peratus daripada alahan ini pula disebabkan apa yang ada di rumah seperti di bawah selimut, bantal, tilam dan binatang peliharaan.

Di samping itu, katanya, sesetengah orang pula alah pada bedak herba, ubat-ubatan, buah-buahan seperti nanas, epal, tomato, badam dan lain-lain.

Bagaimanapun, katanya resdung tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak.

Tetapi, masalah alahan boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.

Untuk mengatasi masalah alahan, amalkan petua berikut:

Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.

Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan).

Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang. Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik

Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.

Berhati-hati bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas.

Selalu basuh barang permainan yang lembut.

Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.

Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap.

Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah.

Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot.

Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya.

 

Mujurlah sekarang ni, penawar untuk masalah resdung amat mudah untuk didapati. Boleh beli secara online sahaja!

 

Malahan di laman web Lazada juga ada menyenaraikan beberapa produk khusus untuk menyembuhkan masalah resdung ataupun sinus. Apa yang penting ialah, jika anda menghidap masalah resdung, jangan tunggu sampai ia melarat. Segeralah dapatkan rawatan!

 

Boleh klik sini untuk lihat antara produk-produk berasaskan herba yang anda boleh gunakan untuk melegakan masalah dan gejala penyakit resdung.

 

 

Exit mobile version