Blog Sabree Hussin

Mungkin Artikel Tersebut “Berhantu”

Mungkin…

Bila saya kata mungkin ni, maknanya sama ada saya tak pasti, ataupun saya sendiri tak tau apa jawapan sebenarnya. Oleh sebab itu, saya cuma mampu berteka-teka sendiri.

Baru-baru ini, saya ada siarkan satu artikel berjudul Pengalaman sesi rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Qayyum.

Selain bercerita mengenai sesi rawatan yang dijalankan seperti prosedur rawatan dan sebagainya, saya turut selitkan beberapa informasi tambahan berkaitan dengan gangguan makhluk halus dan jin.

Cuba tengok screenshot kat bawah ni.

Saya ada kongsikan artikel ini kepada seorang kenalan saya di FB.

Konten artikel tersebut tak dapat di lihat!

Sepatutnya, kalau laman blog ini bermasalah, dia tak mungkin dapat buka langsung.

Anehnya, komen-komen pada artikel boleh dilihat, cuma kandungan artikel sahaja yang ‘ghaib’ seolah-olah sengaja ditutup atau disembunyikan daripada pandangan mata kasar.

Macam mana boleh jadi macam ni?

Wallahua’lam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.

“Yang Menguasai sekalian manusia,

“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, –

“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, –

“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

Moga-moga amal soleh kita semua dapat menjadi benteng pertahanan kita apabila ianya amat diperlukan kelak.

 

Exit mobile version